Wednesday, January 12, 2011

Facebook Ditutup?



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.






Dalam perjalanan ke pejabat selepas menghantar isteri (Masjid Tanah ke UTeM).Saya layan Radio HxT FM.Topik yang dibincangkan pagi ini adalah laman sosial paling popular FB (Facebook) kononya akan ditutup pada 15 Mac 2011.

Maka ramailah pemanggil yang menyatakan keluh kesah dan kesengsaraan yang bakal dialami mereka jika FB benar-benar ditutup.Ada yang akan hadapi kemurungan,kesunyian,tiada lagi keindahan di alam maya ini.

Saya tertarik dengan seorang pemanggil yang menyatakan,jika FB ditutup,maka dia akan lebih jujur pada pasanganya.Kerana dalam FB dia seorang yang popular dan mempunyai ramai kenalan gadis yang comel.Maka secara tak langsung skandal atau kecurangan dalam ruangan maya dapat dihentikan.

Ada yang menyatakan hidupnya tidak bermakna jika tidak berFB dalam sehari,ketagihan pada FB mengatasi segalanya dalam kehidupannya.

Namun ada juga yang memberi pendapat yang berbeza.Terdapat seorang pemanggil yang mengatakan bagi mereka yang pernah melalui hidup tanpa Jaringan Sosial (FB),perkara ini tidak menjadi satu bebanan.Mungkin permasalahan hanya dirasai oleh generasi yang lahir dalam era IT (1990-).Lagipun banyak lagi laman sosial yang lain sebagai alternatif kepada FB.

Yang paling lucu ialah,ada pemanggil yang katakan bahawa segala tanaman yang diusahakan selama ini akan binasa dan dia akan menanggung kerugian.Saya ingatkan apa,rupanya "Farmville" iaitu sejenis aplikasi  permainan online yang disertakan dalam FB.

Dan terdapat banyak lagi luahan yang membuat saya tersenyum (sengih) dan adakalanya tergelak sendiri(sambil drive) memang lucu dan ianya seolah satu malapetaka yang bakal terjadi.Sungguh hebat pengaruh FB dalam kehidupan kita.

"Kita dengan mudah dapat melihat bagaimana CARA orang kita BERFIKIR, MENERIMA & MENYEBAR maklumat. Jelas banyak dilakukan tanpa kajian. Padahal teramat mudah untuk menilai tahap kebenaran berita tersebut. Too simplistic !. Cara itu mesti diperbetulkan, jika ingin terhindar dari kesesatan maklumat."~Status FB Zaharuddin.net

Saya tersangat bersetuju dan "Like" status ini.

Dalam dunia IT dan ledakan maklumat (maklumat dihujung jari or whatever).Kita seharusnya sedar akan perkara ini.Menerima bulat-bulat sebarang perkhabaran atau maklumat yang disediakan didalam laman web adalah perkara yang tidak matang.

Perkara seperti ini bukanlah baru terjadi,malah berpuluh-puluh kenyatan yang melibatkan motif sama telah dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencari populariti dan keuntungan.Tapi kita tidak pernah ambil iktibar.

“Jika kita menerima sebarang hebahan tanpa diperiksa kesahihannya, dibimbangi suatu masa nanti akan ada rakyat Malaysia dilabelkan sebagai generasi yang tidak bersifat matang terhadap sesuatu berita,” ~Dr. Marzuki Mohamad,Pensyarah Jabatan Sains dan Politik Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Sekali baca pun kita dah tahu bahawa ianya hanyalah gimik murahan atau satu cara untuk menjatuhkan FB (bukan saya fanatik FB) dalam erti pesaingan dikalangan laman sosial yang sedia ada masa kini.

Harta pengasas FB iaitu Mark Zuckerberg bernilai US9 billion.Takkanlah si Mark Zuckerberg bingai sangat nak tutup sumber pencarian dia secara tiba-tiba.



Semoga pada masa-masa akan datang,kita akan lebih matang dalam membuat penilaian terhadap sesuatu berita atau maklumat yang disebarkan didalam internet.Insyallah.

Maafkan saya jika bahasa saya agak kasar,bukanlah niat saya untuk berlagak bijak dan mempersendakan kerisauan mereka yang lain.Cuma rasa ini ingin dikongsikan bersama.

 
Info yang membuatkan ramai pengguna FB gelabah dan hilang pedoman seketika:

Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

“Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini,” jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: “Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik.”

“Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik,” kata Zuckerberg.

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

“Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup,” jelas Humarthi.

Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham.

1 comment:

qalam_timur said...

Terima kasih tuan kerana menyenaraikan coretan yg tak seberapa saya..

Sentiasa menyokong kearah perpaduan

"SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA"

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...