Thursday, October 19, 2017

Major Service 60000KM Proton Preve CFE

Assalamualaikum semua


Tarikh : 21 September 2017

Lokasi : Proton Edar Bachang, Melaka

Major service 60K untuk Proton Preve tidak lagi semahal sebelum Geely ambil alih Proton. Jika dulu kosnya pasti mencecah sekurang RM1K.

Yang paling utama kena tukar bila major service ni ialah Minyak CVT. Jangan sesekali cuba nak skip bab ni sebab ianya akan menyebabkan kereta anda BAKAL mengalami masalah GEARBOX yang menyebabkan kereta anda tersadai dan duit beribu riban melayang. Ikut seperti mana yang dinyatakan dalam buku service.

Spark Plugs tidak termasuk dalam barangan perlu ditukar kerana telah dianjakkan kepada 70000KM punya service.So dapat hold RM250 disitu.

Sila berbincang dulu dengan SA sebelum bersetuju untuk service. SA akan memberikan penerangan dan jumlah kos yang dikenakan.Ramai pengguna yang komplen terkejut pasal harga seolah ianya tak dijelaskan oleh SA sebelum pelanggan dan Pusat service bersetuju.Hairan.

Jangan lupa buat komplen berkenaan sebarang minor kerosakan pada jentera anda (selagi dalam warranty). beritahu dengan cara elok dan sopan ketika buat komplen.Tak perlu muka masam.Kita sama2 manusia biasa.

saya dapat claim getah window sebelah driver, sebab bunyi angin masuk ikut situ agak kuat.

angin masuk ikut celah ni.


Suka diingatkan agar membuat appoinment awal pagi.Sebab masa yang diambil sekurangnya 3 jam untuk service major. Saya set appoinment 8.30, siap kereta 12.15 tengahari.

Balik dari SC, singgah CM tyre di Cheng untuk buat alignment dan balancing. Tayar kasi rotate every 10000KM untukhayat yg lebih panjang.



Mileage sebelum service

Kos keseluruhan

Komplen yang dibuat

CVT Filter

Alignment & Balancing


Semoga info ini dapat membantu anda. Insyallah.

1 comment:

rizal said...

Terimakasih atas perkongsian