Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
5 Februari 2011/2 Rabiu Awal 1432h (Sabtu)
Saya bertolak dari Kuala Rompin,Pahang bagi menghadiri Majlis perkahwinan(Sambut Menantu) rakan sepejabat iaitu Muhammad Afiz bin Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Bedab dan pasangannya Noraini binti Mohd Nor(Ain).Saya tiba di Melaka dan terus ke Library UTeM untuk jumpa Rashid (jaga MPP) sebab dah janji nak pergi bersama.
Kami tiba di lokasi tepat jam 3.00 petang dimana acara kemuncak sedang berlangsung.Pengantin sedang "Makan Beradab".Pasangan Pengantin memlilih pakaian berwarna perak sebagai tema.Segak dan anggun sekali kedua mempelai.
Setelah selesai upacara "Makan Beradab",Apiz dengan gentlemennya menyahut cabaran untuk berkaraoke lagu "Ghazal untuk Rabiah".Memang sangat happening sekali! Dengan sokongan sedara mara yang sporting (terutama bila korus).Pengantin perempuan tersenyum simpul menemani suaminya.
Selesai berkaraoke,sesi fotografi bersama pengantin diatas pelamin mengambil tempat,tentu sekali peluang ini tidak akan disia-siakan.
Saya mendoakan agar pasangan ini berbahagia hendakNYA hingga ke akhir hayat dan beroleh zuriat yang soleh.Amin.
Turut kelihatan hadir ketika itu ialah En Arman,Rashid,Taqif,Aziana dan Fatila,Ikbal sekeluarga.
Yang Halus Yang Tulus
Yang Mulus Yang kudus
1 comment:
terima kasih atas kedatangan... QT dan isteri sememangnye mengikuti tema di hari itu yekk.. ;)
Post a Comment