Sunday, May 15, 2016

Syntium 7000 dan Preve CFE



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Akhirnya....Untuk service Preve CFE kali ke empat.Saya berpeluang untuk gunakan Syntium 7000 daripada Petronas.Service dilakukan di SC GT One,Malim Melaka sebab hanya SC ini sahaja yang ada tawarkan Engine Oil (EO) yang diidamkan.EO sebelum ini ialah Shell Helix Ultra 5W-40.

Jika ikut jadual, saya kena buat service pada 22 Jun 2016 dengan Mileage 27000km.Tapi memikirkan Bulan Ramadhan dan Eidulfitri yang bakal menjelang.Elok dibuat awal.Tambahan pula,persiapan Eidulfitri semestinya banyak nak pakai duit.So kita buat dulu sementara ada.



Mileage : 25000 KM

Items

1- Engine Oil :Syntium 7000 0W-40 with cooltech by Petronas
2-Oil Filter MMC
3-Gasket
4-Coolant 1 liter
5-Brake Fluid Dot 4.



Apa yang boleh dirumuskan ialah,Syntium 7000 memang terbaik.Enjin lebih senyap dan rasa lebih ringan berbanding EO yang digunakan sebelum ini (Syn 800,1000,3000 & Shell Helix Ultra).Pomen yang uruskan service pun kata EO ini memang tip top.Kalau gunakan Petrol 97 atau V Power pastinya berdesup kereta meluncur.Sampai di rumah biarkan enjin kereta Idling sekejap untuk pastikan EO meresap ke segenap ruang enjin:)

Terdapat juga pengguna preve katakan bahawa Syn 7000 agak nipis dan hanya sesuai digunakan untuk kereta berprestasi tinggi.Teori mereka minyak nipis akan berikan kesan pada piston dan cepat terpeluwap.Namun,saya juga ada buat beberapa risikan dengan pengguna yang pernah pakai EO ini.kata mereka,itu semua tak terjadi dan mereka amat berpuas hati dengan EO ini.Syntium 7000 juga adalah  EO rasmi bagi team Mercedes AMG dalam Formula One.Cuma dari aspek harga,ianya memang agak mahal.

Bagi pengguna Preve CFE ,penjagaan EO amatlah perlu dititikberatkan.Sebab CFE  ada sistem turbo yang manja.Walaupun pakai EO Fully synthetic yang boleh capai 10000km.Elok sekiranya dapat diservice pada 9000km.Dinasihatkan juga untuk menukar Oil Filter pada setiap 5000km.Sebab Oil Filter tak tahan sampai 10000km.

Syntium 7000 spec



Total Kos:


Dapat Free Gift


No comments: