Tuesday, February 22, 2011

Loghat Negeri Pahang




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.



Pahang Darul Makmur (Inderapura)adalah  sangat unik dari aspek loghat negeri. Ini disebabkan loghat yang digunakan adalah mengikut aliran sungai. Bermula di Kuala Lipis hinggalah ke muara di Pekan, loghat-loghatnya adalah berbeza.

Ada juga baiknya kita mengenali dan memahami loghat-loghat yang ada di negeri kelahiran kita agar kita tidak mudah dikatakan terlalu "kebandaran" bila sesekali pulang ke kampung berjumpa sanak saudara dan rakan taulan.



Amatlah rugi sekiranya loghat dan slang Pahang yang unik ini semakin pudar dan mungkin akan pupus ditelan masa dek kerana anak pahang sendiri malu untuk menuturkannya.



Lihat saja orang negeri Kedah,Kelantan yang sangat berbangga dengan loghat dan slang pertuturan negeri mereka sendiri walau berada di rantau orang samada di KOLUMPO ataupun LONDON.


Setiap perkataan akan disusun mengikut turutan "aphabetical order" untuk memudahkan pembacaan.

KK- kata kerja KN- kata nama
Kgn- kata ganti nama
Adj- Kata sifat/ adjektif
LL- lain lain 


A-
Amik- KK- Ambil ( Amik ko obat!!!!) Awk ? Kgn ? Awak ( buku ni bukan awk punye)

B

Burungr- Adj ? degil ( kenapa lah ko ni burungr sangat?) Biroh ? Adj ? menggatal, gila seks ( Kemat dipukul bini kerana membiroh dengan bedah) 

Betui - Adj - Betul, tepat ( laju betui awok bowok muto yea..)

C
Che ( sebutan seperti : cepat)? LL- cuba ( Che amik kan kain tola tu) Calat ? KK- berjima? ( korang buat ayat sendiri lah)

Catuk ? KK- patuk , pagut , ketuk ( Ayam itu mencatuk dahi abu ) 

Cemuih - Adj- jemu ( Naik cemuih koi nunggu si sahok nih.) 

Cundir - Adj- Gayat - ( koi cundir betui tempat tinggi tinggi nih)

D

Dedeh (sebutan seperti : ekor) KK ? hiris ( Pokok itu habis di dedeh Kemat)

E
Embok (sebutan seperti : emak) KN ? mak we , budak perempuan
( Mata Pejol juling memerhatikan embok embok yang sedang balik keje)

F

G

Gone ? LL- macam mana ( dah tu nak buat gone?) Gebor ? KN- selimut ( walaupun panas, halim tak boleh tidur tanpa gebor) 

Ganai - LL- kosong (orang lain ber beg2 bawak baju nak gi berjalan...takkan awak ganai jer??" ) 

Ganeh - Adj - Ganas (ganeh betui awok yea)

H

Habad - Adj ? menjijikan ( ko ni habad betul, ngan taik pun nak main) Hampuras ? Adj- tidak berguna, celaka, *sensored*, poyo 
( hampuras betul si jahar ni, spender aku pun dia nak kebas) 
Hogoh ? KK- menggegar, menggoncang/ biasanya batang
( Walaupun di hogoh berkali kali, tetapi tiang itu tidak juga tumbang tumbang)

 I

J
 

Jamoh ? KK- makan sikit ( koi bukan nak makan seme, koi jamoh je) 

Jabir - KN- beg plastik ( Jabir sapa lah duk buat sepoh kat sini) 

Je - LL ? sahaja, saja, ( Dia buat tak tahu je kat koi) 

Jaluk ?Adj- malu ( Lain kali periksa dulu sebelum tuduh orang. Kan dah jaluk muka tu) 

Jeder ( e- emak) - Adj- membazir (awk ni beli buat jeder je lauk banyak banyak nih)

K

Kabir ? KK ? Melambai , lambai ( Awk tak nampok koi kabir tak di?) Kah ? Kgn ? saya ( daerah pekan) ( kah nak pegi lah ni) 

Kawan ? Kgn- saya ( daerah tengah) ( Kawan mane tahu) 

Kepat ? KK ? kulum, Hisap ( rambut Ali seperti butir mempelam di kepat lembu) 

Kipuk ? KK ? mematahkan sesuatu dengan cara membengkokkan ( Dahan itu telah di kipuk oleh pejol )
Kisut ? Adj ? menyibuk, tak tentu hala, gabra ( Awk jangan kisut hal kawan) 

Kohurt ? Adj - letih yang amat sangat ( ari ni koi tak keje. Kohurt sangat rase nye) 

Kanyor ? Adj- Mabuk, stomek, pening lalat ( Jaki tengah kanyor ubat batuk) 

Kome - Kgn - Kami ( Kome datang lah rumoh awk raye nanti) 

keghayan -Adj- terkejut ( keghayan koi dengor crite awk tuh) 

kuncham - AdJ- masam, muram ( mende buat muke kuncham nih?) 

Kuka-KK-Mencakar - babel betol kucing itam ni,kuat sanga kuka tikor mengkuang koi ni...

L 

Lat ? LL ? selang ( Hari jadi saya lat sehari dengan Hari Merdeka)

Longkosh / lokoh ? Adj ? terkopek, menggelupas, tercabut ( cat kereta apai telah longkosh kerana berjemur panas setiap hari) 

Lutu ? KK - baling, lontar ( Kepala roshid benjol di lutu batu oleh Jaham) 

Libaih - LL - Libas (ali sedang libaih kain pelekat kemuka abu)

M


Matnyer ? LL ? kenapa ( matnyer Jahar tak dating bersama?) Menterebas-Adj- lintang Pukang ( jalut menterebas lari dikejar polis) 

Mereluh - KK- tidur ( koi nak mereluh lah dulu... ngantuk sangat nih) 

Mengombet ? KK- mengintai, skodeng ( Ahmad suka mengombet burung mandi) 

Mengendi - LL- mengada ngada ( yang awk mengendi nih kenapa?) 

Moyoih - Adj- basah kuyup ( moyoih koi ditimpa ujan takdi)

N
Nengok ? KK- tengok ( nengok bebudak tu, haram tak pose) Ngelat- KK- menipu- (Awk jangan nak mengelat dengan koi)

O

P 

Pane (sebutan seperti : emak) ? Adj ? tak tentu hala ( makin hari makin pane aku tengok si pejol tu) 

Pantok- KK ? mengetuk, ketuk ( Che pantok paku yang terjulur tu) 

Pohpahleh ? LL ? ekspressi untuk menunjukkan sesorang itu terkejut or hebat sangat
( pohpahleh awk tak pose yer?) 

Pedo?oh ? KK- menipu ? (Awk jangan nak pedo?oh. Koi nengok jugek semalam) 

Perdap ? KK- tangkap dengan jerat ( Ajis diperdap orang kampong kerana mengombet anak dara pak seman) 

Pelangkor - KN- Kilat/ guruh ( uih..kuat jugek bunyi pelangkor malam tadi tu wehh..bergegor rumoh koi) 

Punggor ? KN- dahan reput di atas pokok ( Jalan memolek cik esah, kang hempap di punggor) 

Piat - KK - rotan (jangan naik muto nanti tok wan piat) 

Pegor-KK=Longgar (pengang kuat2 tali kebau tu..jangan bagi pegor buntat)



Q

R

Rakyat ? KN- orang asli, orang yang rendah martabat,(nape pakai baju gaya rakyat nih?) 

Rodong ? KN- sahabat, kawan / berodong= berkawan. ( Saya suke berodong ngan Ali) 

Rodok ? KK- menusuk, menikam ( jangan di rodok sarang tebuan) 

Rengkuh ? KK- menarik sesuatu dengan paksaan ( johar merengkuh pintu pagar)

S


Sko ? KK- mencuri ( sapelah yang sko helmet apollo koi nih) Sementelah- LL- Ketika, pada waktu ( sementelah Abu ke surau, Johar menyeko getah sekerap) 

Siyo - KN - tudung saji ( Siyo ni dah tembus, beli hak baru la bang oiii!) 

Sidang - LL- hujan yang telah berhenti ( Tunggu lah hujan sidang dulu weh. )

T


Tengkoh ? KK- mengkarate , menetak ( Koi tengkoh leher ko kang) Tekih - LL - nyaris (tekih koi di rotan cikgu takdi) 

Tok Wan - Kgn - Nenek 

Tok Aki - Kgn - Datok

U


Unchai ? KK- lerai, membetulkan tali yg kusut. ( Jala itu tidak dapat di unchai lagi)


Updated/Tambahan

Menceribas = lintang pukang

Senteng = singkat (besenye seluor)
Nebor = tebar (nebor jale ke... roti canei ke..)
Bersedeheh = bergaduh (ni beloh2 lanchang ni)
Cenge/lebe = malu
Cengengeng = manja
Tekeh/liki = sekeh
Pakwe = pak long (bukan boipren je weiii)
Makwe = mak long (bukan gepreng jekkk)
Toho = cetek
Deraih = cepat (biasenye orang suruh cepat.. bukan kate mende tu cepat)
Spelat = comot
kacuh = conteng
Lejut = kutup
Kopek = (censored) kekeke...
Se'eh = senak (besenye sebab kenyang)
Melikai = buah tembikai
Meghepar = jalan2 tak ketaun hala (biasanya kalo gi dalam utan ke..)
Ketoyong = pening
Keberoh = berdebar2 (masa melalui saat mencemaskan)


Koi Tetap Anak Pahang dan Koi Bangga jadi Anak Pahang walau dimana Koi berada!

Wednesday, February 16, 2011

Maulidur Rasul 1432 H


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.







Saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1432 H kepada semua muslimin dan muslimah pembaca Blog Qalam Timur.Walau siapapun anda dan dimana anda berada.

Tema Maulidur Rasul pada tahun 2011 ialah "1 Malaysia 1 Ummah".Adakah kita mencintai dan merindui Insan Agung Rasullulah SAW  sebagaimana baginda menyayangi dan mencintai kita umatnya?

Tanda-tanda kenabian ketika Rasullulah SAW dilahirkan.


1. Aminah binti Wahab, ibu Muhammad pada saat mengandung Muhammad tidak pernah merasa lelah seperti wanita pada umumnya.



2. Dinding istana Raja Khosrow (Kekaisaran Sassania dari Persia) tiba-tiba retak dan empat belas menaranya Dewan Kekaisaran ini runtuh,



3. Padamnya api yang disembah penganut Agama Majusi secara tiba-tiba,



4. Terjadinya gempa yang merobohkan tempat ibadah di sekitar Kerajaan Rum,



5. Tasik sawah mengering.



6. Raja Anusyirwan dan para pendita Zoroastrianisme bermimpi yang menakutkan.



7. Saat melahirkan Muhammad, Aminah binti Wahab tidak merasa sakit seperti wanita sewajarnya.



8. Keluarnya cahaya dari faraj Aminah yang menerangi istana negeri Syam.



9. Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan. 



10. Lahir dengan tali pusar sudah terputus. 



11. Pada usia 5 bulan ia sudah pandai berjalan, usia 9 bulan ia sudah mampu berbicara dan pada usia 2 tahun ia sudah boleh dilepas bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing.



12. Halimah binti Abi-Dhua'ib, ibu susuan Muhammad dapat menyusui kembali setelah sebelumnya ia dinyatakan telah kering susunya. Halimah dan suaminya pada awalnya menolak Muhammad karena yatim. Namun, karena alasan ia tidak ingin dicemooh Bani Sa'd, ia menerima Muhammad. Selama dengan Halimah, Muhammad hidup nomaden bersama Bani Sa'd di gurun Arab selama empat tahun



13. Abdul Muthalib, kakek Muhammad menuturkan bahwa berhala yang ada di Ka'bah tiba-tiba terjatuh dalam keadaan bersujud saat kelahiran Muhammad. Ia juga menuturkan bahwa ia mendengar dinding Ka'bah berbicara, "Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan orang-orang kafir, dan membersihkan dariku dari beberapa patung berhala ini, kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat Yang Merajai Seluruh Alam Ini."



14. Ketika Muhammad berusia empat tahun, ia pernah dibedah perutnya oleh dua orang berbaju putih yang terakhir diketahui sebagaimalaikat. Peristiwa itu terjadi di ketika Muhammad sedang bermain dengan anak-anak Bani Sa'd dari suku Badui. Setelah kejadian itu, Muhammad dikembalikan oleh Halimah kepada Aminah.] Sirah Nabawiyyah, memberikan gambaran detail bahwa kedua orang itu, "membelah dadanya, mengambil jantungnya, dan membukanya untuk mengelurkan darah kotor darinya. Lalu mereka mencuci jantung dan dadanya dengan salju." Peristiwa seperti itu juga terulang 50 tahun kemudian saat Muhammad diIsra'kan ke Yerusalem lalu keSidratul Muntaha dari Mekkah



15. Dikisahkan pula pada masa kecil Muhammad, ia telah dibimbing oleh Allah. Hal itu mulai tampak setelah ibu dan kakeknya meninggal. Dikisahkan bahwa Muhammad pernah diajak untuk menghadiri pesta dalam tradisi Jahiliyah, namun dalam perjalanan ke pesta ia merasa lelah dan tidur di jalan sehingga ia tidak mengikuti pesta tersebut.


Salawat serta Salam keatas junjungan mulia insan agung Rasullulah SAW. Semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.Amin.

Tuesday, February 8, 2011

Perpindahan Pelajar dari Mesir



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saya yakin satu dunia sudah maklum akan perihal pergolakan yang berlaku di Mesir.Keadaan politik yang tidak stabil dimana rakyat bangkit bagi menuntut pemerintah yang sedia ada iaitu Presiden Hosni Mubarak yang sudah 30 tahun memerintah agar meletak jawatan.Pergolakan yang berlaku bertitik tolak daripada peristiwa di Tunisia dimana rakyat telah berjaya mengulingkan Presiden Zine El Abidin Ben Ali yang telah berkuasa selama 23 tahun berakhir.Ramai yang meramalkan bahawa impak dari tindakan rakyat Tunisia dan Mesir akan mewujudkan kesan Teori Domino keserata tempat.




Namun yang paling merisaukan ialah rakyat Malaysia yang berada di bumi Mesir bukan sedikit bilangannya.Dianggarkan seramai 11,700 yang berdaftar dengan kedutaan Malaysia di Kaherah dan 5000 tidak berdaftar berada disana bagi menuntut ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam agama dan perubatan.Huru hara yang tercetus mengakibatkan keselamatan bagi mereka tidak terjamin.Terdapat pelbagai cerita yang menakutkan dikisahkan oleh kumpulan pelajar kita yang kini telah selamat tiba ditanahair.



Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan Malaysia diatas usaha "Operasi Piramid" yang dilakukan bagi membawa keluar para pelajar kita daripada situasi yang runcing itu.Kos operasi bagi membiayai Operasi Piramid ini pula dianggarkan menelan belanja sebanyak RM30 juta.Dimana segala kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Kekhuatiran dan kerisauan para ibu bapa terhadap anak-anak mereka tentulah tidak dapat diterjemahkan lagi.Diberitakan bahawa perpindahan ini dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Pada 7 Februari 2011,Kumpulan pertama rakyat Malaysia yang dibawa pulang melalui Operasi Piramid oleh Kerajaan Malaysia telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lummpur KLIA tadi pagi. Mereka seramai 778 orang telah mendarat jam 10 pagi yang disambut oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri najib Tun Razak serta ahli keluarga masing-masing.Syukur Alhamdullilah.



Saya merasa adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak yang mempertikaikan usaha menyelamatkan pelajar-pelajar ini.Terutamanya dijadikan modal politik bagi mencapai tujuan tertentu.

Apakah mereka fikir 11 ribu orang itu suatu bilangan yang kecil?Adakah persiapan dan persediaaan boleh dilakukan sekelip mata tanpa sebarang perancangan?Adakah jarak antara Malaysia dan Mesir itu umpama Durian Tunggal dan Merlimau?Adakah boleh sewenangnya merempuh masuk ke ruang udara dan perairan negara asing tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu?Apakah kelengkapan logistik dan penempatan tidak perlu diambil kira?Malah yang lebih menyedihkan,dikatakan fahaman politik seseorang juga dijadikan nilai ukur.Masyallah...

Perdana Menteri sendiri telah menyatakan bahawa :

"Tiada pertimbangan Politik dijadikan ukuran dalam usaha membawa pulang rakyat kita dari Mesir"

Mungkin ada pihak yang boleh melakukannya dalam  sekelip mata dengan hanya menyeru"zam zam ala kazam" lantas keluar jin lalu menyelesaikan masalah pesawat dengan membekalkan karpet ajaib yang kalis pandangan.Siapa tahu:)

Saya bukanlah ahli mana-mana parti politik dan saya memberi pandangan hanya sekadar sebagai seorang rakyat biasa.Janganlah semua hal dan perkara hendak kita jadikan modal politik tanpa memikirkan natijahnya.


 

Monday, February 7, 2011

Perkahwinan Afiz & Ain

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

5 Februari 2011/2 Rabiu Awal 1432h (Sabtu)

Saya bertolak dari Kuala Rompin,Pahang bagi menghadiri Majlis perkahwinan(Sambut Menantu) rakan sepejabat iaitu Muhammad Afiz bin Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Bedab dan pasangannya Noraini binti Mohd Nor(Ain).Saya tiba di Melaka dan terus ke Library UTeM untuk jumpa Rashid (jaga MPP) sebab dah janji nak pergi bersama.

Kami tiba di lokasi tepat jam 3.00 petang dimana acara kemuncak sedang berlangsung.Pengantin sedang "Makan Beradab".Pasangan Pengantin memlilih pakaian berwarna perak sebagai tema.Segak dan anggun sekali kedua mempelai.

Setelah selesai upacara "Makan Beradab",Apiz dengan gentlemennya menyahut cabaran untuk berkaraoke lagu "Ghazal untuk Rabiah".Memang sangat happening sekali! Dengan sokongan sedara mara yang sporting (terutama bila korus).Pengantin perempuan tersenyum simpul menemani suaminya.

Selesai berkaraoke,sesi fotografi bersama pengantin diatas pelamin mengambil tempat,tentu sekali peluang ini tidak akan disia-siakan.

Saya mendoakan agar pasangan ini berbahagia hendakNYA hingga ke akhir hayat dan beroleh zuriat yang soleh.Amin.

Turut kelihatan hadir ketika itu ialah En Arman,Rashid,Taqif,Aziana dan Fatila,Ikbal sekeluarga.
































Yang Halus Yang Tulus
Yang Mulus Yang kudus


Thursday, February 3, 2011

Happy Chinese New Year

Saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakan-rakan berbangsa cina dan pembaca blog Qalam Timur.

I would like to wish  all chinenese friends and Qalam Timur reader a Happy Chinese New Year


Gong Xi Fa Cai!
Xin Nian Kuai Le


Wednesday, February 2, 2011

Izinkan Saya Membela Bapa

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.




Saya ada 1 cerita yang menarik untuk saya kongsikan bersama.Moga kita sama-sama beroleh kejayaan di dunia dan akhirat:-


System kat ofis aku down - 2.30am and aku still kat ofis. Sementara tunggu system up balik, aku nak share something interesting happened to me last nite kat ofis. 

Semalam, aku stay back macam biasa utk habiskan keje. Tgh duk lepak-lepak benti rehat sekejap, datang sorang pak gad nih. Indian age dalam 50+ tapi still kuat coz dia dulu secret service utk kerajaan Sarawak . Body guard aa kira. Dia pon maybe tgh boring coz kitorg dorang je yg ada kat floor nih. 

Dia dtg borak - and aku layan la macam biasa. Then suddenly dia tanya gaji aku. (uikss.. apsal lak nih?) Then aku cakap la, adala sikit-sikit lepas utk diri sendri and family. (takut gak dia nak pow ke or mintak duit ker...) Then dia tanya, ada bagi kat mak aku dak.. aku kata la ada... bapak? (aku diam kejap coz aku mmg tak kasik kat bapak aku - aku only kasik kat mak aku and assuming dia sbg finance minister akan distribute la duit-duit tu ke mana-mana channel yg sepatutnya). 

Then dia tanya lagik. Aku pon slowwwwwwww jer jawab... tak. Dia pon cakap kenapa tak and aku pon explain la why. Then dia cerita, "u tau ka, bila u kasik sama u punya bapak, dia punya rasa lain u tau ka... Saya sbg bapak aaa, bila anak kasik saya wang aaaa, saya rasa satu macam punya lain." aku pon engar jer la... then mata dia berair... Dia kata bila anak dia kasik duit dekat dia, "I felt like im flying in the sky!" Masa dia cerita tu, siap dia cakap "sekarang saya cerita pon aaaa, bulu roma saya sudah naik, rasa satu macam laaa..." 

Aku pon teros tingat kat bapak aku. Though dia masih ada and still makan duit pencen, aku terpikir yg aku tak penah kasik duit direct kat dia. Dan tiba-tiba aku pon sebak rasa macam nak nangis bila teringat kat bapak aku. Dulu masa dia kerja, dia selalu kasik duit kat aku masa aku belajar. Skrg aku dah keje dan dia tak, kenapa laaaa aku tak hulur sikit kat dia. 

Aku rasa yg aku dah bagi kat family cukup - tapi tidak! Guard tu tgk kat mata aku and cakap "u kasik u punya mak, lain cerita. tapi kalau u kasik u punya bapak wang aaa.. dia misti rasa happy. Saya mula dapat wang dari anak aaa, walaupun saya ada gaji aaa.. saya nangis. Nangis gembira u tau! Itu malam saya tableh tido. U ada wang, u kasik la sama u punya bapak direk. Nanti u tgk apa dia rasa. Tada-tada wang, 50 suda cukup." 

Malam tu aku sedih, dan gembira. Sedih sbb tingat kan kesilapan aku dan gembira sbb aku dapat dua pengajaran dekat sinih. Yg pertama, walau siapa pon kita, dengarlah nasihat org-org di "bawah" kita . Kadang-kala, nasihat itu menjadi suatu yang amat berguna. Dan yang kedua, sayangilah bapa anda. Hulurkan lah sedikit wang hasil penat lelah kita itu. Tak dapat banyak, sedikit pon tidak mengapa. 

Kepada yang masih mempunyai bapa, sayangilah mereka sepenuhnya. Peluk erat dan berikan satu senyuman istimewa buatnya. Kepada yang tiada, hadiahkanlah bacaan al-fatihah serta panjatkanlah doa semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para mukminin.....

QT
Memang betul pun, dulu saya bagi duit kat mak saya saja. 


"u kasik u punya mak, lain cerita. tapi kalau u kasik u punya bapak wang aaa.. dia misti rasa happy. Saya mula dapat wang dari anak aaa, walaupun saya ada gaji aaa.. saya nangis. Nangis gembira u tau! Itu malam saya tableh tido. U ada wang, u kasik la sama u punya bapak direk. Nanti u tgk apa dia rasa. Tada-tada wang, 50 suda cukup." 

Tapi kalau time ekonomi merudum,saya sengih ajela:)

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...