Monday, June 27, 2011

Saturday at Pangkalan Balak.





Lokasi:Petronas Air Molek


Saya tiba di Petronas Air Molek (lokasi pertemuan) pada jam 11.15 pagi,kelihatan yang tiba paling awal ialah Shazley dan Azman Amir.Selang beberapa ketika,wizana serta suami tiba,tak lama kemudian Harul juga sampai.Kami bergerak ke majlis persandingan adik perempuan En Arman(Siti Halijah Binti Mohammad dan Mohd Hairil Bin Mokhtar) dan tiba pada jam11.55pagi.

Lokasi:Taman Seri Duyong,Melaka

Para tetamu jemputan kelihatan mulai memenuhi khemah jamuan.Disini kami bertemu dengan Hasliza,Noraini dan suami.En Arman kelihatan segak bergaya dan tenang melayani tetamu.Sebaik saja kelibat kami dilihat,En Arman segera menyambut mesra kami dan mempersilakan kami menjamu selera dengan juadah yang disediakan.Sempat juga saya megambil gambar pengantin perempuan yang sedang duduk diatas pelamin untuk sesi fotografi.Manis berseri sekali pengantin.Tema bagi majlis perkahwinan ini ialah warna merah jambu (pink).No wonder En Arman sendiri berbaju batik kaler pink.Sebelum beredar,kami bergambar kenang-kenangan.Letika beredar,terserempak dengan Muat dan keluarga yang baru sampai.(Join konvoi juga)

Lokasi:Pangkalan Balak,Melaka

Lokasi seterusnya ialah Pangkalan Balak,lokasi utama aktiviti diadakan.Kami singgah di cek point kedua iaitu di Melaka Autocity untuk bergerak bersama-sama rakan-rakan yang lain.Mahadir pula menyertai konvoi kami dihadapan Trafik Light Sg Udang.Kami tiba dis Pangkalan Balak sekitar jam 2 petang.Peserta berehat seketika untuk menunaikan solat Zuhor dan menukar pakaian.Sementara menantikan aktiviti dimulakan oleh organizer.

Jam 2.45 petang aktiviti dimulakan,sebelum itu kami diberikan taklimat ringkas tentang permainan yang akan diadakan.Kami turut dipecahkan kepada 3 kumpulan berdasarkan undian.Saya orang pertama mencabut nombor undian dan mendapat Nombor 2(Kumpulan 2).

Kumpulan 1
  • Harul
  • Ana (GF harul)
  • Azman Amir
  • BRo
  • Bedab (Huby Noraini)
Kumpulan 2
  • Zaidi
  • Muat
  • Wizana
  • Sham (Huby Wiz)
  • Hasliza
Kumpulan 3
  • Shazley
  • Wan K
  • Mahadir
  • Gf Suhaizri
  • Isteri Muat

Sukaneka  
     
Aktiviti 1: Tempurung Speed walks Race

Setiap kumpulan dikehendaki berjalan dengan memijak tempurung dan bergerak secara ziq zap melalui setiap kon yang disediakan + membawa bola pinpong dalam sudu.Kumpulan yang paling cepat menamatkan kitaran peserta akan dikira sebagai pemenang.
Pemenang:Kumpulan 2

Aktiviti 2: Filling the empty bottle

Dalam aktiviti ini,setiap kumpulan akan berbaris dalam 1 barisan,yang mana peserta no 1 akan mengambil air di laut menggunakan span dan dierahkan secara berperingkat kepada setiap peserta hingga peserta yang terakhir dalam kumpulan itu akan memerah air kedalam botol mineral yg disediakan.Kumpulan yang terdahulu memenuhkan botol dengan air laut akan dikira sebagai pemenang.Aktiviti ini adalah yang paling melelah dan menyesakkan dada.huh!
Pemenang:Kumpulan 3

Aktiviti 3: Throwing the hot baloon

Setiap kumpulan akan diberikan 5 buah b elon berisi air dan dikehendaki melontarkan kepada setiap ahli kumpulan dalam pelbagai cara.Kumpulan yang paling akhir yang dapat mengekalkan belon tanpa pecah dikira sebagai pemenang.
Pemenang:Kumpulan 1

Aktiviti 4: Carrying the the ball
Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan,dimana pasangan dalam kumpulan akan membawa bola ke hujung kon dengan tidak menggunakan tangan. Kumpulan yang paling cepat menamatkan kitaran peserta akan dikira sebagai pemenang.Pelbagai aksi lucu dan keratif dapat dilihat.
Pemenang:Kumpulan 2

Aktiviti 5: Hawaii Ladies
Aktiviti terakhir dalam sukaneka pula ialah Hawaii Ladies.Setiap kumpulan dikehendaki memilih seorang  untuk dijadikan model Hawaii ladies.Ahli yang lain aka menanti di kon dengan setiap perhiasan Hawaii untuk dipasangkan ke tubuh setiap model.Memang lawak la tengok model-model setelah complete memakai set hawaii.
Pemenang:Kumpulan 2

Aktiviti berhenti seketika dan disambung pada jam 4.30 petang iaitu explorace.

Explorace
  1. Fishing on the sand
  2. Puzzle
  3. Beach Bowling
  4. Menyumpit
  5. Moving the ball with rope
Aktiviti berakhir sekitar jam 5.20petang,saya fly sekejap mengambil isteri.Kembali ke Pangkalan Balak lebih kurang jam 5.55 petang untuk makan-makan yang disediakan oleh organizer.Sedap.

Setelah semua selesai,maka diumumkan pemenang keseluruhan bagi aktiviti yang diadakan.

Sukaneka
Juara:Kumpulan 2
Naib Juara:Kumpulan 3
Ketiga:Kumpulan 1

Juara Keseluruhan:Kumpulan 2

Terima Kasih pada organizer,best le kiranya dapat diadakan lagi..buatle kat mana-mana.Kita Backup!


























No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...