Monday, December 19, 2011

AUKU





Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saya tertarik dengan isu berkenaan Akta Universiti dan Kolej atau lebih dikenali dengan singkatan AUKU.

Apakah AUKU ini?


Senang cerita ialah AUKU ini merupakan satu undang-undang atau peraturan yang dikuatkuasakan bagi melarang mahasiswa/mahasiswi daripada terlibat dengan politik luar kampus.Itulah yang difahami oleh kebanyakkan kita pada masa ini.

IPTA/S dan Kolej adalah medan menuntut ilmu.Yang mana ianya menjadi sebuah perkampungan oleh pelajar mahasiswa/wi menyambung pengajian keperingkat lebih tinggi selepas menamatkan alam persekolah.Sudah semestinya situasi dan senarionya adalah berbeza.Yelah,masing-masing dah merasakan diri mereka sudah besar dan cukup dewasa dalam segala hal,mereka bukan lagi anak kecil yang boleh diarah dan ditunjuk ajar sewenangnya.Mereka adalah MAHASISWA/WI yang terpilih,golongan bijak pandai yang layak memasuki UNIVERSITI.Bukan sebarangan orang yang layak belajar di Universiti.


Pelajar tidak matang tanpa berpolitik?

Sememangnya generasi kini berlainan dengan generasi yang terdahulu.Mereka didedahkan dengan pelbagai perkara dan maklumat  melalui pelbagai saluran (Internet,TV,Radio dll) Namun adakah mahasiswa akan hanya matang jika dapat berpolitik?Betul kata Tun M,cuma pelajar melayu sahaja yang ghairah dalam soal berpolitik ini.Mahasiswa melayu sangat teruja dengan hal-hal sebegini.Keterujaan mereka kadang-kadang melampaui semangat dan matlamat utama mereka ke Universiti iaitu Belajar bersungguh-sungguh.

Melanjutkan pengajian ke menara gading merupakan idaman bagi setiap lepasan sekolah. Pada golongan yang mampu, tidak menjadi masalah untuk menyediakan perbelanjaan anak-anak untuk menyambung pelajaran tetapi pada ibubapa yang dari kategori berpendapatan rendah, sudah pasti menjadi satu kesukaran untuk mencari sumber kewangan agar hasrat anak mereka tercapai. Jadi gunakan peluang yang ada itu sebaik-baiknya.

Bukan semua mahasiswa yang berada di IPTA/S datang daripada golongan berada.Meraka hadir dengan pelbagai latarbelakang.Malah ada yang datang daripada keluarga yang susah.Ibu bapa mereka membanting tulang di tengah panas demi mencari wang perbelanjaan untuk menampung pengajian anak-anak mereka di Universiti.Pernah satu ketika saya belajar di UiTM Machang (Diploma) dulu,saya lihat depan mata seorang ayah naik motosikal yang uzur datang memberi duit belanja kepada anaknya.Mereka bukan bekerja untuk menyara dan melihat anak mereka berdemonstrasi dan menjerit pekik dijalanraya.Adakah ibu bapa ini bangga menyaksikan anak-anak mereka bertempiaran dikejar pihak berkuasa dalam TV?Dimanakah harapan ibu bapa untuk menyaksikan mereka mencapai sesuatu yang terbaik dalam pelajaran mereka hanya kerana taksub dan gila berpolitik?

Hanya orang melayu saja yang merasakan diri mereka akan jadi MATANG dengan berpolitik.Bangsa lain akan matang jika mereka berjaya membawa Ijazah kelas Pertama untuk dipersembahkan kepada ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk mereka.



Siapakah majoriti Mahasiswa ini?

Mahasiswa majoritinya adalah orang melayu kita di IPTA…Di Kolej dan IPTS ni kebanyakkan orang bangsa lain…Orang melayu sekarang sudah makin teruk dilanda wabak perpecahan.Bila mahasiswa mula berpolitik,adakah mereka akan bersatu?Betul,lambat cepat pun mereka akan keluar ke dunia luar yang bergelumang dengan politik.Tapi perlukah di universiti?Apabila diadakan piliharaya kampus (PRK).Disitu saja kita boleh lihat bagaimana mahasiswa bercakaran sesama sendiri mempertahankan dua pihak utama iaitu Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa?Berapa peratuskah mahasiswa bumiputera melayu mendapat Ijazah Kelas Pertama?Berapa ramai yang yang berada didalam bidang-bidang kritikal seperti perubatan,jurutera,sains dal lain-lain?

Saya pun pernah jadi mahasiswa,kita sedia faham,mahasiswa golongan muda,sentiasa bersemangat tinggi..Darah muda katakan.Jangan kita sekat suara orang muda ini.Mereka pemuda pewaris agama,bangsa dan Negara.Darah muda ini jugalah sasaran utama anasir luar dalam menanamkan idealisme yang mampu mengugat kecemerlangan pembelajaran mereka.

Sebenarnya apa yang membuatkan mereka terlalu ghairah dan terangsang untuk menyertai politik?Apa tujuan sebenarnya?Adakah masa yang diperuntukkan selama 3-4 tahun di Universiti terlalu lama untuk mereka bersabar dalam mencetuskan agenda politik mereka?Perbelanjaan mahasiswa ini majoritinya masih ditanggung oleh ibu bapa penjaga.Tidak bolehkah selesaikan amanah dan penuhi harapan mereka terlebih dahulu?Habis belajar,kerja,sendiri tanggung diri sendiri..Berpolitiklah sampai tunggang langgang,sokonglah mana-mana parti yang difikirkan betul.Tiada siapa akan menghalang.


Ingatlah anak bangsaku yang cerdik pandai

…”Kita bukan asal orang senang,ayah toreh getah,mak jual ubi kayu..nok bui pitih ke mung suh belajor…mung belajor la molek-molek..jangan bior mok mu menangis tengok mung kena hambat dek polis,jangan bior ayah mung gadai motor Honda burok dia nok jamin mung kat balai polis..Belajor rajin..bawok mok ayoh masuk dewan universiti..tengok mu dapat Ijazah kelas Pertama dari Agong..Bior dia nagis kat situ…bior dia pelok cium menangis ucap tahniah kat mu atas kejayaan mu..”


No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...