Thursday, September 30, 2010

Bersabarlah kita terhadap anak dan isteri

Bersabarlah kita terhadap anak dan isteri kita,sesungguhnya mereka adalah tanggungjawab dan amanah Allah SWT keatas kita.Insyallah,bahagia.

Kisah ini mungkin telah terbiasa dibaca didalam mana-mana sumber dari dalam Web,namun ingin saya kongsikan juga untuk tatapan bersama.Semoga Kita Beroleh Kejayaan dan Kebahagiaan di Dunia dan Akhirat.

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.

Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau. Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.


Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.


Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?”

Si suami tadi menjawab, “Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”

Ya Allah,berikanlah daku kesabaran dalam aku memikul tanggungjawab memimpin keluargaku...amin.


Permata (Untuk Isteri Ku)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang


Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku...



Kemaafan Dipohon


Kemaafanlah yang diberi


Kemaafan adalah yang terindah

Tuesday, September 28, 2010

Petronas CubPrix

Selamat Datang

Hari Ahad,bosan duduk dirumah,so ajak isteri pergi Stadium Hang Jebat tengok lumba motor.Tak jauh mana,dalam 5 minit dah sampai,Petronas CubPrix bermula 25 dan 26 September,semalam tak sempat nak layan.Tiba saje di Stadium,terus pergi kat litar,tapi race tak mula lagi so jalan-jalan dulu disekitar boost yang ada.

Ramai juga orang yang hadir,kebanyakan adalah penduduk setempat dan budak-budak muda.Biasalah,racing-racing memang sinonim dengan jiwa muda.Kalau tidak takkanlah gejala Mat Rempit berleluasa,namun saya percaya,bukan semua anak muda terlibat dalam gejala sedemikian.Saya perhatikan setiap pelumba yang race dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan,ini dapat saya saksikan sendiri terutama di boost Petronas yang mana memaparkan sut keselamatan yang dipakai oleh para pelumba,jentera yang digunakan juga telah dimodefikasi oleh para "Pomen" yang bertauliah.

Boost Petronas


Saya sempatlah membeli sebiji helmet di boost X-Dot,berkenaan juga tengok helmet putih,lagipun harga memang berpatutan.Kalau dibandingkan dengan beli di kedai,memang jauh beza.Kebanyakkan boost yang ada dibuka bagi mempromosikan jenama dan syarikat yang terlibat dalam acara lumba motor.Barang-barang alat ganti motorsikal juga turut dijual,disamping pakaian dan topi.Pengunjung juga diberi peluang untuk "Test Drive" motor keluaran terkini syarikat motor yang ada seperti Honda,Yamaha dan Suzuki.


Sticker free di boost Racing Boy

Terdapat juga gadis-gadis litar yang semesti amat manis dan menawan + Seksi....para pengunjung terutama lelaki sudah semestinya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama mereka.Saya teringin juga,tapi memandangkan "Mem" senantiasa disisi,terpaksalah saya pendamkan saja hajat dihati.

Models Motor:Pakcik Trafik pun terpaku:)

Perlumbaaan seterusnya telah bermula,saya dan isteri mengambil tempat di podium yang disediakan,namun saya terpaksa meninggalkan isteri untuk melihat dengan lebih dekat aksi perlumbaaan dan untuk mengambil gambar.Punyala susah untuk mendapat tempat yang strategik,terpaksa berhimpit dengan pengunjung yang lain.Saya telah memanjat salah satu gate untuk mendapat view yang lebih baik.

Foto Untuk Tatapan

Rasa seakan best je
Pic 1


Jentera baik punyer


Penuh sesak
Pesta Payung


Lap 1
Antara yang akhir

Akhir kata,tunggang dengan selamat,ingat insan tersayang menanti anda,jangan merempit.

Saturday, September 25, 2010

Anak Dagang

Anak Dagang meyusur gerak


video


Anak Dagang

Anak dagang di rantau orang
Biar pandai membawa diri
Jaga tutur kata
jaga cermat peri bahasa
Selalu berbudi tinggi

Biar merendah
Kata orang jangan dibantah
Fikir dahulu sebelum berkata

Anak dagang negeri orang
Jika selalu meninggikan diri
Sombong dan iri hati
Mementingkan kemahuan sendiri
Akhirnya mendapat keji

Peribahasa manis jangan terus ditelan
Pahit terus jangan dibuang




Lagu ini adalah nyanyian allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad.Lagu ini didendangkan untuk mengingatkan diri anak rantau  agar sentiasa pandai membawa diri hidup ditempat orang.Budi bahasa hendak dijaga,perilaku  biar beradab,bila bicara rendah suara,fikir dulu sebelum berkata.



Hidup dirantau mencari rezeki untuk keluarga, jauh dari ibu dari bapa ,jauh dari sanak saudara.
Rindunya tak terkata,tak terubat oleh titisan airmata.Kalau bangun,bangun sendiri,kalau jatuh,tangung sendiri.Jika menangis,menangislah sendiri,pada Allah SWT saja tempat mengadu.



Anak dagang dirantau orang,walau berkurun ada disini,tetaplah ingat diri itu perantau,jangan cuba menjadi jaguh,kelak nanti diri dicemuh. Anak dagang dirantau orang,asal diri jangan dilupa,dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung.

sampan usang kehidupan


Anak dagang dirantau orang,bertemu kasih dihujung bendang,apalah ada pada dirinya,rupa kurang, harta pun kurang.



Anak dagang dirantau orang,biar tahu beralah,kena pandai mengalah,tapi jangan sekali mengaku kalah.
Anak dagang dirantau orang,sudah puas cuba berbudi,emas juga dipandang orang,namun janganlah lupa adab dan budi,kelak nanti jadi ingatan.
Anak dagang dirantau orang,biar tahu hala tujuan,jika malu bertanya,sesat jalan.Bersusah dahulu,bersenang kemudian.
Jejak biar bertapak

Anak dagang dirantau orang.....itulah diri saya.

Friday, September 24, 2010

Hari Bertemu Pelanggan&Jumble Sale


Program:Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan UTeM dan Jumble Sale

Tarikh: 24 September 2010 (Jumaat)

Lokasi:Ruang Legar Perpustakaan UTeM

Masa: 9.00pagi hingga 5.00petang

Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan UTeM



Untuk julung kalinya Perpustakaan UTeM mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan sempena Festival Membaca 2010 yang diadakan bermula 21 September  hingga 6 Oktober 2010.

Tujuan Hari Bertemu Pelanggan  diadakan ialah untuk  memberi  peluang kepada pengguna perpustakaan untuk berinteraksi secara langsung dengan pegawai perpustakaan berkenaan sebarang pertanyaan atau permasalahan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan diantaranya.
·         Pangkalan Data
·         Pinjaman Antara Perpustakaan
·         Pinjaman dan Pemulangan
·         Pembelian Bahan
·         Keahlian Luar
·         Perkhidmatan dan Kemudahan
Diantara pegawai yang terlibat di kaunter untuk Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan ialah:
1.       Encik Arman Bin Mohammad
2.       Encik Zaidi Saad
3.       Encik Mahadir Che Ali
4.       Cik Hasliza Mohamed
5.       Cik Noraini Mohd Noor

Jumble Sale

Jumble Sale adalah sebahagian daripada Program Festival Membaca 2010.Ianya mula diperkenalkan pada tahun 2009 dan kini bakal menjadi program tradisi pada setiap kali Program Festival Membaca dianjurkan oleh Perpustakaan UTeM.
Tujuan diadakan Jumble Sale ini ialah untuk member peluang kepada warga UTeM mendapatkan bahan bacan  dengan harga yang murah dan berpatutan.Diantara Syarikat yang terlibat dalam Jumble Sale 2010 ini ialah
1.       Farana
2.       Sfaz
3.       Era resources
4.       Kreatif Padu
Jumble Sale akan berterusan sehingga 25 September 2010 (Sabtu) dimana program Speel It Right,Bercerita Buku Kegemaran Saya,Mewarna dan Bijak Jawi akan diadakan.Ini sekaligus member peluang kepada ibu bapa dan masyarakat luar  untuk memilih bacan yang bersesuaian dengan anak ataupun dirir mereka sendiri.Program Jumble Sale ini dikendalikan oleh Encik Mahadir Che Ali.
Saya telah membeli sebuah novel yang bertajuk “Tunggu Teduh” karya Faisal Tehrani.Harga buku ini dipasaran ialah RM29.00.Namun saya dapat memilikinya dengan hanya membayar RM20.00 sahaja.(Terima kasih Cik Hasliza sebab dapat ejas harga novel ni).
Tahniah diucapkan kepada mereka yang bertungkus lumus dalam menjayakan semu aktiviti ini.Terima Kasih untuk para pelajar diatas kesudian menjengah kaunter Hari Bertemu Pelanggan serta member maklumbalas tentang Perpustakaan UTeM.Terima Kaish juga dikalungkan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Jumble Sale.

*T.Kasih Team Rujukan yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik!Nazir,Kak linda dan Siddiq...You’re The Best!!

Jumpa esok 25.09.2010 untuk aktiviti seterusnya.

FOTO
Mr Arman
Hasliza and Noraini

Pic 1

skyview

Jumble Sale 1

Jumble Sale 2

Leo:Kucing lucu nan lincah

Leo:kucing lucu nan lincah
Leo hadir dalam keluarga kami pada 4 ogos 2010.Leo merupakan seekor kucing jantan yang lucu dan lincah.Kehadiran Leo sentiasa membuatkan saya dan isteri terasa ceria.Aksi-aksi Leo yang manja dan suka berada dekat dengan kami membuatkan Leo sangat beerti.
 
Leo sangat jinak,tidak lari jika didekati oleh sesiapa sekalipun.Leo akan berlari mendapatkan saya setiap kali saya pulang dari bertugas.Segala keresahan dan bebanan terasa hilang bila leo berada disisi.Mula-mula dulu saya kurung Leo,sebab dia baru,nak biasakan dengan persekitaran.Selepas 1 minggu,Leo saya biarkan bebas untuk memberi peluang bergaul dengan kawanan kucing di kejiranan rumah.
 
ketika menerima leo,isteriku tersenyum manis.

1minggu sekali saya akan mandikan Leo (shampoo),Leo tak tahan sejuk,so saya panaskan air bila nak mandikan Leo.Kesian tengok Leo menggigil kesejukan.Kalau kotor sangat,saya mandikan banyak kali juga.Tak susah mandikan Leo,cuma bising dengan meow..meow dia la.

Saya pernah membawa leo pulang ke Pahang,tak sampai hati nak tinggalkan Leo,dia bukan tahu nak cari makan kat kawasan perumahan,risau juga nanti kalau ditabrak kereta,lagipun kejiranan saya kebanyakkan non muslim,so anjing juga adalah peliharaan mereka.Sepanjang perjalanan,kalau bukan sebab sabar yang ada dalam diri,dah lama Leo saya tinggalkan tepi jalan.Sangat bising.

Setiap kali saya dan isteri bersantai diruang tamu,leo pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menempel dekat kami,dia jeles agaknya tengok kemesraan kami.Aksi-aksi akrobatik akan dipertontonkan untuk kami menangkapnya.Leo suka kejar ekor sendiri,kuat tido sambil mulut terngangga serta kaki terkangkang.Memang tak sopan langsung gaya leo tidur.



Leo beradu:entah gaya apa

waktu petang jika saya pulang awal,saya akan bawa Leo berjalan di padang.Suka tengok leo terlompat-lompat menangkap pepatung dan belajar menghendap burung.Pada malam hari,Leo akan saya bawa kedalam rumah,tak sanggup rasanya membiarkan Leo sejuk dan jadi santapan nyamuk-nyamuk ganas hingga ke pagi.Leo akan beradu atas sofa.Cuma perlu pastikan leo dah "melepas" sebelum bermalam dalam rumah.


Pada 1 malam sekitar  akhir Ramadhan,kami hendak keluar ke Mydin untuk membeli barang rumah,Leo masih ada di beranda,Isteri suruh saya kurung Leo,namun saya katakan tak mengapa,sebab kami keluar tidak lama.Namun................itulah kali terakhir leo berada dalam penglihatan saya,leo telah hilang,menghilangkan atau dihilangkan.Wahllahualam..Saya berasa kesal atas keingkaran saya untuk mendengar pesanan isteri saya pada malam itu.

Saya telah meronda semua pelusuk perumahan kami,setiap lorong ,malahan kawasan perumahan yang berdekatan juga telah saya pergi untuk mencari Leo.Namun takdir belum menemukan Leo untuk saya.Adakah Leo merajuk?Ataupun mengikut kucing lain (kucing betina?),atau mungkin juga Leo pulang ke tempat asal?segalanya bermain dalam fikiran saya.Justeru itu,dengan kedatangan syawal ini,setiap kali selepas sujud pada Yang Esa,saya akan menadah tangan memohon agar leo senantiasa berada dalam sehat dan sejahtera.
Come back and hug me

“aku hanya mampu berdoa pada Allah agar Ia memelihara Leo. Memberinya tempat hangat ketika hujan datang, menyediakan makanan untuk Leo di saat ia lapar. Aku meminta matahari membuatnya tetap hangat, dan memohon agar malam tak menyiksanya dalam dingin. Aku yakin, Allah akan menjaga Leo dengan baik.Balikla Leo..pulanglah..”
AKSI LEO
Up,but not down
leo the nite creature
where you go,i miss u so
Pulanglah..kembali seperti dulu..
                                                                   sedih


Wednesday, September 22, 2010

Kain ketat Gadisku



"Tak tengok rugi,tak nak tengok,benda dah ada depan mata...susah jugak camni,layan...."


Begitulah antaranya kata-kata dalam perbualan dengan seorang teman di Shah Alam,Selangor sekitar 2005 ketika masih menuntut si UiTM Puncak Perdana.Perbualan berkisar tentang gaya pemakaian atau fesyen wanita masa kini.

Tidak dapat tidak kita takkan dapat lari daripada menyaksikan "Pemandangan indah" yang membuat mata layu kembali segar.Pemandangan ini seolah sudah menjadi satu fenomena 'biasa" dalam masyarakat kita.Model-model sambilan disekitar kita dengan free of charge (FOC) mengayakan pelbagai rekaan yang berjenama dan mahal..namun kurang dan tipis kainnya dibahagian tertentu.

what a view~u like it?
                                                                               
Up to Date,kalau tak nampak "alur" dan "lurah" Out of date!~

Umat Islam hari ini menghadapi krisis hilang rasa malu. Tidak merasa berdosa dan bangga menayangkan bentuk tubuh badan kepada umum. Sangat murah harga diri. Bertudung berbaju dan berseluar ketat itulah fesyen terkini umat Islam. Mereka lebih moden dari orang Barat. Penyakit berpakaian tak cukup kain telah menghinggapi wanita islam.

SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 9 tahun.

Fashion come and go,but Hell awaiting
                                                                                     


Musuh Islam tidak perlu menggunakan senjata untuk menakluki negara orang Islam tetapi cukup sekadar mereka fesyen terbaru yang boleh memesongkan pegangan umat Islam dari agama mereka.

GAMBAR FACEBOOK

Bukan main bangga lagi jika fan komen pic yang seksi meksi,dengan pelbagai aksi dan gaya ditayangkan secara "open source".Tapi yang lucu,ada plak yang marah!~..marah?kononya tak suka dikomen dengan ayat-ayat manis berunsur sex,bertambah lucu sebab tidak memadamkan komen tersebut sedangkan boleh berbuat demikian.Koleksi peribadi adalah jawaban yang paling relevan pada masa kini.


Tapi yang paling best sekali,kalau diri sendiri tak tutup aurat,salahkan kerajaan...saya terpaksa gelak:)


Belum sampai seru?Seru apakebendanya?

Bukan tujuan saya untuk mengaibkan sesiapa,saya juga insan biasa.Namun berasa kesal bila memerhatikan dan mendengar tudung jadi bahan gurauan dan diperlecehkan oleh sesama umat islam.Non muslim apatah lagi.



Sabda Nabi saw : Ada dua golongan dari penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat. Yang Kedua : Para wanita yang berpakaian tapi telanjang, mereka menyimpangkan lagi menyelewengkan orang dari kebenaran, berlenggang lenggok dalam perjalanannya. Kepala-kepala mereka seperti punuk unta yang condong. Mereka ini tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium wanginya syurga padahal wanginya syurga sudah tercium dari jarak perjalanan sejauh ini dan itu. (Hr. Muslim)

Festival Membaca 2010:Bicara Ilmu


Program    :Bicara Ilmu:Pekerja Berinovasi Pemacu Tranformasi Negara:Realiti
                     dan Cabaran

Tarikh        : 21 September 2010 (Selasa)
Tempat     : Ruang Legar Perpustakaan UTeM
Masa         : 2.00petang  hingga 5.00 petang

Program Bicara Ilmu adalah merupakan program pembukaan bagi Festival Membaca 2010 anjuran Perpustakaan UTeM.Bicara Ilmu diadakan dalam bentuk “Talk Show” merupakan  program yang julung kalinya menjemput tokoh daripada luar UTeM sebagai ahli panel dalam Sejarah Festival Membaca perpustakaan UTeM.


Matlamat utama program Bicara Ilmu ini adalah untuk menyuntik kesedaran peranan yang perlu dimainkan oleh pekerja dalam usaha menyokong ke arah transformasi pembangunan Negara.

Objektif program pula adalah:
  1. Membudayakan kreativiti dan inovasi dalam usaha merealisasikan transformasi negara ke arah    ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
  2. Mendorong peserta berupaya berfikir untuk menghurai secara terperinci(pemikiran analitikal) dalam memlaksanakan sesuatu tugasan.
  3. Perkongsian idea dan pengalaman panel dan langkah-langkah melahirkan pekerja yang berinovasi




Maklumat Panel dan Pemudahcara

PANEL 1
Y.M.Dato' Prof. Dr. Raja Abdullah bin Raja Yaacob
Beliau kini merupakan Profesor di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

PANEL 2
Y.Bhg. Prof. Dr. Shahrin bin Sahib@Sahibuddin
Dekan Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK) UTeM

PEMUDAHCARA
Encik. Amir Bin Aris
Pesyarah Fakulti Pengurusan dan Teknologi Usahawan

Majlis Bermula

Majlis dimulakan pada jam 2.35 petang ,Pengacara majlis,Encik Salleh Mohd Noor memulakan majlis dengan menjemput Encik Nik Syukran Muiz Rashid, staf perpustakaan untuk bacaan doa.


Perbincangan membicarakan pengertian inovasi dan transformasi itu sendiri  serta bagaimana memahami proses tranformasi berlaku dalam kontek ilmu dan perkembangan di sektor pekerjaan,Institusi Pengajian dan masyarakat secara amnya.

Pandangan Ahli Panel 1
Dato' Prof. Dr. Raja Abdullah menekankan konsep pencapaian ilmu dan sikap pekerja dalam memanafaatkan masa terluang dengan membaca.Melalui pembacaan,kesinambungan pencarian ilmu adalah berterusan.Beliau turut menyatakan bahawa kempen membaca yang diadakan bukanlah sesuatu yang baru di negara kita,malah ianya telah bermula sejak 40 tahun yang lalu,perbandingan sikap suka membaca di negara luar turut dijadikan intipati dalam penerangan beliau.

Kitaran Ilmu iaitu Data,Information,Knowledge,Wisdom dan Enlighten yang menjadi teras dalam proses keilmuan membawa hadirin menyedari bahawa ilmu tidak hanya terhenti dengan sesuatu tahap atau peringkat yang ditafsirkan oleh manusia.Peranan teknologi dalam memudahkan pencarian maklumat juga dinilai dalam skop yang lebih luas,dimana teknologi yang sepatutnya dapat memudahkan telah disalah gunakan oleh sesetengah kelompok individu ilmuan dengan taktik”Copy and Paste” ketika menyiapkan tugasan sesuatu bidang ilmu tanpa memahami intipati sebenar ilmu tersebut.Senario yang amat membimbangkan ini dinyatakan semakin menular dan berleluasa terutamanya dikalangan ahli akademik dan para pelajar universiti.
Fenomena perubahan dalam dunia kepustakawan turut dibicarakan untuk difikirkan, Y.M.Dato' menegaskan bahawa sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan perlu satu anjakan.Kerjasama diantara pesyarah dan pihak perpustakaan perlu dijalinkan agar kedua pihak dapat mengembleng tenaga bagi memantapkan lagi proses dan pembelajaran.Globalisasi yang kini melanda dunia tidak dapat tidak menuntut kita untuk bergerak pantas jika tidak mahu ketinggalan


Pandangan Ahli Panel 2

Prof. Dr. Shahrin membicarakan kefahaman tentang makna dan sejarah keilmuan di dunia melayu dan nusantara.Beliau mengajukan beberapa persoalan kepada hadirin dengan tujuan membawa hadirin bersama untuk merenung dan berfikir sejauh manakah penghayatan ilmu dalam kehidupan kita.
Hubungkait diantara ilmu,alam dan islam diperincikan dengan cara pemikiran yang kritis.Melalui sejarah masyarakat akan dapat mengenalpasti asal-usul sesuatu bidang ilmu dan dari mana ilmu itu diperolehi,siapakah pelopor ilmu tersebut.Pengertian dalam kontek bahasa juga memainkan peranan penting.Sebagai contoh,peribahasa ”Bagaikan melepas batuk di tangga”.Sebagaimana yang difahami dan biasa didengari oleh kita,namun ternyata realiti nya amat bertentangan.Kupasan yang menarik berkenaan sejarah tokoh penulisan di nusantara terutamanya di alam melayu membuatkan hadirin terpaku seketika apabila beberapa soalan yang selama ini dianggap fakta mula dipersoalakan.Aspek ketamadunan ilmu dalam beberapa empayar silam yang lalu sepeti Bangsa Monggol,Yunani dan China dan sudah pastinya Melaka turut diulas.

 Prof. Dr. Shahrin mengangkat konsep Menuntut ilmu hingga ke liang lahad sebagai satu wadah bagi mereka yang cintakan ilmu pengetahuan.Adab dalam menuntut ilmu juga dikembangkan sebagaimana para ilmuan islam terdahulu seperti imam As Syafie.Manusia sebagai "end user" dalam pembentukan sesuatu cabang ilmu walau sehebatmana sekalipun teknologi yang wujud pada masa kini adalah atu petikan yang amat menarik untuk difikirkan.Semangat ingin tahu dan sikap suka bertanya merupakan kunci kepada pencarian ilmu.
Penutup

Pada majlis ini,saya berpeluang mendeklamasi puisi "Malam ini,malam kita" sebuah Puisi Ilmu Metafizik yang bagi saya cukup mendalam ertinya.Majlis yang dihadiri seramai hampir 100 orang ini tamat pada jam 5.10 petang. Turut hadir ialah Ketua Pustakawan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival Membaca 2010 dan Timbalan Ketua Pustakawan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana aktiviti berkenaan

Terima Kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang turut terlibat secara langsung dan tidak langsung didalam menjayakan program Bicara Ilmu ini.Diharapkan untuk masa-masa yang akan datang,kita masih berkesempatan untuk maju selangkah lagi dalam menjayakan program-program yang bakal memartabatkan Agama,Bangsa Dan Negara.

Suka saya untuk kongsikan Puisi yang telah saya deklamasikan.



Malam Ini,Malam Kita

Malam ini...

jika kau berkata bintang-bintang itu pegun
aku akan berkata bintang-bintang itu bergerak

semakin menjauhi kita


Malam ini....

jika kau berkata graviti bumi menarik kita
aku akan berkata kita juga menarik bumi

dengan jumlah graviti yang sama


Malam ini....

jika bibirmu mulusmu berbisik
bumi berputar mengelilingi mentari
aku akan berbisik di telingamu

mentari juga berputar mengelilingi mentari yang lain


Malam ini....

jika kau berpegang pada hukum fizik newtonmu
aku akan berkata

"malam ini sayang...aku berpegang pada hukum fizik kuantum"
tetapi malam esok aku tidak pasti

pada hukum mana aku akan berpegang
kerana dunia ini masih
tidak aku fahami
terang dan gelap
putih hitam mataku
kepada siapa aku merujuk

hanya cinta kita
sayang.....

yang kekal
pada malam-malam

berikutnya...



FOTO BICARA ILMU 2010
Program sedang berlangsung

Ke Jamuan VIP

Mr Cameraman Siddiq
Bergambar bersama Pak Ray

Family Bisnes


Buku Program Syndrom
Food and Beverage
Selepas Jamuan


Saya dan Pak Ray
Pengacara Majlis Mr Salleh