Wednesday, April 27, 2011

Anak Kecil Main Api


Seluruh lirik dalam lagu ini membawa erti yang sangat mendalam bagi saya dan semestinya seluruh orang islam melayu.Sewaktu zaman belajar di UiTM dulu,ketika Minggu Wawasan Siswa (MWS) kami akan menyanyikan lagu ini dengan penuh semangat.Begitu menusuk di kalbu.Masih berkaca mata setiap kali mendengar lagu ini dinynayikan.Terasa betapa perihnya perjuangan dan pengorbanan yang telah dilalui sejak 460 tahun dulu di nusantara ini.

Semakin hari perpecahan semakin ketara dalam masyarakat melayu dan bumiputera.Entah kemana hilangnya semangat perpaduan dalam diri mereka.Umat melayu islam kini diasak dari segenap sudut.Samada dari sudut agama,bangsa,sejarah dan jatidiri.

Umat melayu islam kini dikelirukan dan terkeliru.Malah ada setengah daripada mereka yang malu mengaku melayu sehingga berakar umbi kebencian mereka pada bangsa sendiri.Kecenderungan berpuak dan mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan jati diri.Maruah peribadi dah hilang.

Hanya kerena fahaman yang berbeza,membawa kepada kehancuran agama bangsa dan negara (Alif Ba Ta).Sanggup menikam sesama sendiri untuk sedikit habuan dan janji kosong.Menggunakan segala peluang yang ada untuk kepentingan diri sendiri ditambah pula dengan tipu daya oleh musuh-musuh mereka yang kini mereka junjung bagaikan saudara sendiri.Terpedaya dengan lakonan musang berbulu ayam.



Janganlah kerana marahkan nyamuk,habis rumah terbakar.Jangan kerana nila setitik,rosak susu sebelangga,hanya kerna sekor kerbau bawa lumpur,habis semua terpalit.Biarlah kita menarik rambut dalam tepung,rambut tak putus,tepung tak berselerak.

Tak sedarkah,musuh-musuh kita laksana serigala yang lapar,menantikan masa untuk membaham dan melapah setiap apa yang ada pada kita.Kini mereka memerhati dan tersengih (ketawa) melihat kita bercakaran sesama sendiri akibat fitnah yang ditaburkan.Jangan terpedaya dengan guruh dilangit,habis air dicurahkan.

Berkenaan lagu Anak Kecil Main Api (Warisan).Lirik lagu ini telah dilakukan beberapa perubahan.Contoh:

PRIBUMI dan MELAYU telah digantikan dengan perkataan KITA.Perubahan ini dilakukan demi menjaga sensitiviti kaum-kaum yang lain di tanahair ini.Betapa kita sedia bertolak ansur dan berlembut.Sebab orang melayu ini memang asalnya cintakan keamanan.namun apa yang berlaku kini ialah"Diberi betis,hendakkan peha".

Marilah kita sama-sama cermin diri kita.Segala tindakan kita pada hari akan mendapat pembalasan.Kita juga akan ditanya oleh generasi akan datang,akibat persengketaan hari ini.Menghancurkan masa depan hari esok.

Takkan Melayu Hilang Di dunia,Melayu kan Gagah di Nusantara.Selagi Iman dan jatidiri mencorak peribadi.Insyallah.

Lirik Lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) versi asal

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

Lirik Lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) versi baru

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...