Wednesday, February 12, 2014

Persoalan Nama


Disunatkan memberi nama-nama yang elok dan baik kerana Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya kamu sekelian akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu." (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)

Entry kali ini saya ingin membicarakan berkenaan nama. Dewasa ini pelbagai jenis dan gaya nama untuk cahaya mata yang baru lahir. Ada yang memang sedap sebutannya, ada yang pelik dan tergeliat lidah menyebut bunyinya, ada yang terlalu canggih ejaannya dan pelbagai lagi.

Nama yang sebaiknya adalah nama yang mempunyai maksud yang baik kerna panggilan nama itu sendiri adalah doa. Ada satu istilah dalam masyarakat melayu islam Malaysia ini iaitu nama islam. Jom kita bicarakan.

  • Apa yang dimaksudkan dengan nama Islam? Adakah ia nama di dalam Bahasa Arab, Bahasa Melayu ataupun nama yang mempunyai makna yang baik?

  • Jika sesuatu nama itu tiada makna dalam Bahasa Arab bagaimana? Bagaimana dengan individu yang bernama JAMAL yang mana maksudnya dalam bahasa arab ialah Unta (haiwan)?

  • Adakah ejaan akan mengubah makna sesuatu nama terutama yang melibatkan makna dalam bahasa arab? Cth: Jika ingin meletakkan nama Ummul Mukminin Sayyiditina Aisyah (ra) isteri kepada Rasulullah SAW. Bagaimana ejaan yang sebetulnya? Adakah Aisyah, Aishah, Ayeesha?

  • Salah ke jika memberikan nama anak seperti Aaron & Noah ( ianya merujuk kepada nama Nabi iaitu Harun (as)  Nuh (as). Nabi agama Allah SWT) yang mana kononnya ianya berasal daripada bahawa hebrew. Bagaimana pula dengan nama Danial yang mana nama itu disandarkan kepada Nabi Danial (as) yang mana asal nama adalah dalam bahasa ibrani?
  • Adakah orang islam yang ada di Russia, French, Britain, Jepun, Indonesia, Jawa dll negara yang mempunyai nama mengikut bahasa negara mereka itu salah? (Mezut Ozil, Selamat, Awang, Parjo dll)

Pandangan saya:

Sebenarnya letaklah nama dalam bahasa apa sekali pon xpe asalkan maksudnya baik.Orang Melayu je yang selalu fikir bukan2. Asal nama takde makna dalam bahasa arab atau dalam bahasa lain je kapir dan kurang islamik. Sedangkan Cina Muslim yang tak tukar nama pun takda masalah asalkan dalam maknanya baik dan tidak mendatangkan cercaaan yang menimbulkan fitnah terhadap empunya nama dan masyarakat. Siap boleh buat kombinasi nama cina + arab (cth:Abdul Rahman lee ming chun). Nama arab ini adalah satu pilihan bagi mereka yang ingin mempunyai nama berbahasa arab yang baik dan bukan satu kemestian. 

Islam itu luas.Sebarang pandangan dan teguran sangat dialukan.
wallahualam.