Thursday, August 25, 2011

Operasi Lebaran 1432 Unit Perolehan

Hari ini,Staf Unit Perolehan Perpustakaan UTeM (Buku,Jurnal dan Hadiah) melaksanakan misi Unit Interior decoration sempena sambutan lebaran yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi.Selain dari rasa tercabar dengan ruangan Unit Pengindeksan yang telah memulakan langkah menghias unit pada hari semalam.

Operasi bermula sekitar jam 930 pagi,dengan diterajui pakar-pakar hiasan dalaman yang diiktiraf antarabangsa,misi pun bermula.Strategi yang dilaksanakan ialah dengan Konsep 2 in 1.Iaitu Sambutan Kemerdekaan 54 dan Sambutan Syawal 1432.

Ketika operasi menghias dijalakan,terdapat juga agen-agen daripada unit-unit lain yang datang membuat risikan,namun mereka semua telah dapat dikesan (Matdet dari unit rujukan,MRJ dari automasi dan Ahmad dari Unit Pengindeksan)mereka cuba melakukan perang saraf dan menyebarkan propaganda untuk melemahkan semangat staf Unit Perolehan.Semua percaturan mereka tidak berjaya dan lebih membanggakan,Staf Unit Perolehan berjaya membuat mereka kagum dan sekaligus memberikan pujian tentang kecantikan interior yang dilakukan.















Kredit pada mr Harul untuk gambar.
Jutaan terima kasih pada Unit Rujukan atas ihsan wording.









Monday, August 22, 2011

Negaraku:Is this the country that we love?



""Maka, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat."
(Tunku Abdul Rahman, 31 Ogos 1957)




Tanggal 31,bulan Ogos 1957 adalah tarikh keramat bagi semua rakyat Malaysia kerana pada tarikh ini Malaysia telah diistiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Bagi tahun 2011,Sambutan Hari Kemerdekaan ditangguhkan ke tarikh 16 September 2011 dimana ianya akan diadakan serentak dengan sambutan Hari Malaysia.

Tentu sahaja soalan yang sering ditanya pada setiap sambutan kemerdekaan tanahair

"Apakah erti kemerdekaan pada diri anda?"

Bagi diri saya,Kemerdekaan adalah sebuah pengiktirafan kepada Agama,Bangsa dan Negara dimana warganegaranya akan bebas mencorakkan dan menentukan masa depan tanahair mereka dengan usaha berserta buah fikiran mereka disamping ketentuan Allah SWT.

Merdeka juga adalah satu tahap dimana individu dapat menggunakan iman dan akal kurniaan Ilahi yang ada pada mereka untuk membezakan yang manakah perkara yang benar dan salah dalam kehidupan mereka.

Tentu saja setiap orang mempunyai tafsiran dan perspektif yang berbeza mengikut pemikiran masing-masing.

Pada tahun ini juga,saya telah menyambut seruan kerajaan agar mengimbarkan Jalur Gemilang bagi menzahirkan kesetiaan pada negara.Saya telah gantungkan Jalur Gemilang di pagar rumah.Tidak kisahlah,janji dihati kita,rasa cinta itu tidak pernah pudar

Tema Sambutan Hari kemerdekaan pada tahun ini ialah:



Is this the country that we love?Yes!Indeed!..This is the country that i bleed myself  for.
Negaraku,Tanah tumpahnya darahku.



Malaysia oh tanah airku!

Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang
Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia
Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah airku

(Lirik lagu Malaysia tanah airku)


Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong & Permaisuri Agong selamat bertahta sebagai payung negara.


Ya Allah,di sempena ulangtahun kemerdekaan negara kami ini,kami memohon kepadaMU agar disatukan hati-hati kami dalam mentaatiMU,Engkau peliharalah kehidupan kami yang penuh harmoni,bersatu-padu daripada sebarang anasir-anasir yang merosakkannya.


Meski ada Golongan-golongan yang cuba memecahbelahkan kami hanya kerana ideologi yang berbeza,Engkau peliharalah saf perpaduan kami Ya Allah,Jangan Engkau mendatangkan ujian yang berat keatas negara ini seperti telah Engkau timpakan terhadap saudara kami yang lain walaupun kami lebih layak mendapatkannya kerana kejahilan dan kelemahan kami sendiri..


Thursday, August 18, 2011

Rezeki itu ialah Sabar dan Syukur




Salam & Selamat berpuasa

Rezeki itu kurniaan daripada Allah SWT,dan saya percaya dengan ketetapan takdir yang telah tertulis dalam perjalanan hidup saya didunia ini.Rezeki boleh datang pelbagai bentuk,samada dalam bentuk kebendaan (nampak) atau tidak nampak.

Saya diberitahu bahawa sabar adalah separuh daripada iman,dan yang separuh lagi pula ialah syukur.Betapa benarnya perkara ini telah pun diperlihatkan saya pada hari ini.Saya sangat bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT pada saya hingga saat ini.Memang manusia itu sikapnya sentiasa mahukan lebih dan yang terbaik.Namun untuk hari ini,Saya berdoa agar saya tergolong dalam manusia yang tahu bersyukur dan semoga keegoan dalam hati diri saya tidak menjadikan diri saya seorang yang kufur nikmat.

Dan, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. (QS. Al-Baqarah : 45)

Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. (QS. Al-Baqarah : 177)

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. Al-Baqarah : 153)

Dan, sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (QS. An-Nahl : 96)

Mungkin anda masih tertanya maksud sebenar entry kali ini,seandainya sedemikian...........klik disini
Alhamdullilah.Terima Kasih Allah SWT.


Tuesday, August 16, 2011

I am Muslim,Don't Panic


When I say. . .I am a Muslim,
I'm not shouting " down with Christians and Jews."
I am whispering "I seek peace,"
and Islam is the path that I choose.

When I say. . . I am a Muslim,
I speak of this with pride.
And confess that sometimes I stumble,
and need Allah to be my guide.

When I say. . .I am a Muslim,
I know this makes me strong.
And in those times when I am weak,
I pray to Allah for strength to carry on.

When I say. . . I am a Muslim,
I'm not boasting of success.
I'm acknowledging that Allah has rescued me,
and I cannot ever repay the debt.

When I say. . .I am a Muslim,
I'm not claiming to be perfect.
My flaws are indeed visible,
but Allah forgives because his followers are worth it.

When I say. . .I am a Muslim,
it does not mean I will never feel pain.
I still have my share of heartaches,
which is why I invoke Allah's name.

When I say. . .I am a Muslim,
I do not wish to judge.
I have no such authority
My duty is to submit to Allah's all-encompassing love

Wednesday, August 3, 2011

From Terengganu to Melaka

Saya melalui Ramadhan 1432 bersama mertua di Felda Kerteh 2,Dungun Terengganu.Suasana yang sangat mendamaikan bila berada bersama keluarga mertua dan orang kampung yang sangat peramah dan mesra antara satu sama lain.

Saya sempat membeli juadah di Bazar Ramadhan yang berada di Paka.Memang sangat meriah.Saya sangat menantikan peluang ini.Terutama untuk merasai kuih muih dari Pantai Timur.







Dalam Perjalanan pulang ke Melaka,Saya berhenti membeli keropok lekor di Chendor Kuantan,Pahang bagi memnuhi kiriman rakan sepejabat yang kepingin merasa keropok lekor,memborong keropok keping di Batangan Terengganu untuk stok jualan di Pejabat (sesaje cuba berniaga).Kereta sya yang memang sedia kecik molek dipenuhi oleh keropok.




Beberapa keping foto yang dapat dikongsikan bersama sepanjang perjalanan pulang dari Terengganu ke Melaka.

Ketabahan Insan mencari Rezeki.

Kg Pasal,Jangan cari pasal ok.







Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan El Mubaraq 1432h



Saya dan isteri mengambil kesempatan ini  untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan El Mubaraq 1432 yang mulia ini kepada seluruh umat islam.Semoga Ibadah kita mendapat keredhaan Ilahi dan lebih baik dari yang sebelumnya.

Ketahuilah,Iman tidak melahirkan kewajiban,namun iman melahirkan kerelaan dalam melaksanakan kewajiban yang telah ditetapkan.Insha Allah.Semoga kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Wednesday, July 20, 2011

Sutera Bidadari



Sutera Bidadari adalah Novel ke 5 dalam siri Bagaikan Puteri.Karya Ramlee Awang Mushid .Bermula dengan Bagaikan Puteri(BP),Cinta Sang Ratu(CSR),Hijab Sang Pencinta(HSP),Cinta Sufi (CS)  dan terkini Sutera Bidadari(SB).Pengembaraan SAIFUDDIN  BIN JALIS diteruskan lagi.

Flashback
Pada novel terakhir,Cinta Sufi,Saifuddin cedera parah dalam pertempuran di hulu Melaka dengan askar Portugis,ditembak di bahagian dada lantas diselamatkan oleh Laksamana Hang Tuah.Cara yang sama digunakan oleh RAM seperti dalam Hijab Sang pencinta (Ditembak ketika akad nikah).Dan semestinya Saifuddin  akan dipulihkan,dan kali ini melalui rawatan Hang Tuah.

Dalam awal Sutera Bidadari (SB),RAM cuba mengolah kembali segala persoalan dengan menceritakan kisah Raja Roman *(Taghut).Watak jahat yg telah menyesatkan Nyi Burga Kelara,Manggala dan Maharani Pulau Utara.Pada pendapat saya,RAM cuba merungkai persoalan yg ditimbulkan bermula HSP(Terlalu banyak plot tergantung).Pada masa yang sama juga,RAM mewujudkan misteri baru iaitu siapa Saifullah,Pencarian Catatan Maryam dan Keris Nanggroe.

Pengembaraan
Pengembaraan sebenar bermula apabila Saifuddin memunculkan dirinya selepas hampir empat purnama bersembunyi bersama Hang Tuah untuk menghapukan Taghut.Saifuddin  juga turut diperturunkan satu jurus bayangan daripada Hang Tuah.


Di abad 21,Abid Kamal,Sharil dan Saifullah  juga bergabung tenaga menjejak Elizabeth yang melarikan Catatan Maryam dan Keris Nanggroe.

Disini saya amat suka bagaimana RAM masih kekal dengan konsep dua masa yang berbeza namun masih mempunyai kaitan.Setiap jalan ceritak diolah dengan kesinambungan yang jitu.

Misteri,plot pengembaraan
Kali ini Saifuddin sering didatangi mimpi,yang berkaitan dengan Sang Dewi yang senantiasa menyeru dirinya untuk mampir ke negeri bernama Inderipuri.Pada awalnya agak suspen,namun bila dinyatakan oleh Hang Tuah dan Saifuddin yg ianya berkaitan dengan Pulau Utara dan Maharani.Ianya terkesan diawal lagi,semestinya RATNA SANG RATU.Disini saya agak kecewa kerana plot ini Berjaya dirungkai terlalu awal.Namun misteri masih belum terungkap sepenuhnya,sebab secara nyata dalam CSR,Ratna mati dipangkuan Saifuddin selepas ditikam Maharani dan dikuburkan disana serta tenggelam ke dasar lautan Hindi.

Misteri Saifullah adalah yg paling menjadi bagi saya,hingga langsung tak terfikir yang Saifullah itu sebenarnya adalah....warisan LS.Dan pada pengakhiran,LS telah menerima 2 orang murid iaitu Panglima Awang Bagan dan Indera.

Saya merasa agak terkilan sebagaimana yang terjadi ketika membaca Cinta Sufi(Hang Tuah ada naga),dimana kali ini RAM mewujudkan Vlad The Impaler sebagai musuh Saifuddin,agak lucu.Adakah RAM telah kehabisan imaginasi sehingga perlu memasukkan watak vampire Bram stoker kedalam novel beliau.Saya terasa amat lucu sekali.Dalam keseluruhan novel ini.Bahagian inilah yang betul-betul buat saya rasa nak tergelak.Hilang terus suspen!

Klise:Maryam diselamatkan daripada puak pemakan daging manusia (Tinae) ketika lehernya hampir disembelih.Sama dengan Haryani ketika berada di Brunei dalam Bagaikan Puteri.

Sadik turut terkorban..mungkin sudah ditakdirkan,setiap tentera Allah SWT beroleh syahid sebagai anugerah terindah.

Paling akhir dinyatakan bahawa Saifuddin akan  bertemu Sang dewi yang dikatakan Isterinya (Ratna,Ratu Sulaman.)Ini sekaligus akan membawa kepada sambungan seterusnya dalam Novel Epik Bagaikan Puteri.Saya berharap agar sambungan kepada siri ini adalah yang terakhir.

Secara keseluruhannya,hasil tangan RAM tidak pernah mengecewakan saya terutamanya siri feveret peminat novel thriller islamik seantero Malaysia.

Mesti dimilki!

Saturday, July 16, 2011

Istiwa Matahari 2011

Assalamualaikum 


Umat islam perlu mengambil peluang Istiwa Matahari ini untuk menentukan arah Kiblat masing-masing.Untuk menambahkan lagi keyakinan kita dalam mengagumi kebesaran Allah SWT pada umat islam.Kita tidak akan berasa sangsi lagi berkenaan arah kiblat ketika menunaikan solat dirumah.

Tarikh 28/5/2011 jam 5.16pm adalah waktu berlaku fenomena unik Istiwa Matahari di atas Kaabah waktu kedudukan matahari tepat di atas Kaabah. Ketika ini matahari dan bumi berada pada kedudukan yang cukup unik, dan sudut yang cukup tepat dan sesuai bagi umat Islam untuk menyemak kembali arah kiblat kita. Setiap tahun pada tarikh 28 Mei jam 5.16pm dan 16 Julai jam 5.28pm kecuali untuk tahun lompat pada tarikh 27 Mei jam 5.16pm dan 15 Julai jam 5.28pm waktu berlakunya fenomena Istiwa Matahari di atas Kaabah.


Menjelang tarikh dan masa tersebut, kita hanya perlu bersedia dengan peralatan yang paling ringkas – tongkat atau tiang tegak yang disinari cahaya matahari, dan jam yang telah diselaraskan dengan waktu piawai Malaysia (hubungi talian 1051 untuk membetulkan jam anda). Anda juga boleh menggunakan sisi dinding, tingkap atau pintu yang tegak dan boleh menghasilkan bayang yang lurus. Cara yang lebih lengkap boleh diperolehi di Falak Online.







Allah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 190-191 yang maksudnya :
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal”"(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka
Itulah KEAGUNGAN ALLAH SWT. Selangkah kita mencari ALLAH SWT 10 langkah ALLAH SWT dekat kepada kita. Walaupun terlepas untuk tarikh 28/5/2011 masih ada sekali peluang iaitu pada 16/7/2011 jam 5.28pm.
Lepas itu,bolehlah kita melayan Liverpool VS Harimau Malaya dengan tenang.Kewajiban pada agama perlu diutamakan.

Friday, July 8, 2011

Seloka Pak Kaduk


Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai malang Pak Kaduk

Monday, July 4, 2011

Visiting Baby Alexia Jr.

 3 Julai 2011 (Ahad)

Saya dan isteri mengambil kesempatan untuk melawat Suzana yang selamat  melahirkan seorang baby girl iaitu Aliyatulridhah Binti Mohd Zabri aka Alexia Jr.Dalam perjalanan kami menghadapi sedikit kesukaran sebab menyangkakan Teluk Mas dan Kg Teluk Mas adalah sama.



Kami tiba sekitar jam 3.00 petang,Zabri (suami Zana) menyambut mesra kehadiran kami.Suzana yang dalam berpantang juga bangun untuk menyambut dan bersalaman.Baby Alexi Jr masih lena dalam buaian ketika itu.Sempatla saya bertanyakan khabar dan memberikan cenderahati kepada baby Alexia Jr,sepasang baju baby color pink.Hope baby Alexia like it.Kata suzana,Alexia da masuk 20 hari.Suddenly,baby Alexia woke up and looking at us yang asyik memerhatikan dia lena.Of coz she looking so sweet.




Suzana mengambil cuti 3 bulan..that mean saya kena cover up all the work,but its ok..take your time suzana.Jam 340 petang,kami memohon untuk mengundur diri,kena jemput pak saudara baru tiba dari Terengganu.



Pegawai kena concern sama  staf..that what im trying to do...well..try at least:)

Tuesday, June 28, 2011

Memakai Tanda Nama



Saya suka untuk menyentuh isu ini,kerana ianya merupakan hasil daripada pemerhatian saya seharian ditempat kerja.Kepentingan memakai tanda nama ketika berada di Universiti,Kolej,Sekolah,Pejabat,institusi latihan dan mana-mana tempat yang memerlukan kita memakai tanda nama sebagai tanda pengenalan diri.Saya dapati ramai yang memandang remeh tentang perkara ini.

Sejarah pemakaian tanda nama ini telah dimulakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke empat iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad pada tahun 1983.Jadi,ianya bukanlah satu perkara yang baru.Tun M sendiri telah mempraktikkannya melalui dasar Kepimpinan kempen Bersih,Cekap dan Amanah yang diperkenalkan oleh beliau.



Kenapa kita perlu memakai tanda nama?

  1. Tanda nama melambangkan keperibadian seseorang dan identiti dimana dia bertugas/belajar.
  2. Memudahkan pengenalan diri dalam berurusan.
  3. Anda kelihatan profesional apabila memakai tanda nama.

Mengapa terdapat sebilangan pelajar/staf yang enggan mempamerkan tanda nama?Maybe sebab-sebab dibawah boleh diambil kira.

  1. Tidak Cool,kelihatan terlalu skema apabila memakai tanda nama.
  2. Senang hendak melindungi identiti diri dan jabatan/syarikat jika memonteng atau melakukan perkara yang menyalahi peraturan
  3. Semua orang dalam pejabat/Institusi ini dah kenal saya,dah 30 tahun saya berkhidmat.
  4. Pakai pun bukan boleh naik gaji
  5. Pakai,tak pakai sama saja.

Terdapat juga garis panduan khas yang telah dinyatakan bagi penjawat awam bagi pemakaian tanda nama ini.

Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 8 tahun 1983 (Lama sangat dah ni)

Untuk menyeragamkan pemakaian dan penggunaan tanda nama ini, peraturan peraturan berikut hendaklah di ikuti:-
  1. Semua tanda nama hendaklah dibuat daripada plastik dengan huruf berwarna putih berlatarbelakangkan hitam dan berukuran 7.5cm x 2.5 cm seperti contoh yang dilampirkan,
  2. Hanya satu nama sahaja digunakan,
  3. Tidak ada had huruf dan sais yang dikenakan dan sekiranya ejaan nama itu berlebihan ia hendaklah dipendekkan atau dikecilkan untuk dimuatkan ke dalam ukuran tanda nama yang telah ditetapkan,
  4. Gelaran-gelaran darjah kebesaran, keturunan, ‘profesion’, akademik atau ‘initial’ tidak boleh dituliskan,
  5. Nama jawatan dan logo Jabatan juga tidak harus dimasukkan dalam tanda nama berkenaan, jabatan-jabatan yang hendak menggunakan logo Jabatan, ianya hendaklah diadakan secara berasingan dari tanda nama,
  6. Tanda nama hendaklah disematkan dibaju di dada sebelah kiri, dan
  7. Tanda nama hendaklah diasingkan dari pas keselamatan.



Tanda nama juga diletakkan dipintu bilik,atas meja dan juga paparan di carta organisasi untuk kemudahan berurusan.Ianya telah menjadi satu kemestian bagi setiap Jabatan,Institusi samada Kerajaan ataupun swasta.

Kini,tanda nama telah diselaraskan sebagai alat untuk pengesahan kehadiran perakam waktu di tempat kerja,seiring dengan kemajuan teknologi semasa.Namun malangnya,selepas ,ianya diletakkan dalam laci atau merata-rata.

Sebenarnya,bukanlah susah sangat untuk seseorang itu memakai tanda nama,perkara ini seharusnya timbul daripada disiplin diri sendiri.Jangan kita asyik nak komplen itu dan ini,namun untuk melakukan hal yang senang seperti mengantungkan tanda nama pun kita masih bermasalah.Sendiri fikirlah.

Semoga kita sama-sama mendapat iktibar daripada sesuatu yang baik.



PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...