Hari ini 2 November 2010 merupakan hari terakhir saya bekerja mengikut perjanjian kontrak pekerjaan saya.Ya,saya seorang pekerja berstatus KONTRAK.Pagi ini sebaik saja saya memasuki bilik saya dipejabat,saya telah menerima surat untuk mengisi borang bagi pembayaran wang ganti untuk cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan.Namun demikian,saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana rezeki dan jodoh saya untuk berkhidmat sebagai pustakawan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka masih ada (Kontrak saya masih disambung).
Hari ini juga mengingatkan saya pada satu peristiwa dimana saya dibelanja minum oleh seorang rakan,ketika masih menetap di Kuala Lipis,Pahang.Ketika itu saya dah berkhidmat di UTeM,namun isteri masih tinggal di Padang Tengku.Kawan saya menceritakan bagaimana dia mengharungi kehidupan dengan status pekerja kontrak selama hampir 12 tahun.Kawan saya ini namanya Azeyzul.

Siapakah Pekerja kontrak ini?
Mengikut kamus Oxford, pekerja kontrak ditakrifkan sebagai buruh atau pekerja kontrak dan biasanya merujuk kepada pekerja yang diambil bekerja untuk tugas tertentu bagi suatu tempoh tertentu.
Istilah pekerja kontrak yang diterimapakai oleh organisasi ialah seseorang yang diambil bekerja dan digaji oleh organisasi, yang mana tempoh perkhidmatannya telah ditetapkan dan akan dinilai berdasarkan tahap serta kemajuan prestasi seseorang pekerja itu. Tempoh perkhidmatan seseorang pekerja kontrak di organisasi ini mungkin akan disambung secara tahunan atau bulanan. Individu juga berkemungkinan untuk diserap sebagai pekerja tetap dan mungkin juga lebih malang lagi, diberhentikan kerja. Ini semua bergantung sepenuhnya kepada kehendak organisasi dan selagi mana khidmatnya diperlukan oleh organisasi.Keadaan ekonomi semasa juga adalah factor utama.

PRO/KONTRA
Pastinya, kumpulan pekerja yang mengalami risiko yang lebih tinggi untuk dibuang dalam situasi ini adalah pekerja kontrak berbanding pekerja tetap memandangkan perjanjian pekerjaan mereka yang lebih fleksibel, longgar serta banyak bergantung kepada budi bicara majikan.
Bagi pihak majikan, mereka menyatakan sebab bahawa pengambilan pekerja secara kontrak adalah bagus bagi meningkatkan produktiviti dan disiplin seseorang pekerja di organisasi mereka. Ia juga merupakan satu proses saringan bagi melahirkan pekerja yang berkualiti. Selain itu, ia bertujuan untuk menilai tahap prestasi seseorang pekerja samada ia bersesuaian dengan jawatan serta persekitaran kerjanya.
SITUASI
Mengikut kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sdr. Omar Osman pada 5 Mac 2007, dianggarkan terdapat 50,000 daripada 1.2 juta pekerja di sektor awam yang berstatus kontrak atau menjawat jawatan sambilan. Bagi sektor swasta pula, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menganggarkan bahawa terdapat 90% pekerja adalah berstatus kontrak didalam industri pembinaan dan perladangan (tidak dinyatakan secara keseluruhan sektor atau industri).

Kesimpulan
Apabila saya mengenang kembali perjalanan karier saya yang bermula sejak tahun 2006 (selepas Grad UiTM) hingga kini,saya dah berkhidmat secara SAMBILAN dan KONTRAK.Mungkin belum ada rezeki untuk dapat TETAP.Namun semestinya itu adalah impian yang diimpikan oleh setiap pekerja kontrak.
Secara jujurnya,saya percaya setiap pekerja kontrak akan merasa rendah diri,terutama apabila berbicara dan berurusan dengan rakan sejawat yang sudah tetap.Tak mengapalah,seharusnya kita tidak elok membiarkan diri terus dibuai perasaan sedemikian.
Life must goes on,walau apa juga yang menanti,saya percaya rezeki untuk setiap insan telah ditentukan oleh Allah SWT.Usaha untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga tetap perlu diteruskan.
Esok 3 November 2010 saya akan mendaftarkan diri sebagai pekerja baru beserta azam dan KONTRAK BARU.
Berbalik kepada kisah Azeyzul tadi,ketika saya hendak ke kaunter untuk membuat bayaran,cashier kata semua telah dibayar,termasuk Nasi goreng ayam yang saya order bungkus.
“Tak payahlah..kali ni koi belanja,koi dah dapat TETAP”. Azeyzul bersalam dengan saya sambil tersenyum riang:)
4 comments:
bestnye punya rakan sebegitu..
buat zaidi..
selagi boleh kije...
kije..kije..dan kije la kan..??
ye..ada kije ni pun dah dikira satu rahmat,hargai apa yang ada...
Sebaiknya bersyukur ajelah...berbanding entah berapa ratus ribu graduan yang masih terawang-awang mencari pekerjaan, sekurang-kurangnya ada PENDAPATAN tetap walaupun JAWATAN belum tetap. Tetapi perlu percaya kepada rezeki Allah SWT. dalam setahun dua, ko akan dapat jawatan tetap, percayalah...ini trend kat library utem. Yang penting, kerja, kerja, kerja dan jangan BUAT HAL...Insya-Allah...
Tq Mr Azman,JANGAN BUAT HAL...jika saya menuju kearah itu..minta tolong tegurkan
Post a Comment