Monday, March 19, 2012

Kuliah Dhuha



Hari ini saya menghadiri Kuliah Dhuha Perdana di Baitul Qurro,Paya Sum,Sg Udang.Ini merupakan kali kelima saya kesana.Kali ini Kuliah disampaikan oleh Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al- Maki.

Syeikh Nuruddin memulakan kuliah dengan pujian kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW.Tuan Syeikh juga menekankan betapa majlis ilmu yang diadakan ini seumpama sebuah perkampungan yang penuh barakah.Hadirin yang hadir ke majlis ini semestinya bukan atas kepentingan peribadi semata.Para malaikat bergerak keseluruh pelusuk alam mencari majlis ilmu ini.Kepada mereka yang hadir ke majlis ilmu,Allah SWT bersaksikan bahawa tiada siapa akan celaka walau apa jua tujuannya berada disitu.

Tuan Syeikh Nuruddin  juga memaklumkan bahawa berada bersama para alim ulamak akan mendapat biasan daripada amal soleh alim ulamak tersebut.Beliau menyampaikan kuliah dengan secara santai.Tidak terlalu serius dan kepelbagaian cara untuk menarik perhatian yang hadir.Saya tidak menduga yang Syeikh Nuruddin  juga sesekali membuat lawak,ternyata dia juga adalah orang yang ada lucunya serta mudah mesra.

Hadith yang  dibicarakan oleh Tuan Syeikh Nuruddin ialah Hadith 40 Imam Nawawi iaitu berfokuskan Perihal Niat.Setiap amalan tertakluk kepada niat.Seseorang akan mendapat balasan berdasarkan niat perbuatannya.

Sesi Soal jawab turut dibuka untuk para tetamu berinteraksi dengan Syeikh Nuruddin untuk sebarang permasalahn yang berkaitan agama.

Soalan 1:Siapakah Mujaddid?

Allah SWT akan menghantar/memilih seorang bagi setiap zaman sebagai mujaddid untuk mengingatkan/mempebaharui akan urusan  agamaNYA.Namun bukanlah ajaran yang baru,dia tetap akan bersandarkan Al Quran dan Hadith.

Soalan 2:Fiqh Aulawiyat (Keutamaan)


-Manakah lebih utama,pergi ke Majlis Ilmu atau Penyucian jiwa?
-Manakah lebih utama,pergi ke Majlis Ilmu atau Berdakwah?

Utamakan bidang dimana kita berada kerana ilmu yang terlibat dengan bidang yang kita ceburi adalah lebih utama.Masyarakat kini tidak kekurangan ulamak,kita ada ramai ulamak,artist pun sudah jadi ulamak.Namun masyarakat kekurangan "Role Model" untuk dijadikan ikutan.Kerana ilmu yang ada mesti diterjemahkan dalam kehidupan harian.

Allah SWT tidak akan mengubah kehidupan seseorang bukan dengan mengubah Politik,Ekonomi dll,tapi dengan mengubah dirinya sendiri terdahulu.Mereka mesti merubah diri mereka sendiri barulah perkara lain akan berubah.

Soalan 3:Hukum Hias Lampu Warna Warni dalam masjid
Masjid itu sendiri hendaklah mempunya ciri-ciri Khas yang menunjukkan ianya sebuah masjid.

Masih terdapat beberapa soalan lain yang dikemukakan secara bertulis mahupun lisan,namun hanya ini yang sempat saya cerat dan catatkan.

Majlis Berakhir sekitar jam 11.45 pagi.Para hadirin bersalaman dengan Tuan Syeikh Nuruddin.Mohon dihalalkan ilmu yang dipelajari dari beliau.

Insya Allah,ada usaha kita untuk memperbaiki diri,tak lambat cepat pasti akan membuahkan hasil,tak banyak,sikit pun takpe.Bukankah Allah SWT Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat dalam diri kita.

























Tuesday, March 13, 2012

Temasya Olahraga UTeM Ke 5 (2012)


Ini merupakan tahun ketiga saya sebagai Pengurus Pasukan bagi kontigen Olahraga.Namun kali ini agak berlainan daripada 2 tahun lepas iaitu Pusat tanggungjawab (PTJ) Perpustakaan akan bergabung dengan Fakuti Teknologi Kejuruteraan (FTK).

Alhamdullilah,semuanya berjalan dengan lancar seadanya.Keputusan yang diperolehi juga amat memberangsangkan berbanding dengan tahun sebelumnya.

Tahniah saya ucapkan kepada semua atlet daripada kedua - dua PTJ yang telah memberikan komitmen yang tinggi dan mempamerkan semangat juang yang jitu di atas padang dan trek.Keputusan akhir bagi pungutan pingat untuk kedua PTJ ini ialah:

Emas   : 3 Perak  : 4 Gangsa : 2

Nama
Acara
Kategori
Catatan
Emas

Engr Zolkarnain Marjom.
Lompat Jauh Lelaki
Veteran
4.77 Meter
Zulridah Zulkeli 
100 Meter Wanita
Senior
17.4 Saat
Noorlizawati Kamis
Shahrul Bariah Mohamad
Hafizah Mohamad
Zulridah Zulkeli 
4 X 100 Meter
Wanita
Senior
75.2 Saat





Nama
Acara
Kategori
Catatan
Perak

Muhamad Syafik Jumali
Lompat Jauh Lelaki
Senior
5.15 Meter
Noorlizawati Kamis

Lompat Jauh Wanita
Senior
2.99 Meter
Noorlizawati Kamis

200 Meter Wanita
Senior
39.4 Saat
Khairum Hamzah
400 Meter Lelaki
Senior
66.9 Saat





Nama
Acara
Kategori
Catatan
Gangsa

Shahrul Bariah Mohamad

100 Meter Wanita
Senior
19.9 Saat
Amir Hafizuddin Abu Bakar
Khairul Faiz Zainal
Ahmad Tarmizi Abdul Hadi
Muaat Muji

4 X 400 Meter
Lelaki
Senior
5.41.9 Saat




Foto Sepanjang Kejohanan












Tahniah juga diucapkan kepada Pengurus Encik Khairul Faiz & Pasukan Tarik Tali yang juga gabungan FTK + Perpustakaan kerna telah menjuarai Acara Tarik Tali pada kejohanan Temasya Olahraga 2012 ini.

 Perpustakaan + FTK   (2)    vs    FKP    (1)
















Terima Kasih :Shazley atas rakaman foto (saya tak bawa camera:)









Tuesday, March 6, 2012

Diari Seorang Ayah.



Sering diperhatikan dalam Facebook terutamanya,kalau pasangan itu dapat cahayamata,maka dalam FBnya hanya akan posting pasal anaknya saja.Macamlah dia sorang je ada anak dalam dunia ni.Sekejap-skejap posting gambar anak,anak buat itu,anak buat ini.Anak kentut pun nak cerita.

Sememangnya ada saja orang yang berfikiran demikian,Faktornya mungkin juga mereka masih bujang atau masih belum menimang cahaya mata.Sebenarnya,itu adalah perkara normal bagi mereka yang bergelar ibu bapa.Lebih senang bercerita mengenai anak-anak mereka.Jika kita berkasih,orang tanya bila nak kawen,dah kawen,bila nak dapat anak,dah dapat anak,bila nak tambah anak lagi (Bini?:).

Kepada pasangan yang baru (Terutamanya) menimang buah hati pengarang jantung,intan payung,nyawa,cinta kasih.Perasaan ini sememang datang secara semulajadi.Bukan nak berlagak atau nak menunjuk yang seolah kita saja ada anak.

Kalau yang lelaki,dulu sebelum naik taraf jadi seorang ayah,jangan haraplah nak berbual dengan kawan-kawan topik susu,lampin,senyum baby,tumbuh gigi,anak sakit perut,sakit kuning,sale barang baby.Semua itu membosankan.Baik sembang pasal bola,sport rim dan awek2 cun,lagi masyuk kan.

Sekarang,suasana dah berubah (kan perubahan dalam kehidupan itu adalah lumrah).Jika dulu boleh berjaga sampai 5 pagi sebab nak tengok La Liga Barcelona VS Real Madrid,sekarang mata sembab dan berpasir bila datang pejabat sebab temankan anak yang berjaga malam.Jika dulu kalau rimau tercongok mengaum sebelah pun belum tentu bangun,sekarang pantang dengar anak menangis,terus melompat dari baring.Kasih bapak..camtula.



Time gaji,sebelum dapat anak,mesti dah plan nak layan movie apa,nak shopping baju baru (branded punya),nak travel sana sini.Weekend je ada saja aktiviti dengan kawan-kawan,paling tidak pun keluar jejalan dengan wife.Sekarang bila gaji masuk,dalam kepala dah bertambah short listed selain bayar kereta dan rumah,pamper,bayar pengasuh,baju baby dan macam-macam lagi.

Saya dulu pun bukan suka sangat pun jalan area baby kalau ke shopping mall.Tapi sekarang seolah tak sah kalau pergi mall,mesti beli barang Haaris (Grab sajelah apapun,janji ada something for Haaris).

Seperkara lagi,sejak Haaris lahir,saya makin kurang merokok (Yes,i am smoker).Pasal apa?Nak cium Haris nanti,tak mahu la ada bau rokok.So,kalau nak sangat hisap rokok,time kat pejabat sajalah.Di rumah pun ada la sket2:P

Apa yang saya perhatikan,walau seganas mana dan ego manapun seorang lelaki,bila dah bergelar bapa,pasti akan bercerita pasal keletah anak-anak mereka.Pasal merangkak,kuat berak,minum susu apa,harga susu mahal ke tidak.Sebenarnya,semua ini adalah sangat mengujakan.Inilah nikmatnya menjadi seorang ayah.Bila anak kita sakit,tak kiralah sakit tu biasa-biasa or luar biasa.Perasaan akan jadi tak tenteram.Tak Percaya?Takpe,nanti dah lalui kita cerita semula ok.



Sesungguhnya anak itu sendiri adalah anugerah terindah yang dikurniakan olehNYA kepada kita selaku ibu dan bapa.Insyallah,kita semua akan merasainya.Bukan hanya sekadar memikul tanggungjawab,tetapi manisnya tanggungjawab itulah hikmahnya.Kita akan secara otomatik bayangkan betapa perih jerih orang tua kita dulu membesarkan kita,segala pengorbanan yang telah dilakukan dalam memastikan kita membesar sebagaimana kita sekarang.

Respect your father and his pride, world will respect you. Disregard your father and his pride, world will disregard you.