Monday, October 25, 2010

Pustakawan.


By the way, what do you do in the library? Do you just sit behind a computer and catalog books or do you actively help students (you deal mostly with students right?) find the books that they need?

Sungguh stereotaip soalan yang diberikan.Dan semesti inilah soalan yang sering ditanyakan dan dihadapkan kepada mana-mana individu yang bekerja di perpustakaan.

Stereotip yang mengecilkan hati itu sebenarnya cukup beralasan. Baik orang awam maupun kaum profesional sebenarnya sama-sama menemui kesulitan dalam  dan mengenali apa sebenarnya kegunaan dari membangun gedung penuh koleksi buku yang kita namakan perpustakaan itu? Bagaimana menentukan aspek mana dari perpustakaan itu yang sebenarnya berguna bagi suatu kegiatan tertentu. Apakah koleksinya mempengaruhi prestasi belajar? Apakah kerja pustakawannya meringankan beban pengajar? Apakah tata-ruangnya membantu pengunjung tidur lebih nyenyak?

Saya sendiri adalah salah seorang daripada beribu individu yang mencari rezeki di perpustakaan.Saya memang tidak mencapai penuh taraf  "Pustakawan" walaupun telah mendapat tauliah kepakaran dalam bidang tersebut dari tempat pengajian.Ini kerana masih banyak ilmu serta pengalaman yang perlu dipelajari yang mana ini semua tidak boleh didapati secara teori saja.Buat masa ini saya bertugas di Bahagian Perkhidmatan Pelanggan (Unit Rujukan) Perpustakaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka,UTeM.

Berbalik kepada kenyataan diatas.Walaupun agak kelat untuk diterima,namun inilah persepsi yang difahami oleh kebanyakkan masyarakat.Masih tiada anjakan dan terpahat kemas sejak zaman berzaman.

Pada dasarnya,memang benar.Pustakawan/Perpustakaan dan buku bagai irama dan lagu,mana mungkin terpisah.Setiap inci tugas di perpustakaan adalah berkait rapat dengan buku.Walaupun perubahan arus teknologi yang melanda membawa dunia maya dan digital.Jika "Guru dan Rotan" boleh diubah,mengapa tidak kepustakawanan?

Di sekitar Asia, pustakawan sering dilihat sebagai penjaga kaunter, penyusun buku dan penguatkuasa peraturan perpustakaan yang membosankan.Dengan perkembangan terkini dunia pendidikan dan ekonomi pengetahuan, pustakawan menjadi satu golongan profesional yang mendapat manfaat yang banyak.

Malah ada pustakawan yang mempunyai ijazah kedoktoran tidak kira dalam bidang sains perpustakaan, sains maklumat atau bidang-bidang lain yang tidak berkaitan sama sekali

Beberapa contoh tugasan Pustakawan yang kini berada pada zaman Millennium.

1. Menjadi pengajar kelas celik maklumat untuk pelajar prasiswazah dan siswazah;
2. Menjadi pemudah cara lawatan perpustakaan bagi prasiswazah dan siswazah baru serta pelawat luar;
3. Menguruskan sistem repositori institusi secara usaha sama dengan pihak pentadbir dan fakulti;
4. Mengagih belanjawan yang diperuntukkan oleh pihak pentadbir untuk perpustakaan;
5. Merancang perkembangan perpustakaan berdasarkan belanjawan;
6. Menghadiri seminar mengenai teknologi dan tahap profesionalisme mutakhir dalam bidang mereka;
7. Melakukan kaji selidik untuk mengetahui tahap perkhidmatan perpustakaan;
8. Menulis untuk jurnal-jurnal profesional bidang mereka;
9. Mengadakan pameran berkenaan koleksi dan isu-isu tertentu yang penting;
10. Menyelaras aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan bahan;
11. Menghadiri kursus-kursus bina diri dan kemahiran;
12. Bertemu dengan pihak fakulti atau pentadbiran universiti untuk menyelaraskan keperluan institusi dengan khidmat perpustakaan;
13. Memastikan kemudahan perpustakaan terutama kemudahan IT berada pada tahap terbaik untuk kegunaan pengunjung;
14. Ikut serta dalam audit dalaman dan audit luaran perpustakaan dan universiti;
15. Dihantar oleh pentadbir perpustakaan untuk membuat pemilihan bahan perpustakaan di luar negara mengikut giliran – biasanya di pesta-pesta buku antarabangsa;
16. Melaksanakan aktiviti promosi perpustakaan; dan
17. Terlibat dalam proses rundingan pemerolehan manuskrip atau bahan nadir untuk perpustakaan.

Sangat mengujakan bukan?Interpritasi dan anjakan dalam ruang kepustakawanan telah mengalami satu evolusi yang hebat seiring dengan perkembangan dunia ICT.Kepustakawanan kini dilihat sebagai "Terminal Maklumat" kepada mereka yang benar-benar memahami fungsi sesebuah perpustakaan.Ianya bukan terhad kepada perpustakaan akademik semata,malah mencakupi perpustakaan desa,negeri yang berperanan sebagai agen penghubung masyarakat.

Pustakawan Tidak Glamor
Jika anda inginkan pekerjaan yang menjadikan diri anda sentiasa dihadapan masyarakat,anda boleh pilih kerja sebagai PTD,Fashion Designer,artis dll.Pustakawan memang tidak glamor dan bukan matlamat pustakawan untuk jadi popular atau glamor.

Akhir kata
Menjadi Pustakawan Sejati  memerlukan kecintaan luar biasa kepada bidang ini.Ini juga adalah tempat saya mencari rezeki bagi menangung keluarga serta membayar bil setiap bulan.Segala Pro dan kontra sesuatu pekerjaan adalah terpulang pada kita untuk mengadaptasikan diri sendiri.

5 comments:

stramberrymanis said...

sangat suka entri ini.

Masyarakat skrg nii juga perlu ubah persepsi mereka kepada org yang bekerja sbg Pustakawan. Mindset mereka masih beranggapan yang kerja Pustakawan hanyalah cop buku.

Nampaknya masih banyak lagi yang tidak mereka ketahui tentang kerjaya sebagai seorg Pustakawan ni..

Azman Hj. Ayup said...

Memang benar tanggapan masyarakat begitu dan hanya mereka yang bergelar pustakawan sahaja yang mampu mengubah persepsi begitu. Pustakawan harus selari dengan teknologi dan mereka tidak hannya bertugas sebagai pustakawan sebaliknya menjurus kepada information officer. Skop harus lebih besar selari dengan peranan dan tanggungjawab di dalam organisasi. Apa yang menjengkelkan ialah sesetengah pustakawan hanya melihat dari segi bagaimana mengejar gaji dan jawatan tanpa melihat kesannya kepada profesion mereka sendiri...ANDA adalah apa yang anda FIKIRKAN...

Anonymous said...

Salam..saya ingin bertanya,bagaimana seorang pelajar lepasan spm boleh mengikuti bidang pustakawan ini?Adakah bermula dengan Diploma Pengurusan Maklumat di mana-mana universiti?Boleh x jelaskan macam mana prosedurnya?Sebab saya mahu melibatkan diri dalam bidang ini..

qalam_timur said...

Salam

Anon December 31, 2010 10:45 AM

maaf kerana lambat membalas entri anda.

bagi pelajar lepasan SPM,dan memenuhi keperluan minima yg diperlukan oleh institusi yg menawarkan bidang sains kepustakawanan.

IPT yg sinonim dengan bidang library ialah UiTM,namun UIA dan UNISEL juga turut menawarkan pengajian dalam bidang ini.UKM juga jika tak silap.

Untuk SPM,bermula dgn Diploma,untuk Degree pula melalui STPM dan Metrik.

tempoh pengajian bagi diploma ialah 3 tahun

degree pula 3 tahun bagi lepasan STPM dan 2 tahun bagi lepasan diploma dalam bidang yang sama (Pengurusan Maklumat.

anda boleh cuba surf di page UiTM-Fakulti Pengurusan Maklumat.

diharap info ini dapat membantu anda

nor said...

Semoga dipermudahkan segala urusanNya =)

http://assistantlibrarymalaysia.blogspot.com/

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...