Wednesday, November 30, 2011

"Keep The Books Alive"


Jom Derma Buku.....:)


Buku - buku atau apa saja bahan bacaan yang kita miliki mungkin lama dari aspek masa,namun ilmu yang ada didalamnya kekal berharga.Marilah kita sama-sama mengambil peluang menyokong Kempen Derma Buku "Keep The Books Alive" anjuran Perpustakaan UTeM.Menjadi sebahagian daripada masyarakat yang menyokong BUDAYA MEMBACA & BUDAYA ILMU.

Are you a noble reader?
Library UTeM Books Donation Campaign 
"Keep The Books Alive"

Date: 1 Disember 2011 - 31 Disember 2011.

Book Station:





1-UTeM Library (Main Campus) 
Tel:06-3316825

2-UTeM Library (City Campus) 
Tel:06-2833546

3-UTeM Library (Industrial Campus) 
Tel:06-2346842

For Further Information,Please contact
Zaidi Bin Saad
Tel:06-3316864
Email:zaidisaad@utem.edu.my

Tuesday, November 22, 2011

Persaraan Cik Siti Noor Kiah (Timb.Ketua Pustakawan Kanan,S52)Perpustakaan UTeM

Majlis Makan Malam Persaraan Cik Siti Noor Kiah Binti Syed Abdul Malek
Timbalan ketua Pustakawan Kanan (S52)

Tarikh   : 17 November 2011/21 Zulhijjah 1432 (Khamis )
Masa     : 8.00 malam  – 10.30 malam
Lokasi   : Restoran Tom Yam Klasik.

Hari ini merupakan hari terakhir buat Cik Siti Noor Kiah Binti Syed Abdul Malek Timbalan ketua Pustakawan Kanan (S52) perpustakaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM) bertugas.Setelah 8 tahun menabur khidmat bakti . Cik Siti Noor Kiah atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Cik Citi dikalangan staf memulakan perkhidmatan di perpustakaan UTeM pada tanggal 13 Ogos 2003 sebagai Timbalan Ketua Pustakawan (S48).No staf Cik Siti ialah 00969.

Sedikit latar belakang Cik Siti untuk makluman.

Dilahirkan pada 06 Desember 1953 di Kg Manjoi,Lenggong,Perak Darul Ridzuan.Maklumat pendidikan Cik Siti adalah seperti dibawah:

·            Sekolah Kebangsaan Lenggong, Perak (1960 – 1965)
·            Sekolah Kebangsaan Lenggong, Perak (1960 – 1965)
·            Sekolah  Menengah Dato’ Ahmad Said, Lenggong, Perak (1966 – 1971)
·            Sekolah Menengah Anderson, Ipoh (1972 – 1973)

Seterusnya Cik Siti melanjutkan pelajarannya ke peringkat Ijazah  di Institut Teknologi Mara  dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakan (1975-1978).

Cik Siti memulakan langkah dalam bidang kerjayanya di Kementerian Kemajuan Tanah & Kemajuan Wilayah (Jun 1979 – 31 Mac 1982) selama  (4 tahun),seterusnya berkhidmat sebagai Pustakawan di Perpustakaan Sutanah Zanariah,Universiti Teknologi Malaysia (UTM ) dari April 1982  hingga 12 Ogos 2003 (21 Tahun).Beliau mengakhiri karier di perpustakaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)  dari 13 Ogos 2003  hingga 17 November 2011 (8 tahun).

Cik Siti juga adalah seoarang staf yang aktif dalam aktiviti berpersatuan.Antara penglibatan beliau dalam persatuan ialah:

PERSATUAN
·   Persatuan Pustakawan Malaysia  - Ahli
·         Kelab Staf Perpustakaan (LISTAC)  - Ahli
·         BAKUTEM  - Ahli
·         PRAKTIS  - Ahli
·         Sri Kesidang  - Ahli

Di Perpustakaan UTeM

Pada jam 5 petang,seluruh staf telah berkumpul di tempat “touch card” untuk member sokongan kepada Cik Siti ketika beliau menyentuh kad pekerjanya yang terakhir secara rasmi di perpustakaan UTeM.Suasana syahdu dan sedih menyelubungi sekalian yang ada.

Pengacara majlis pada malam tersebut ialah Encik Salleh Md Nor.Ketika ssesi penyampaian cenderahati,ramai staf yang mengambil peluang  memberikan hadiah sebagai tanda kenang-kenangan.Ini sekaligus menunjukkan sesungguhnya Cik Siti amatlah dekat dihati setiap staf.Cik Siti merupakan seorang yang lemah lembut,mudah dibawa berbincang dan terbuka dalam menerima pendapat dan cadangan daripada staf.

Warga LISTAC mengucapkan bersara dan selamat maju jaya buat Cik Siti Noor Kiah Binti Syed Abdul Malek.Segala jasa bakti yang telah beliau curahkan akan senantiasa kekal dihati setiap staf perpustakaan UTeM.

Patah dahan bunga kemboja

Pucuk paku subur di titi

Budi Cik Siti kami tak lupa

Sudah terpaku didalam hati



Aturcara Majis
8.00 – 8.15 mlm                     Ketibaan para tetamu dan pendaftaran
8.15 – 8.30 mlm                     Ketibaan VIP/ Tetamu khas
8.30 mlm                                 Majlis bermula
                                                 Bacaan doa
                                                 Ucapan Pengerusi LISTAC/wakil
                                                 Ucapan Ketua Pustakawan (Penaung)
                                                 Ucapan Yang Dirai (TKP)
9.00 mlm                                Makan malam
                                                 Cabutan Bertuah
10.00 mlm                              Penyampaian cenderahati
                                                 Sesi bergambar
10.30 mlm                              Bersurai

Sentuhan Terakhir sebagai seorang staf


Ucapan Ketua Pustakawan
Hajah Faridah Binti Haji Md Amin.

Ucapan yang diraikan
Cik Siti Noorkiah Syed Abdul Malek.







PA yang masih dalam nostalgia


Bersama Pustakawan kanan dan bakal kanan?


Memotong kek simbolik persaraan

AJK LISTAC

Kenangan abadi bersama seluruh staf yang hadir

Siti Noor Kiah Syed Abdul Malek
Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (S52)
Perpustakaan UTeM
13 Ogos 2003 - 17 November 2011























Saturday, November 12, 2011

Hijab Kekasih





Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung kerinduan
Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang
Kasih dan sayang telah lama kusatukan
Semua kasihku dalam gemala
Ke laut jawi 'kan kukirimkan sana

Duhai kasih hijabmu di sini
Masyur rupamu di mata kalbu ini
Berbaringan diusik rindu azali
Di manakah kekasih yang jauh dariku
Memakan debu... rindumu

Segenap nafasku melihat renunganmu
Wangi dan harum kau kekasih
Antara lamunan segala kalimahku ini
Siapa yang mengerti

Menghilang tahun kutahan dahaga
Setelah habis madah untuk sang puteri
Pautan kasih kukenal sendiri
Teringin ku melihat sebalik hijabmu
Wajah yang kupuja

Kekasih... lama sudah aku merindu
Larut nan denai larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredaanmu

Bagaikan berada dalam  dimensi yang berlainan apa bila mendengar dan menghayati lagu ini.Bait-bait lirik yang sangat klasik dan indah.Segala maksud yang tersirat dijelmakan dalam melodi yang sangat membuai perasaan.Irama kemelayuan begitu terasa.Hayati dan fahami.

Tahniah kepada sifu M.Nasir dan Allahyarham Seth (Loloq) untuk lagu yang sangat hebat ini.


Friday, November 11, 2011

Perasmian Masjid Sayyidina Abu Bakar


MELAKA: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jumaat berkenan merasmikan masjid baru Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal di sini yang boleh memuatkan seramai 4,000 jemaah.
Seri Paduka yang diiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusof; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakub merangkap Canselor UTeM dan Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan.
Baginda kemudiannya menunaikan solat Jumaat bersama pemimpin negeri dan rakyat jelata di masjid tersebut.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar Kaseh.
Sementara itu, Mohd Ali dalam teks ucapan beliau berkata, masjid adalah sebuah institusi masyarakat yang penting dalam memajukan umat Islam membabitkan pelbagai aspek kehidupan.
"Kewujudan masjid dalam pusat pengajian tinggi adalah satu simbol perencanaan strategik yang mengambil kira sejarah kehebatan peradaban Islam terdahulu," katanya.
Jelas beliau, melalui pembangunan masjid ini pelbagai aktiviti dapat dijalankan terutamanya dalam pembangunan sahsiah pelajar demi mengimbangi kestabilan rohani, emosi dan jasmani.
Pembinaan Masjid Sayyidina Abu Bakar bermula pada 1 Mei 2007 dan membabitkan kos RM15.3 Juta dengan keluasan tanah 4 hektar. - BERNAMA







Foto  Ehsan :Mohd Hisyam Ibrahim









Friday, November 4, 2011

3 Tahun Perkhidmatan



3 November 2011/07 Zulhijjah 1432 (Khamis)

Masa begitu pantas berlalu atau saya yang terlambat?Dalam tak sedar,sudah genap 3 tahun saya berkhidmat di Perpustakaan UTeM.Syukur alhamdullilah.

Masih perlu banyak belajar dan bertanya,masih memerlukan bimbingan,masih tidak faham,masih itu,masih ini dll.

Sebenarnya masa yang terlalu pantas berlalu tanpa saya sedari.Semoga Allah SWT mengurniakan rezeki yang halal sepanjang saya berkhidmat di UTeM sebagai seorang Pustakawan.

**Terima Kasih Hafeez kerana menginggatkan.

Dibawah adalah geng yang sama satu hari lapor diri di Pejabat Pendaftar UTeM Kampus Industri pada 3 November 2008 jam 8.00 pagi.


Mohd Hanafiah Bin Mohd Isa
(01636)
Juruteknik 
Fakulti Kejuruteraan Pembuatan


Mohd Saufi Bin Alimat 
(01637)
Juruteknik
Fakulti Teknologi Kejuruteraan



Muhammad Hafeez Bin Zainuddin (01638)
Penolong Pegawai Perpustakaan

Zaidi Bin Saad (01639)
Pustakawan

Thursday, November 3, 2011

Temuramah Kepustakawanan di Melaka FM



1 November 2011 (Selasa)
Lokasi:Radio Malaysia Melaka (Melaka FM)
Masa: 1.00 petang hingga 2.00 petang.
Tajuk:Dunia Kepustakawanan

Saya telah menerima jemputan daripada Radio Melaka FM sebagai tetamu bagi membicarakan isu "Dunia Kepustakawanan".Insan yang bertangungjawab dalam "menggalakkan" saya untuk menerima jemputan ini tidak lain ialah En Arman dan En Azman.Dua orang pegawai atasan saya.

Saya tiba di Radio Melaka FM pada jam 1 petang,program bermula jam 2.00 petang.Setibanya saya disana saya bertemu dengan seorang lagi tetamu jemputan yang akan bersama saya iaitu adik Mohd Zamzam bin Hamdan  dari High School,Melaka untuk Program NILAM.

Saya juga turut bertemu dengan En Zaidee Muhammad (Pembantu Perpustakaan) dan Puan Nurul Hidayah Che Man (Ketua Bahagian,Gerakan Literasi Maklumat Zon Merlimau,Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka). En Zaidee adalah individu yang berurusan dengan saya berkenaan jemputan ke rancangan ini.

Kami memasuki konti 10 minit sebelum rancangan ke udara,berkenalan dengan DJ bertugas iaitu En Rahim serta berbincang tentang soalan yang akan dikemukakan.Penerangan adalah sangat perlu,maklumlah,baru kali pertama,semestinya gemuruh jiwa.

Tepat jam 2.00 petang,rancangan bermula.Secara rasminya saya ke udara buat kali pertama dalam hidup bagi membicarakan topik kepustakawanan di FM 102.3 Radio Melaka.Adrenalin lebih laju daripada biasa,saya dapat mendengarkan degupan jantung sendiri:)



SOALAN UNTUK TETAMU

  1. PERKENALKAN DIRI ( LATAR BELAKANG / PENDIDIKAN / KERJAYA DAN JAWATAN SEKARANG)

  1. CERITAKAN PENGALAMAN TUGAS DI PERPUSTAKAAN UTEM SEBAGAI PUSTAKAWAN

  1. BAGAIMANA KERJAYA DAN HIDUP SEBAGAI PUSTAKAWAN? ADAKAH IA MAMPU MEMBERI PELUANG KERJAYA YANG LEBIH BAIK BERBANDING KERJAYA LAIN?

  1. APAKAH PERSAMAAN SERTA PERBEZAAN ANTARA PERPUSTAKAAN AKADEMIK DENGAN PERPUSTAKAAN LAIN YANG ADA DI NEGARA KITA?

  1. BAGAIMANA PENGGUNAAN TEKNOLOGI MASA KINI MAMPU MEMBANTU PUSTAKAWAN UNTUK MEMBANTU MEMBANGUNKAN MASYARAKAT

  1. APAKAH CONTOH-CONTOH TEKNOLOGI MASA KINI YANG TERDAPAT DI PERPUSTAKAAN AKADEMIK

  1. APAKAH CABARAN DAN NILAI YANG PERLU ADA DALAM DIRI SESEORANG PUSTAKAWAN

  1. HARAPAN KEPADA PENDENGAR MENGENAI PELUANG KERJAYA SEBAGAI PUSTAKAWAN


Sesi berakhir jam 2.30 petang,alhamdullilah semua berjalan dengan lancar.Saya sempat juga online dengan GT ketika rancangan ke udara,membaca respon dan komen daripada rakan sepejabat dan kenalan.Semestinya pelbagai-bagai.

Sebelum beredar,saya dan adik  Mohd Zamzam bin Hamdan menerima cenderahati daripada PERPUSTAM yang disampaikan oleh Puan Nurul Hidayah Che Man.

Saya mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak PERPUSTAM & Radio Melaka FM atas peluang yang diberikan ini.Tentunya peluang sebegini bukan sentiasa ada.Saya berasa cukup puas kerna dapat mengutarakan pendapat dan pandangan berkaitan dunia kepustakawanan kepada masyarakat.Terima Kasih juga pada En Azman Ayub,Encik Arman Muhammad dan semua kenalan yang memberikan sokongan dan dorongan pada saya.Buat isteri tercinta kerana yang tak putus mendoakan kejayaan suami.