Monday, April 6, 2015

Service 1000km Pertama Proton Preve

Assalamualaikum

Saya ingin berkongsi info dan pengalaman berkenaan service 1000km pertama Proton Preve. Sebagaimana yang tercatat dalam buku waranty pemilik kereta preve, tak kisahlah samada CFE atau IAFM, kita kena hantar service mengikut Kilometer/Masa yang ditetapkan.

First service saya adalah di Pusat Service Proton Edar di Bachang, Melaka.


BUAT APPOINMENT

Jika nak service pada hari minggu (Sabtu/Ahad), maka seeloknya buatlah temujanji.Ini untuk kebaikan kita juga. Hari minggu adalah hari tumpuan sebab inilah masa yang ada untuk mereka yang bekerja terutamanya. Appointment kami adalah pada jam 11:00 pagi. Sila hadir tepat pada masa yang dipersetujui sebab jika anda lebih dari 15 minit. Maka Pihak SC akan proceed to next Customer. So anda kena tunggula. Alhamdulillah, kami tiba pada jam 10:35.Jumpa dengan kerani bertugas dan maklumkan dah buat appoinment. Ketika kami sampai memang dah ramai customer menunggu giliran dan tepat jam 11 pagi , kami dipanggil oleh service advisor untuk diberikan penerangan tentang apa yang perlu dalam service pertama.

APA YANG PERLU DIGANTI/TUKAR

1-Minyak Enjin 
Bagi CFE sila gunakan Fully Synthetic.Pada mulanya kami direkomenkan guna semi synthtetic
(Syntium 800) tapi sebab dapat advice daripada owner preve  kami bagitau yang kami prefer Syntium 1000. Tapi kalau pakai semi syn pun tak mengapa untuk 10000km pertama.


*** Ada yang kata syn3000 lagi ok, tapi terpulang la pada poket masing-masing. Cuma tak pasti samada SC sediakan ke tak syn3000.



2-Oil Filter
3-Gasket Drain Plug





SERVICE PERCUMA

Proton menawarkan Service Percuma sebanyak 3 kali. Service percuma ini hanyalah untuk LABOUR CHARGE/UPAH BURUH. BUKAN PERKAKASAN/BARANG. Saya dimaklumkan pada petugas disitu, kalau labour charge  kena RM66.

Boleh rujuk di M/S 14 buku warranty jika ada sebarang keraguan.






KOS

Kos keseluruhan bagi service 1000KM pertama Proton Preve CFE Premium saya ialah RM 228.47 (termasuk 6% GST OK:)


KESELESAAN DAN LAYANAN PUSAT SERVICE

Alhamdulillah, Pusat service Proton di Bachang, Melaka ini selesa dan layanan daripada staf mereka juga sangat bagus (my first impression). Dengan begitu ramai customer mereka masih sedia menjawab soalan daripada pengguna.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada pengguna Proton Preve dan pembaca semua. Insya Allah service seterusnya saya akan cuba di Sevice Center yang lain pula. Baru sedap buat perbandingan.

Jika ada pembaca mempunya info dan pengalaman lain, amatlah saya alukan untuk kita sama-sama kongsi dan beroleh ilmu.

   









Friday, April 3, 2015

Memilih Jentera Baru untuk Keluarga 2015

Assalamualaikum

Sudah agak lama saya memikirkan untuk membeli kenderaan baru, memandangkan faktor kereta kesayangan (VIVA SX 1.0) yang bersama sejak 2007 semakin lesu dan pertambahan ahli keluarga dan juga faktor jarak (Balik kg ke Terengganu dan Pahang).Tak masuk lagi travel bila saudara mara buat majlis kawen atau kenduri.

Namun, membeli kereta bukan seperti membeli basikal pixie,ikan di pasar atau Handphone.Segala bentuk pengiraan faktor kewangan perlu diambil kira. Maklumlah, saya bukanlah dari level orang mewah (dan bukan juga orang susah, kalau susah takde langsung kemampuan nak beli kereta)

Nak beli kemudian tangguh, Nak beli kemudian tangguh, Nak beli kemudian tangguh = 25x

Setelah menangguhkan pembelian hinga 25 kali (sampai isteri bosan dah bila ajak bincang pasal kereta baru, belinya tak juga), maka yakinlah saya bahawa keputusan membeli kereta baru ini dah sampai tahap perlu. Kenapa? Bila kita nak beli sesuatu dan ianya  boleh ditangguhkan,maka ianya tidaklah terlalu perlu. Itu antara tips yang saya dapat dalam blog pengurusan kewangan. simple dan senang dipraktikan.

Kawan-kawan : Beli kereta Jepun, second hand pun takpe janji > (Honda, Toyota, Nissa , Mazda)

Saudara mara : Amik MPV, senang nak bawa anak dan barang

Tapi bank balance dan keinginan saya masih jadi faktor utama:)

Akhirnya saya telah buat listing perkara yang perlu saya beri perhatian jika nak beli sebijik lagi kereta.Dan ianya hanyalah pandangan peribadi ikhlas dari saya tanpa niat nak bias atau mempertikaikan pandangan orang lain.

KEMAMPUAN

Saya baca  perbincangan dari beberapa blog yang cerita pasal pro dan cont pembelian kereta. Sekadar untuk menambah  pengetahuan dalam membuat keputusan. Sangat informatif.

Kemampuan disini semestinya yang saya maksudkan ialah aspek kewangan. INI ADALAH ELEMEN PALING UTAMA. Kita boleh sembang apa saja dan jenis/jenama kenderaan yang nak dibeli,tapi kalau kewangan sempit, setakat sembang ajelah.

Perbincangan dengan isteri kami bersetuju untuk kereta sekitar 60K-80K Sahaja. Dan bayaran bulanan mesti tidak melebihi bayaran pinjaman perumahan .Rasa macam tak berbaloi untuk bayar kereta melebihi bayaran rumah sebab rumah lagi utama.So its must be below RM8++.

Nilai interest yang dikenakan oleh bank pun kena tengok gak.

Keputusan : Ambil mesin kira, tekan sana, tekan sini, termenung, solat istikarah.Jawabannya adalah Ukur baju di badan sendiri. Kita yang akan menangung selama 7/9 tahun.

BARU vs TERPAKAI

Dengan range RM60-80k, pilihan samada kereta terpakai atau baru.

Kereta Baru : Honda City, Nissan Almera, Nissan Livina, Proton Exora,Preve Perodua Alza,MyVi, Mitsubishi Attrage antara yang boleh dimiliki.

Kereta terpakai semestinya tiada masalah pilihan, sebab banyak sangat, surf saja dalam Mudah.com.my dan pilih ajela.

Dalam second hand car ni memang banyak  kereta yang jadi idaman, civic FD, Altis, Mazda 3..memang pening nak pilih.Cuma kekurangan dia adalah. Semua yang diidamkan tu dah berusia more than 5 year. Memang ramai kata takpe, tahan sebab imported. Tapi semua tu tak menjamin apa-apa.Saya juga yang kena tanggung jika berlaku sebaliknya.Kan?

Keputusan : Kereta Baru...Baru puas hati. Segala kerosakan adalah bawah diri sendiri dan semestinya dengan adanya warranty beri sedikit senyuman walau tak dapat kereta yang diidamkan.


SEDAN vs MPV

Ok, my Viva adalah kereta kompak. Jadi adalah tidak praktikal untuk saya teruskan dengan kompak. Jika pilih MPV, memang berbaloi sebab ruang yang luas dan selesa. Proton Exora dan Alza serta Livina 2nd adalah dalam range harga.Sedan pulak kira ok, sebab famili saya baru 4 orang (tak fikir lagi long term ke?)

Keputusan : Dalam hal ini saya akui saya lebih cenderung kepada keinginan hati. Maybe ramai yang tak setuju, tapi begitulah, im human . So its Sedan.


IMPORT vs TEMPATAN

Ada orang mengangap kereta ini hanyalah satu jentera yang membawa kita dari Poin A ke poin B. Asalkan selamat dan selesa cukuplah. Tapi bukan semua begitu, kereta bagi setengah orang sebagai simbol kejayaan dalam hidup

Kereta import memang jadi idaman, dengan reputasi dan mentaliti kebanyakan rakyat marhein Malaysia bahawa kereta  import bagus memang tak dapat disangkal lagi. Sebut saja jenama H dan T memang semua punya impian untuk memiliki. Ditambah pula jenama Korea (Kimchi Car) dan kerata Eopah (Conti Car) yang kini menguasai pasaran. Saya sendiri pun teringin.

Kereta tempatan dengan label P1 & P2 (Proton dan Perodua) juga tak kurang hebatnya. Makin banyak improvement berbanding dulu.Walaupun tidak se gah kereta import, tapi tidaklah hina sangat. Dan kebayakkan kereta local ini dalam range harga mampu milik. Kita boleh nampak, walau pengutuk kereta tempatan ni sentiasa ada, tapi kereta local jugalah yang banyak menyusur kat atas jalanraya pada masa kini. Saya tak suka masukkan isu politik bila sembang pasal kereta. sebab bukan semuanya dalam hidup ini politik.


PERBINCANGAN

Inilah faktor lebih penting dari semua faktor diatas.
Beli kereta ni memang dilihat seolah diputuskan oleh lelaki/ ketua keluarga sahaja.Jangan buat macam tu bang, keputusan yang melibatkan kewangan keluarga selama 7-9 tahun berhutang dengan bank ni seeloknya kita bawa berbincang, Beli kereta ni akan bagi kesan jangkamasa panjang. dengan segala kos bahan api, barangan keperluan harian anak, makan minum dan bil utiliti.Panggil isteri dan mintak pendapat saudara mara serta rakan-rakan kita.Lepas tu baru cantik kita buat keputusan.Buat keputusan tu nanti jangan buat berdasarkan pilihan orang lain.Pastikan ianya pilihan kita.Pandangan mereka kita hargai.
.

Keputusan : seperti dibawah sekali:)


.
.
.
.
.
.
.
.

Alhamdulillah,
Jadi, inilah jentera baru yang saya & isteri  pilih untuk kenderaan kami dari point A ke Point B.Selepas menimbangkan faktor-faktor diatas.Inilah yang terbaik buat kami.Insya allah. Memang ada pro dan kontra pasal jentera ini. Kami berdoa semoga denga memiliki  jentera ini ianya dapat memberikan manafaat kepada keluarga kami.


Tahu tak kereta apa ni:)

Saya akan update tentang jentera ini dalam artikel seterusnya.

Terima kasih sudi membaca.