Tuesday, June 17, 2014

Ireland Negara paling Islamik di dunia


Bila seorang Profesor daripada Amerika Syarikat kelahiran Iran membuat rumusan bahawa Negara Ireland adalah negara paling islamik di dunia maka meroyanlah umat islam di Malaysia.Profesor yang dimaksudkan itu ialah Prof Hossein Askari.Ini adalah antara hasil kajian beliau.

 Menakjubkan bukan?

Amerika Syarikat dan Israel yang paling rajin menyembelih leher umat islam lebih islamik daripada negara negara islam seperti yemen, Malaysia, Brunei malah Arab Saudi? Sungguh dan amat memeranjatkan.

Jadi, wajib ke kita percaya 100% dan hempas kepala ke dinding serta meroyan sakan hanya kerna apa yang dikatan oleh Prof ini.

 “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Hossein Askari ni siapa? Orang mana? Bagaimana latar belakang dan pegangan agama dia?

Saudaraku...

Hossein Askari ini lahir di IRAN. Iran anutan mereka apa? SYIAH!
Latarbelakang pendidikan dia Ekonomi dan dia ni balaci USA.

Jangan le kita cepat sangat melatah dalam hal sebegini.


  • Hossein Askari, seorang Profesor dari Universiti George Washington di Amerika Syarikat merupakan salah satu daripada dua penulis indeks Islamicity bersama-sama dengan Scheherazade S. Rehman, memberitahu bahawa kesemua negara dinilai melalui bagaimana mereka menggunakan pengajaran dari Al-Quran ke dalam kehidupan masyarakat.
Celah mana Ireland menggunakan pengajaran daripada Al Quran? Mereka malah menidakkan keesaan Allah SWT. Itu pun boleh dinobatkan sebagai negara Paling Islamik?



Thursday, May 29, 2014

Ibu dan Ayah


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]






Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “IBU kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “IBU kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “IBU kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”


Baginda menjawab: “AYAH kamu.”






Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat



Friday, April 11, 2014

Suami Isteri Satu Pejabat

Assalamualaikum





Suami isteri satu pejabat. Apa pandangan anda dalam isu ini? Semestinya setiap perkara itu ada pro dan contranya. Jadi kali ini saya nak cuba beri pandangan berkenaan hal ini. Sama banyak ke arah pro atau lebih cenderung ke arah contra.Kita semua ada alasan masing masing.


PRO

Boleh Jimat Belanja

Perjalanan ke pejabat satu hala,secara tak langsung akan dapat menjimatkan kos petrol.Ini salah satu untungnya bila sepejabat.Dengan faktor kos hidup dan minyak yang semakin meningkat.Perkara ini secara tak langsung akan memberikan keuntungan dan faedah kepada pasangan suami isteri tersebut.

Boleh plan jadual tugas & kerja

Sebab satu pejabat, maka urusan kerja boleh dirancang dengan baik.Samada dalam isu nak cuti atau bebanan kerja.Kalau ada kena pergi kursus, maka dah tau awal dan boleh buat perancangan. Boleh juga saling nasihat menasihati jika nampak pasangan terlalu leka.

Gaji Naik

Kalau ada kenaikkan gaji maka keduanya akan menerima imbuhan dalam masa yang sama.

Masa bersama lebih banyak

Masa yang ada dapat dimanafaatkan untuk mengukuhkan lagi hubungan antara suami isteri terutama apabila salah seorang mempunya tempaT untuk berkongsi masalah dan perasaan dimana pasangannya juga melihat dan memahami apa yang terjadi. Ianya juga boleh meningkatkan motivasi antara pasangan.

CONTRA

Kes Emergency/Cuti : Keduanya missing.

Jika pasangan ada emergency, kebiasaannya keduanya akan cuti.Bukan saja emergency, tapi jika berkaitan dengan nikah kawen saudara mara. Dan jik ambil cuti maka kedunya biasanya juga akan ambil cuti. Bayangkan jika keduanya ambil cuti 1 minggu. Organisasi akan missing 2 pekerja.

Conflict of Interest

Kerja satu pejabat, different level.Secara tak langsung akan wujudkan conflict of interest.Imposibble manusia boleh act profesional sepanjang masa. Imagine kalau suami bos dan kena keluar memo untuk warning/complain isteri pasal kerja.haru.(vice versa).

Jika pasangan ada conflict dengan rakan pasangan mereka.Hmmm...atau sesama mereka. tentu rumit juga kan.

Sikap setengah individu mungkin berbeza ketika di rumah dan berlainan ketika di pejabat.Dapt ke pasangan menerima keadaan ini?

Organisasi bankrupt

Risiko bankrupt ni mungkin lebih kepada swasta.Jadi jika suami isteri kerja satu company.Maka risiko kehilangan sumber pendapatan amatlah tinggi.Tapi dalam kerajaan pun mungkin juga (luar negara).


Ini adalah sedikit pandangan daripada saya.Tapi bagi mereka yang alami sendiri semestinya anda punya cara sendiri yang terbaik dalam menjalani kehidupan berumahtangga dan kehidupan di pejabat. Bagi saya sebenarnya saya agak kurang selesa.itu saja.













Monday, April 7, 2014

NewBorn: Muhammad Eimran Iskandar

Assalamualaikum



Tarikh              : 21 Mac 2014 bersamaan 19 J'Awal 1435 ( Jumaat)
Masa               : 6:34 petang    
Tempat            : Kamar Bersalin 2,Hospital Melaka

Pada ketetapan itu alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. lahirlah putera kedua kami yang dinamakan Muhammad Eimran Iskandar Bin Zaidi.

Saya masih diberikan peluang untuk menemani puan isteri ke kamar bersalin.Menyaksikan sekali lagi perih jerih pengorbanan seorang isteri dan ibu berjuang melahirkan seorang insan ke muka bumi ini.Namun untuk kali kedua ini isteri lebih tenang.

Eimran dilahirkan dengan berat 3.35 kg.Lebih berat dan besar berbanding abang dia  Harris 2.95kg. Alhamdulillah juga semua staf yang terlibat dalam kelahiran Eimran adalah staf wanita (kecuali saya).Allah SWT memakbulkan doaku agar aurat puan isteri terpelihara.

Sebaik sahaja Eimran lahir,dia dibersihkan dan pada masa itu juga saya disuruh untuk ambil wudhuk sebelum menazan dan iqamahkan Eimran. Jururawat menunjukkan arah kiblat dan menyerahkan baby pada saya.Alhamdulillah.

Puan isteri bermalam di hospital bersama baby


Esok petang puan isteri dibenarkan pulang.Sebelum check out, nurse memberikan beberapa taklimat berkenaan cara penjagaan bayi.Penerangan yang diberikan sangat jelas dan bermanafaat.Sebelum keluar, pengawal pemeriksaan turut memriksa bayi.Ini adalah antara prosecur yang pertama kali saya lalui.Di hospital swasta tidak pula demikian.Inilah buktinya ketelitian Hospital dalam memastikan segalanya selamat dan baik.Kes kehilangan, kecurian dan pertukaran bayi bukanlah sesuatu yang asing.Tahniah kepada para pengawal Hospital Melaka wad bersalin.



Kos bagi keseluruhan rawatan bersalin isteri saya ialah:



Terima kasih & Syukur  atas bantuan Allah SWT dalam memudahkan segala urusan kelahiran ini.

Thursday, March 13, 2014

Tragedi MH370






Satu Negara telah sedia maklum berkenaan tragedi pesawat MH370 yang HILANG semenjak 1.40 pagi Sabtu Mac 2014.

Diberitakan bahawa pesawat MH370 membawa 239 orang iaitu krew 12 orang dan penumpang 227 orang.

Berlepas daripada KLIA pada jam 12.40 pagi dan dijangka tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi waktu Malaysia.

Terdapat pelbagai spekulasi menyelubungi kehilangan pesawat ini. Terutama kerana ianya terputus hubungan secara total tanpa sebarang amaran.Sehingga kini pesawat tersebut masih diklasifikasikan HILANG.

Mengapa diklasifikasikan hilang kerana selagi bangkai pesawat tidak ditemui, ianya tidak boleh dikategorikan sebagai terhempas.

Pelbagai teori dikaitkan dengan kehilangan pesawat ini.
  1. Serangan Pengganas
  2. Kegagalan teknikal pesawat
  3. Konspirasi peringkat antarabangsa
  4. Konspirasi Illuminati
  5. Konspirasi Politik
  6. Disorok oleh jin atau dihijab daripada pandangan mata kasar
  7. Memasuki dimensi yang lain.
Semua aspek dan kemungkinan diambil kira atas tujuan utama iaitu menjumpai pesawat tersebut dan mengetahui punca sebenar kehilangan pesawat MH370.

Negara yang mana terdapat rakyat mereka didalam pesawat tersebut turut memberikan bantuan dalam hal ini.

Negara jiran Malaysia turut memberikan kerjasama yang baik dalam membantu mengesan pesawat ini.

Pihak media melaporkan pelbagai jenis berita.begitu juga dengan wartawan dan penyiasat persendirian.

Bomoh juga terlibat.

YANG PASTI

Apa yang pasti tentang perkara ini ialah. Pesawat MH370 tidak mungkin masih terbang kerana bekalan minyak yang ada telah lama habis mengikut perkiraan daripada tarikh berlepas.

Marilah kita sama sama berdoa agar segala urusan berkaitan MH370 dipermudahkan dan penumpang dan krew berada dalam baik dan selamat.


Wednesday, February 12, 2014

Persoalan Nama


Disunatkan memberi nama-nama yang elok dan baik kerana Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya kamu sekelian akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu." (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)

Entry kali ini saya ingin membicarakan berkenaan nama. Dewasa ini pelbagai jenis dan gaya nama untuk cahaya mata yang baru lahir. Ada yang memang sedap sebutannya, ada yang pelik dan tergeliat lidah menyebut bunyinya, ada yang terlalu canggih ejaannya dan pelbagai lagi.

Nama yang sebaiknya adalah nama yang mempunyai maksud yang baik kerna panggilan nama itu sendiri adalah doa. Ada satu istilah dalam masyarakat melayu islam Malaysia ini iaitu nama islam. Jom kita bicarakan.

  • Apa yang dimaksudkan dengan nama Islam? Adakah ia nama di dalam Bahasa Arab, Bahasa Melayu ataupun nama yang mempunyai makna yang baik?

  • Jika sesuatu nama itu tiada makna dalam Bahasa Arab bagaimana? Bagaimana dengan individu yang bernama JAMAL yang mana maksudnya dalam bahasa arab ialah Unta (haiwan)?

  • Adakah ejaan akan mengubah makna sesuatu nama terutama yang melibatkan makna dalam bahasa arab? Cth: Jika ingin meletakkan nama Ummul Mukminin Sayyiditina Aisyah (ra) isteri kepada Rasulullah SAW. Bagaimana ejaan yang sebetulnya? Adakah Aisyah, Aishah, Ayeesha?

  • Salah ke jika memberikan nama anak seperti Aaron & Noah ( ianya merujuk kepada nama Nabi iaitu Harun (as)  Nuh (as). Nabi agama Allah SWT) yang mana kononnya ianya berasal daripada bahawa hebrew. Bagaimana pula dengan nama Danial yang mana nama itu disandarkan kepada Nabi Danial (as) yang mana asal nama adalah dalam bahasa ibrani?
  • Adakah orang islam yang ada di Russia, French, Britain, Jepun, Indonesia, Jawa dll negara yang mempunyai nama mengikut bahasa negara mereka itu salah? (Mezut Ozil, Selamat, Awang, Parjo dll)

Pandangan saya:

Sebenarnya letaklah nama dalam bahasa apa sekali pon xpe asalkan maksudnya baik.Orang Melayu je yang selalu fikir bukan2. Asal nama takde makna dalam bahasa arab atau dalam bahasa lain je kapir dan kurang islamik. Sedangkan Cina Muslim yang tak tukar nama pun takda masalah asalkan dalam maknanya baik dan tidak mendatangkan cercaaan yang menimbulkan fitnah terhadap empunya nama dan masyarakat. Siap boleh buat kombinasi nama cina + arab (cth:Abdul Rahman lee ming chun). Nama arab ini adalah satu pilihan bagi mereka yang ingin mempunyai nama berbahasa arab yang baik dan bukan satu kemestian. 

Islam itu luas.Sebarang pandangan dan teguran sangat dialukan.
wallahualam.


Tuesday, January 21, 2014

Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian buruk padahnya.


Apabila kita ada lebih daripada apa yang kita perlukan, maka sedikit sahaja kekurangan akan terasa begitu azab bagi kita

Dewasa ini kita merasa sedih apabila mengatakan atau menasihati sahabat dan rakan bahawa kita seharusnya memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga atas nikmat kurniaan Allah SWT pada diri dan negara. Maka dengan segera kita dilibas dan dilabel sebagai MACAI PARTI POLITIK.

Begitulah jadinya apabila berhadapan dengan mereka yang segalanya adalah politik. Berpolitik sampai hilang adab, hilang bahasa, hilang santun, hilang hormat malah hilang ukkwah.

Tidakkah kita bersyukur pada hari ini, pada masa ini, pada detik ini bahawa kita masih lagi hidup dan beragama islam. Apakah nikmat yang lebih besar selain islam? kita masih mampu menyara hidup dan keluarga.Masih terjaga keselamatan daripada penjajahan kuasa asing.

Adakah maksud daripada kenyataan diatas saya setuju dengan segala apa yang terjadi dalam negara kita sekarang.Tentulah tidak. Kenaikkan harga barang, jenayah, kemalangan, korupsi dan pelbagai lagi. itu semua diakui. Namun janganlah jadikan ianya satu punca untuk kita memecahkan belahkan keutuhan yang terjalin selama ini. Jangan sebab tercekik tulang, kita minum racun.Jangan marahkan nyamuk, habis rumah terbakar.

Membina sesebuah negara adalah lebih sukar daripada meruntuhkannya. Tentu saja perbezaan akan terus ada hingga kiamat.Ketahuilah...Umat islam teruk diasak dari segenap sudut pada masa kini.Baik dari akidah, jatidiri, moral, kesultanan, kebangsaan dan tanahair. Musuh musuh umpama serigala lapar yang hanya menunggu masa untuk menjajah jarah tanah melayu ini. Buka mata dan buka minda serta lihatlah daripada perspektif yang lebih luas.


Musuh menaburkan racun fitnah agar masyarkat berpecah dan berantakan sesama sendiri
"Let them kill themselves quietly"


Thursday, December 12, 2013

Banjir 2013

Assalamualaikum

Sebagaimana yang terjadi, Kawasan Pantai Timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan) telah dilanda banjir.
Bandar Kuantan (Ibu negeri Pahang) telah lumpuh sepenuhnya.

Pada 3 Disember, saya terima panggilan daripada adik lelaki saya memaklumkan bahawa paras air semakin meningkat dan telah mencecah dalam dapur rumah. Emak saya juga telah berpindah ke pusat pemindahan banjir.Jadi saya telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung (Kuala Rompin,Pahang) untuk melihat sendiri keadaan.

Taman perumahan Puteri Jaya,Sg Puteri, Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur.










Memang banjir kali ini agak teruk berbanding tahun yang sudah.Paling akhir saya ingat banjir besar ialah ketika tahun 1997 pada waktu saya tingkatan 3. Gambar yang saya ambil ini adalah pada ketika air dah surut.

Melawat emak yang berada di pusat pemindahan banjir (SK Sg Puteri) dan melihat sendiri situasi yang dihadapi oleh mangsa banjir. Terdapat rungutan daripada mangsa banjir pada hari pertama mereka disitu kerana katerer yang bertanggungjawab memasak makanan menyediakan nasi mentah untuk mereka.Begitu juga dengan sarapan pagi yang dibuat secara tak acuh. Selepas mendapat komplen barulah tindakan diambil.

Emak saya menceritakan bahawa bantuan yang diberikan memang banyak namun mungkin masa yang agak tidak sesuai.Namun dia mengatakan semuanya ok dan alhamdulillah.Biasalah masa musibah tiba.Kita kena banyak bersabar dan tidak ikut emosi.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu mangsa banjir.Situasi yang terjadi adalah diluar kawalan kita dan merupakan ujian Allah SWT keatas hambaNYA.



Monday, December 9, 2013

Beli Bean Bag

Assalamualaikum

Memang dah lama berhajat nak dapatkan Bean Bag ni.Kebetulan balik daripada menghadiri Majlis Perkahwinan antara Faiz dan Shima lalu kat MITC.Perasan ada Home Deco Fair.Tergerak hati nak singgah jap. Masuk je perasan ada booTH jual bean bag.Wahhhh...ini macam kena sambar ni.Walaupun poket dah kritikal.

Tanya salesmen dia bagitau ada 3 jenis. beza kat material dia.Yang paling bagus material dia leather.Coz senang cuci dan tak panas. Kebetulan masa tu ada offer dan satu stOOL (betul ke eja?). Puan isteri tanya ada yang kaler merah.Tapi takda.Yang cun kaler Hijau, Kuning and Oren.Lastly kami pilih ean kaler biru (Donut-Casa Letaher) dan kuning.Siap ada warranty 6 bulan.

Memang ada banyak jenama bean bag ni. Yang kami beli ni brand BigBean (https://www.facebook.com/BigBeanMalaysia)

















Thursday, November 14, 2013

Ungkapan untuk isteri


Isteriku….
Aku tak pernah tahu jarak umur dan ajal kita
Tapi yang kutahu selalu
Aku ingin selalu disini
Bersamamu
Menjadi suamimu
Dan engkau adalah isteriku satu-satunya
Tak tergantikan
Hingga jannah tempat kita berkumpul lagi
Bersama anak-anak kita….
Maka ditengah laut kehidupan ini
Disaat tubuh bergoncang karena gelombang
Maka yang ada dimataku
Hanya burung Camar yang terbang
Sambil bertasbih…..

Monday, November 11, 2013

Teratak Kami (Awning)

Assalamualaikum..


Menjelang November maka musim tengkujuh pun bermula. Hujan turun mencurah curah membasahi bumi dan juga setiap kediaman dibawahnya. Teratak kami juga tidak terkecuali. Semestinya isteri tersayang akan menghadapi sedikit kesukaran dalam urusan cuci mencuci baju terutama bab mengering. Ditambah dengan kedudukan mesin basuh yang tidak dilindungi oleh atap. Saban hari berhuajn panas. Tindakan segera perlu diambil.

Sebenarnya memang dah lama kami nak pasang awning. Namun disebabkan kesuntukkan masa dan semestinya Bajet yang tak berapa nak ada (Gaji awal...). 2 Minggu lepas tengok jiran sebelah rumah pasang awning dibahagian belakang (dapur). So saya cubala tanya dia berapa kos dan no contact. Diberitahu kosnya adalah bawah RM1K. Boleh tahan juga murahnya. Kontraktor cina sebelum ni mintak RM1.8K untuk pasang awning.

Call Mr Awning (En Awe) Orang kelantan, suruh dia datang ukur, deal harga. Jadi.Kami ambik awning metal je, tak pakai la yang mahal macam polycarbonate tu.Tak kisahlah bising skit pun bila hujan.Siapa nak duduk kat luar rumah dengar bunyi hujan.Baik dok dalam rumah kan?

Sabtu 9 November 2013 awning dipasang. Inilah antara prosesnya.

Mula jam 11 pagi..Selesai Jam 730 Malam.













Bila dah pasang awning, air hujan dah tak jatuh dalam longkang macam yang asal. Maka masalah yang dihadapi kini ialah air bertakung pulak. Jiran sebelah dah kena awal awal. Siap order pulak batu bata untuk buat lantai. Next step ialah pasang pengalir air pulak. Hal rumah ni takde yang murah..semua ribu riban punya.

Sebarang pertanyaan berapa sekaki sila hubungi En Awe.:)


UPDATE 2 OKTOBER 2014

NO CONTACT UNTUK AWNING IALAH :0139743536 (AWE)



PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...