Monday, September 19, 2011

Tujuh Nafas Lagi



Tujuh Nafas Lagi

Lirik dan Lagu : M. Nasir

Inikah dia yang kuimpikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini kuharapkan
Bukan Fatamorgana lagi

Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah besedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi

Sepertimu ,aku juga pernah
Persoalkan kekuatan batinku
Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
Dalam rasa paling rendah
Ku angkat cinta

Rinduku bukan kemurahan
Jika mahu dianggap mainan
Kau Tanya bilangan namamu ku sebut
Jawabnya hanya sekali
Lafaz tak terputus

Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya…….


Ku tujukan lagu ini untuk dirimu,isteriku

Inikah dia yang kuimpikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini kuharapkan
Bukan Fatamorgana lagi


Ketahuilah oleh mu isteriku,
Cinta ku bukanlah terbatas oleh tirai alam dunia yang penuh fatarmogana
Cintaku harapkan menembusi hijab Firdausi.

Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah besedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi


Ketahuilah oleh mu isteriku,
Usirlah kecurigaan dalam hatimu,agar tiada sengketa antara kita
Telah ku relakan dirimu sebagai bidadari hidupku
Hatiku redha
Bersama kita layari bahtera kehidupan ini bersama.
Biar tinggal tujuh nafas sekalipun.

Sepertimu ,aku juga pernah
Persoalkan kekuatan batinku
Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
Dalam rasa paling rendah
Ku angkat cinta


Ketahuilah oleh mu isteriku,
Terkadang aku meragui hatiku,kerna aku hanyalah manusia
Namun jauh dalam sanubariku,tiada tergoyah cintaku
Biarlah resah meresahkan,biarlah mimpi ngeri jadi igauan
Biarlah dalam kerendahan dan kelemahanku
Ku persembahkan cintaku.

Rinduku bukan kemurahan
Jika mahu dianggap mainan
Kau Tanya bilangan namamu ku sebut
Jawabnya hanya sekali
Lafaz tak terputus


Ketahuilah oleh mu isteriku,
Janganlah kau sendakan rinduku,jangan
Janganlah kau mainkan sayangku,jangan
Nafasku tak putus,hanya sekali lafaz,
Kau miliku.

Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya…….


Ketahuilah oleh mu isteriku,
Cintaku bukanlah kepuraan
Kasihku bukan sekadar sayang
Sukar untuk karangkan untuk dirimu
Biarlah ia jadi
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya…….



Saya sangat sukakan lagu ini,lagu yang mendalami hakikat cinta yang sebenar cinta & rindu yang sedalamnya rindu.

Semestinya lagu ini lebih menjuruskan kearah cinta yang paling hakiki,cinta padaNYA.
Wallah wa’alam

2 comments:

Sharol said...

Saya rasa tak perlulah tuan mengambil hati isteri dengan lirik ini. sudah jelas, terang lagi bersuluh. liriknya memang lirik ketuhanan. Menghampiri Tuhan dari segi kerohanian dan tasawwuf atau sufi. Berbunga-bunga hati dengar lagu ni...

qalam_timur said...

betul tu apa yg tuan katakan, sudah terang lagi bersuluh...cinta dan kasih sayang kepada isteri juga anugerah daripadaNYA.Bukan saya yg memilih isteri, tapi kami dipilihNYA.

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...