Thursday, August 30, 2012

Lagu Teman Pengganti

Teman Pengganti adalah lagu terbaru daripada Malique ( Too Phat, anak ayam dll..still ingat kan?).Kali ini Malique (feat) menampilkan Black (Aku cinta aku rindu). Lagu ni kerap dimainkan oleh staf di bahagian Perolehan. Sekali dua kali dengar terus tangkap jiwa. Sebenarnya saya secara diam amat mengagumi Malique bermula dengan lagu "Mantera Beradu" feat Sifu M. Nasir kemudian lagu " Aku Maafkan Kamu" feat King of Pop Malaysia Jamal Abdillah.



Ketika dunia nyanyian hanyut dengan fenomena  KPOP (Korea Selatan), masih ada anak muda yang jika diperhatikan pada awal penampilan di dunia seni melalui kumpulan rap Too Phat dengan imej Hip Hop yang sangat bercirikan kebaratan bisa menghasilkan lirik - lirik yang sangat puitis dan mendalam maksudnya.

Untuk lagu "Teman Pengganti" ini boleh saya tafsirkan lagu mengenai apa yang ingin dinyatakan oleh seorang suami kepada isteri. Kemungkinan sang suami menderitai sesuatu penyakit yang kritikal serta tidak punya masa yang lama untuk bersama isterinya.

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka




Sang suami mendapat petanda melalui mimpi (mimpi bukan sekadar permainan tidur). Bermimpi si isteri bahagia bersama pengganti dirinya apabila dia sudah pergi. Dan sang suami redha dengan ketentuan Ilahi.

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah.



Beberapa purnama (purnama ialah bulan dalam sastera) lalu baru dinikahkan, saling membina impian indah bersama.Namun ada sesuatu yang disembunyikan.Walau pun suami tahu lambat laun ianya pasti merubah segalanya.

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Dalam kehidupan dunia yang serba kepalsuan,mana  mungkin insan tidak akan terkena tempias walau sekuat mana pun tekad.Namun dengan keimanan yang jitu tidak akn sesekali terbias dan terkilas.

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna




Suami memuji ketaatan dan kepatuhan isterinya yang sentiasa sabar mendengar dan hadir pada bila masa kehadirannya diperlukan disamping suami. Di pagi Syawal terakhir ini suasana dirasakan janggal sekali.

Bahagian 70000 Hijab harus disingkat ini berkisar pada ilmu ketuhanan. Dimana 70000 hijab ini merangkumi peringkat alam dan nafsu yang ada.Pengajian Tassawur pasti dapat membantu anda memahami erti hijab ini.Isteri adalah istimewa namun "DIA" adalah sempurna. Implicit kan lirik ini:)

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri.




Menceritakan bagaimana pencarian erti sebenar kewujudan diri di alam ini. Bagimana dugaan dan cabaran dalam persekitaran yang penuh kepuraan (fana). Roh yang terperangkap didalam jasad menjadi keliru dan terlupa dengan perjanjian yang dilafazkan sebelum dihantar ke alam dunia. Rusuk kiri yang mengalami komplikasi juga mungkin merujuk kepada jantung. Kemungkinan suami menderita penyakit jantung..mungkin.
Atau penyakit hati (Cinta Dunia)

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti



Jangan bersedih dengan perpisahan ini, kerana mati itu pasti bagi setiap yang bernyawa. Setiap yang pergi pasti akan berganti, apa saja yang dipinjam mesti dipulangkan.Hanya cinta padaNYA yang kekal abadi.Segala persiapan dan bekalan telah disediakan. Cincin, dompet dan wang untuk perbelanjaan menguruskan dirinya apabila tiada nanti.Namun saya rasa ini satu sindirian juga,sebab orang sekarang akan bercerita soal pusaka bila meninggalnya seseorang..

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Yang hidup akan mati dan akan kembali menemui pemilik sebenar dirinya iaitu Sang Pencipta agung.Bagaimana dengan kita?

Sudahkan anda bersedia untuk mati?Meninggalkan segala kenikmatan dunia.













Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433

Di Aidilfitri ini
kesempatan terbaik sekali
untuk saling melupakan
semua perselisihan persengketaan
untuk saling memaafkan
segala kesilapan kesalahan

Di Aidilfitri ini
biar berlainan visi berbeda misi
mari bersatu kembali
kita cantumkan yang berselerakan
kita tampal yang koyak
kita pateri yang retak
kita baiki yang rosak
kita luruskan yang serong
kita tegakkan yang condong

Di Aidilfitri ini
semoga tidak lagi
kita bertengkar dan berkelahi
bermasam muka dan berkecil hati
bercakaran sesama sendiri

Di Aidilfitri ini 
semoga hari-hari yang bakal dilalui
disirami kemesraan mewangi
disinari ukhuwah sejati
dilimpahi rahmat Ilahi.



Salam Aidifitri keluarga

Salam Aidifitri Unit


Salam Aidifitri Bahagian Perolehan





Monday, August 13, 2012

Haaris Walker

Semalam ke Twins Baby Store kat Cheng, belikan "Walker" untuk Haaris.Mama Haaris kata kena beli malam ni jugak.So pergi la kami.Twins Baby Store ni pun takdela jauh sangat,lebih kurang dalam 5Km je dari pada rumah.

Memang banyak jugalah pilihan yang ada di Twins Baby ni berbanding kedai yang lain kat area sekitar Ayer Kroh ni.Layanan jurujual  kat sini pun agak mesra pelanggan serta tahu tentang info barangan serta produk dalam kedai mereka.

Ni dia Kedai Twins Baby kat Cheng,Melaka






Selepas buat pemilihan,kami setuju untuk amik walker color orange brand Disney.Harga pulak takde diskaun(brand ni je yang xde),tapi sebab dah berkenan dan nampak Haaris pun macam like je.Proceed.





Haaris kelihatan sangat kacak bersama Walker barunya.




Thursday, August 9, 2012

Sumbangan Buku "Book For Asia 2012"

Hari ini (9 Ogos 2012) saya, En Arman, Cik Hasliza, Muat dan Halim ke Asia Book Foundation di Leissure Mall Square, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan untuk menerima sumbangan buku.Ini merupakan kali kedua saya ke sana.Delegasi kami bertolak daripada Perpustakaan UTeM pada jam 8.30 pagi dan tiba sekitar jam 10.40 pagi.Ketibaan kami di sambut oleh En Muniandy yang ramah seperti kali pertama kami bertemu.

Untuk tahun 2012, sumbangan yang kami terima meningkat berbanding tahun 2011 iaitu sebanyak 118 naskah buku, 136 naskah bacaan ringan dan 20 CD.Selepas selesai semua urusan pemilihan buku,kami bertolak pulang sekitar jam 11.45 pagi.Terima Kasih diucapkan kepada Asia Book Foundation.

Maklumat lanjut mengenai Asia Book Foundation sila layari:http://asiafoundation.org/program/overview/books-for-asia-in-malaysia














































Tuesday, August 7, 2012

Cara "Remove" Garis Masa di FB



Saya memang tak suka dengan konsep Interface Garis Masa "Timeline" yang diperkenalkan oleh Facebook.Kurang selesa dan kurang mahir  dengan penggunaan garis masa.Namun ramai juga yang dah gunakan interface ini.Terpulang pada citarasa masing-masing.



Sering kali terjadi apabila kita daftar masuk ke akaun FB, tetiba profil kita bertukar kepada interface garis masa.Sememangnya boleh buat hati panas dan geram. Maklumlah, hidup sangat membosankan tanpa FB dan keselesaan dalam berFB juga sangat dititik beratkan.Begitulah pengaruh FB dalam kehidupan kita seharian.

Disini ada kaedah yang sangat ringkas boleh dilakukan jika anda mahu menukarkan kembali interface FB anda kepada interface standard.



  1. Klik link :  http://www.timelineremove.com/
  2. Pilih pelayar (browser) yang anda gunakan.(Modzilla, Google Chrome, Firefox, Internet Explorer etc)
  3. Muat turun dan Install
  4. FB anda kembali ke asal, hati pun gembira...Bye bye Timeline

Itu saja, semoga bermanafaat untuk semua.
Selamat Berpuasa 18 Ramadhan 1433

Wednesday, July 11, 2012

Makan Durian

Pada 9 Julai (Isnin),Staf Perpustakaan UTeM menerima jemputan untuk menjamu selera di dusun durian UTeM.Selepas waktu kerja,maka berduyun duyun staf perpustakaan menuju ke sana.Yelah,seronok dapat makan durian bersama rakan setugas.










Terima Kasih buat Mr LineblueArt  for the picture and Syukur Alhamdulillah atas rezeki kurniaanNYA.







Wednesday, July 4, 2012

Tuhan Ada Ke?






Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.


Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Antara pengajaran penting:

Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun.
Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. “Aslim, taslam”. Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluq yang menghuni bersama manusia akan selamat.
Peringatan:

Kebijaksanaan dalam menyampaikan dakwah serta belajar bersabar dan tidak mudah melenting ketika berhadapan situasi yang tidak menyenangkan.Keterbukaan dalam menerima dan memberi pendapat akhirnya menguntungkan kedua pihak.

Ini hanyalah perumpamaan untuk dibuka fikiran sahaja. Kisah sebegini baik untuk disampaikan untuk mengajak manusia berfikir dan merenung. Namun, perumpamaan ini tidaklah tepat dengan ALLAH. Kerana ALLAH itu adalah Tuhan yang tiada suatu pun yang sama denganNYA.
Semoga ada manfaat padanya, insyaALLAH.

Wallahu Ta`ala A`lam.

Wednesday, June 27, 2012

Nikmat Paling besar



Saya teringat kata - kata Syeikh Nuruddin Al Banjari ketika menghadiri Kuliah Dhuha beliau di Baitul Quro,Paya Sum,Sg Udang Melaka

"Pada zaman ini,kita (Umat Islam) tidak menghadapai masalah kekurangan ulamak.Ramai orang sudah pandai berbicara mengenai agama.Artis,tokoh politik,ahli sukan,peguam semua boleh berbicara tentang agama.Namun demikian,hanya sedikit dariapada mereka yang kita dapat jadikan Idola dan contoh tauladan."

Di Malaysia,kita bersyukur  ada ustaz,ulamak dan tokoh - tokoh agama yang bukan calang - calang kefahaman ilmu agama mereka.Dengan kehadiran mereka,masyarakat kini semakin tertarik untuk mendekati agama islam dan kembali kepada fitrah ajaran islam itu sendiri.

Kuliah Subuh bertajuk "Nikmat Paling Besar "yang disampaikan oleh Syaikh Shalih Awad Al-Mugahmisy (Imam Masjid Quba) sangat memberi kesan dihati saya.Inilah salah satu Kuliah agama yang secara keseluruhan tidak langsung mempunyai maki hamun kepada pihak lain.Gaya penyampaiannya yang penuh kelembutan dimana sangat bertepatan dengan adab majlis ilmu.Topiknya saja sudah cukup mengambarkan keindahan Islam dan menyejukkan jiwa pendengarnya.Penghayatan yang disampaikan cukup menusuk kedalam jiwa.Tanpa sedar air mata menitis.

Terkadang saya merasa agak hairan juga.Apabila sesetengah majlis agama yang dimulai dengan Bismillah dan selawat keatas Rasulullah SAW,namun akhirnya penuh dengan maki hamun terhadap umat islam.Tentu saja setiap ustaz dan ulamak mempunyai pendekatan dan cara tersendiri dalam menyampikan dakwah kepada umat islam.Namun cara diatas ini adalah yang paling memberi kesan kepada diri saya.

Terima kasih kepada insan yang memuat naik video kuliah ini dan menterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.Dapat juga saya memahami ilmu yang disampaikan oleh Syaikh Shalih Awad Al-Mugahmisy.Semoga Allah merahmati kamu.

"Seseorang hamba itu mestilah bersyukur kepada Allah SWT kerana menjadikannya seorang Muslim.Kita semua dengan rahmat Allah SWT dilahirkan Muslim.Yakni Allah telah memberikan kita Islam tanpa kita memintanya.Maka,semoga Allah SWT memberikan kita Syurga takkala kita memintanya."




Monday, May 28, 2012

Kepustakawanan Islam



Istilah kepustakawanan merupakan terjemahan dari kata bahasa Inggeris, iaitu librarianship yang berasal dari kata librarianLibrarian  dalam bahasa Melayu diterjemahkan dengan pustakawan, iaitu seseorang yang bekerja di perpustakaan atau petugas perpustakaan yang mendapat pendidikan ilmu perpustakaan (Neufeldt, 1996). Dengan merujuk pada pengertian ini sesungguhnya kepustakawan merujuk pada tugas-tugas atau kegiatan pustakawan dalam kaitannya dengan perpustakaan, atau kegiatan dalam upaya-upaya pelaksanaan tugas-tugas dan pengembangan perpustakaan.

Menurut Gates (1968), dalam ilmu perpustakaan, istilah kepustakawanan tidak hanya menunjukkan pada pengertian profesion pustakawan, akan tetapi menunjukkan pada pengertian kondisi (condition), pejabat (office), dan profesion (profession). Hal ini bererti bahwa istilah kepustakawanan mengandung pengertian hal-hal yang berkaitan dengan kondisi atau keadaan perpustakaan, perpustakaan sebagai unit kerja atau Pejabat, dan tugas-tugas (duties) perpustakaan di mana pustakawan adalah orang-orang yang melaksanakan tugas-tugas perpustakaan. Sulistyo-Basuki (1993) mentafsirkan kepustakawanan dengan penerapan pengetahuan atau ilmu perpustakaan di dalam kegiatan perpustakaan, dan perluasaan jasa perpustakaan. Kepustakawanan menyangkut segala aspek yang berkenaan perpustakaan, mulai dari kegiatan pengadaan, pengolahan, temu balik, hingga penyebaran informasi untuk pembaca serta penerapan pengetahuan (ilmu perpustakaan) dalam berbagai kegiatan tersebut. Ilmu perpustakaan sebagaimana disiplin ilmu lainnya diciptakan tidaklah semata-mata ditujukan untuk keilmuan belaka, akan tetapi juga harus dapat diaplikasikan untuk kemanfaatan hidup manusia.Dengan demikian istilah kepustakawanan mencakup pengertian yang luas dalam bidang ilmu perpustakaan baik teori maupun praktikal. Kepustakawanan meliputi sejarah perpustakaan, lembaga perpustakaan dan tugas-tugasnya, profesi pustakawan, dan hal-hal lainnya yang berkaitan dengan dunia perpustakaan. Kemudian, apakah kepustakawanan Islam itu, dan adakah konsep kepustakawanan dalam Islam itu?

Sebagai suatu konsep, istilah kepustakawanan Islam (Islamic librarianshipsetidaknya dapat menunjukkan dua aspek utama. Pertama bahwa kepustakawanan Islam menunjukkan aspek-aspek ajaran Islam yang berkaitan dengan teori atau ilmu perpustakaan. Sebagaimana keilmuan lainnya, seperti sains, sosiologi, ekonomi, politik, dan hukum, maka perpustakaan juga merupakan bagian dari keilmuan yang juga memiliki landasan teologis dalam ajaran Islam.  Al-Qur’an sebagai sumber pokok ajaran Islam bukanlah kitab atau buku sosiologi, bukan buku ekonomi, dan juga bukan buku ilmu lainnya, termasuk juga bukan buku tentang perpustakaan, akan tetapi  dalam Al-Qur’an terdapat isyarat-isyarat ilmiah yang berkaitan dengan beragam disiplin ilmu, termasuk ilmu perpustakaan. Al-Qur’an merupakan sumber dari berbagai macam ilmu pengetahuan. Bagi seorang sosiolog, al-Qur’an merupakan sumber inspirasi dan landasan dalam pengembangan keilmuan di bidang sosial. Bagi ahli ekonomi maupun politik, al-Qur’an merupakan kitab yang telah berisi dasar-dasar tentang ekonomi dan politik. Demikian juga bagi ahli-ahli di bidang keilmuan lainnya termasuk di bidang perpustakaan. Al-Qur’an  telah memberikan dasar-dasar bagi keilmuan perpustakaan.

Selanjutnya, atau kedua, istilah kepustakawan Islam menunjukkan pada tradisi atau praktikal di bidang ilmu perpustakaan yang berlangsung di dunia Islam. Dalam kerangka ini, maka kepustakawanan Islam berarti sejarah tentang perpustakaan di dunia Islam, baik yang menyangkut lembaga perpustakaan, tugas dan fungsi perpustakaan,  profesi pustakawan, dan hal-hal lainnya menyangkut penyelenggaraan perpustakaan. Meskipun demikian, di dunia Islam, tradisi kepustakawanan Islam tidaklah terlepas dari ajaran-ajaran Islam sebagai landasan keilmuan. Oleh karena itu, kepustakawanan Islam merupakan sesuatu yang khas yang tidak terdapat dalam tradisi kepustakawanan pada agama lain. Hal ini karena tradisi keilmuan pada masyarakat di luar Islam merupakan sesuatu yang terpisah dari ajaran agama (sekular), dan oleh karenanya sering terjadi pertentangan antara agama dengan ilmu pengetahuan. Dengan kata lain, tradisi ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat di luar Islam kurang atau tidak memiliki landasan yang kuat dalam ajaran agama. 

Sebagai suatu tradisi, kepustakawan Islam merupakan bagian yang tidak dapat dipisahkan dari sejarah Islam atau sejarah umat Islam itu sendiri. Sejak awal kelahirannya, Islam telah mengenalkan tradisi kepustakawanan, dan bahkan Islam juga telah meletakkan pondasi bagi tumbuh dan berkembangnya tradisi kepustakawanan ini. Hal ini terbukti dengan adanya pertumbuhan dan perkembangan perpustakaan  di kalangan umat Islam sebagai bagian dari suatu peradaban yang dibangun. 

Berkaitan dengan hal ini, menarik untuk dicermati lebih dalam apa yang dikemukakan oleh seorang ahli sejarah sosial dan intelektual yang bernama Goerge Makdisi. Menurut George Makdisi (1981, 1990), dalam sejarah kepustakawanan Islam terdapat beberapa istilah yang digunakan untuk menyebutkan suatu perpustakaan. Berdasarkan penelitiannya, nama-nama yang digunakan untuk menyebutkan suatu perpustakaan adalah kata-kata seperti dar (house), bait (room), dan khizanah (closet) yang dikombinasikan dengan kata-kata seperti ‘ilm (knowledge), hikmah (wisdom), dan kutub (books). Dari penggabungan kedua kata tersebut kemudian terbentuk istilah-istilah seperti bait al-hikmah, khizanah al-hikmah, dar al-hikmah, bait al-ilm, khizanah al-ilm, dar al-ilm, bait al-kutub, khizanah al-kutub, dan dar al-kutub. Pada masa pemerintahan Dinasti Abbasiyah terdapat satu perpustakaan yang sangat tersohor yang disebut bait al-hikmah, atau ada juga yang menyebutnya khizanah al-hikmah yang merupakan perpustakaan terbesar pada masanya yang awal pendiriannya dilakukan oleh khalifah Harun al-Rasyid, dan kemudian dikembangkan oleh khalifah al-Ma’mun (Ahmad Amin, 1984). Di Kairo, Mesir, pada masa Dinasti Fatimiyah berdiri Perpustakaan Dar al-Hikmah atauDar al-Ilm oleh khalifah al-Hakim Ibn Amr Allah tahun 395 H. (Syalabi, 1954). Di Naisabur terdapat perpustakaan dengan nama Dar al-Ilm atau  Khizanah al-Kutub yang didirikan oleh Abu Naser Sabur Ibn al-Dasyir (Al-Baghdadi, 1996). Istilah-istilah tersebut digunakan untuk menggambarkan suatu perpustakaan yang berfungsi sebagai layanan tempat baca, akademi, dan tempat pertemuan untuk diskusi.

Dengan demikian, sesungguhnya tradisi kepustakawanan Islam memiliki karakteristik yang unik, dan bahkan mendapatkan landasan yang kuat dalam sejarah kepustakawanan Islam, baik landasan historis maupun landasan teologis. Dasar-dasar yang melandasi tentang konsep kepustakawanan Islam akan diuraikan pada tulisan berikutnya.

Artikel Agus Rifai,seorang Pustakawan di UIN Syarif ,Hidayatullah,Jakarta,Indonesia.


Thursday, May 10, 2012

Kursus Di Putrajaya




Saya berpeluang mengikuti "Program Perdana Discourse series 14:Enhancing Accountability & Intergrity in Public Sector-Are We Doing Enough" anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana,UiTM serta ditaja oleh PROTON pada 9 Mei 2012.

Admission is Free

keterangan ringkas mengenai program ini:


This is the fourteenth of the Perdana Discourse Series, following a successful debut in 2004 on “National Unity”. Jointly organized by Perdana Leadership Foundation and the Institute of Knowledge Advancement of UiTM and sponsored by Proton, the Perdana Discourse Series is a semi-structured communication platform where a prominent presenter will speak to selected clusters of audience on a pre-determined topic, addressing its definition and tracing issues like policies, strategies and possible models used during the tenure of the past Prime Ministers. Discussions and issues arising from the discourse will be documented and mapped. The keynote address will be followed by a moderated discussion session by experts from related fields. A monograph will be published following each programme in the series.


Objectives
  1. To offer a platform for research on thoughts of the past four Malaysian prime ministers
  2. To allow knowledge sharing on the leadership style of the country’s statesmen
  3. To map the continuity of thoughts of past leaders

Ucaptama (Keynote Speech) adalah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin Buang (Ketua Audit Negara)

Sessi perbincangan pula melibatkan ahli panel yang terdiri daripada: 
  1. Dato' Seri Azmi Khalid, Head, Public Accounts Committee (PAC)
  2. Datuk Dr. Ir Ahmad Zaidi Ladeen, Chairman, Enrico Sdn Bhd
  3. Datuk Paul Low Seng Kuan, President, Transparency International Malaysia,
  4. Ms Khairiah Mokhtaruddin, Research Project Manager 2, Razak School of Government
Moderator pula ialah Ms.Zuraidah Binti Haji Musib.

Tentatif Program

08.00am: Registration and Refreshments
09.00am: Welcome Address by Tan Sri Dato' Seri Azman Hashim
09.15am: Introductory Remarks by UiTM
09.30am: Keynote Speech by Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Setia Haji
Ambrin Buang
10.15am: Question & Answer Session
11.00am: Tea Break
11.15am: Panel Session
12.15pm: Question & Answer Session
13.00pm: Wrap-Up by Moderator
13.15pm: Networking Lunch and End of Programme

Pelbagai isu yang dibangkitkan berkenaan transparency dan accountability dalam pentadbiran kerajaan.Isu yang berkaitan politik juga antara yang termasuk.Namun demikian,ianya tidak menganggu perjalanan program.

Program sebegini sedikit sebanyak membuka pemikiran dan pengetahuan kita tentang apa yang berlaku dan tindakbalas yang perlu diambil untuk mengatasi isu-isu semasa yang sering  terpampang dalam dada akhbar tentang korupsi & ketirisan dalam pengurusan aset kerajaan.

Dewan dipenuhi dengan pelbagai hadirin yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang seperti warga koporat,ahli akademik,pelajar serta wakil daripada badan bukan kerajaan.Dianggarkan seramai 200 orang yang hadir sebab dewan penuh.

Saya mencadangkan agar organisasi yang ada seharusnya mengambil peluang yang ada sebegini kerana selain meningkatkan pengetahuan umum,ianya juga tidak dikenakan bayaran.

Kebetulan juga saya ada berjumpa dengan kawan lama sepengajian di UiTM Machang,Kelantan dahulu.Sesungguhnya majlis ilmu seperti inilah yang sering menemukan kita dengan rakan-rakan lama disamping berkenalan dengan kawan yang baru.Selesai saja program,saya berkesempatan membawa keluarga untuk bersiar-siar di sekitar Putrajaya.























*Gambar:Perpustakaan Yayasan Kepimpinan Perdana


















PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...