Wednesday, November 28, 2012

Raja Buah :Durian

Sekarang musim durian..mana mana pasar malam atau gerai gerai tepi jalan mesti ada Raja buah ni.Durian ni ada pelbagai jenis.Di Asia Tenggara ni saja ada 55 jenis spesis durian tak termasuk durian klon macam D24.

Antara jenis durian yang popular di Malysia adalah semestinya Musang King, Udang Merah, D24, SS2 dan Raja Kunyit.

Harga semestinya berbeza beza ikut gred dan musim.Ada yang jual longgok,ada yang jual timbang kilo.Biasanya yang jual cara timbang ni isinya lebih baik sebab penjual dah asingkan.Tapi atas kepandaian pembeli juga la.Tapi yang paling mahal semestinya Musang King yang paling tip top.Saya pernah beli sebijik.Cecah juga RM18 sekilo.

Sebenarnya kita janganlah terlalu taksub dengan gred durian ni.Asalkan rasa sedap dimakan serta banyak ulasnya itu sudah memadai.Peniaga terkadang mengambil kesempatan dengan memanipulasi harga buah durian hingga diberitakan ada harga yang mencecah RM60 sekilo.

JOM KITA KENALI JENIS DURIAN



D24 : Buahnya berbentuk bujur dan berwarna hijau hingga hijau keperangan dengan saiz sederhana besar . Isinya berwarna kuning susu hingga kuning , bertekstur halus , tebal dan pejal , Rasanya manis , sedikit pahit , dan beraroma kuat.

D99 ( Durian Kop ) :Buahnya berbentuk bulat , berwarna hijau kelabu hingga keperangan dan saiznya sederhana besar . Isinya berwarna sangat kuning , bertekstur tebal , dan halus ,Rasanya Manis dan beraroma sederhana.

D123 ( Durian Chanee ) : Buahnya berbentuk bujur dan berwarna hijau kelabu hingga hijau keperangan , serta bersaiz besar . Isinya Berwarna Sangat Kuning , tebal dan bertekstur halus , serta berasa manis.

D145 ( Durian Beserah , Mek , Hijau ) : Buahnya Berbentuk agak bulat dan berwarna hijau . Bersaiz sederhana hingga besar . Isinya Berwarna Kuning Hingga Oren , Tebal , Dan Bertekstur Pejal . Rasanya Manis dan Aromanya kuat .

D158 ( Durian Kan Yau ) : Bentuk Buanya Agak Bujur , Berwarna Hijau , Serta bersaiz sederhana hingga besar . Isinya berwarna kuning pucat hingga kuning , tebal , bertekstur halus , dan rasanya manis.

D159 ( Durian Man Thong ) : Buahnya bujur dan berwarna hijau kelabu , serta bersaiz besar . Isinya berwarna kuning pucat , tebal dan bertekstur halus , Rasanya Manis , Serta memiliki aroma yang sederhana kuat.


Antara banyak banyak durian,satu nama unik bagi bentuk susunan ulas durian ialah KUCING TIDO.Mengapa dinamakan Kucing tido?


Serupa tak?



Orang kata kalau nak beli durian,biarlah dapat yang puas hati.Yelah,peniaga kopek yang tengah,belah bawah kita tak tahu elok ke tidak.Bukanlah lah nak kata semua peniaga tu nak tipu.Tapi lebih baik jika kita sedikit pengetahuan tentang cara nak meilih durian.

Petua Memilih Durian

1. Duri

Pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah untuk dibuka.

2. Bentuk Buah

Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi yang tebal, manis, dan berbiji kurus.
 3. Bau
Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang berbau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya dan berkemungkinan telah diperam.

4. Kulit

Pastikan kulit luarnya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan.
Elakkan dari memilih buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuat isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas yang mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.
 5. Goncang Durian
Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncangkan durian dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Dan goncang secara perlahan-lahan.
Jika dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.

Seterusnya ialah Fakta Terahsia Durian dan Mitos:
1 – Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50 kcal. Tidaklah tinggi sangat.
 2 – Tinggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.
 3- Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah). Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus
 4 – Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)
 5 – Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.
 6 – Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.
 7 – Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-ciuman :)
 8 – Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.
 9 – Kurangkan stress? Mungkin betul tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.
 10 – Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala jenis makanan. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah teruk sangat. Sentiasalah amalkan pemakanan yang sihat :)

Okla,setakat itu saja cerita pasal durian ni....balik kerja atau time cuti boleh la bawak anak isteri makan durian.Tapi jangan makan banyak sangat.Sebab durian ni boleh bikin badan panas.cerita pasal badan panas lepas makan durian boleh amalkan petua ini.
Isikan air kosong dalam kulit durian (pangsa) dan minum (+ baca Bismillah).





No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...