Thursday, September 19, 2013

Tun Abdul Razak Bukan Talibarut Jepun.

Saya terkejut apabila Bapa Pembangunan Malaysia Tun Abdul Razak Hussein di gelar pengkhianat dan talibarut Jepun apabila melayari internet dan FB. Mengapa hal begini boleh terjadi sedangkan Tun Razak adalah seorang yang amat cintakan agama, bangsa dan negara. Lebih menyedihkan lagi yang menyebarkan fitnah ini adalah daripada orang melayu islam sendiri.Hanya kerana pandangan politik yang berbeza maka habis segalanya diputarbelit semata untuk memburukkan maruah individu yang telah pun meninggal dunia ini.

Inilah gambar yang dijadikan "Modal" utama penabur fitnah tersebut.


Sangatlah menyedihkan kerna hanya dengan sekeping gambar sahaja.Maka mudah benar rakyat menghukum Tun Razak. Tanpa sebarang soal selidik maka terus dicaci maki dan dihina Tun Razak sebagai Pengkhianat dan talibarut.

Disini saya ingin menyatakan apa yang telah saya dapati apabila membaca beberapa sumber.

Apabila Jepun yang telah menanwan Tanah Melayu ketika itu mendapati bahawa Tun Razak seorang anak Melayu yang berpelajaran.Pihak berkuasa Jepun di Bentong telah mengambil Tun Razak untuk dilatih sebagai JURUBAHASA  dan dihantar ke Pusat Latihan Pegawai Kerajaan Jepun (Koa Kunrensjo) di Singapura bagi menjalani latihan indoktrinisasi selama enam bulan meliputi bahasa dan budaya Jepun.

Kemudia beliau ditempatkan menjadi pegawai paling kanan di Jabatan Propaganda Jepun di Kuala Lipis. Tun Razak bersama sahabatnya Ghazali Shafie (Tun).

Walaupun bekerja dengan Jepun.Tun Razak bukanlah berkhidmat sepenuh hati dan sukarela. Tun Razak dan Ghazali telah menyertai gerakan bawah anti Jepun - Japanese Malay Resistance Monement- Yang ditubuhkan oleh Yeop Mahidin yang merupakan pembantu kepada ayah Tun Razak di pejabat daerah Bentong. Gerakan ini dikenali sebagai Wataniah turut mendapat sokongan Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Riayadin Al-Mutasin Shah.

Tun Razak menggunakan jawatan yang diberikanoleh pihak Jepun dengan menyalurkan maklumat mengenai pergerakan tentera dan polis Jepun kepada Watanih melalui Ghazali dan individu tertentu. Antara maklumat yang diberikan oleh Tun Razak ialah jadual lawatan tentera Jepun mengutip padi daripada orang kampung supaya orang kampung dapat menyembunyikan padi mereka.

Tentu saja tugas ini amat berbahaya dan hanya sanggup dilakukan oleh mereka yang benar benar nekad dan berani untuk menentang Jepun. Silap langkah. Kapala kasi potong!

Pada tahun 1945 Wataniah telah menjalinkan kerjasama dengan Force 136 dan akhirnya Wataniah telah diserapkan ke dalam Force 136.

Jelas dinyatakan disini bahawa Tun Razak telah menjadi "Perisik" dalam pentadbiran Jepun. Ini adalah strategi yang sangat licik dan berani serta penuh risiko. 


FORCE136

Gambar dari kiri ke kanan:

BersilaLt Muda Mohammad Taib, Lt Muda Abdul Aziz Shamsudin.Lt Yakin Long, Lt Osmail Ismail,Lt Muda Mohd Zain Long.

Duduk:Lt Yaakub Hassan,Kapt Abdul Rahman Ismail(Ajutan),Kapt Ibrahim Ismail, Mejar Yeop Mahidin Mohd Sharih (Pegawai Pemerintah) Kapt Sulaiman Ismail, Kapt ABDUL RAZAK HUSSEIN.

BerdiriLt Mohamad Abdul Wahab, Lt Muda Ibrahim Abbas, Lt Muda Othman Jasi, Lt Muda Jaafar Haji Mohd Nor, Lt Muda Tengku Yunan Tengku Haji Daud, Lt Osman Ali, Lt Halimi Haji Sarbani, Lt Muda Abdul Satar Mat Dahan dan Lt Muda Alang Nasir.

Marilah kita sam sama menginsafi diri.Berhentilah menfitnah orang yang telah meninggal hanya kerana kepentingan politik.

*** Ghazali disini ialah Tun Muhamad Ghazali Shaffie