Wednesday, November 28, 2012

Raja Buah :Durian

Sekarang musim durian..mana mana pasar malam atau gerai gerai tepi jalan mesti ada Raja buah ni.Durian ni ada pelbagai jenis.Di Asia Tenggara ni saja ada 55 jenis spesis durian tak termasuk durian klon macam D24.

Antara jenis durian yang popular di Malysia adalah semestinya Musang King, Udang Merah, D24, SS2 dan Raja Kunyit.

Harga semestinya berbeza beza ikut gred dan musim.Ada yang jual longgok,ada yang jual timbang kilo.Biasanya yang jual cara timbang ni isinya lebih baik sebab penjual dah asingkan.Tapi atas kepandaian pembeli juga la.Tapi yang paling mahal semestinya Musang King yang paling tip top.Saya pernah beli sebijik.Cecah juga RM18 sekilo.

Sebenarnya kita janganlah terlalu taksub dengan gred durian ni.Asalkan rasa sedap dimakan serta banyak ulasnya itu sudah memadai.Peniaga terkadang mengambil kesempatan dengan memanipulasi harga buah durian hingga diberitakan ada harga yang mencecah RM60 sekilo.

JOM KITA KENALI JENIS DURIAN



D24 : Buahnya berbentuk bujur dan berwarna hijau hingga hijau keperangan dengan saiz sederhana besar . Isinya berwarna kuning susu hingga kuning , bertekstur halus , tebal dan pejal , Rasanya manis , sedikit pahit , dan beraroma kuat.

D99 ( Durian Kop ) :Buahnya berbentuk bulat , berwarna hijau kelabu hingga keperangan dan saiznya sederhana besar . Isinya berwarna sangat kuning , bertekstur tebal , dan halus ,Rasanya Manis dan beraroma sederhana.

D123 ( Durian Chanee ) : Buahnya berbentuk bujur dan berwarna hijau kelabu hingga hijau keperangan , serta bersaiz besar . Isinya Berwarna Sangat Kuning , tebal dan bertekstur halus , serta berasa manis.

D145 ( Durian Beserah , Mek , Hijau ) : Buahnya Berbentuk agak bulat dan berwarna hijau . Bersaiz sederhana hingga besar . Isinya Berwarna Kuning Hingga Oren , Tebal , Dan Bertekstur Pejal . Rasanya Manis dan Aromanya kuat .

D158 ( Durian Kan Yau ) : Bentuk Buanya Agak Bujur , Berwarna Hijau , Serta bersaiz sederhana hingga besar . Isinya berwarna kuning pucat hingga kuning , tebal , bertekstur halus , dan rasanya manis.

D159 ( Durian Man Thong ) : Buahnya bujur dan berwarna hijau kelabu , serta bersaiz besar . Isinya berwarna kuning pucat , tebal dan bertekstur halus , Rasanya Manis , Serta memiliki aroma yang sederhana kuat.


Antara banyak banyak durian,satu nama unik bagi bentuk susunan ulas durian ialah KUCING TIDO.Mengapa dinamakan Kucing tido?


Serupa tak?



Orang kata kalau nak beli durian,biarlah dapat yang puas hati.Yelah,peniaga kopek yang tengah,belah bawah kita tak tahu elok ke tidak.Bukanlah lah nak kata semua peniaga tu nak tipu.Tapi lebih baik jika kita sedikit pengetahuan tentang cara nak meilih durian.

Petua Memilih Durian

1. Duri

Pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah untuk dibuka.

2. Bentuk Buah

Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi yang tebal, manis, dan berbiji kurus.
 3. Bau
Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang berbau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya dan berkemungkinan telah diperam.

4. Kulit

Pastikan kulit luarnya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan.
Elakkan dari memilih buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuat isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas yang mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.
 5. Goncang Durian
Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncangkan durian dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Dan goncang secara perlahan-lahan.
Jika dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.

Seterusnya ialah Fakta Terahsia Durian dan Mitos:
1 – Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50 kcal. Tidaklah tinggi sangat.
 2 – Tinggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.
 3- Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah). Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus
 4 – Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)
 5 – Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.
 6 – Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.
 7 – Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-ciuman :)
 8 – Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.
 9 – Kurangkan stress? Mungkin betul tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.
 10 – Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala jenis makanan. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah teruk sangat. Sentiasalah amalkan pemakanan yang sihat :)

Okla,setakat itu saja cerita pasal durian ni....balik kerja atau time cuti boleh la bawak anak isteri makan durian.Tapi jangan makan banyak sangat.Sebab durian ni boleh bikin badan panas.cerita pasal badan panas lepas makan durian boleh amalkan petua ini.
Isikan air kosong dalam kulit durian (pangsa) dan minum (+ baca Bismillah).





Kenangan UiTM Mache


Zaman jadi seorang mahasiswa memang best.Masa tu ambik Diploma dalam bidang Pengurusan Maklumat (PM10).Ditempatkan di UiTM Machang,Kelantan Darul Naim.untuk pengetahuan semua,masa tu kami adalah batch perintis bagi Diploma Pengurusan Maklumat(sekarang da tukar nama jadi IS110) yang pertama kalinya dibuka di UiTM selain Induk Shah Alam,maka ramailah pelajar serta senior jurusan lain tertanya tanya apa mende kursus PM10 ni?

Batch ni agak ramai juga,ada 4 kelas (A,B,C,D).Saya kelas D.Majoriti student batch ni adalah daripada utara (Kedah,Penang) .Tapi dari pantai timur pun ramai juga.Disini banyak kenal sahabat2 dan masih kekal persahabatan sampi sekarang.

Macam macam kenangan time orientasi Minggu Wawasan Siswa (MWS),da habis MWS ada pulak salam perkenalan daripada senior2,kena mengadap masuk bilik.Dah masuk mengadap senior paham2 ajela.Tapi takpe...Tu semua untuk eratkan silaturrahim.

Time Diploma ni aktif jugak sukan (Ragbi).Persatuan pulak join ASASBINA,ini adalah Kokurikulum (sebab nak elak masuk KESATRIA:).tak lupa juga Silat Cekak.Disini juga kenal seorang gadis yang kini telah sah jadi isteriku.














Thursday, November 22, 2012

Boikot Barangan Israel.

Saya kongsikan satu pendapat tentang Isu Boikot produk Israel.





1. Melihat dengan MATA HATI, di sebalik serangan fizikal di gaza, apa sebenarnya intention pihak zio nis yg cuba lakukan…. Gaza tue besarnya, tau besarnya berapa? Utara ke Selatan 40km (jarak kl – shah alam) Timur ke Barat 7km (jarak cheras – KLCC). Penduduk 1.4 Juta orang di kawasan ga za shj. Tanah paleystin berpecah belah negaranya.
2. Kalau dilihat dari peta paleystin sekarang, kenapa ianya berpecah2? Mengapa pihak zi0ni$ tidak mengambil kesemua tanah paleystin? ataupun kalau dia nak ambik, kenapa negara paleystin tidak menjadi negara yang bersambung-sambung?
3. Jadik kesimpulan ringkas yg diamati, pihak zi0ni$ sengaja memecahkan sedikit demi sedikit negara paleystin kerana mereka tak mahu umat islam bersatu, mungkin jika bersatu, mmg sekejap shj is rayel akan boleh ditawan semula dengan mudah.
4. Sebenarnya kalau nak melenyapkan terus umat Paleystin, pihak musuh hanya perlu bomb 3 tempat sahaja, hospital, bekalan air, dan bekalan elektrik. Habis cerita… tetapi pihak musuh tidak menyerang tempat tersebut, mereka menyerang tempat2 di mana ramai rakyat paleystin berhimpun, di rumah2, kenapa? Mengapa mereka tidak melenyapkan terus umat paleystin?
5. Sebenarnya, mereka mahu menunjuk pada dunia, yang mereka mempunyai kekuatan untuk MENYEKSA umat islam, di sana mereka MENYEKSA umat-umat islam secara fizikal. Kita di sini, mereka MENYEKSA kita dengan cara spiritual, kekuatan teknologi, dan platform yang telah mereka bina mcm fesbuk nie. Kita disini DISEKSA secara berterusan, cuma bezanya diseksa dalam keadaan harmoni.
6. Lapar, nak makan cepat, ada McD. Nak tunggu nasik campur, takder drive thru, apatah lg nasik goreng kampung pun takder drive thru, nak order pun 10 minit nak goreng. Sy juga tidak terkecuali, sekarang sedang menggunakan pc yg processornya adalah IN TEL, mmg IN TEL ada kilang di merata dunia termasuk di Pulau Pinang & Kulim. Tetapi pusat RND nya ada di ‘sana’. RND = enjin sebenar. Sapa tak pernah makan Kit Kat, air yogurt Nestle (semalam baru minum), apatah lagi Colgate, Coke, dan minyak bayi anak sy pun pakai Johnson & Johnson.
7. Secara amnya, hampir 2/3 daripada isi pasaraya tue milik ____? Habis kenapa kita terpaksa beli juga? Sebab kita tidak ada PILIHAN. Mengapa kita tidak ada PILIHAN? Sebab kita mempunyai sikap iri hati dan tamak haloba. Nak wujudkan PILIHAN katalah buat nak buat biz tiru coffe be an, belum apa2, baru nak setup kedai, dah kawan tipu kawan, adik beradik bergaduh, mcm mana nak buat branch banyak negara. 1 kedai pun belum naik. Mengapa kita ada sikap tersebut? Apa yang kita makan itulah diri kita. Abis kita makan apa nie?
8. Eyh tengok org sana berperang kita di sini pun berperang jugak, bezanya sana berperang, memang betul2 berperang dgn musuh, kita di sini berperang dgn melihat mempertikaikan kenapa perlu boi kot, kenapa perlu derma, ada yg kata derma bermusim. Hallo hallo pasal tue lah, ianya menjawab tajuk post nie. Buat apa Is Rayel nak serang kita, diorang tak buat apa2 pun kita berperang sesama sendiri. Lagipun diorang dah menang tanpa bertanding…. Sebab apa menang tanpa bertanding? Di kala mereka sedang cuba menghapuskan saudara2 kita, kita masih lagi TERPAKSA guna produk mereka. Burger telur free pun berebut nak beratur sampai luar pintu.
9. Biarlah kawan2 kita yang lain, ada yang mampu nak derma, biarlah mereka derma, ada yang nak berdemo, biar mereka berdemo, ada yg boleh berdoa, biarlah mereka berdoa, sekurang2nya masing2 cuba melawan dengan kudrat apa yang ada. Sbb tue kalau tgk di tv, ada org2 muda paleystin yang baling batu ke arah kereta kebal. Batu tue kena kereta kebal pun, org dalam kereta kebal tak dengar bunyinya. Tp semuanya ada sikap berjuang nak melawan.
10. Hikmah kejadiain ini juga adalah signal dari ALLAH, supaya umat islam sedar, walaupun kita ramai, tapi kita lemah. Kita tak bersatu. Tak caya? cuba masuk mana2 kampung, lihat di kampung tue katakan ada 14 orang veteran, sekurang-kurangnya mesti ada 3 puak di kalangan 14 orang veteran. Yang nie orang tok sidang, yg nie org penghulu, tak ngam dgn tok sidang, yg tok sidang punya geng tak ngam dgn Timbalan Pengerusi Surau yang ke-3. Yang di jabatan2 tiap2 hari khamis pakai baju batik pula, ada 20 orang dalam satu organisasi, tetapi ada 4 team! Team A baik dengan Ketua Pengarah, Team B pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 1, Timbalan Ketua Pengarah 1 tak ngam dengan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 2, maka Team Timbalan Ketua Pengarah 1 tak baik dengan team Timbalan Ketua Pengarah 2. Tak faham? (Ini adalah exp sy yang paling mahal semasa berkhidmat sbg Kaki Tangan Awam suatu masa dahulu)
11. Jangan lupa juga sesungguhnya bumi paley stin masih lagi wujud hasil doa2 umat islam di seluruh dunia, kita di masjid2 time solat jumaat pun khatib bacakan doa kesejahteraan rakyat2 paley stin. Tempat israk mikraj tue bro.
12. Kawan², rakan² marilah, situasi di atas adalah hakikat sebenar, janganlah kita jadikan situasi tersebut sbg alasan untuk kita tidak boleh berubah. No.1 bersihkan dalaman dahulu, banyak sangat clog yang perlu dibersihkan, tak perlu tunggu bersih sepenuhnya baru nak jadik baik, asalkan ada kemahuan yang membara, clogging yg ada tue akan mula beredar perlahan2. Bersolat bukan sekadar bersolat, bersolat fahamkan makna bacaan dalam solat, baru senang nak feel. Tak perlu tunggu hafal 30 juzu’ baru nak sampaikan benda yang baik. Pernah dengarkan “Sampaikanlah walaupun 1 ayat”? Sekurang2nya boleh menjadi ulangkaji kepada yang si menyampaikan, bro cuba lu tgk page sham kamikaze, hari2 post pasal kelebihan solat dhuha, tiap2 waktu ingatkan org suruh solat awal waktu, apsal dia buat selalu? Sebab dia ambik ‘roh’ azan. Apa itu ‘roh’ azan? Manusia perlu diingatkan sepanjang waktu.
13. Tidurlah awal, agar kita dpt berjemaah subuh esok, kan dan dikhabarkan, ‘mereka’ hanya akan takut kalau subuh kita sama ramai dengan solat jumaat. Kerana itulah sebenarnya kunci kekuatan umat islam seperti umat paley stin yg menyebabkan zio nis takut kerana jemaah subuh mereka.