Monday, June 22, 2015

Memilih Medical Card

Assalamualaikum

Saya ingin kongsikan pandangan mengenai keperluan Insuran dalam kehidupan kita. Saya yakin setiap dari kita memahami apa itu insuran. sebab hampir setiap perkara yang melibatkan kewangan kebanyakan kena insuran.Kalau kita buat Personal loan, beli kereta, beli rumah, beli tanah,buka kedai dll.Semuanya kena ada insuran.

Tapi untuk kali ini saya ingin kongsikan berkenaan Insuran Medical Card (MC). Apa itu Medical Card?

Medical Card = Medical Card merupakan satu medium dimana  membolehkan anda mendapatkan rawatan terbaik di hospital swasta selain di Hospital Kerajaan. akan membantu menyelesaikan bil hospital anda yang besar.

Alhamdulillah, kedua anak saya Haaris dan Eimran telah punyai Insuran Medical Card. Sejak mereka lahir terus saya buatkan. Inilah antara persediaan yang saya sediakan utuk mereka. Dan Alhamdulllah, Haaris yang pernah warded akibat demam panas telah dapat merasa claim pertama elaun warded.




Jadi yang tinggal sekarang hanyalah saya dan puan isteri yang masih tiada MC.Sedangkan kami adalah lebih utama (Sumber pendapatan utama keluarga). Jadi beberapa minggu lepas saya betul-betul meneliti setiap satu pelan MC dari pelbagai syarikat Insuran. Adalah amat penting untuk kita mengkaji, menyelidik dan memahami apa yang ditawarkan oleh polisi insuran yang hendak kita langgan. Ianya bukan pembayaran untuk jangka masa pendek.

Dari apa yang saya dapati terdapat 2 bentuk insuran  MC yang paling comon pada masa kini iaitu:

1- Polisi berbentuk  Stand Alone
2- Polisi berbentuk Investment

Apa itu Polisi berbentuk  Stand Alone

Medical card jenis ni selalunya harga yang ditawarkan adalah MURAH. Kadang-kadang presentation yang dibuat oleh ejen-ejen yang menjualnya menunjukkan ianya sangat MURAH. Ianya adalah medical card semata-mata di dalam satu polisi dan tiada manfaat lain yang boleh dimasukkan.

Apa itu Polisi berbentuk Investment
Medical card jenis ini kebiasaannya dijadikan sebagai rider/ manfaat ke dalam polisi utama. Polisi utama ini selalunya ialah investment-linked. Jadi anda boleh beli polisi biasa dan attached sekali medical card ke dalam polisi tersebut.
Anda boleh pilih sama ada anda nak atau tak nak medical card ini. Ikut keperluan anda.Untuk lebih detail mohon Google:)
Apakah faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian untuk menentukan jenis Plan MC. Saya dapati maklumat daripada blog ini sangat menarik. Anatar faktor tersebut ialah.
KENALPASTI RISIKO SENDIRI
Untuk pilih medical card ni, saya bukan ikut bulat-bulat apa yang ejen propose. Tapi saya pilih berdasarkan risiko sebenar kami sekeluarga. Ejen propose ikut ‘standard’ pelan syarikat, tapi kita kena match keperluan kita sendiri. Ejen nak close sales jer sebab itu pendapatan mereka. Samada pelan tu ‘fit’ dengan keperluan kita, itu bukan masalah ejen. Masalah ejen mana-mana bisnes sekalipun ialah dapat close sales atau tak. Itu jer.
Jadi kita sendiri mesti bijak pilih produk. Bila ejen nak jumpa saya, saya cakap siap-siap, apa jenis cover yang saya nak, dan berapa jumlah setiap cover. Kalau ejen syorkan produk itu, produk ini yang tak kena dengan risiko saya, minta maaf, saya akan tolak ketepi. Kalau ejen syorkan SAVING, minta maaf, bagi saya satu kesilapan kalau saya simpan duit dalam takaful sebab saya akan rugi banyak untuk bayar “wakalah fee” berbanding nilai saving sebenar.
Untuk pilih medical card, ini antara faktor yang saya consider:
Harga Bilik Semasa
Harga wad yang kita pilih, mesti ‘match’ dengan kadar harga wad hospital area kita tinggal. Kalau ambil harga wad murah, kita cuma boleh masuk hospital-hospital yang lebih murah dan kualiti perubatan juga lebih rendah. Saya perhati, kalau duduk di Lembah Klang ni, harga wad RM250 sehari tu kira ok.
Kalau ambil harga wad cuma RM150, sedangkan harga wad sebenar RM250, maka kita kena bayar sendiri extra RM100 sehari. Kalau masuk wad 10 hari, maka kita kena keluarkan duit sendiri RM1,000!
Kalau cek harga bilik wad hospital KPJ (rangkaian hospital swasta terbesar di Malaysia), RM250 tu boleh dapat bilik single yang biasa, bukan premium. Persoalannya, perlu ke ambil bilik single? Meh renungkan point saya seterusnya.
Harga Bilik Tahan Inflasi
Bagi saya, ambil harga wad single SEKARANG ini bukan soal luxury, tapi kita nak medical card kita bertahan lama. Kalau sekarang ni RM250 tu boleh dapat wad bilik single, cuba bayangkan 10 tahun atau 20 tahun akan datang, agak-agak bilik wad macam mana yang kita boleh duduk dengan harga RM250?!
Saya rasa kalau bernasib baik, 20 tahun akan datang harga tu cuma boleh duduk wad 4 katil jer. Silap-silap wad 4 katil pun masa tu harganya RM400 sehari. Kita kena top-up lagi RM150 sehari.
Cuba bayangkan siapa ambil medical card yang harga wad cuma RM150. Saya rasa 10 tahun akan datang, kad tu tak cukup untuk cover harga wad hospital-hospital di Lembah Klang. Nanti rugi jer bayar takaful.
HAD TAHUNAN
Agak-agak kalau ambil cover RM60,000, cukup tak cover kos perubatan lagi 10 atau 20 tahun akan datang? Jadi jangan ambil cover yang terlalu murah. Mahal sikit tak apa, tapi ia bertahan lama. Mungkin kita rasa bayaran hari ni mahal, tapi nilai yang kita bayar tu kita akan rasa kecil 10 tahun akan datang.
Untuk kami suami isteri, saya ambil cover tahunan sekitar RM165,000. Mudah-mudahan, 10 – 20 tahun akan datang kad ni masih relevan untuk cover at least sebahagian besar kos perubatan masa tu, insyaAllah.
HAD SEUMUR HIDUP
Had seumur hidup ni pun penting. Kalau ambil had tahunan RM100,000, tapi had seumur hidup cuma RM300,000, seolah-olah kad tu boleh pakai cuma 3 tahun kalau kita kena musibah. Dalam banyak-banyak takaful, yang paling menarik perhatian saya ialah Medical Card (stand-alone) AIA Takaful yang tiada had seumur hidup! Berbeza dengan medical card takaful lain yang boleh dikatakan semuanya ada had seumur hidup.
Yang mana penting, had tahunan atau had seumur hidup? Bagi saya, pertama sekali ialah had tahunan. Dan yang keduanya had seumur hidup.
Jangan keliru, ejen suka sangat sebut angka yang besar-besar. Contohnya medical card ni cover RM500,000. Biasanya, itu had seumur hidup. Kalau had tahunan cuma RM60,000 jer, kalau kita jatuh sakit, bila habis had tu, kita terpaksa keluar dari hospital swasta walaupun had seumur hidup masih berbaki RM440,000! Dan saya pernah ada kenalan yang terpaksa diberhentikan rawatan di hospital swasta sebab had tahunan dah habis! Jadi kena faham perkara ni kalau ambil Medical Card.
HARGA CARUMAN PALING SESUAI
Dan yang terakhir, barulah consider caruman. Kesilapan ramai orang ambil takaful ialah dia fikir berapa caruman yang dia mampu bayar. Samada polisi yang dia ambil tu cukup cover atau tak, dia tak pernah ambil tahu. Yang dia tahu, dia dah cover RM500,000! Apa yang ada dalam RM500,000? Cover kemalangan diri? Cover sakit kritikal? Cover masuk wad hospital? Ataupun cover kematian dan kecacatan kekal? Itu semua jenis cover berlainan, dan harganya juga berlainan.
**Maklumat diatas saya dapati daripada http://www.mohdzulkifli.com/2014/07/pertimbangan-memilih-medical-card-terbaik.html. Sangat bermanafaat dan membantu.
Faktor tambahan lain antaranya ialah
Kos Rawatatan Kanser Pesakit Luar serta Kos Rawatan Dialisis buah pinggang pesakit luar. Ada syarikat yang mengasingkan had rawatan pesakit luar daripada had tahunan, contohnya dengan mengehadkan kos dialysis sehingga RM30,000 saja. Jadi, Klaus ini tersangat penting kerana ramai yang menghidap sakit buah pinggang perlukan rawatan melebihi RM30,000 setahun untuk dialysis. - 
Sumber:http://ahmadhumaizi.com/takaful/panduan-memilih-medical-card/
Selepas membaca dan mempertimbangkan aspek-aspek berkenaan. Saya dan isteri juga memilih Medical Card (stand-alone) AIA Takaful. Cover RM125K setahun dan tiada had umur. Dan Insya Allah semoga inilah pilihan yang tepat buat kami.
Cara pembayaran yang saya pilih ialah deduct bulanan melalui akaun simpanan.Satu perkara lagi, Isteri saya adalah penama utama untuk pelan ini sebab umur dia muda pada saya. Jika guna nama saya, had umur dah nak dekat:)

Semoga artikel ini memberi manafaat untuk semua.


PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...