Tuesday, October 1, 2013

Projek Hijau (Rumput Karpet)

Assalamualaikum

Entri kali ini nak cerita pasal rumput. Nak buat lanskap yang hebat dan mantap perlukan ongkos yang agak tinggi. Jadi dengan modal yang limited edition, saya survey survey la rumput untuk menghijaukan laman rumah. Yelah, hijaukan warna yang menyejukkan mata. Mula mula fikir nak tanam rumput mutiara (Pearl Grass). Tapi sebab kawasan sejengkal je, tukar la pada rumput karpet philipine. So, inilah Percubaan pertama saya untuk tanam rumput sendiri. Ilmu dikutip daripada Google melalui blog2 penanam rumput yang berjaya dan gagal.


Inilah dia usaha saya.


Tanah dicangkul bagi membuang batu batuan dan rumput liar dan bagi rata. Kawasan kecik je, jadi tak banyak la kerja.Namun berpeluh jugala.



Haaris jadi mandor cek kerja ayah dia.


Kawasan yang telah dibersihkan


Luas 1 kaki, panjang 10 kaki
bolehlah sebagai permulaan.


Pastikan segala akar rumpai lain dicabut tanpa sisa.Batu bata juga kena kasi clean. Tong sampah hitam tu dah penuh dengan segala mineral keras.Sampai hari ni tak buang lagi.Berat 66.

Rumput saya beli di Nurseri dekat Masjid Tanah. Malas nak turun Melaka sebab bukan nak banyak.Rasa macam tak berbaloi la untuk habiskan masa dan wang turun. Harga kalau nak bandingkan dengan Sg Buloh memang jauh beza la.Tapi itu untuk beli banyak. Saya beli 10 petak bersamaan 2 guni. Ingatkan ringan je, rupanya 10 petak pun dah cukup sarat untuk my viva to carry. Kalau beli 20 petak sure kena bawa dengan van.



Haaris terbongkang tido time ni.


Inilah rumput Philippine yang dibeli
Minta tawar harga sampai tokey pening ye kalau nak beli tu.



Sebelum tanam, tanah sekali lagi diratakan.Itupun masih tak sama.Yela, takkan nak pakai pembaris ukur kan.Agak agak nampak rata tu kira okla. Saya tak letak pasir. Biasa orang letak pasir untuk memudahkan pengaliran udara dan air.Tapi harap takde pasir pun boleh hidup. Pastikan sebelum tanam tu bacalah "Bismillahhirahmanirrahim..." Kepada Allah kita mohon pertolongan agar rumput karpet ini hijau, segar dan subur hedakNYA.




Penuh longkang dengan tanah.


Rumput siram pagi sekali..petang balik keje sekali


Baiklah, itu saja buat masa ini. Nanti saya update dalam 2 bulan dari tarikh ini. Tengok samada rumput hidup atau tak. Insyallah...