Monday, April 6, 2015

Service 1000km Pertama Proton Preve

Assalamualaikum

Saya ingin berkongsi info dan pengalaman berkenaan service 1000km pertama Proton Preve. Sebagaimana yang tercatat dalam buku waranty pemilik kereta preve, tak kisahlah samada CFE atau IAFM, kita kena hantar service mengikut Kilometer/Masa yang ditetapkan.

First service saya adalah di Pusat Service Proton Edar di Bachang, Melaka.


BUAT APPOINMENT

Jika nak service pada hari minggu (Sabtu/Ahad), maka seeloknya buatlah temujanji.Ini untuk kebaikan kita juga. Hari minggu adalah hari tumpuan sebab inilah masa yang ada untuk mereka yang bekerja terutamanya. Appointment kami adalah pada jam 11:00 pagi. Sila hadir tepat pada masa yang dipersetujui sebab jika anda lebih dari 15 minit. Maka Pihak SC akan proceed to next Customer. So anda kena tunggula. Alhamdulillah, kami tiba pada jam 10:35.Jumpa dengan kerani bertugas dan maklumkan dah buat appoinment. Ketika kami sampai memang dah ramai customer menunggu giliran dan tepat jam 11 pagi , kami dipanggil oleh service advisor untuk diberikan penerangan tentang apa yang perlu dalam service pertama.

APA YANG PERLU DIGANTI/TUKAR

1-Minyak Enjin 
Bagi CFE sila gunakan Fully Synthetic.Pada mulanya kami direkomenkan guna semi synthtetic
(Syntium 800) tapi sebab dapat advice daripada owner preve  kami bagitau yang kami prefer Syntium 1000. Tapi kalau pakai semi syn pun tak mengapa untuk 10000km pertama.


*** Ada yang kata syn3000 lagi ok, tapi terpulang la pada poket masing-masing. Cuma tak pasti samada SC sediakan ke tak syn3000.



2-Oil Filter
3-Gasket Drain Plug





SERVICE PERCUMA

Proton menawarkan Service Percuma sebanyak 3 kali. Service percuma ini hanyalah untuk LABOUR CHARGE/UPAH BURUH. BUKAN PERKAKASAN/BARANG. Saya dimaklumkan pada petugas disitu, kalau labour charge  kena RM66.

Boleh rujuk di M/S 14 buku warranty jika ada sebarang keraguan.






KOS

Kos keseluruhan bagi service 1000KM pertama Proton Preve CFE Premium saya ialah RM 228.47 (termasuk 6% GST OK:)


KESELESAAN DAN LAYANAN PUSAT SERVICE

Alhamdulillah, Pusat service Proton di Bachang, Melaka ini selesa dan layanan daripada staf mereka juga sangat bagus (my first impression). Dengan begitu ramai customer mereka masih sedia menjawab soalan daripada pengguna.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada pengguna Proton Preve dan pembaca semua. Insya Allah service seterusnya saya akan cuba di Sevice Center yang lain pula. Baru sedap buat perbandingan.

Jika ada pembaca mempunya info dan pengalaman lain, amatlah saya alukan untuk kita sama-sama kongsi dan beroleh ilmu.

   









6 comments:

wardahannesa said...

Baru buat di bandar baru masjid tanah melaka.. tak perasan labour charge tu apa.. and then kene byr gak tdi. Habis RM55.00 :C

wardahannesa said...

Baru buat di bandar baru masjid tanah melaka.. tak perasan labour charge tu apa.. and then kene byr gak tdi. Habis RM55.00 :C

blossom said...

Total brape awk kene bayar 1st servis tu..

blossom said...

Total brape awk kene bayar 1st servis tu..

mohd fahmi said...

berapa kos minyak dari melaka ke terengganu yer?sama ada melalui melaka-KL-terengganu atau melaka melalui palong,bera,gambang dan LPT.. saya dapat dalam Rm 74 kalau ikut palong,bera,gambang dan LPT..Rm80 dari melaka-kl-LPT exit kuala berang..kelajuan agak laju..avrg 120km/h

qalam_timur said...

Sg Udang - Selandar - Batang Melaka - Pasir Besar- Palong -Muazam Shah - Gambang -LPT-Dungun.

Kelajuan : 100-120-140 (LPT) km

Kos lebih kurang yang mohd fahmi dapat..bawah RM80.

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...