Monday, October 17, 2011

Terima Kasih Asia Book Foundation





Hari ini saya ke Asia Book Foundation  di Leissure Commerce Square,Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan untuk mengambil buku sumbangan yang telah dipohon melalui "Books for Asia" donation program yang dikelola oleh The Asia Foundation.Sebuah badan yang bertanggungjawab dalam menyumbangkan buku-buku pendidikan di sekitar Asia.

Kronologi permohonan

Saya mendapat tahu tentang  Asia Book Foundation melalui Pegawai atasan saya (En Arman).Beliau telah meminta saya untuk menguruskan permohonan buku ini dan berhubung terus dengan individu yang bertanggungjawab iaitu En Amir Shariff.

Kami telah berhubung melalui email bermula bulan Ogos 2011,En Amir memberitahu untuk sentiasa "follow up" dengan mereka kerana kapal yang membawa buku-buku ini dijangkakan akan tiba pada penghujung September.

Pada  14 Oktober 2011 (Jumaat),Saya telah dihubungi oleh En Muniandy memaklumkan bahawa buku yang dipohon telah tiba dan saya diminta untuk datang mengambilnya.

Sedikit maklumat berkenaan Asian Book's Foundation for Asia Program:


BOOKS FOR ASIA IN MALAYSIA

Since 1957, The Asia Foundation's Books for Asia program has donated 2.5 million books to Malaysia. With the reopening of the Foundation's office in Kuala Lumpur in 2005, the program has been reintroduced in underserved areas.


Current Focus

Books for Asia donates nearly 20,000 brand new books donated by American publishers annually to 677 primary and secondary schools in remote or underserved communities in Malaysia. Special emphasis is given to secondary schools in Sabah, Sarawak, Kelantan, and Trengganu; primary school children of plantation laborers in peninsular Malaysia; and pupils in Muslim boarding schools. The program reaches an estimated 100,000 students. English books and teaching materials are also provided to 14 regional teaching resource centers.
Untuk maklumat lanjut,sila layari:


Kedatangan saya disambut oleh En Muniandy yang begitu ramah sekali orangnya.Melalui maklumat yang diberitahu oleh En Muniandy,negeri-negeri Pantai Timur adalah pemohon terbanyak dalam mendapatkan buku-buku yang disumbang oleh Asia Book Foundation  setiap tahun.

Kelihatan buku-buku yang diimport dari luar negara begitu banyak sekali siap sedia untuk diedarkan kepada setiap pemohon.Dikhabarkan juga,sampai ada yang bawa lori untuk mengambil buku-buku sumbangan ini pada setiap tahun.

En Muniandy juga memberitahu,bahawa Asia Book Foundation sedia untuk membantu mana-mana kolej,institusi yang memerlukan sumbangan buku samada untuk pembelajaran atau program pembacaan.Bagi saya ini satu peluang baik yang seharusnya tidak disiakan dalam usaha menerapkan budaya membaca dikalangan rakyat Malaysia.

Untuk UTeM,kami telah diberikan sebanyak 45 naskah buku yang diimport dari US.Buku-buku ini juga terdiri daripada pelbagai bidang dan subjek.

Saya ingin merakam jutaan terima kasih kepada pihak Asia Book Foundation atas segala usaha mereka dalam memartabatkan pendidikan dan pembacaan melalui program sumbangan buku sebegini.Suka juga saya mencadangkan kepada mana-mana perpustakaan,institusi yang berminat,rebutlah peluang keemasan ini.Semoga Asia Book Foundation terus maju jaya dalam usaha mereka.Insha Allah.

Alamat Pusat Penerimaan Buku

Asia Book Foundation
No 221,Level 2
Blok B2,Leissure Commerce Square
Jalan PJ5,8/9 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Alamat Ibu Pejabat

The Asia Foundation
Suite 13-05,Level 13
The Gardens South Tower
Mid-Valley City,Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur

Anda boleh berhubung dengan En Amir Shariff.




















1 comment:

Naj AB said...

Encik Zaidi,

Sangat cetek pengetahuan saya, ini kali pertama saya dengar mengenai Foundation ini. Terima kasih atas perkongsian di blog ini.

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...