Thursday, October 7, 2010

FESTIVAL MEMBACA 2010: Bicara Tokoh & Perasmian Penutup

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Segala Puji bagi Allah SWT,Tuhan Penguasa semesta alam.Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah SWT Yang Maha Esa.

Festival Membaca 2010 anjuran tiba ke penghujung dan kemuncaknya.

Bicara Tokoh:"Menelusuri Kecemerlangan Melalui Pengalaman" yang mana tokoh dimaksudkan ialah:Y.BHG.Prof.Dato'Dr.Sidek Bin Baba.Serta Majlis Perasmian Penutup Festival Membaca 2010 yang akan disempurnakan oleh:Y.B.Datuk Hj.Yakub Bin Md.Amin (Pengerusi Jawatankuasa Negeri,Pelajaran,Sains& Teknologi Dan Sumber Manusia,Negeri Melaka.)


Program:
Bicara Tokoh"Menelusuri Kecemerlangan Melalui Pengalaman"

Tokoh Jemputan:  
Y.BHG.Prof.Dato'Dr.Sidek Bin Baba 
                               (Professor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,IIUM)

Pemudahcara:       
Y.BHG.Prof.Dr.Engr.Marizan Bin Sulaiman 
(Dekan Pelajar & Alumni UTeM).

Tetamu Kehormat:   
Y.B.Datuk Hj.Yakub Bin Md.Am
(Pengerusi Jawatankuasa Negeri,Pelajaran,Sains& Teknologi Dan Sumber Manusia,Negeri Melaka.)

Y.B.Profesor Datuk Dr.Ahmad Yusoff bin Hassan,Naib Canselor UTeM




"BERILMU JALANYA PAYAH"

Didalam wadah yang dibicarakan oleh Dato'Sidek,beliau mengajak peserta untuk bersama menelusuri waktu silam beliau bermula sejak beliau seawal zaman kanak-kanak sehinggalah kepada kedudukan yang beliau berada kini.Dimana segala perih jerih dalam yang telah dilalui diceritakan kembali,namun bukan bertujuan untuk mengungkit atau menyesali,bukan begitu yang dimaksudkan.Sebaliknya agar dapat dijadikan tauladan kepada generasi muda yang ada kini.

Bermula  zaman kanak-kanak,bagaimana beliau mengayuh basikal tua orang tuanya sejauh 60 kilometer dari Kampung Pulau,Masjid Tanah ke Sekolah Menengah Inggeris Gajah Berang di bandar Melaka.Pergi balik semata-mata untuk menuntut ilmu.Dan setiap kali beliau menjawab "No Teacher" apabila ditanya oleh guru kelasnya tentang yuran persekolahan sebanyak RM5.00.Beliau pernah dicabar oleh gurunya apabila gurunya berkata "Hey Sidek!You better goback kampung tanam kacang lagi baik".Dalam tangisan beliau tetap tabah dan bersabar.

Dan bagaimana kesah hidup beliau sewaktu menyambung pelajaran Maktab Perguruan Idris Tanjung Malim (MPSI)  pada tahun 1964,yang kini dikenali sebagai UPSI.Berbekalkan RM40.00 elaun yang diperolehi,satu jumlah yang cukup besar pada ketika itu.Mengingatkan jasa dan pengorbanan keluarga,beliau mengirimkan RM20.00 kepada keluarga di kampung.Jadi hanya dengan RM20.00 baki itulah yang digunakan dalam mengharungi kehidupan di MPSI.Dato' Sidek mengingatkan peserta bahawa jasa ibu dan bapa jangan dilupakan,didalamnya ada BARAKAH.

Kegagalan adalah asam garam kehidupan dimana beliau sendiri pernah mengambil peperiksaan Higher School Certificate sebanyak tujuh kali.Setelah tujuh kali baru berjaya!inilah semangat yang membuatkan saya terkaku seketika dan mengagumi Dato' Sidek.Turut tidak dilupakan,pengorbanan isteri dan keluarga dalam memberi sokongan dan dorongan keatas segala usaha beliau dan cita-cita yang begitu ingin memajukan diri terutama dalam mencapai impian untuk mengenggam Doktor Falsafah.Kehidupan di bumi Amerika bersama anak-anak yang seramai lapan orang dengan menetap di Mosleen House aka Masjid di Universiti.Hidup dengan bergantung pada biasiswa sebanyak US837.00,dan hanya berbaki US400.37 setelah ditolak segala perbelanjaan menjadikan kehidupan di bumi Uncle Sam amat memerlukan ketabahan yang jitu.

1991 Dato Sidek akhirnya berjaya mencapai impiannya dengan mengenggam ijazah Doktor Falsafah.Dan bergelar Dr. Sidek bin Baba.

Dalam sesi soal jawab,seorang pelajar antarabangsa daripada Cameroon telah mengambil kesempatan untuk menyatakan pandangan terhadap apa yang diperkatakan oleh Dato Sidek.Beliau sempat memberi beberapa nasihat dan pandangan kepada pelajar tersebut terutama berkaitan betapa pentingnya menghayati sesuatu ilmu pengetahuan dan bagaimana ilmu dapat mengangkat martabat sesebuah negara.

PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada Anugerah Peminjam terbanyak.YB Prof Naib Canselor diiringi Ketua Pustakawan telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


PERSEMBAHAN

Sekali lagi saya diberi peluang untuk menyampaikan puisi,namun kali ini bukan seorang,tapi bersama Cik Hasliza,pustakawan Unit Perolehan.Puisi adalah hasil nukilan Saudara Saleh iaitu Pengacara Majlis.Saya tidak menduga yang puisi yang dinukilkan oleh Saudara Saleh amat indah sekali bahasanya.

UPACARA PERASMIAN PENUTUP

Ucapan didahului dengan kata-kata daripada Profesor Datuk Dr.Ahmad Yusoff bin Hassan,Naib Canselor UTeM.Majlis perasmian Penutup seterusnya disempurnakan oleh Y.B.Datuk Hj.Yakub Bin Md.Amin,diwakili YB Datuk Haji Ab. Wahab bin Ab. Latip, Timbalan Pengerusi J/kuasa Negeri Pelajaran, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia

ACARA PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Profesor Datuk Dr.Ahmad Yusoff bin Hassan,Naib Canselor UTeM,diiringi oleh Ketua Pustakawan Puan Hajah Faridah telah menyampaikan cenderahati kepada Tokoh jemputan Prof.Dato'Dr.Sidek Bin Baba serta pemudahcara Prof.Dr.Engr.Marizan Bin Sulaiman.

kesimpulan

Secara keseluruhan,saya berpendapat bahawa inilah  program yang berjaya.Saya mengucapkan ribuan tahniah kepada Pengarah Program Festival Membaca 2010 iaitu Cik Siti Noor Kiah (Timbalan Ketua Pustakawan).Ketua Program Bicara Tokoh yang berusaha keras dalam menjayakan Program Bicara Tokoh ini Encik Azman Haji Ayup,Pustakawan Kanan Unit Indeks.Semua staf yang terlibat secara langsung dan tidak lansung dalam menjayakan Bicara Tokoh khusunya dan Festival Membaca 2010 anjuran Perpustakaan UTeM secara amnya.

Program Festival Membaca sememangnya satu perkara yang memerlukan kerjasama yang erat diantara kita,segala curahan idea,penyelesaian masalah,kesabaran,cabaran serta segalanya yang dialami dan dilalui tidak lain hanya akan mematangkan kita dalam menghadapi serta memahami dengan lebih jelas bahawa:

Buat program bukanlah sesuatu perkara yang membuatkan kita jadi bertambah tertekan.TANGGUNGJAWAB dan KEIKHLASAN dalam melaksanakannya itulah yang diperlukan.

Semoga bertemu lagi untuk Festival Membaca 2011..Selamat Maju jaya dan Terima Kasih.


FOTO SEPANJANG FESTIVAL MEMBACA 2010

Bicara Tokoh




Festival Membaca 2010:Exploread
(sumber daripada Blog Azman  Hj. Ayup)


Xploread 2010 merupakan salah satu aktiviti perpustakaan yang diadakan sempena Festival Bulan Membaca 2010. Ianya telah diadakan pada 29 September 2010 bertempat di Ruang Legar Perpustakaan UTeM. Antara tujuan aktiviti ini diadakan ialah bagi meningkatkan minat membaca di kalangan warga UTeM di samping mempromosikan penggunaan perpustakaan.

Sebelum aktiviti Exploread bermula, satu sesi bergambar diadakan di perkarangan bangunan Perpustakaan UTeM. Cik Siti Noor Kiah Syed Abdul Malek, Timbalan Ketua Pustakawan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Festival Membaca 2010 hadir untuk sesi bergambar dan melepaskan para peserta pertandingan.


Tahniah kepada Mohd Mawardi Badruddin, penyelaras program ini dan pasukan kerja beliau di atas kesungguhan dan penambahbaikan aktiviti Xploread 2010.

Khabarnya tahun hadapan dah ada sukarela yang ingin menguruskan aktiviti Xploread begini...kita lihat apakah kelainannya...Siapakah sukarelawan yang dimaksudkan itu?...hehehe

Keputusan Pertandingan Xploread 2010
1. UTeM Juniors
2. Toyota
3. Kuri-kuri
4. Diadora
5. 3G
6. Klaska
7. BMFU
8. Sparkle
9. 123







FOTO SANA-SINI FESTIVAL MEMBACA 2010
Mr Hafeez and Mr Siddique
Just enjoy the show
Hey ladies!
Foooood..

Ready to serve!
what ur waiting?
Street Performer




No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...