Friday, October 8, 2010

Politik is Politic:Part I

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Segala Puji bagi Allah SWT,Tuhan Penguasa semesta alam.Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah SWT Yang Maha Esa. 

Saya cuba untuk mengelakkan diri daripada membicarakan  tajuk politik,namun saya harus akur bahawa politik memang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian.Samada politik di rumah,di pejabat,daerah,negeri dan Negara.Malah dalam agama Islam juga adanya politik.Anda boleh benci/suka politik dan berkata apa saja tentang politik mengikut pandangan anda.Ini dari persepsi diri saya.

Pengertian Politik yang Benar (Sesuai Dengan Syara)

Politik,realitinya pasti berhubungan dengan masalah mengatur urusan rakyat baik oleh negara maupun rakyat.Adapun definisi politik dari sudut pandang Islam adalah pengaturan urusan-urusan (kepentingan) umat baik dalam negeri maupun luar negeri berdasarkan hukum-hukum Islam.

Wajib Berpolitik Bagi Setiap Muslim


Berpolitik adalah kewajiban bagi setiap Muslim baik itu laki-laki maupun perempuan. Adapun dalil yang menunjukkan itu antara lain:

  • Pertama, dalil-dalil syarak telah mewajibkan bagi kaum Muslim untuk mengurus urusannya berdasarkan hukum-hukum Islam. Sebagai pelaksana praktis hukum syarak, Allah SWT telah mewajibkan adanya ditengah-tengah kaum Muslim pemerintah Islam yang menjalankan urusan umat berdasarkan hukum syara. Firman Allah SWT yang ertinya:


  • “Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah SWT dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu” (TQS. Al-Maidah [105]:48)


  • kedua, syara telah mewajibkan kaum Muslim untuk hirau terhadap urusan umat sehingga keberlangsungan hukum syara terjamin. karenanya dalam Islam ada kewajiban untuk mengoreksi penguasa (muhasabah li al-hukkam). Kewajiban ini didasarkan kepada Firman Allah SWT yang ertinya:


  • “Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung” (TQS. Ali Imran [03]: 104).


Maka saya jika sedemikian berasa tidak sewajarnya menjauhi politik walau bagaimana rentak dan acuannya permainan politik itu.Kerana ianya merupakan sebahagian daripada tanggungjawab saya sebagai warganegara dan umat islam khususnya.

Secara Umumnya terdapat beberapa parti utama dalam dalam arena politik di Malaysia iaitu:
UMNO
PAS
PKR
DAP

Saya tidak begitu memahami scenario politik di Sarawak dan Sabah.Jadi ulasan saya tidak akan menyentuh seberang sana.


Landskap Politik Malaysia

Landskap Politik Malaysia sudah berubah dengan begitu drastik sebaik saja selesai Pilihanraya Umum ke-12. Namun demokrasi di Malaysia masih lagi bertahan. Demokrasi berperlembagaan di Malaysia mungkin lain dari yang dipraktikan di negara lain, namun sehingga kini, ia merupakan kaedah yang paling sesuai. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa, agama dan cara hidup, walaupun ia bukan campuran bangsa yang idealistik, namun is merupakan campuran yang menarik. 





Perbezaan kebudayaan, bahasa, agama dan bangsa dirai. Memang ada masalah yang timbul dari masa ke semasa, semua negara mengalami masalah yang sama. Walaupun ketidakpuasan hati rakyat juga kadang-kadang di pertunjukan melalui demonstrasi di jalan-jalan, ini merupakan kejadian yang jarang-jarang berlaku. Kebanyakan rakyat Malaysia lebih cenderung kepada diplomasi dan dialog untuk mengatasi sebarang perbezaan. Rakyat lebih gemar menunjukkan kemahuan mereka melalui peti undi.








Saya berasa terkejut apabila mendapati bahawa sebenarnya masih ramai rakyat malaysia terutama bangsa melayu yang masih tidak berdaftar sebagai pengundi.Tidakkah mereka tahu implikasi yang bakal dihadapi apabila kuasa memilih yang diberikan diabaikan?Hanya berdentum dentam di kedai kopi dan dalam FB saja tidak membawa sebarang makna jika tidak mengundi.

Cukup untuk setakat ini dulu,saya sebenarnya ingin menyentuh lebih kepada dua parti utama yang berkaitan orang melayu islam iaitu UMNO dan PAS.Ianya sangat penting bagi saya,dan penting untuk mereka yang memahami disebalik situasi semasa dan survival orang melayu islam.



Insyallah,bertemu lagi dalam Politik is Politic Part II: UMNO VS/+ PAS?

1 comment:

Unknown said...

Saya setuju dengan blog tuan tetapi apa yang tuan tulis memang ahli-ahli politik tahu apalah daya kita mereka tahu, dia orang tak percaya dan tak takut pada ALLAH swt. Mereka telah mendengar bisikkan syaitan hanya ALLAH swt. yang dapat memberi rahmat dan hidayat, kalau salah comment saya maafkan saya tkasih

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...