Thursday, March 21, 2013

Pemerintah dan Rakyat.




Adakah kemakmuran sesebuah negara hanya terletak 100 % diatas bahu pemerintah sahaja.Sedangkan sesebuah negara itu terdiri daripada pelbagai golongan dan semestinya terdiri dariapada golongan pemerintah dan yang diperintah iaitu merujuk kepada kerajaan dan rakyat.

Saya tertarik kepada Kisah dan makna tersirat daripada dua orang khalifah Islam Iaitu Khalifah Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Pada Zaman pemerintahan Sayyidina Ali bin Abi Talib sebagai Amirul Mukminin.Beliau telah ditanya oleh rakyat." Mengapa pada zaman pemerintahan engkau, ummah berbeza pendapat serta berbalah dalam soal engkau ( Soal pemerintahan/Khilafah)? Sedangkan mereka tidak begitu pada (zaman) Abu Bakar dan Umar Al Khattab?  Sayyidina Ali bin Abi Talib dengan tenang dan tegas menjawab. " Ini kerana Abu Bakar dan Umar memerintah orang seperti aku dan aku pula memerintah orang yang seperti kamu."

Adakah Sayyidina Ali bin Abi Talib bukan pemerintah yang bijak dan adil hanya kerana pada zamannya banyak terjadi kekacauan dan perpecahan dikalangan ummah? Tentu sekali tidak! Sayyidina Ali bin Abi Talib mengambil alih pentadbiran ketika keadaan ummah kacau bilau akibat pembunuhan Khalifah Uthman Bin Affan dan juga faktor hasutan musuh islam.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.Rakyat akan mengeluarkan zakat yang banyak kepada Perbendaharaan Negara dan ianya akan diagihkan kepada fakir miskin dan mana-mana golongan yang memerlukan. Namun wang tersebut terpaksa dikembalikan kerana tidak ditemui asnaf yang melayakkan menerima zakat.

Sememangnya Khalifah Umar bin Abdul Azizn adalah khalifah yang alim dan zuhud.Namun bukanlah hanya kerana faktor itu semata.Rakyatnya juga turut sama terkesan dan menyokong usaha membangunkan dan memakmurkan negara.

Semoga kita sama sama mengambil iktibar daripada kisah para sahabat dan pemerintah yang adil dalam usaha memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Monday, March 18, 2013

Kuliah Duha Tauhid : Tuan Guru Haji Ghazali Ahmad @ Baba Li



Kuliah Duha Tauhid
Tuan Guru Haji Ghazali Ahmad @ Baba Li

16 Mac 2013/ J.Awal 1434 (Sabtu)
Baitul Qura' Wal Fuqoha
Paya Sum, Sungai Udang, Melaka

Saya bersama isteri dan anak telah menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh Baba Li, seorang ulamak Ususluddin yang terkenal daripada Pattani. Ini merupakan kali kedua saya mengikuti kuliah beliau. Kali pertama ialah pada 19 Januari 2013 juga di lokasi yang sama. Baba Li akan datang setiap 2 bulan ke Baitul Qura' bagi menyampaikan kuliah.

Saya kongsikan apa yang telah saya catatkan sepanjang kuliah disampaikan.Sebarang kekurangan dan kesilapan dalam catatan ini adalah disebabkan kurangnya pemahaman daripada saya.Semoga Allah SWT memberkati Tuan Guru Baba Li dan seluruh umat islam.

  • MengESAkan Alla SWT adalah SATU adalah akidah Ahlul Sunnah Wal Jammaah.
  • SATU adala beerti yang PERTAMA namun tidak menafikan yang kedua dan seterusnya
  • AHAD ialah Asa (Tunggal)
  • WAHID ialah Tuhan yang satu (Tiada sepertinya)
  • Sharik ialah Sekutu
  • Tidak boleh kita menyabitkan sifat bagi Allah SWT.
  • Tidak boleh bagi Allah SWT bertempat dan beranggota
  • Allah SWT tidak menyamai sesuatu dan tidak ada sesuatu yang menyamainya.
  • Tauhid beerti menhimpunkan menjadi satu (Bahasa Arab)
  • Tauhid ialah Allah SWT itu SATU (Istilah Ulama/ wadah ilmu)
  • 3 jenis tauhid ialah salah silap faham tentang makna tuhan.
  • Illah dan Rabb ialah tuhan dalam Bahasa Arab
  • Tuhan pula dalam Bahasa Melayu.
  • Rabb beerti MALIK (Tuan sesuatu dan yang berhak terhadap sesuatu)
  • Mubbi beerti yang mengatur, yang mendidik
  • Tuhan ialah TUAN dalam sebutan Bahasa melayu yang asal dan tepat pada maknanya.
  • Tuhan pemilik sekalian alam.
  • Illah beeri yang disembah
  • Illah dan Rabb berbeza dari sebutan namun maknanya sama.
  • Ahlul Sunnah Wal Jammaah tidak membahagikan Tauhid kepada 3 bahagian.
  • Orang kafir terbahagi kepada beberapa golongan.
  • Tuhan ialah Dia lah yang memberi manafaat, mudarat, menghidupkan dan mematikan serta mengatur sesuatu.
  • Tiada sesuatu apa pun dapat melemahkan Allah SWT.
Pada penghujung kuliah dibukakan satu soalan yang berbunyi:

Apakah Perbezaan mengenal Allah  SWT diantara Ahli Tauhid dan Ahli Tasawur?

Jawaban Baba Li

Ahli Tauhid mengenal Allah SWT dalam kaedah Usuluddin

Ahli Tasawur mengenal Allh SWT secara Perasaan'/Berasa

Tasawur
*Zat dalam Zat
*Segalanya daripada Allah SWT

Ahli Tauhid tak berasa pakai baju

Ahli Tasawur berasa pakai baju.

Kuliah berakhir pada jam 12 tengahari.

Kepada tuan/puan yang ingin menyumbangkan wang bagi pembinaan pondok yang dipimpin oleh Tuan Guru Baba Li boleh klik disini http://addarain.com/babali/