Showing posts with label Kucing Kita. Show all posts
Showing posts with label Kucing Kita. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Kucing Setia

Saya mendapat info ini daripada http://www.kucing.my.
Sebagai pencinta kucing tegar,saya cukup seronok andainya dapat berkongsi dengan anda semua.
Tentu best jika dapat seekor kucing yang setia dan comel seperti kucing ini.Senantiasa bersamanya tuannya.









Tuesday, June 14, 2011

Kucing di Cameron Highland

Ketika jalan-jalan di Cameron,saya terjumpa seekor kucing,masih anak lagi.gemok dan sangat comel.Terkedek-kedek berlari kesejukan.Memang susah untuk saya memisahkan diri dari haiwan kucing ini.




Andai diikutkan hati,mahu saja saya bawa pulang kucing.Walaupun kelihatan sejuk,namun kucing ini nampak sihat dan montel.Saya perasan,kucing-kucing di sekitar Cameron berbulu bersih dan sihat-sihat.Ini dibuktikan melalui apa yang saya lihat ketika makan di warung.Mungkin juga faktor cuaca dan keprihatinan masyarakat terhadap haiwan ini terutamanya para pengusaha warung.

QT:I LOVE CAT.

Thursday, April 7, 2011

I love Cat

Blackie and Orange


Saya suka kucing,makhluk tuhan yang comel,manja dan suka diusap.Kucing mengiow bila lapar,mengeselkan badan pada kaki bila ingin dimanja.Setiap ekor kucing yang datang ke rumah,insyallah tidak akan pulang dengan perut kosong.Dulu saya ada seekor kucing jantan,Leo.Kini leo hilang entah kemana (bukan kali pertama).
 
 
Beberap minggu kebelakangan ini ada sepasang  kucing jiran yang selalu bertandang ke rumah.Sekor warna hitam (betina) dan sekor lagi kaler orange (jantan).Saya panggil blackie dan orange je.
 
 
Blackie baru lepas give birth (dua ekor,rupa ada iras-iras Leo),dulu dia  bawa anak dia kat rumah saya,sekarang tak tahu kat mana.Blackie memang menyerabutkan bila ada.Terover mengada.Orange rilek aje,senyap sunyi dan cool (semulajadi).
 
 
Kini rumah saya makin kerap menjadi tumpuan kucing-kucing disekitar.Tak mengapalah,mana yang ada,saya beri makan.
 
 
Maha Suci Allah SWT yang mengurniakan makhluknya dengan perasaan kasih dan sayang.
 
I want cat so badly....
 
 

Terima kasih Leo kerana mengajarku erti kesabaran,melewati masa-masa yang sukar dan memulihkan kebekuan hatiku.

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...