Tuesday, January 21, 2014

Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian buruk padahnya.


Apabila kita ada lebih daripada apa yang kita perlukan, maka sedikit sahaja kekurangan akan terasa begitu azab bagi kita

Dewasa ini kita merasa sedih apabila mengatakan atau menasihati sahabat dan rakan bahawa kita seharusnya memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga atas nikmat kurniaan Allah SWT pada diri dan negara. Maka dengan segera kita dilibas dan dilabel sebagai MACAI PARTI POLITIK.

Begitulah jadinya apabila berhadapan dengan mereka yang segalanya adalah politik. Berpolitik sampai hilang adab, hilang bahasa, hilang santun, hilang hormat malah hilang ukkwah.

Tidakkah kita bersyukur pada hari ini, pada masa ini, pada detik ini bahawa kita masih lagi hidup dan beragama islam. Apakah nikmat yang lebih besar selain islam? kita masih mampu menyara hidup dan keluarga.Masih terjaga keselamatan daripada penjajahan kuasa asing.

Adakah maksud daripada kenyataan diatas saya setuju dengan segala apa yang terjadi dalam negara kita sekarang.Tentulah tidak. Kenaikkan harga barang, jenayah, kemalangan, korupsi dan pelbagai lagi. itu semua diakui. Namun janganlah jadikan ianya satu punca untuk kita memecahkan belahkan keutuhan yang terjalin selama ini. Jangan sebab tercekik tulang, kita minum racun.Jangan marahkan nyamuk, habis rumah terbakar.

Membina sesebuah negara adalah lebih sukar daripada meruntuhkannya. Tentu saja perbezaan akan terus ada hingga kiamat.Ketahuilah...Umat islam teruk diasak dari segenap sudut pada masa kini.Baik dari akidah, jatidiri, moral, kesultanan, kebangsaan dan tanahair. Musuh musuh umpama serigala lapar yang hanya menunggu masa untuk menjajah jarah tanah melayu ini. Buka mata dan buka minda serta lihatlah daripada perspektif yang lebih luas.


Musuh menaburkan racun fitnah agar masyarkat berpecah dan berantakan sesama sendiri
"Let them kill themselves quietly"