Friday, January 21, 2011

Hari Terakhir Pelajar Praktikal

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Hari ini merupakan hari terakhir bagi Cik Noraziah bt Md Tahir dan Cik Noor Eznyza bt Khalid,pelajar Program Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjalani latihan amali (dua bulan)di perpustakaan UTeM.

Perpustakaan UTeM sememangnya menjadi pilihan para pelajar daripada jurusan Sains Pengajian Maklumat bagi menjalani latihan amali.Ini adalah  merupakan salah satu langkah persediaan bagi pelajar untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang bidang yang mereka pelajari.

Untuk latihan amali di perpustakaan UTeM,pelajar akan ditempatkan di setiap bahagian dan unit di perpustakaan sepanjang proses pembelajaran dimana mereka akan didedahkan secara praktikal tentang tugasan serta proses kerja yang berlaku.

Majlis penyampaian cenderahati kenang-kenangan dilakukan sejurus selepas bacaan yassin dan tahlil.Encik Azman Ayup mewakili KP dan TKP untuk menyampai dan menerima cenderahati daripada kedua pelajar ini.

Saya ingin  mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Cik Noraziah bt Md Tahir dan Cik Noor Eznyza bt Khalid.Dunia kepustakawanan adalah indah jika kita menghayati dan memahaminya.Tak kenal maka tak cinta.

FOTO







Teringat zaman saya menjalani latihan amali di Perpustakaan Awam Pahang:)


No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...