Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

BUNGA RAYA
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu(Hibiscus rosasinensis) dan merupakan sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

WARISAN NEGARA
Bunga Raya juga diangkat sebagai warisan kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara sejak 2007.
Di bawah kategori objek warisan negara, Bunga Raya diletakkan sebaris dengan objek warisan kebangsaan lain seperti Jalur Gemilang, Jata Negara, Manuskrip Sejarah Melayu, Hukum Kanun Melaka, Manuskrip Hikayat Hang Tuah dan Watikah Perisytiharan Kemerdekaan.

Mengikut fakta sejarah terdapat tujuh jenis bunga yang dicadangkan untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan sejurus negara merdeka pada 1957 iaitu Kenanga, Melur, Teratai, Mawar, Cempaka, Bunga Tanjung dan Bunga Raya.
Bunga Raya dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.
SIMBOL KEMEGAHAN
Selain warna merah yang melambangkan keteguhan politik dan ekonomi negara serta sifat keberanian dalam menempuh pelbagai cabaran, Bunga Raya dipilih sebagai lambang kebanggaan negara kerana beberapa sifatnya yang unik.
Sifatnya yang mempunyai lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima Rukun Islam dan lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.

Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.
Akhir kata
Apa yang merisaukan saya adalah generasi akan datang, mungkin mereka tidak lagi mengenali bunga kebangsaan negara kita. Hal ini tidak mustahil akan berlaku sekiranya kita tidak mengambil serius tentang hal ini. Mungkin generasi akan datang datang tidak mengenali sama sekali apa itu bunga raya, kenapa dia dipilih menjadi bunga kebangsaan, apa kepentingannya dan apakah maksud yang tersirat disebalik kemerahan bunga raya itu ?
Semoga sedikit info yang bermanfaat ini memberi kesedaran kepada semua pengunjung qalam ini agar semangat cintakan negara terus kekal di dalam hati sanubari kita.

No comments:
Post a Comment