Thursday, March 21, 2013

Pemerintah dan Rakyat.




Adakah kemakmuran sesebuah negara hanya terletak 100 % diatas bahu pemerintah sahaja.Sedangkan sesebuah negara itu terdiri daripada pelbagai golongan dan semestinya terdiri dariapada golongan pemerintah dan yang diperintah iaitu merujuk kepada kerajaan dan rakyat.

Saya tertarik kepada Kisah dan makna tersirat daripada dua orang khalifah Islam Iaitu Khalifah Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Pada Zaman pemerintahan Sayyidina Ali bin Abi Talib sebagai Amirul Mukminin.Beliau telah ditanya oleh rakyat." Mengapa pada zaman pemerintahan engkau, ummah berbeza pendapat serta berbalah dalam soal engkau ( Soal pemerintahan/Khilafah)? Sedangkan mereka tidak begitu pada (zaman) Abu Bakar dan Umar Al Khattab?  Sayyidina Ali bin Abi Talib dengan tenang dan tegas menjawab. " Ini kerana Abu Bakar dan Umar memerintah orang seperti aku dan aku pula memerintah orang yang seperti kamu."

Adakah Sayyidina Ali bin Abi Talib bukan pemerintah yang bijak dan adil hanya kerana pada zamannya banyak terjadi kekacauan dan perpecahan dikalangan ummah? Tentu sekali tidak! Sayyidina Ali bin Abi Talib mengambil alih pentadbiran ketika keadaan ummah kacau bilau akibat pembunuhan Khalifah Uthman Bin Affan dan juga faktor hasutan musuh islam.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.Rakyat akan mengeluarkan zakat yang banyak kepada Perbendaharaan Negara dan ianya akan diagihkan kepada fakir miskin dan mana-mana golongan yang memerlukan. Namun wang tersebut terpaksa dikembalikan kerana tidak ditemui asnaf yang melayakkan menerima zakat.

Sememangnya Khalifah Umar bin Abdul Azizn adalah khalifah yang alim dan zuhud.Namun bukanlah hanya kerana faktor itu semata.Rakyatnya juga turut sama terkesan dan menyokong usaha membangunkan dan memakmurkan negara.

Semoga kita sama sama mengambil iktibar daripada kisah para sahabat dan pemerintah yang adil dalam usaha memartabatkan agama, bangsa dan negara.

No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...