Friday, May 27, 2011

Dilema Pekerja Kontrak II

Gerbang Negeri: Kakitangan kontrak 'peningkan' JPA
Oleh Johari Ibrahim
bhnews@bharian.com.my
2011/05/27

KERAJAAN adalah majikan besar di negara ini yang mengendalikan kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam pelbagai peringkat. Status perjawatan pula ada yang tetap, tetap dan berpencen, pekerja tidak tetap atau pekerja harian sementara (PHS) dan pekerja kontrak. 

Kumpulan pekerja kontrak itu pula berada dalam pelbagai jawatan termasuk tukang kebun, juruteknik serta guru yang juga disebut Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) atau kata sesetengah orang guru sementara. Ada juga yang bertaraf pegawai.
Mengikut CUEPACS, kini kira-kira 45,000 kakitangan awam kontrak di seluruh negara dalam pelbagai jabatan sama ada Persekutuan atau negeri.


Seramai 13,000 GSTT pula masih menunggu tawaran Kementerian Pelajaran untuk diambil bertugas atau diberi latihan sepenuh masa sebelum diserapkan sebagai guru tetap. 

Menerusi perbualan dengan pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), penulis membuat kesimpulan isu penyerapan pekerja kontrak ke status tetap antara yang ‘memeningkan’ jabatan itu. 

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman juga sejak dulu meminta kerajaan menyerapkan mereka ke jawatan tetap atau sekurang-kurangnya menyambung kontrak sehingga ke usia 58 tahun. Kita bersyukur jika semua pekerja kontrak diserapkan ke jawatan tetap seperti diminta CUEPACS. Namun, pembaharuan kontrak mengikut budi bicara kerajaan selain perlu memenuhi keperluan semasa. 

Tuntutan pekerja kontrak diserapkan ke jawatan tetap nampaknya akan berterusan manakala di pihak kerajaan, JPA sentiasa dikekang dengan pelbagai had dalam tindakan terutama kos dan keperluan. 
Omar dilaporkan berkata, ada sesetengah kakitangan awam kontrak yang sudah bertugas antara 10 hingga 20 tahun. Pada hemat penulis, penyambungan kontrak secara berterusan menyebabkan petugas menganggap jawatan itu adalah haknya dan kerajaan perlu meneruskannya. 

Ketika banyak pihak mempersoalkan mengapa kerajaan melanjutkan kontrak sehingga begitu lama dan dijadikan rasional kepada tuntutan supaya kontrak terus disambung, ia tidak mengubah hakikat bahawa penyambungan kontrak adalah budi bicara kerajaan sebagai majikan. 

Biasanya pengalaman kakitangan kontrak dijadikan asas supaya khidmatnya diserapkan sebagai pekerja tetap kerajaan, tetapi itu bukan isu pokok. 

Majikan sama ada swasta atau kerajaan, berhak mewujudkan skim kerja kontrak untuk mengisi keperluan perjawatan jangka pendek kerana pelbagai sebab seperti kakitangan tetap bercuti panjang, kakitangan cuti sakit yang berpanjangan, mengikut suami atau isteri ke luar negara atau melakukan tugas bermusim. 

Tetapi hakikatnya ialah pelantikan secara kontrak itu bukan bermakna satu jaminan kakitangan diserap sebagai tetap, ini perlu difahami sejak awal apabila seseorang menandatangani tawaran kerja kontrak. Justeru, jika kontra disambung, ia wajar dianggap ‘bonus’ tetapi jika tidak disambung mereka perlu menerimanya dengan hati terbuka. 

Hak dan budi bicara perlu difahami dalam isu ini. Hak pekerja kontrak mematuhi kontrak serta menikmati segala bayaran yang diperuntukkan undang-undang, manakala aspek disambung atau tidak adalah budi bicara majikan. Penyambungan kontrak bukan hak pekerja. 

CUEPACS berkata, kakitangan kontrak kerajaan memerlukan jaminan seperti kemudahan membuat pinjaman rumah serta persoalan ke mana kakitangan itu mendapat kerja baru jika ketika kontrak tidak disambung sudah berusia 40 tahun ke atas. 

Bagaimanapun, sesi komunikasi dan perbincangan perlu diadakan secara bersemuka dengan kumpulan berkenaan untuk menjelaskan sebab jika sesuatu kontrak tidak diperbaharui. Perbincangan mungkin ‘panas’ tetapi itulah hakikat yang perlu dihadapi JPA dan kakitangan berkenaan. 

Penulis ialah Ketua Biro Berita Harian Putrajaya 







QT


Kami pekerja kontrak merasa bersyukur dan berterima kasih dengan peluang pekerjaan yang diberikan oleh pihak kerajaan.Dapatlah kami menampung keluarga dengan gaji yang diperolehi setiap bulan.Namun demikian,seandainya kerajaan dapat melakukan sesuatu dengan menghadiahkan status "TETAP" Insha Allah,kami akan menadah tangan bersyukur pada Allah SWT,kami akan terjemahkan terima kasih pada kerajaan dengan tindakan yang sewajarnya sebagai kakitangan kerajaan.

Kemenangan 2/3 bukanlah sekadar impian jika Kerajaan prihatin akan perkara ini.

Kami tidak mendesak kerajaan untuk melakukannya secara drastik,namun sebagai kerajaan yang prihatin beserta slogan "Pencapaian diutamakan,rakyat didahulukan" yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Najib.Kami harap janganlah kerajaan terlepas pandang pada kami.Dah lama kami begini.

Jika kakitangan tetap dijanjikan dengan umur persaraan sehingga mencecah 60 tahun beserta kenaikkan gaji.Kami tak komplen,semestinya kerajaan tahu yang terbaik untuk golongan perlaksana dasar kerajaan.Suka juga diingatkan,kami juga adalah sebahagian daripada tenaga penggerak negara.

Bukan nak minta naik gaji dan naik pangkat...Sekadar minta JAMINAN KERJAYA.

Monday, May 23, 2011

Haruman dan wangian



Saya kini menjadi wakil jualan kepada pelbagai jenis wangian dan haruman daripada pelbagai jenama yang terkenal.Orang baru belajar....memang terkulat-kulat la nak approach pelanggan.Tapi syukur pada Allah SWT yang memberikan rezeki pada hambNYA.Terima kasih kepada rakan-rakan sepejabat dan pelanggan  yang menyokong perniagaan pertama saya.

Kepada yang berminat,anda boleh berhubung terus dengan saya melalui blog ini atau di FB saya (facebook.com/Mr.Zeidi).Kualiti dijamin original dan harga yang berkali ganda lebih murah daripada harga di pasaraya-pasaraya.Sesuai dijadikan hantaran dan hadiah buat yang tersayang.

Nanti saya listkan senarai produk:)

Tuesday, May 10, 2011

Akhir Zaman

Saya yakin persoalan ini tidak dapat tidak akan dikaitkan dengan politik.Namun ingin juga saya keutarakan,kerana saya dapati ianya sangat membuka minda dan melapangkan lagi dada dalam menerima pendapat dan ilmu.Baru-baru ini,saya ada terbaca satu persoalan yang diajukan oleh seoarang rakan dalam FB.Dimana soalan tersebut ialah."Antara Perpaduan Ummah dan Perlaksanaan Hukum Hudud,yang mana perlu DIUTAMAKAN?"



Perpecahan umat islam di negara ini semakin ketara dan kronik.Teringat saya akan sebuah hadith Nabi yang berbunyi.
 
"Diakhir zaman kelak umat aku akan menjadi seperti buih di lautan. Bilangan mereka terlalu ramai, tetapi mereka tidak ada kekuatan langsung."

Percayalah dengan ajaran Islam. Bahawasanya harta yang kita berikan dan belanjakan untuk jalan Islam. Maka Allah akan gantikan dengan sehebat - hebat gantian dan ganjaran yang tidak terfikir oleh kita.

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...