Friday, April 1, 2016

Review Setahun Proton Preve CFE

Assalamualaikum



26 Mac 2015 - 26 Mac 2016.Alhamdulillah, dah genap setahun saya menggunakan Proton Preve.Orang kata kalau nak berikan ulasan bila pakai sesebuah kenderaan tempohnya paling kurang setahun,baru boleh tau prestasi/readibiliti sebenar sesebuah kereta.Jadi kat sini saya kongsikan penilaian Proton Preve berdasarkan beberapa ciri-ciri dibawah :


Keselesaan Ruang (Tempat duduk & Bonet)

Alhamdulillah, dengan jumlah ahli keluarga seramai 4 orang.Preve masih memberikan keselesaan dari sudut bilangan penumpang.Tempat belakang yang luas serta jarak kaki dengan seat driver yang selesa.Anak-anak masih boleh bergurau dan tidur.Dan sesekali balik kampung pada masa perayaan,still sedara mara boleh sendatkan 4 orang dibelakang (Dewasa) dan riba budak kecik 2 orang.Cuma ianya bukan leather seat.Jadi bila air tumpah atau lebih parah, budak muntah.Memang kena cuci dengan segera.Kena selalu vacum agar tak berabuk.

Ruang Bagasi (Bonet) pun puas hati..Luas.Memang takde maslah kalau nak bawa beg pakaian dan pokok  pisang dan ikan dari kampung.

Pemanduan+Kelajuan (Handling and Speed)

Memang sedap dan enak pemanduan Preve ni.Serius jujur bagitau.Layan conering dan top speed kat Highway LPT time balik kampung memang sangat meransangkan diri.Body kereta pun stabil je lagi even dah cecah 160KM atas jalan.Paling laju saya pernah tekan jejak la sampai 190KM.Memang ternyata berdesup.Tu pun belum tekan habis rapat lagi.Sebab memikirkan ahli keluarga.Safety First Ok.


Penggunaan Petrol (Fuel Consumption)

Sememangnya ini adalah persoalan yang wajib ditanya oleh orang ramai.Bagi saya, Preve CFE adalah untuk Long Distance punya kereta.Bukan untuk city driving dimana kita sering terperangkap dalam jem.

Long Distance Preve sangat jimat minyak

Sg Udang - Selandar - Batang Melaka - Pasir Besar- Palong -Muazam Shah - Gambang -LPT-Dungun.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ
Sg Udang - Selandar - Batang Melaka - Pasir Besar- Palong -Muazam Shah - Gambang -LPT-Dungun

Minyak RM80.00 (RON95/RM1.80) .Siap ada tinggal 2 bar lagi minyak.

kalau city driving...memang kuat kedarah minyak Preve ni.
Sg Udang - Selandar - Batang Melaka - Pasir Besar- Palong -Muazam Shah - Gambang -LPT-Dungun

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ


Masalah yang pernah dihadapi  (Enjin,hardware,komponen elektrikal dll)

Alhamdulillah, setahun penggunaan Preve, tiada masalah major yang terjadi.Enjin bunyi agak kasar sedikit tapi acceptable.Tiada lagi masalah enjin tak boleh start.Tapi memang sudah sifat dan sikap semulajadi pemilik kereta lebih nak tahu dan prihatin terhadap permasalahan sesebuah kenderaan.Tambah plak PROTON yang memang dinantikan untuk membantai produk Nasional.But, ianya bukan alasan untuk saya jujur dalam menyatakan apa yang saya lalui setahun pakai Preve.

Oktober 2015, Masa lepas keluar daripada Econ Save Sg Udang, reverse je tetiba enjin mati.Start semula ok dan boleh jalan.Entah kenapa, lagi satu, Preve ni kalau nak reverse tu kekadang (kerap juga) terasa cam berat dan payah nak gerak, kena tekan kuat sket pedal minyak baru gerak.

Penyelesaian : Bawa ke SC dan minta dia update ECU (setting kereta).Masalah selesai dan tanpa sebarang kos (warranty).Kereta rasa lebih pickup,tapi bab nak reverse terasa berat tu sampai sekrang masih tak selesai.

November 2015, Bearing tensioner berbunyi macam mesin padi 

Penyelesaian : Bawa ke SC dan minta dia tukarkan yang baru.Masalah selesai dan tanpa sebarang kos (warranty)

Disember 2015 , Side Miror punya switch failure.Side Mirror tak boleh buka. 

Penyelesaian : Bawa ke SC dan tukar Switch, masalah selesai dan tanpa sebarang kos (warranty) 


February 2016 : Lampu amaran ESC menyala.

Penyelesaian : Bawa ke SC dan tukar Switch Lamp, masalah selesai dan tanpa sebarang kos (warranty) 

Masalah azali Preve yang sampai sekarang masih lekat ialah : Stereng berat kereta to the left.Dah puas buat allignment tapi masih jadi.Cuma tak teruk sangat la.

Dan terkini penyakit menular yang melanda pemilik Proton Preve/Suprima/Exora ialah Oil Cooler Hose (OCH) Banyak kes OCH ni pecah dan buatkan kereta macam period.Isu ini telah diambil maklum oleh pihak PROTON.Dan semua pemilik Preve yang masih dalam warranty akan mendapatkan pengantian percuma daripada kerosakan ini.Penggantian secara percuma juga dilakukan apabila kenderaan mencecah 40Ribu KM.  

Warranty & Modification

Adalah amat penting untuk pemilik Preve menjaga warranty yang diberikan oleh pihak Proton.Memang service di SC lebih mahal berbanding diluar.Dan minyak enjin serta perkakasan pun ditetapkan oleh pihak Proton.Namun, ianya BERBALOI.Semua permasalahan yang dihadapi tak buat kita pening kepala sangat sebab dalam warranty. 

Saya faham, memang seronok modified kereta.Jiwa modified ni hanya yang rasai saja boleh faham.Tukar sport rim, upgraded sound system,tukar spare part racing,tukar seat dll.Semua ni perkara biasa kalau dapat kereta.Cuma, untuk saya yang dah berkeluarga ni,segalanya tu bukan keutamaan lagi.Tambahan pula, memang akan Void Warranty.Kita kena clear dan jelas apa yang dijanjikan oleh pihak Proton ketika beli kereta dan apa term and condition yang mana perkara yang akan membatalkan sesuatu jaminan.
Jangan sampai modified kereta yang ada ni jadi beban kepada kita.Jiwa masing-masing.Terpulang.

***Bodykit R3 memang menawan:)

Kemalangan

Innalillahiwainnailaihirojiun....Kami memang pernah terlibat dalam kemalangan.Tak berniat salahkan memana pihak yang terlibat.Semua terjadi atas ketentuan Ilahi.Alhamdulillah,Yang penting ialah kami selamat.Semasa balik ke Melaka dari Paka (Raya Aidilfitri 2015) di Jalan Muazam Shah - Kuantan.5 buah kenderaan terlibat.Sebab kereta rapat2.Semua Insuran yang bayar.Alhamdulillah,kami beroleh pengalaman dan pengajaran daripada apa yang terjadi.Semoga kita semua lebih berhati-hati semasa memandu.

ILMU

Saya bukan mekanik atau ada background automotif.So kena rerajinkan diri join forum dan page berkenaan Proton Preve.So Far ada join https://www.facebook.com/groups/prevoc.official/.Disinilah sya dapat ilmu serta berkongsi permasalahan dan kelebihan Proton Preve .

Kesimpulan

Proton Preve CFE memang berbaloi dengan harganya dan saya puas hati memilikinya.Suatu hari nanti saya yakin ianya akan rosak.Sebab ianya ciptaan dan rekaan manusia.Saya berasa amat janggal bila mendengar dan membaca pemilik Preve menyumpah seranah kereta mereka sendiri.Ya, ianya kereta masing-masing dan sendiri bayar.Cuma dari segi moral dan adabnya.Saya tidakberapa berkenan dengan hal sebegitu.Dalam soal Maintenance, sentiasa pastikan kereta diservice mengikut masa yang ditetapkan dan guna alatan original.Saya memang takkan sesekali gunakan peralatan dari kedai spare part yang sembarangan terutama minyak enjin.Ini penting.Memang mahal dan tidak dinafikan MAHAL..MAHAL..MAHAL.Namun..........BERBALOI.Bukan nak berlagak banyak duit.Duit memang sentiasa tak cukup.Kita dapat apa yang kita bayarlah.Bayar barang original,dapat pakai barang origina.Jangka hayat kenderaan pun terjaga.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada pembaca dan semua inilah adalah pandangan ikhlas saya secara personal tanpa niat memburukkan mana-mana pihak.Pembaca dialukan untuk memberikan komen dan pandangan.



 


Assalamualaikum

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ
Assalamualaikum

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ
Assalamualaikum

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ
Assalamualaikum

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ
Assalamualaikum

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ