Wednesday, April 3, 2013

Pembubaran Parlimen



Setelah mengadap dan diperkenankan oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong.Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah berucap secara langsung di Televisyen mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia berkuatkuasa pada Jam 11.38 pagi bertarikh 03 April 2013 bersamaan 22 J.Awal 1434 (Rabu).

Maka dengan ini mandat bagi tampuk pemerintahan Negara Malaysia akan diserahkan kembali kepada rakyat untuk menetukan siapakah pilihan mereka pada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Adakah Barisan Nasional (BN) akan kekal diberikan kepercayaan oleh rakyat sebagai pemegang tampuk teraju negara atau Pakatan Rakyat (PR) iaitu gabungan DAP, PKR dan PAS untuk mentadbir negara?

Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan pimpinan Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama barisan kabinetnya yang telah mentadbir Malaysia selama 4 tahun selepas mengambil alih teraju pemerintahan daripada Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Marilah kita menggunakan hak pemilih yang telah diberikan kepada kita dan sama-sama berdoa agar kita membuat pilihan yang tepat dan betul dalam menetukan halatuju negara untuk 5 tahun akan datang.





Senarai Perdana Menteri Malaysia






Thursday, March 21, 2013

Pemerintah dan Rakyat.




Adakah kemakmuran sesebuah negara hanya terletak 100 % diatas bahu pemerintah sahaja.Sedangkan sesebuah negara itu terdiri daripada pelbagai golongan dan semestinya terdiri dariapada golongan pemerintah dan yang diperintah iaitu merujuk kepada kerajaan dan rakyat.

Saya tertarik kepada Kisah dan makna tersirat daripada dua orang khalifah Islam Iaitu Khalifah Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Pada Zaman pemerintahan Sayyidina Ali bin Abi Talib sebagai Amirul Mukminin.Beliau telah ditanya oleh rakyat." Mengapa pada zaman pemerintahan engkau, ummah berbeza pendapat serta berbalah dalam soal engkau ( Soal pemerintahan/Khilafah)? Sedangkan mereka tidak begitu pada (zaman) Abu Bakar dan Umar Al Khattab?  Sayyidina Ali bin Abi Talib dengan tenang dan tegas menjawab. " Ini kerana Abu Bakar dan Umar memerintah orang seperti aku dan aku pula memerintah orang yang seperti kamu."

Adakah Sayyidina Ali bin Abi Talib bukan pemerintah yang bijak dan adil hanya kerana pada zamannya banyak terjadi kekacauan dan perpecahan dikalangan ummah? Tentu sekali tidak! Sayyidina Ali bin Abi Talib mengambil alih pentadbiran ketika keadaan ummah kacau bilau akibat pembunuhan Khalifah Uthman Bin Affan dan juga faktor hasutan musuh islam.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.Rakyat akan mengeluarkan zakat yang banyak kepada Perbendaharaan Negara dan ianya akan diagihkan kepada fakir miskin dan mana-mana golongan yang memerlukan. Namun wang tersebut terpaksa dikembalikan kerana tidak ditemui asnaf yang melayakkan menerima zakat.

Sememangnya Khalifah Umar bin Abdul Azizn adalah khalifah yang alim dan zuhud.Namun bukanlah hanya kerana faktor itu semata.Rakyatnya juga turut sama terkesan dan menyokong usaha membangunkan dan memakmurkan negara.

Semoga kita sama sama mengambil iktibar daripada kisah para sahabat dan pemerintah yang adil dalam usaha memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Monday, March 18, 2013

Kuliah Duha Tauhid : Tuan Guru Haji Ghazali Ahmad @ Baba Li



Kuliah Duha Tauhid
Tuan Guru Haji Ghazali Ahmad @ Baba Li

16 Mac 2013/ J.Awal 1434 (Sabtu)
Baitul Qura' Wal Fuqoha
Paya Sum, Sungai Udang, Melaka

Saya bersama isteri dan anak telah menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh Baba Li, seorang ulamak Ususluddin yang terkenal daripada Pattani. Ini merupakan kali kedua saya mengikuti kuliah beliau. Kali pertama ialah pada 19 Januari 2013 juga di lokasi yang sama. Baba Li akan datang setiap 2 bulan ke Baitul Qura' bagi menyampaikan kuliah.

Saya kongsikan apa yang telah saya catatkan sepanjang kuliah disampaikan.Sebarang kekurangan dan kesilapan dalam catatan ini adalah disebabkan kurangnya pemahaman daripada saya.Semoga Allah SWT memberkati Tuan Guru Baba Li dan seluruh umat islam.

  • MengESAkan Alla SWT adalah SATU adalah akidah Ahlul Sunnah Wal Jammaah.
  • SATU adala beerti yang PERTAMA namun tidak menafikan yang kedua dan seterusnya
  • AHAD ialah Asa (Tunggal)
  • WAHID ialah Tuhan yang satu (Tiada sepertinya)
  • Sharik ialah Sekutu
  • Tidak boleh kita menyabitkan sifat bagi Allah SWT.
  • Tidak boleh bagi Allah SWT bertempat dan beranggota
  • Allah SWT tidak menyamai sesuatu dan tidak ada sesuatu yang menyamainya.
  • Tauhid beerti menhimpunkan menjadi satu (Bahasa Arab)
  • Tauhid ialah Allah SWT itu SATU (Istilah Ulama/ wadah ilmu)
  • 3 jenis tauhid ialah salah silap faham tentang makna tuhan.
  • Illah dan Rabb ialah tuhan dalam Bahasa Arab
  • Tuhan pula dalam Bahasa Melayu.
  • Rabb beerti MALIK (Tuan sesuatu dan yang berhak terhadap sesuatu)
  • Mubbi beerti yang mengatur, yang mendidik
  • Tuhan ialah TUAN dalam sebutan Bahasa melayu yang asal dan tepat pada maknanya.
  • Tuhan pemilik sekalian alam.
  • Illah beeri yang disembah
  • Illah dan Rabb berbeza dari sebutan namun maknanya sama.
  • Ahlul Sunnah Wal Jammaah tidak membahagikan Tauhid kepada 3 bahagian.
  • Orang kafir terbahagi kepada beberapa golongan.
  • Tuhan ialah Dia lah yang memberi manafaat, mudarat, menghidupkan dan mematikan serta mengatur sesuatu.
  • Tiada sesuatu apa pun dapat melemahkan Allah SWT.
Pada penghujung kuliah dibukakan satu soalan yang berbunyi:

Apakah Perbezaan mengenal Allah  SWT diantara Ahli Tauhid dan Ahli Tasawur?

Jawaban Baba Li

Ahli Tauhid mengenal Allah SWT dalam kaedah Usuluddin

Ahli Tasawur mengenal Allh SWT secara Perasaan'/Berasa

Tasawur
*Zat dalam Zat
*Segalanya daripada Allah SWT

Ahli Tauhid tak berasa pakai baju

Ahli Tasawur berasa pakai baju.

Kuliah berakhir pada jam 12 tengahari.

Kepada tuan/puan yang ingin menyumbangkan wang bagi pembinaan pondok yang dipimpin oleh Tuan Guru Baba Li boleh klik disini http://addarain.com/babali/



Monday, February 25, 2013

Kisah Cinta



Ada rahsia terpendam di hati ‘Ali yang tak dikisahkannya pada siapapun. Fathimah Az-Zahra. Kawan karib sejak kecilnya, puteri tersayang dari Nabi S.A.W. yang adalah sepupunya itu, sungguh mempesonakannya.

Kesantunannya, ibadahnya, kecekalan kerjanya, parasnya. Lihatlah gadis itu pada suatu hari ketika ayahnya pulang dengan luka memercik darah dan kepala yang dilumur isi perut unta. Ia bersihkan hati-hati, ia seka dengan penuh cinta. Ia bakar kain perca, ia tempelkan ke luka untuk menghentikan darah ayahnya. Semuanya dilakukan dengan mata gerimis dan hati menangis. Muhammad ibn ’Abdullah Al-Amin tak layak diperlakukan demikian oleh kaumnya!

Maka gadis cilik itu bangkit. Gagah ia berjalan menuju Ka’bah. Di sana, para pemuka Quraisy yang semula saling tertawa membanggakan tindakannya pada Sang Nabi tiba-tiba dicekam diam.

Fathimah mengherdik mereka dan seolah waktu berhenti, tak memberi mulut-mulut jalang itu kesempatan untuk menjawab. Mengagumkan!

‘Ali tak tahu apakah rasa itu boleh disebut cinta. Tapi, ia memang tersentak ketika suatu hari mendengar khabar yang mengejutkan. Fathimah dilamar seorang lelaki yang paling akrab dan paling dekat kedudukannya dengan Nabi S.A.W.. Lelaki yang membela Islam dengan harta dan jiwa sejak awal-awal risalah. Lelaki yang iman dan akhlaqnya tak diragukan; Abu Bakar Ash Shiddiq, Radhiyallaahu ’Anhu.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu kata batin ’Ali. Ia merasa diuji karena merasa apalah ia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin justru karena ia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali,

namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya..Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah.

Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab bin Umair.. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali.

Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab bin Arat, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud..Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?

Dari sisi kewangan, Abu Bakar seorang saudagar, insyaallah lebih dari mampu membahagiakan Fathimah. ’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”
Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan. Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.

Beberapa waktu berlalu, ternyata Allah menumbuhkan kembali tunas harapan di hatinya yang sempat layu.

Lamaran Abu Bakar ditolak. Dan ’Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri. Ah, ujian itu rupanya belum berakhir. Setelah Abu Bakar mundur, datanglah melamar Fathimah seorang laki-laki lain yang gagah dan perkasa, seorang lelaki yang sejak masuk Islamnya membuat kaum muslimin berani tegak mengangkat muka, seorang laki-laki yang membuat syaithan berlari takut dan musuh-musuh Allah bertekuk lutut. ’Umar ibn Al Khaththab.

Ya, Al Faruq,

sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. ’Umar memang masuk Islam belakangan, sekitar 3 tahun setelah ’Ali dan Abu Bakar. Tapi siapa yang menyangsikan ketulusannya? Siapa yang menyangsikan kecerdasannya untuk mengejar pemahaman? Siapa yang menyangsikan semua pembelaan dahsyat yang hanya ’Umar dan Hamzah yang mampu memberikannya pada kaum muslimin?

Dan lebih dari itu, ’Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata,

”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar..” Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Lalu cuba bandingkan bagaimana dia berhijrah dan bagaimana ’Umar melakukannya. ’Ali menyusul Nabi dengan sembunyi-sembunyi, dalam kejaran musuh yang kecewa karena tak menemukan beliau S.A.W.. Maka ia hanya berani berjalan di waktu kelam malam. Selebihnya, di siang hari dia mencari bayang-bayang gundukan bukit pasir. Menanti dan bersembunyi. ’Umar pula telah berangkat sebelumnya. Ia thawaf tujuh kali, lalu naik ke atas Ka’bah.

”Wahai Quraisy”, katanya.
”Hari ini putera Al Khaththab akan berhijrah.
Barangsiapa yang ingin isterinya menjanda, anaknya menjadi yatim,
atau ibunya berkabung tanpa henti, silakan hadang ’Umar di balik bukit ini!”
’Umar adalah lelaki pemberani. ’Ali, sekali lagi sedar. Dinilai dari semua segi dalam pandangan orang banyak, dia pemuda yang belum siap menikah. Apalagi menikahi Fathimah binti Rasulillah! Tidak. ’Umar jauh lebih layak.
Dan ’Ali redha.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan. Itulah keberanian. Atau mempersilakan. Yang ini pengorbanan.
Maka ’Ali bingung ketika khabar itu tersiar. Lamaran ’Umar juga ditolak. Menantu macam apa kiranya yang dikehendaki Nabi? Yang seperti ’Utsman ibn Affan kah yang telah menikahi Ruqayyah binti Rasulillah? Yang seperti Abul ’Ash ibn Rabi’  kah, saudagar Quraisy itu, suami Zainab binti Rasulillah? Ah, dua menantu Rasulullah itu sungguh membuatnya hilang kepercayaan diri.

Di antara Muhajirin hanya ’Abdurrahman ibn ’Auf yang setara dengan mereka. Atau justeru Nabi ingin mengambil menantu dari Anshar untuk mengeratkan kekerabatan dengan mereka? Sa’d ibn Mu’adz kah, sang pemimpin Aus yang tampan dan elegan itu? Atau Sa’d ibn ’Ubadah, pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?
”Mengapa bukan engkau yang mencuba kawan?”,
kalimat teman-teman kaum Ansharnya itu membangunkan lamunan. "Mengapa engkau tak mencuba melamar Fathimah? Aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu Baginda Nabi..”

”Aku?”, tanyanya tak yakin.
”Ya. Engkau wahai saudaraku!”
”Aku hanya pemuda miskin. Apa yang boleh ku tawarkan?”
”Kami di belakangmu, kawan! Semoga Allah menolongmu!”
’Ali pun menghadap Nabi S.A.W..

Maka dengan memberanikan diri, disampaikannya keinginannya untuk menikahi Fathimah.Ya, menikahi. Ia tahu, secara ekonomi tak ada yang menjanjikan pada dirinya. Hanya ada satu set baju besi di sana ditambah persediaan tepung kasar untuk makannya. Tapi meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersiap-siap? Itu memalukan! Meminta Fathimah menantikannya di batas waktu hingga ia siap? Itu sangat tidak matang. Usianya telah dua puluhan sekarang.

”Engkau pemuda sejati wahai ’Ali!”, begitu nuraninya mengingatkan. Pemuda yang siap bertanggungjawab atas rasa cintanya. Pemuda yang siap memikul risiko atas pilihan-pilihannya. Pemuda yang yakin bahwa Allah Maha Kaya.

Lamarannya berjawab, ”Ahlan wa sahlan!”

Kata itu meluncur tenang bersama senyum  Nabi S.A.W.. Dan ia pun bingung. Apa maksudnya?
Ucapan selamat datang itu sulit untuk dikatakan sebagai isyarat penerimaan atau penolakan. Ah, mungkin Nabi pun bingung untuk menjawab. Mungkin tidak sekarang. Tapi ia siap ditolak. Itu risiko. Dan kejelasan jauh lebih ringan daripada menanggung beban tanya yang tak kunjung berjawab. Apalagi menyimpannya dalam hati sebagai bahtera tanpa pelabuhan.

Ah, itu menyakitkan.

”Bagaimana jawab Nabi kawan? Bagaimana lamaranmu?”
”Entahlah..”
”Apa maksudmu?”
”Menurut kalian apakah ’Ahlan wa Sahlan’ berarti sebuah jawaban!”
”Dasar kamu tidak mengerti, kata mereka,

”Eh, maaf kawan.. Maksud kami satu saja sudah cukup dan kau mendapatkan dua! Ahlan saja sudah berarti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan Ahlan wa Sahlan kawan! Dua-duanya berarti ya!” Dan ’Ali pun menikahi Fathimah. Dengan menggadaikan baju besinya. Dengan rumah kediaman yang ingin disumbangkan kawan-kawannya tapi Nabi berkeras agar ia membayarnya. Itu hutang. Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakar, ’Umar, dan Fathimah. Dengan keberanian untuk menikah. Sekarang. Bukan janji-janji dan nanti-nanti. ’Ali adalah lelaki gentleman sejati.

Tidak hairan kalau pemuda Arab memiliki pepatah, “Laa fatan illa ‘Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali!”

Inilah jalan cinta para pejuang.

Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Putri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa suatu hari (setelah mereka menikah) Fathimah berkata kepada ‘Ali,

“Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”

‘Ali terkejut dan berkata, “kalau begitu mengapa engkau mahu menikah denganku?
dan Siapakah pemuda itu”

Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

Kemudian Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla memerintahkan aku untuk menikahkan Fatimah puteri Khadijah dengan Ali bin Abi Thalib, maka saksikanlah sesungguhnya aku telah menikahkannya dengan maskawin empat ratus Fidhdhah (dalam nilai perak), dan Ali ridha (menerima) mahar tersebut.”
Kemudian Rasulullah saw. mendoakan keduanya:
“Semoga Allah mengumpulkan kesempurnaan kalian berdua, membahagiakan kesungguhan kalian berdua, memberkahi kalian berdua, dan mengeluarkan dari kalian berdua kebajikan yang banyak.” (kitab Ar-Riyadh An-Nadhrah 2:183, bab 4).



Thursday, February 14, 2013

Hari Lahir Haaris yang Pertama.


Hari ini adalah Sambutan Hari Lahir putera saya iaitu Muhammad Haaris Zafran Bin Zaidi.Lahir pada 14 Februari 2012 / 21 R.Awal 1433 jam 3.12 petang.Syukur pada Allah SWT atas kurniaanNYA ini.Ketika lahir berat Haaris ialah 2.95 Kg. Kini 8.8 kg dan tinggi pula 73 cm.


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latiff
Kurniakanlah anakku Muhammad Haaris Zafran kebaikan di dunia dan kebaikkan di akhirat.Peliharalah dirinya daripada fitnah dunia, fitnah Dajjal, seksa kubur dan seksa azab neraka.Jadikanlah dirinya manusia yang mencintai & merindui kekasihMU Rasulullah SAW.
Amin Ya Rabbalalamin.









Muhammad Haaris Zafran.










Wednesday, February 6, 2013

Tarian Tiang di Perpustakaan






Wednesday, February 6, 2013
Perpustakaan buka kelas tarian tiang sebagai usaha menarik pengunjung

Sebuah perpustakaan di bandar Midhlotian, Scotland menemui idea kreatif agar dapat menarik minat orang ramai untuk datang iaitu mereka membuka kelas tarian tiang percuma bagi para pengunjung perpustakaan.

Ide tersebut terbukti berhasil menarik minat orang ramai untuk datang ke perpustakaan. Pihak perpustakaan mengatakan ramai yang datang ke perpustakaan untuk menyertai kelas yang mengajarkan tarian tiang itu.

“Kelas tersebut berlangsung sangat menyenangkan dan juga berhasil menarik orang ramai untuk berkunjung ke perpustakaan kami. Pengunjuing datang bukan hanya untuk belajar menari namun juga untuk meminjam buku,” ujar seorang pegawai bandar, Bob Constable, seperti dilapor STV, Selasa (5/2/2013).

Walaupun lebih dikenali sebagai jenis tarian erotik, tarian tiang juga mulai dikembangkan sebagai salah satu bentuk senaman. Mempelajari tarian tersebut pun sudah tidak terlalu dianggap sebagai hal yang tabu.

Pada tahun 2010, Universiti Cambridge membuka kelas tarian tiang untuk para mahasiswinya. Bahkan di kanada ada studio yang membuka kelas tarian tiang untuk kanak-kanak.

Selain membuka kelas tarian erotik, perpustakaan di Midhlotian juga mencuba idea-idea kreatif lainnya untuk menarik pengunjung. Salah satunya mengadakan perlawanan ping pong dengan menggunakan buku sebagai raketnya.- okezone.com

QT: Mungkin pustakawan UTeM berminat untuk mencuba...:)

Monday, February 4, 2013

My Unit : Unit Koleksi UTeM, Hadiah dan Pertukaran 2013




Unit Koleksi UTeM, Hadiah & Pertukaran (2013)

Bahagian Perolehan,Perpustakaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)




OBJEKTIF
UNIT KOLKESI UTeM, HADIAH & PERTUKARAN

Unit Koleksi UTeM Hadiah dan Pertukaran merupakan unit yang turut sama menyumbang kepada pembangunan koleksi perpustakaan. Menjalankan dua aktiviti utama iaitu memperolehi bahan daripada organisasi luar secara hadiah dan pertukaran serta mengumpul koleksi bahan yang dihasilkan oleh universiti sendiri.

Sehubungan dengan itu, Unit Koleksi UTeM Hadiah menetapkan beberapa objektif yang perlu dicapai seperti berikut :

  • Mengenalpasti dan memperolehi semua jenis koleksi UTeM yang terdiri daripada semua jenis bahan yang telah dihasilkan oleh warga universiti.

  • Mengenalpasti dan memperolehi bahan yang bersesuaian untuk dijadikan koleksi perpustakaan daripada organisasi luar universiti seperti badan kerajaan, swasta, NGO, dan korporat.

  •  Membuat pertukaran bahan penerbitan UTeM dengan perpustakaan dari IPTA / IPTS yang terpilih untuk menyokong usaha perkongsian maklumat.

  • Memastikan pembangunan koleksi perpustakaan secara menyeluruh di samping memastikan pemilihan dan penyediaan bahan lebih efektif dan memenuhi keperluan pengguna di perpustakaan UTeM. 

Wednesday, January 9, 2013

Polimik Kalimah Allah SWT


Apakah jawaban anda kepada anak dan generasi akan datang nanti?

Saya ingin bertanya, Apa pandangan dan komen anda jika bukan Islam melakar tatoo Kalimah Allah di kaki, di pusat atau di punggung?

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. Al Baqarah 120.


Nabi bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal sejengkal dan sehasta sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak.” Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Yahudi dan Nasara, siapa lagi.” (Riwayat Muslim)

Monday, January 7, 2013

Kematian,Kehidupan dan Seekor Burung


Ketika sedang menjamu selera makan tengahari di kafe pelajar.Saya terperasan seekor burung berada di celahan pintu masuk.Itupun setelah diberitahu oleh rakan setugas yang mula-mula nampak.Setelah mendekati,saya lihat burung itu masih hidup lagi,namun dia tidak mampu bangun.Hanya kaki dan sayapnya yang terkuis kuis lemah.Kakak penjual burger yang ada disitu memberitahu yang burung tersebu memang sudah sakit dan nazak.Kelihatan sekumpulan semut menghurungi burung itu.Entah macam mana mata saya dan mata burung itu bertentangan.walaupun seketika.Perasaan saya terasa begitu syahdu.Seolah burung tersebut berkata "Inilah hakikat kehidupan di dunia.Setiap yang hidup pasti merasai maut.Hari ini masa untuk diriku telah sampai.Masa kamu juga akan tiba nanti."


Allah Subhanahu Wa Ta'aala berfirman:
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati, Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu di kembalikan”
(QS. Al-Ambiyaa' : 35)

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati-pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh”
(QS. An-Nisa : 78)

Dari Abu Hurairah radiyallahu 'anhu, ia berkata bahwa Rasulallah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Banyak-banyak-lah kalian mengingat kejadian yang akan menghancurkan segala kelezatan yaitu Maut (kematian).”
(HR At-Tirmizi & Ibnu Majah)

Mendidik Anak




Untuk dijadikan renungan dan pengajaran bersama

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Wednesday, January 2, 2013

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...