PROTON EXORA 2022
Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.
Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspek perlu diperhalusi. Sebab kemampuan kewangan kita terbatas. Loan akan buat sehingga 9 tahun. Kos penyelengaraan, minyak dan lain-lain.
SEBAB UTAMA
Mengapa nak beli kenderaan baru?
- Pertambahan bilangan ahli keluarga. Keselesaan ahli keluarga adalah keutamaan.
- Hidup jauh diperantau. Bermastautin di Melaka. Kampung asal di Pahang, kampung isteri di Terengganu. Perjalanan jauh.
- Alhamdulillah, ada rezeki dan kemampuan kurniaan Allah SWT.
- Kemampuan Kewangan : Mesti kenderaan bawah 100K dan bayaran bulanan maksimum bawah RM1K.
- Ruang : kenderaan 7 tempat duduk adalah paling praktikal untuk bilangan ahli keluarga seramai 7 orang.
- Kenderaan Baru : Tiada masalah dengan kenderaan terpakai, namun keputusan kami ianya mestilah kereta baru.
- Senang dalam penyelengaraan : Mudah dapat alat ganti dan banyak workshop boleh repair jika berlaku sebarang kerosakan.
- Mitsubishi Xpander
- Perodua Aruz
- Proton Exora
Kami letakkan Xpander sebagai pilihan pertama sebab memang dah aim sangat kereta ni sejak mula keluar. Design cun, minyak ok dan ianya Mitsubishi.Kami telah pergi test drive. Betullah apa orang kata. Jangan sekadar tengok di youtube dan tengok gambar saja. Test Drive adalah WAJIB jika nak beli kenderaan. Xpander drive memang best, cuma bila lihat space bahagian belakang (seat paling belakang). Kami terasa seolah ada something yang tak memnuhi apa yang kami cari. Of coz dengan harga 90k dengan bayaran bulanan sekitar 950 sebulan. kami mahu ianya berbaloi. Akhirnya kami memutuskan tiada jodoh kami dengan Xpander. Apapun ianya tetap sebuah kenderaan yang menarik.
Berkenaan Perodua Aruz, kami dapati ianya agak membuai semasa pemanduan dan ruang belakang yang agak padat. Sekali lagi ianya tetap isu back seat and space.
Senang cerita boleh tengok perbandingan disini. nak taip panjang sangat.
https://www.youtube.com/watch?v=2ouPGTjX1lg
Kami tak fokus sangat tentang nilai jualan balik kenderaan. Sebab itu bukan keutamaan kami.
JADI CCTV : Penting sangat untuk jadi CCTV di grup-grup kenderaan yang kita minat. Disini kita akan dapat pelbagai maklumat tentang segalanya berkaitan kenderaan tersebut. Informasi pula secara real daripada mereka yang menggunakannya.
KEMAMPUAN BAYARAN BULANAN+ INTEREST BANK
Kami akan beli kereta secara loan, kami tak mampu nak beli cash. Jadi bila dah namanya loan. Maka ianya akan melibatkan bank dan interest. Kami buat sevey sendiri berbanding serah bulat-bulat pada SA.
KEPUTUSAN AKHIR
Alhamdulillah.
Inilah pilihan akhir kami dan inilah yang terbaik buat kami setelah dinilai dari segala segi.
PROTON EXORA RC 2022
"Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami,sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya."
Kronologi Ringkas.
6 Mac 2022 : Apply Loan B.Rakyat
7 Mac 2022 : Loan lulus dan Sign Agrement B.Rakyat (2.40%)
15 Mac 2022 : Kenderaan didaftarkan dalam sistem JPJ.(Bayau deposit ke SA)
23 Mac 2022 : Kenderaan tiba di Proton Edar
24 Mac 2022: Alhamdulillah.. kenderaan diserah milik.