Showing posts with label Kenegaraan. Show all posts
Showing posts with label Kenegaraan. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian buruk padahnya.


Apabila kita ada lebih daripada apa yang kita perlukan, maka sedikit sahaja kekurangan akan terasa begitu azab bagi kita

Dewasa ini kita merasa sedih apabila mengatakan atau menasihati sahabat dan rakan bahawa kita seharusnya memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga atas nikmat kurniaan Allah SWT pada diri dan negara. Maka dengan segera kita dilibas dan dilabel sebagai MACAI PARTI POLITIK.

Begitulah jadinya apabila berhadapan dengan mereka yang segalanya adalah politik. Berpolitik sampai hilang adab, hilang bahasa, hilang santun, hilang hormat malah hilang ukkwah.

Tidakkah kita bersyukur pada hari ini, pada masa ini, pada detik ini bahawa kita masih lagi hidup dan beragama islam. Apakah nikmat yang lebih besar selain islam? kita masih mampu menyara hidup dan keluarga.Masih terjaga keselamatan daripada penjajahan kuasa asing.

Adakah maksud daripada kenyataan diatas saya setuju dengan segala apa yang terjadi dalam negara kita sekarang.Tentulah tidak. Kenaikkan harga barang, jenayah, kemalangan, korupsi dan pelbagai lagi. itu semua diakui. Namun janganlah jadikan ianya satu punca untuk kita memecahkan belahkan keutuhan yang terjalin selama ini. Jangan sebab tercekik tulang, kita minum racun.Jangan marahkan nyamuk, habis rumah terbakar.

Membina sesebuah negara adalah lebih sukar daripada meruntuhkannya. Tentu saja perbezaan akan terus ada hingga kiamat.Ketahuilah...Umat islam teruk diasak dari segenap sudut pada masa kini.Baik dari akidah, jatidiri, moral, kesultanan, kebangsaan dan tanahair. Musuh musuh umpama serigala lapar yang hanya menunggu masa untuk menjajah jarah tanah melayu ini. Buka mata dan buka minda serta lihatlah daripada perspektif yang lebih luas.


Musuh menaburkan racun fitnah agar masyarkat berpecah dan berantakan sesama sendiri
"Let them kill themselves quietly"


Wednesday, April 3, 2013

Pembubaran Parlimen



Setelah mengadap dan diperkenankan oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong.Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah berucap secara langsung di Televisyen mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia berkuatkuasa pada Jam 11.38 pagi bertarikh 03 April 2013 bersamaan 22 J.Awal 1434 (Rabu).

Maka dengan ini mandat bagi tampuk pemerintahan Negara Malaysia akan diserahkan kembali kepada rakyat untuk menetukan siapakah pilihan mereka pada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Adakah Barisan Nasional (BN) akan kekal diberikan kepercayaan oleh rakyat sebagai pemegang tampuk teraju negara atau Pakatan Rakyat (PR) iaitu gabungan DAP, PKR dan PAS untuk mentadbir negara?

Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan pimpinan Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama barisan kabinetnya yang telah mentadbir Malaysia selama 4 tahun selepas mengambil alih teraju pemerintahan daripada Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Marilah kita menggunakan hak pemilih yang telah diberikan kepada kita dan sama-sama berdoa agar kita membuat pilihan yang tepat dan betul dalam menetukan halatuju negara untuk 5 tahun akan datang.





Senarai Perdana Menteri Malaysia






Thursday, March 21, 2013

Pemerintah dan Rakyat.




Adakah kemakmuran sesebuah negara hanya terletak 100 % diatas bahu pemerintah sahaja.Sedangkan sesebuah negara itu terdiri daripada pelbagai golongan dan semestinya terdiri dariapada golongan pemerintah dan yang diperintah iaitu merujuk kepada kerajaan dan rakyat.

Saya tertarik kepada Kisah dan makna tersirat daripada dua orang khalifah Islam Iaitu Khalifah Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Pada Zaman pemerintahan Sayyidina Ali bin Abi Talib sebagai Amirul Mukminin.Beliau telah ditanya oleh rakyat." Mengapa pada zaman pemerintahan engkau, ummah berbeza pendapat serta berbalah dalam soal engkau ( Soal pemerintahan/Khilafah)? Sedangkan mereka tidak begitu pada (zaman) Abu Bakar dan Umar Al Khattab?  Sayyidina Ali bin Abi Talib dengan tenang dan tegas menjawab. " Ini kerana Abu Bakar dan Umar memerintah orang seperti aku dan aku pula memerintah orang yang seperti kamu."

Adakah Sayyidina Ali bin Abi Talib bukan pemerintah yang bijak dan adil hanya kerana pada zamannya banyak terjadi kekacauan dan perpecahan dikalangan ummah? Tentu sekali tidak! Sayyidina Ali bin Abi Talib mengambil alih pentadbiran ketika keadaan ummah kacau bilau akibat pembunuhan Khalifah Uthman Bin Affan dan juga faktor hasutan musuh islam.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.Rakyat akan mengeluarkan zakat yang banyak kepada Perbendaharaan Negara dan ianya akan diagihkan kepada fakir miskin dan mana-mana golongan yang memerlukan. Namun wang tersebut terpaksa dikembalikan kerana tidak ditemui asnaf yang melayakkan menerima zakat.

Sememangnya Khalifah Umar bin Abdul Azizn adalah khalifah yang alim dan zuhud.Namun bukanlah hanya kerana faktor itu semata.Rakyatnya juga turut sama terkesan dan menyokong usaha membangunkan dan memakmurkan negara.

Semoga kita sama sama mengambil iktibar daripada kisah para sahabat dan pemerintah yang adil dalam usaha memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Friday, July 8, 2011

Seloka Pak Kaduk


Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai malang Pak Kaduk

Thursday, December 2, 2010

Bunga Raya

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


BUNGA RAYA

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu(Hibiscus rosasinensis) dan merupakan sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.


WARISAN NEGARA

Bunga Raya juga diangkat sebagai warisan kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara sejak 2007.

Di bawah kategori objek warisan negara, Bunga Raya diletakkan sebaris dengan objek warisan kebangsaan lain seperti Jalur Gemilang, Jata Negara, Manuskrip Sejarah Melayu, Hukum Kanun Melaka, Manuskrip Hikayat Hang Tuah dan Watikah Perisytiharan Kemerdekaan.

Mengikut fakta sejarah terdapat tujuh jenis bunga yang dicadangkan untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan sejurus negara merdeka pada 1957 iaitu Kenanga, Melur, Teratai, Mawar, Cempaka, Bunga Tanjung dan Bunga Raya.

Bunga Raya  dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.

SIMBOL KEMEGAHAN

Selain warna merah yang melambangkan keteguhan politik dan ekonomi negara serta sifat keberanian dalam menempuh pelbagai cabaran, Bunga Raya dipilih sebagai lambang kebanggaan negara kerana beberapa sifatnya yang unik.

Sifatnya yang mempunyai lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima Rukun Islam dan lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.

Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.

Akhir kata

Apa yang merisaukan saya adalah generasi akan datang, mungkin mereka tidak lagi mengenali bunga kebangsaan negara kita. Hal ini tidak mustahil akan berlaku sekiranya kita tidak mengambil serius tentang hal ini. Mungkin generasi akan datang datang tidak mengenali sama sekali apa itu bunga raya, kenapa dia dipilih menjadi bunga kebangsaan, apa kepentingannya dan apakah maksud yang tersirat disebalik kemerahan bunga raya itu ?

Semoga sedikit info yang bermanfaat ini memberi kesedaran kepada semua pengunjung qalam ini agar semangat cintakan negara terus kekal di dalam hati sanubari kita.








PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...