Wednesday, October 29, 2014

Latihan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan Perpustakaan UTeM

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA  MELAKA
UTeM 
LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN & PENGUNGSIAN BANGUNAN PERPUSTAKAAN KALI KE-1 BIL. 1/2014

TARIKH  : SELASA, 28 OKTOBER 2014
MASA   : 10.30 PAGI HINGGA 11.30 PAGI
TEMPAT : PERPUSTAKAAN & PBPI

MATLAMAT LATIHAN

Matlamat utama latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan kepada warga perpustakaan tentang bahaya kebakaran dan tatacara dan tindakan yang tepat harus diambil sekiranya terjadinya kebakaran.

OBJEKTIF LATIHAN

Memberi pendedahan dan memastikan keseluruhan penghuni/warga kerja di bangunan Perpustakaan UTeM berpengetahuan dan berpengalaman dalam menghadapi kecemasan kebakaran yang sebenar.

Latihan Kebakaran ini turut melibatkan penglibatan dan kerjasama  daripada pelbagai pihak seperti dibawah:

I. Pegawai Bomba Bahagian Latihan. Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka.
II. Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerja UTeM.
III. Bahagian Keselamatan UTeM.
IV. Wakil Pusat Tanggungjawab (Pemerhati)
V. Klinik Pelajar
VI. Wakil Majlis Perwakilan Pelajar

LAPORAN


Perpustakaan UTeM dan Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan (PBPI) dengan kerjasama Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UTeM serta Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Kroh telah Berjaya melakukan satu latihan pengungsian bangunan dan kebakaran pada tarikh 28 Oktober (Selasa) 2014. Latihan ini juga merupakan yang julung kalinya diadakan di kedua Pusat Tanggungjawab (PTJ) terbabit.

Selain bantuan dan kerjasama daripada pihak Bomba, turut memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan perlakasaan latihan ini ialah Bahagian Keselamatan UTeM dan juga Klinik Kesihatan UTeM.

Melalui perbincangan dengan pegawai Bomba encik Hasri Bin Hassan dan wakil JKKP PBPI Encik Nizam Bin Yusof. Latihan kebakaran akan diadakan di bangunan PBPI manakala latihan menyelamatkan mangsa diadakan di bangunan perpustakaan.

Latihan kebakaran dan pengungsian bangunan dimulakan tepat pada jam 10:30 pagi. Tanda kebakaran (asap) kelihatan di bangunan PBPI.Loceng amaran kebakaran dibunyikan serentak di kedua PTJ. Pasukan penyelamat Emergency Response Team (ERT) telah bertindak pantas dengan mengarahkan semua penghuni di setiap level bangunan perpustakaan untuk bergerak keluar daripada bangunan. 

Penghuni bangunan yang terdiri daripada staf, pelajar, kontraktor serta pencuci bangunan memberikan kerjasama yang baik dalam mematuhi arahan beredar daripada bangunan. Kesemua penghuni bangunan perpustakaan berkumpul di zon selamat yang telah ditetapkan.

Latihan memadam kebakaran menggunakan alatan pemadam api turut diadakan. Latihan yang dikendalikan oleh pegawai bomba ini memberikan panduan tentang cara pengendalian pemadam api sekiranya terjadi kebakaran. Staf dan pelajar turut diberikan peluang memadamkan api secara praktikal.

Sesi perbincangan (Post Mortem) berkenaan latihan diadakan di bangunan perpustakaan. Secara keseluruhannya, pihak bomba dan Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berpuas hati dengan latihan. Namun demikian turut dinyatakan beberapa cadangan penambahbaikan untuk memantapkan lagi pergerakan pengungsian bangunan di masa akan datang.

Cadangan dan peluang penambahbaikan :

  1. Akses kepada ambulan ke tempat kejadian perlu dikawal supaya tidak terhalang pergerakan keluar masuk.
  2. Tempat pili air bomba hendaklah dilabelkan serta tidak dibenarkan meletakkan kenderaan yang boleh menghalang penggunaan pili tersebut.
  3. Zon selamat tempat berkumpul (Assembly Point) terlalu dekat dengan bangunan.
  4. Pasukan penyelamat Emergency Response Team (ERT) perlu bertindak lebih pantas dan agresif mengawal pergerakan penghuni di tempat berkumpul.
  5. Pasukan penyelamat Emergency Response Team (ERT) perlu dilengkapi dengan peralatan seperti heller untuk memberikan arahan kepada penghuni serta dicadangkan juga pemakaian ves khas untuk memudahkan pengenalan kepada mereka.
  6. Lif tidak turun ke “Ground floor” apabila loceng amaran kebakaran dibunyikan.
  7. Sijil kelayakkan menduduki bangunan (perpustakaan) hendaklah sentiasa diperbaharui apabila telah tamat tempoh. Tanggungjawab ini adalah kepada pihak yang menduduki bangunan tersebut.


Perbincangan & penerangan sebelum latihan dimulakan







Latihan bermula : Loceng amaran kebakaran dibunyikan







Ambulan tiba




Jentera bomba tiba



Operasi Menyelamat









Latihan memadam kebakaran










Perbincangan Post Mortem





Tahniah dan terima kasih semua