Wednesday, November 28, 2018

KYT VENOM OPEN KASMA DANIEL HELMET

Alhamdulillah

Akhirnya berjaya mendapatakan helmet idaman dengan harga yang lebih murah berbanding pasaran dan kedai.

Beli dari Lazada pada 11.11.2018. Harga biasa di kedai helmet sekitar  RM300-RM350. Saya beli RM275+Postage RM5 = RM280.00.

MENGAPA KASMA DANIEL?


  1. Sebab design dan color helmet ni memang masuk dengan warna motor Hondas RS150R TRICO.
  2. Kasma Daniel ni Juara pelumba cub prix.

Tips nak beli Helmet KYT Venom.

  1. Size ; Pastikan ambik saiz XL atau XXL jika saiz helmet biasa yang korang pakai size L (Ukuran size kepala 60cm) . Sebab span dia grip sangat dekat bahagian pipi (jadi kembung macam pau) kalo pakai size L.
  2. KYT ni jenis ikat Double D Ring, bukan cliper.
  3. Pilih warna yang korang suka atau match dengan color motor.Baru stylo.
Ini yang aku terima melalui Lazada



Dalam korang akan dapat macam ni





Disediakan buku manual


Double visor, tapi aku x minat pakai visor gelap ni.

Masuk kan color :)

Jom ride..semangat helmet baru.heheeh







Monday, November 5, 2018

RS150R TRICO : TUKAR TAYAR MAXXIS F1

Salam Semua

Mileage Motor pun dah jejak 12K untuk tempoh 11 bulan penggunaan. Tayar belakang walaupun dalam keadaan yang boleh digunakan untuk sekurangnya 5K lagi, tapi...beberapa kejadian yang mencemaskan berlaku terutama ketika meleper membuatkan diri terfikir dah tiba masanya untuk kita cari tayar baru.

Tayar asal IRC.


Pilihan yang berkenan di hati dan semestinya mampu.
  1. Corsa (R26, R46, R123)
  2. Maxxis (Volan , F1)
  3. Metzeler
 Actually takde masalah pun kalo nak mix tayar. Contoh  Depan Corsa, belakang Maxxis. Tapi Saya lebih suka pakai jenama dan siri  yang sama kalo bab tayar.

So, inilah yang jadi pilihan. Setelah bertanya melalui Grup FB, Wasap dan Telegram. Penting untuk bertanya dan buat perbandingan harga. 7-8 kedai juga kedai saya servey, termasuk seller online. Mostly untuk size 120/70/17 harga ialah RM220 (Siap pasang). Tapi harga yang saya dapat ialah RM188.00 siap pasang.




MAXXIS F1 ST
Tayar ni soft compound, kalo meleper memang sedap.
Maximum hayat  dalam 10-12 K atau setahun.Apapun tengok cara penggunaan juga.

Tayar keluaran minggu 31 tahun 2018



Pasang mesti cari yang pakai mesin.


Ngam



Insya Allah, ada rezeki pasang kat depan pulak, plan nak tukau sepasang.Tapi kedai takde size 90/80 (size standard). So hold la dulu.Lagipun tayar depan tu cun lagi kondisinya.

Monday, October 8, 2018

Racing Boy SP 522 untuk RS150 Trico

Salam Semua

Alhamdulillah, memang dah lama saya berkenan nak pakai Sport Rim Racing Boy SP 522.Tengok kat group yang pakai rim ni color gold memang menawan.

Saya cuba servey harga dalam online.Ada yang dapat murah, tapi pasang sendiri. Di Melaka mostly kena order dulu.Kemudian kedai tempat beli pula pemasangan guna manual. Saya kalo pemasangan manual ni untuk rim baru memang kureng la.kita bayar upah pasang mahal.Main manual hati pedih je tengok rim baru melepek atas lantai.

Saya dapat rim untuk Winner (RS versi Vietnam)

So hari ni, rezeki.Dapat harga ok. (Yang saya mampu).Siap pasang.
Pemasangan rim guna mesin.Puas hati tengok.

Details :

RACING BOY SP 522 : 
1-6 Spoke.
2-Warna Gold
3-Front 185 x 17
4-Rear 250 x 17

Pemasangan + Alignment. 

Kedai : TBS Biker Point












 Siap. Amacam..Cun Tak?..mestila cun..hehehe








Terim kasih sudi membaca.Moga dapat jadi panduan untuk yang lain. Motor kita cara kita.

Friday, July 13, 2018

FINAL PIALA FA 2018 : PAHANG VS SELANGOR

Lama juga tak update blog, kali ni nak share ler trip ke perlawanan akhir Piala FA 2018 antara pasukan Pahang FA menentang Selangor FA.

Lokasi Final ialah di Axiata Arena aka Stadium Nasional Bukit Jalil. Last pergi sini kalau tak silap tahun 2010 masa Malaysia menang Piala Suzuki AFC.

Kehadiran penyokong kedua pasukan agak kurang memberangsangkan.Hanya sekitar 43K sahaja berbanding kapasiti Stadium yang mampu menempatkan 80K. Faktor yang mungkin ialah Masih dalam Mode Syawal, orang ramai berhari raya lagi. Faktor World Cup yang sedang memasuki suku akhir dan faktor gaji yang lambat lagi nak sampai.

Keputusan Masa Penuh ialah Pahang FA 2-0 Selangor FA.

Penjaring Gol : Nor Azam Azih (min.23)
                         Patrick Cruz Penalti (Min 61)


Bergerak dari rumah jam 3.00 petang. Samapi dan dapat parking dalam 6 petang.Jalan jem.








Tiket adik beli online kat Shopee.So no problem

 Haaris & Eimran mata da kuyu.terlentok.

Jumpa kawan baik.Along Apek from K Rompin.


 Celebrate kemenangan.


Thursday, January 18, 2018

WELCOME HONDA RS150R TRICO

Assalamualaikum

Sebenarnya memang saya sangat berkehendakkan satu kenderaan yang ringkas dan penyelenggaraan yang minima.Senang cakap Motor.Tujuan utama nak beli motor ni adalah untuk bawa pergi tempat kerja. Jarak antara rumah dan pejabat lebih kurang 25KM (50KM pergi balik) + 5 Trafic light.Sebelum ni naik skuter Ego S. Tapi skuter dah uzur sangat dan tak larat untuk jarak tu.


Pilihan di hati yang sesuai dengan kemampuan ekonomi ialah.

1- Yamaha LC 135
2- Yamaha Y15ZR
3- Honda RS150

Actually sebenarnya memang dah target  Honda RS150, sebab utama ialah 2 motor terdahulu berjenama Yamaha ( 125ZR dan RXZ Catalyzer).

Saya memilih untuk buat Pinjaman Kenderaan untuk kakitangan kerajaan bagi pembelian motor ini.Nak letak RM10K atas meja tokey motor memang diluar kemampuan.


REPSOL ATAU TRICO?

Kedua diatas merupakan Special Edition bagi RS150R. Apa yang special hanyalah dari segi sticker body sahaja.

REPSOL 

TRICO

Repsol memang cantik dan sporty, tapi dah banyak sangat orang pakai.Selalu nampak atas jalan. So....





TRICO pilihan terbaik.Nampak garang dan jahat kan:). Tarikh keluar kedai ialah pada 1 Disember 2017 (Jumaat) sempena Maulidur Rasul. Terus mintak kedai pasang Box dan wind visor serta air filter cover.Plate saja amik nombor Perlis.

Ringkasan Kos :

Motor : RM10K
Insurans : RM430
Aksesori : RM300 (Box Set)

Free Gift : Kunci, Baju Hujan,Helmet, Wind Visor, air Filter+ enjin cover

Harga motor adalah berbeza mengikut kedai dan tempat. Harga di Melaka tak sama dengan harga di Kelantan dan Sabah. Jadi pasti akan ada yang lebih murah dan mahal. Tapi kalo di Sabah boleh dapat OTR RM9700. Takkan kita di Melaka nak ke Sabah beli motor kan:)

Tips ambil motor baru di kedai

1- Pastikan dapat Road tax 
2- Pastikan dapat BUKU WARRANTY & MANUAL
3- Pastikan lapik air filter (guna kertas mahjung) ditangglkan.
4-Start enjin dan dengar dengan teliti jika ada sebarang bunyi yang pelik2.
5-Cek tayar keluaran bila, make sure tayar minggu ke 36 keatas .
6-Check semua signal dan lampu.
7-Bergambar dengan motor baru.
8- Berdoa dan bersyukur (Ini paling penting)

Alhamdulillah...Selamat Datang jentera baru. .Semoga kamu berkhidmat dengan baik.

Next kita sembang plak apa yang best dan tak best motor ni.

KYT VENOM OPEN KASMA DANIEL HELMET

Alhamdulillah Akhirnya berjaya mendapatakan helmet idaman dengan harga yang lebih murah berbanding pasaran dan kedai. Beli dari Lazada p...