Wednesday, March 18, 2015

MISI BANTUAN BANJIR DI KELANTAN


Tarikh : 9 - 12 Januari 2015

Lokasi : Kota Bahru, Kelantan Darul Naim



Alhamdulillah, saya berpeluang menyertai Misi Bantuan Kemanusian UTeM bagi membantu mangsa banjir yang melanda di negeri Kelantan.(memang kelantan sangat dekat di hati saya sebab pernah belajar di sana selama 3 tahun, UiTM Machang.)

Bertolak pada malam 8 hb dari tempat berkumpul di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM. Perlepasan dilakukan oleh Ybhg Dato Naib Canselor.Misi Bantuan Banjir ini disertai oleh staf dan pihak luar seramai lebih kurang 70 orang.Kami menginap di Wisma Pengakap, Kem Kijang, Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Selain UTeM, terdapat banyak lagi agensi kerajaan, swasta dan NGO yang saya lihat turut memberikan bantuan kepada mangsa banjir. Atas dasar kemanusian dan kasih sayang sesama manusia dengan mengenepikan perbezaan agama, bangsa dan fahaman politik.

Menyertai Misi Bantuan Banjir ini memberikan banyak hikmah samada yang tersurat mahupun yang tersirat. Menginsafi diri dengan kekuasaan Allah SWT. Berpeluang melihat dan mendengar sendiri suasana dan cerita daripada orang kampung yang dilanda musibah banjir ini.

Kami menyelesaikan misi ini pada 12 hb Januari dan bertolak pulang ke Melaka sekitar jam 4:30 petang. Sebelum pulang sempatlah singgah ke Pasar Besar Siti Khadijah dan Tok Bali untuk membeli sedikit ole-ole buat keluarga di rumah.