Friday, January 7, 2011

Sains Metafizik Tarikh Lahir

Tarikh : 5 Januari 2011 (Rabu)

Lokasi: Straits Meridian Hotel,Bukit Baru

Tiket: RM30.00

Saya telah diajak oleh Hafeez (Penolong Pegawai Unit Sirkulasi) untuk mengikuti satu ceramah berkenaan Preview Sains Metafizik Tarikh Lahir.Saya bertolak dari rumah dalam jam 8 malam dan tiba tepat jam 8.30 malam.Hotel Straits Meridian  bukanlah asing bagi saya kerana banyak juga function yang saya hadiri disitu.Hari hujan lebat.Di lobi kelihatan ramai peserta sedang mendaftarkan diri.Ceramah yang sepatutnya dimulakan pada jam 830 itu ditangguh sehingga jam 9.00malam bagi membolehkan semua peserta hadir.

Saya dan Hafeez duduk di 3 barisan hadapan,tak sangka saya,ramai juga peserta yang turut serta,lebih kurang 120 orang.Ini adalah kali pertama saya mengikuti ceramah sebegini,jadi perasaan teruja dan ingin tahu berlegar difikiran.Jam 9.00 malam sesi ceramah dimulakan.Penceramah ialah Encik Amzari.Beliau memperkenalkan diri dan menceritakan sedikit sebanyak latarbelakang kerjaya.Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengurus Bank CIMB selama 11 tahun.6 Tahun sebagai kerani dan 5 tahun sebagai pengurus bank di Kuala Lumpur.

En Amzari menceritakan serba sedikit pengenalan kepada sains metafizik berkenaan tarikh lahir.Bagaimana dengan melalui ilmu hisab tarikh lahir kita dapat mengenali karakter seseorang itu (ketepatan 80% - 90%.)Turut ditekankan ialah,ilmu sains metafizik bukanlah satu ilmu tenung nasib yang secara terang salah disisi agama islam.

Saya perhatikan terdapat juga beberapa peserta yang bukan kali pertama hadir begitu hapening sekali.Kami diberikan satu contoh pengiraan tarikh lahir untuk diisi (tarikh lahir sendiri dan insan terdekat).Saya merasa begitu kagum sekali dengan teknik-teknik pengiraan yang digunakan dan ianya sangat mudah dan tidak memerlukan seseorang itu jadi pakar matematik untuk melakukannya.


Contoh:

Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik.


Mengungkap Rahsia Tarikh Lahir Dengan Menggunakan Kaedah Sains Metafizik Dengan Ketepatan Sehingga 90%. Percayakah Anda, Tarikh Lahir Anda Menceritakan Segalanya.

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir-

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour


Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin


Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini andakan menjadi seorang yang berguna.

Ceramah berakhir sekitar jam 11.45 malam.Namun masa yang dirasakan seolah terlalu pantas.Saya dan Hafeez menjamu selera di Restoran Apple bersebelahan hotel.Disitu saya berkesempatan untuk minum semeja dengan penceramah En Amzari.Melalui perbualan,dapat saya rasakan yang beliau seorang yang peramah dan tidak sombong.Karakter yang menarik membuatkan beliau amat bersesuaian dalam bidang yang disedarinya.Turut diceritakan bagaimana beliau mula bertukar arah daripada seorang manager bank kepada motivator.Dia juga salah seorang pelajar Dr Azizan

Saya merasa bersyukur kerana berkesempatan mempelajari ilmu sains metafizik ini walaupu secara ringkas.Sesungguhnya Rahsia itu bagi mereka yang mencari dan cuba memahaminya.Terima Kasih juga kepada Hafeez yang mengajak saya.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsi, sesungguhnya segala ilmu adalah kepunyaan Allah SWT, kita sewajarnya menggunakan segala ilmu untuk menambahkan keimanan dan ketakwaan semoga kita semakin dekat dengan Allah SWT... bukan semakin menjauhinya... dan paling penting jangan terlalu obses dengan sesuatu,ingat Allah SWT yang Maha Kuasa atas segala sesuatu...









No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...