Showing posts with label Pustakawanan. Show all posts
Showing posts with label Pustakawanan. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

OCLC Asia Pacific Regional Council Conference 2012





OCLC Asia Pacific Regional Council Conference 2012
National Library of Malaysia
3-4 September 2012

Saya , En Arman dan En Azman (TKP) berpeluang menghadiri persidangan OCLC ke 12 di Perpustakaan Negara (PNM). Persidangan ini merupakan kerjasama diantara OCLC dan PNM  berlangsung selama 2 hari.Ini adalah kali pertama bagi saya menghadiri persidangan bertaraf antarabangsa  seperti ini.

Delegasi antarabangsa yang hadir antaranya ialah daripada Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea, Philippines, Singapore, Taiwan, United Kingdom, USA dan Thailand.Jumlah penyertaan pada persidangan ke 12 ini keseluruhannya berjumlah 291 peserta sebagaimana yang dimaklumkan oleh penganjur di akhir persidangan.

Persidangan dan pembentangan daripada setiap delegasi diadakan dalam bahasa Inggeris.Disini saya dapat nyatakan bahawa penguasaan dan pemahaman Bahasa Inggeris amatlah penting apabila kita berada di sesuatu majlis atau program bertaraf antarabangsa.Namun demikian, ianya bukanlah syarat utama.

Persidangan kali ini saya lihat lebih berfokuskan kepada aspek Digitazation dan online database resources yang banyak disentuh tentang perkembangannya terutama dalam era capaian dan maklumat dihujung jari ini.Setiap delegasi membentangkan kejayaan dan usaha mereka dalam projek digitazi serta pangkalan data yang diwujudkan.

Saya amat tertarik dengan pembentangan  delegasi daripada Singapura yang disampaikan oleh  Encik Chew Leng Beh,Senior Director of National Library Board Singapore bertajuk: "Service Innovations: Keeping Library Relevant." Saya  berpeluang untuk mengemukakan soalan kepada beliau (dinasihatkan agar cepat2) pada sesi Open Forum sebelum penutup dan jawaban yang diberikan oleh En Chew adalah sangat konkrit dan profesional.Dan pada saya dia adalah pembentang terbaik selain Cik Mazmin Mat Akhir, Ketua Pustakawan UNIMAP.

Pustakawan serta mereka yang berada dalam bidang maklumat seharus lebih didedahkan serta mendedahkan diri kepada program seumpama ini terutama apabila ianya berlansung di negara sendiri serta PERCUMA.

"Jauh berjalan luas pemandangan bertambah pengetahuan" adalah kata-kata yang sangat sesuai digambarkan.Apabila kita berada bersama yang lain,kita dapat membuat satu perbandingan dan penanda aras diantara dimana kita dan diperingkat mana kita berada.



Terdapat juga perkembangan terbaru yang dimaklumkan berkenaan pengkatalogan RDA: AACR 3 yang  akan diperkenalkan pada April 2013.Sama sama kita nantikan.Terutama bagi mereka yang bertugas dibahagian pengkatalogan.






Worldcat adalah antara sumber rujukan yang terbaik untuk pustakawan mencari sumber secara online.
Perpustakaan UNIMAP telah menjadi perpustakaan pertama di Malaysia menggunakan sistem rangkaian OCLC ini sebagai akses perpustakaan seluruh dunia.

Persidangan OCLC 2013 akan diadakan di Thailand.Wakil delegasi Thailand iaitu Puan Srichan Chincheewa, Pengarah, Perpustakaan Universiti Thammasat menjemput semua delegasi yang ada untuk menghadirkan diri mereka pada persidangan seterusnya.

Persidangan berakhir pada jam sekitar 5.15 petang.Kami tidak mengikuti lawatan ke Perpustakaan IIUM kerana mengejar masa untuk elak daripada kesesakan lalulintas.




"Mr Chew,could you please share with us your  opinion on what makes library a library?"

Tuesday, November 22, 2011

Persaraan Cik Siti Noor Kiah (Timb.Ketua Pustakawan Kanan,S52)Perpustakaan UTeM

Majlis Makan Malam Persaraan Cik Siti Noor Kiah Binti Syed Abdul Malek
Timbalan ketua Pustakawan Kanan (S52)

Tarikh   : 17 November 2011/21 Zulhijjah 1432 (Khamis )
Masa     : 8.00 malam  – 10.30 malam
Lokasi   : Restoran Tom Yam Klasik.

Hari ini merupakan hari terakhir buat Cik Siti Noor Kiah Binti Syed Abdul Malek Timbalan ketua Pustakawan Kanan (S52) perpustakaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM) bertugas.Setelah 8 tahun menabur khidmat bakti . Cik Siti Noor Kiah atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Cik Citi dikalangan staf memulakan perkhidmatan di perpustakaan UTeM pada tanggal 13 Ogos 2003 sebagai Timbalan Ketua Pustakawan (S48).No staf Cik Siti ialah 00969.

Sedikit latar belakang Cik Siti untuk makluman.

Dilahirkan pada 06 Desember 1953 di Kg Manjoi,Lenggong,Perak Darul Ridzuan.Maklumat pendidikan Cik Siti adalah seperti dibawah:

·            Sekolah Kebangsaan Lenggong, Perak (1960 – 1965)
·            Sekolah Kebangsaan Lenggong, Perak (1960 – 1965)
·            Sekolah  Menengah Dato’ Ahmad Said, Lenggong, Perak (1966 – 1971)
·            Sekolah Menengah Anderson, Ipoh (1972 – 1973)

Seterusnya Cik Siti melanjutkan pelajarannya ke peringkat Ijazah  di Institut Teknologi Mara  dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakan (1975-1978).

Cik Siti memulakan langkah dalam bidang kerjayanya di Kementerian Kemajuan Tanah & Kemajuan Wilayah (Jun 1979 – 31 Mac 1982) selama  (4 tahun),seterusnya berkhidmat sebagai Pustakawan di Perpustakaan Sutanah Zanariah,Universiti Teknologi Malaysia (UTM ) dari April 1982  hingga 12 Ogos 2003 (21 Tahun).Beliau mengakhiri karier di perpustakaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)  dari 13 Ogos 2003  hingga 17 November 2011 (8 tahun).

Cik Siti juga adalah seoarang staf yang aktif dalam aktiviti berpersatuan.Antara penglibatan beliau dalam persatuan ialah:

PERSATUAN
·   Persatuan Pustakawan Malaysia  - Ahli
·         Kelab Staf Perpustakaan (LISTAC)  - Ahli
·         BAKUTEM  - Ahli
·         PRAKTIS  - Ahli
·         Sri Kesidang  - Ahli

Di Perpustakaan UTeM

Pada jam 5 petang,seluruh staf telah berkumpul di tempat “touch card” untuk member sokongan kepada Cik Siti ketika beliau menyentuh kad pekerjanya yang terakhir secara rasmi di perpustakaan UTeM.Suasana syahdu dan sedih menyelubungi sekalian yang ada.

Pengacara majlis pada malam tersebut ialah Encik Salleh Md Nor.Ketika ssesi penyampaian cenderahati,ramai staf yang mengambil peluang  memberikan hadiah sebagai tanda kenang-kenangan.Ini sekaligus menunjukkan sesungguhnya Cik Siti amatlah dekat dihati setiap staf.Cik Siti merupakan seorang yang lemah lembut,mudah dibawa berbincang dan terbuka dalam menerima pendapat dan cadangan daripada staf.

Warga LISTAC mengucapkan bersara dan selamat maju jaya buat Cik Siti Noor Kiah Binti Syed Abdul Malek.Segala jasa bakti yang telah beliau curahkan akan senantiasa kekal dihati setiap staf perpustakaan UTeM.

Patah dahan bunga kemboja

Pucuk paku subur di titi

Budi Cik Siti kami tak lupa

Sudah terpaku didalam hati



Aturcara Majis
8.00 – 8.15 mlm                     Ketibaan para tetamu dan pendaftaran
8.15 – 8.30 mlm                     Ketibaan VIP/ Tetamu khas
8.30 mlm                                 Majlis bermula
                                                 Bacaan doa
                                                 Ucapan Pengerusi LISTAC/wakil
                                                 Ucapan Ketua Pustakawan (Penaung)
                                                 Ucapan Yang Dirai (TKP)
9.00 mlm                                Makan malam
                                                 Cabutan Bertuah
10.00 mlm                              Penyampaian cenderahati
                                                 Sesi bergambar
10.30 mlm                              Bersurai

Sentuhan Terakhir sebagai seorang staf


Ucapan Ketua Pustakawan
Hajah Faridah Binti Haji Md Amin.

Ucapan yang diraikan
Cik Siti Noorkiah Syed Abdul Malek.







PA yang masih dalam nostalgia


Bersama Pustakawan kanan dan bakal kanan?


Memotong kek simbolik persaraan

AJK LISTAC

Kenangan abadi bersama seluruh staf yang hadir

Siti Noor Kiah Syed Abdul Malek
Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (S52)
Perpustakaan UTeM
13 Ogos 2003 - 17 November 2011























Monday, March 7, 2011

Peraturan Perpustakaan









Saya tertarik dengan Peraturan Perpustakaan yang  akan terpampang di pintu masuk utama mahu pun disetiap level yang menjadi tumpuan pengunjung  sesebuah perpustakaan.


Terdapat sesetengah perpustakaan yang mempunya hampir 25 peraturan yang perlu dipatuhi oleh pengunjung sewaktu berada di dalam bangunan perpustakaan.Dimana peraturan ini saya tidak pernah lihat sewaktu berurusan dengan Institusi kewangan seperti bank yang menguruskan transaksi kewangan yang mungkin bernilai jutaan ringgit sehari.


Tentu saja bank bukan perpustakaan dimana risiko adalah berbeza.Perpustakaan menguruskan ilmu,nilainya lebih tinggi.



Semestinya perkataan yang amat sinonim dalam peraturan ialah:

  • Dilarang
  • Tidak Dibenarkan
  • Sama sekali tidak dibenarkan
  • Tidak Boleh



Perkataan-perkataan ini akan berulang-ulang beberapa belas kali dalam setiap peraturan yang   tertera.Ianya adalah ayat yang menekan betapa seriusnya dan kritikalnya maksud yang hendak disampaikan kepada setiap pengguna perpustakaan.

  1. Pengguna dilarang membawa pisau,gunting,pedang samurai dan sebarang benda tajam ke dalam perpustakaan
  2. Pengguna dilarang sama sekali untuk makan dan minum(Gulai Kawah,nasi kerabu)ke  dalam perpustakaan.
  3. Pengguna telefon bimbit(Iphone,Blackbery) adalah dilarang keras.(Akan dirampas)
  4. Perabot tidak boleh dialihkan,ini juga dilarang keras!
  5. Pengguna tidak dibenarkan membawa binatang (gajah,kuda padi) ke dalam perpustakaan.
Signage dan papan arahan bergambar seperti jari menutup mulut yang beerti diam,senyap,silent,quite dan pelbagai lagi.Suasana yang pasif adalah suatu kemestian bagi perpustakaan sepanjang zaman.







Apakah pandangan anda jika anda diminta untuk hadir ke perpustakaan namun perlu mematuhi segala pra syarat yang begitu indah teliti pembuatannya?



Mungkinkah ini adalah salah satu konsep penerapan disiplin dalam diri pengguna ?


Adakah Fenomena ini akan terus berkekalan dalam ruang lingkup kepustakawanan?


Dimanakah sikap keterbukaan perpustakaan dalam menghadapi perubahan zaman?




Setiap persoalan pasti ada jawabannya,dengan hanya mengkritik tidak akan membawa kepada sesuatu yang positif.Peraturan diwujudkan agar keharmornian sesuatu tempat itu sentiasa terjaga.



Dunia kepustakawanan harus membuat anjakan minda dengan mengadaptasikan peraturan yang ada agar bersesuaian dengan senario semasa.Ini dapat dilihat di beberapa buah perpustakaan yang ada samada dalam atau negara.Mereka telah cuba membawa suatu revolusi didalam dunia perpustakaan dengan memecahkan dinding zaman.


Perpustakaan Negara Malaysia dengan segala inisiatif yang ada cuba untuk menarik minat membaca.Namun sadisnya nawaitu suci pengunjung perpustakaan terhenti di pintu masuk perpustakaan hanya kerana dia tidak memakai baju berkolar.Tentunya satu peristiwa yang sangat tragik.


Kita tidak perlu meniru bulat-bulat apa yang telah dilaksanakan di tempat lain,memadai dengan menyesuaikan setiap perkara dengan keadaan semasa di perpustakaan kita.

Dimanakah kita?

Ingat,Sila patuhi setiap peraturan sebab Pengguna yang engkar akan diminta meninggalkan perpustaakaan dan tidak dibenarkan menggunakan kemudahan dan perkhdimatan perpustakaan.Pihak perpustakaan berhak berbuat demikian.Takut tak?




Kak Limah tidak dibenarkan memasuki perpustakaan kerana tidak mematuhi etika berpakaian

Monday, January 31, 2011

Membuat Facebook Page untuk Perpustakaan anda


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.






Seiring perkembangan kemajuan terknologi yang pesat dan bersesuaian dengan keperluan dan tuntutan pengguna, perpustakaan terdorong untuk menuju    ke arah perpustakaan digital atau perpustakaan virtual. Oleh yang    demikian, adalah penting bagi perpustakaan  memiliki sebuah medium perantara yang mesra pengguna.

Jom kita sama-sama manafaatkan Laman Sosial Facebook untuk mempromosikan perpustakaan kita.

Buatlah account di facebook, caranya buka www.facebook.com. Kemudian sign up/mendaftar dengan menggunakan email yang kita miliki. Setelah proses pendaftaran selesai. Cek email anda. Kita akan menerima email pemberitahuan yang berisi sebuah link verifikasi. Klik link tersebut agar account facebook kita secara rasmi diaktifkan.


Untuk membuat facebook page, buka URL berikut:




Untuk halaman perpustakaan, facebook menempatkannya dalam kategori lokal atau pembahagian geografi. Pilih "local"kemudian pilih "Library / Public Building".



Kemudian tulis nama perpustakaan anda. Isi huruf verifikasi keamanan di dalam box. Kemudian klik ikon "Create page". Sebuah halaman baru akan dibuat secara automatik oleh enjin dengan format berikut ini.



Klik "Upload picture" di bawah kotak dengan simbol tanda tanya untuk mengupload foto perpustakaan anda. Kemudian lengkapi informasi dasar seperti alamat, nomor telepon, waktu operasi. Serta informasi lengkap  mengenai website organisasi  anda atau website rasmi perpustakaan anda dan informasi umum yang menggambarkan perpustakaan. Misalnya jenis perpustakaan, cakupan koleksinya dan lain-lain.

Facebook page memberikan sejumlah fasiliti menarik yang boleh anda manfaatkan untuk mempromosikan kegiatan perpustakaan. Apalagi bila perpustakaan anda berupa perpustakaan sekolah, universiti atau perpustakaan awam. Anda dapat  menggunakan fasiliti ini sebagai penghubung kepada pengguna yang berurusan dengan anda.



kemudahan dasar yang ada antara lain:

Mini Feed
Merupakan aplikasi yang mengupdate secara otomatik perubahan-perubahan  apa saja yang anda lakukan di Facebook Page anda. Pengunjung akan melihat bahawa anda melakukan pemeliharaan rutin terhadap page anda. Anda juga boleh memanfaatkan mini feed untuk menyalin informasi dari website lain yang memiliki xml atau rss feed. Misalnya mengambil rss news dari website surat kabar atau jurnal ilmiah atau ke website anda sendiri.

Information
Dapat digunakan untuk memberi informasi tambahan tentang perpustakaan anda. Dapat anda isi dengan nama pustakawan yang bertugas lengkap dengan informasi saluran komunikasinya di email, YM, Skype. 

The Wall
Fasiliti ini seperti sebuah buku tamu. Kita boleh menjawab pertanyaan di sini, ataupun berkunjung ke buku tamu mereka lalu meletakkan pesan di sana.

Discussion Board
Merupakan fasiliti papan perpbincangani terstruktur berdasarkan thread atau topik. Manfaatkanlah untuk mempromosikan koleksi atau untuk mendekatkan pengunjung dengan layanan yang kita selenggarakan.

Fans
Pengunjung dapat mengekspresikan pandangannya dengan menjadi fans perpustakaan anda. Mungkin ini tidak dapat begitu saja dijadikan gambaran tentang arti penting perpustakaan anda. Tapi anggaplah ini sebagai sebuah saluran timbal balik balik daripada pengunjung.

Photos dan Video
Anda boleh memuatnaik foto-foto perpustakaan anda. Namun sebaliknya pengunjung juga dapat memuatnaik foto-foto yang mereka ada di perpustakaan anda. Tentu saja, anda boleh mengawal foto-foto dan video yang mereka muatnaik.

Events
kemudahan Events adalah salah satu fasiliti yang menarik. Karena anda dapat menjadualkan sebuah rencana aktiviti dan mengundang para peminat untuk menmastikan kehadiran mereka. Facebook akan secara automatik membuat satu page untuk setiap aktiviti. Dimana peminat aktiviti tersebut sebelum atau sesudah aktiviti berlangsung, dapat memanfaatkan kemudahan yg sama seperti yang kita buat pada Facebook library page. Kerana itu bangunlah daftar contact yang selektif di facebook account anda. Agar anda dapat dengan mudah menyusun daftar undangan yang efektif.

Notes
Adalah kemudahan blogging sederhana. Anda boleh menulis catatan-catatan kecil anda secara langsung. Ataupun mengimport dari portal rasmi perpustakaan yang sudah ada. Facebook page memang hanya sebuah titik pendekatan, sebuah gerbang saja. Semua informasi yang ditampilkan disini boleh diambil dari website rasmi anda.

Share
Share memberikan kemampuan bagi siapa saja, termasuk anda sendiri, untuk mencadangkan facebook page anda kepada rakan-rakan mereka. Ini merupakan tools yang menarik, karena kita akan dikejutkan, betapa banyak pengguna diluar friendslist kita yang mendapat cadangan.

Application
Selain kemudahan di atas. Ada ribuan aplikasi yang dapat kita tambahkan di Facebook Page anda. Caranya klik "Edit Page'.


Anda akan beralih ke halaman Admin. Di halaman ini lah anda dapat mengubah setting, menambahkan rekaan anda sebagai administrator dan tambahkan "aplication".

Scroll ke bahagian bawah halaman ini dengan kursor anda. Kemudian klik "More Application". Anda boleh memilih ribuan aplikasi yang berguna seperti rss import, cause, worldcat dan lain-lain.

Setelah semua setting selesai. Anda dapat menerbitkan halaman facebook perpustakaan anda dengan klik link di bagian paling atas. Halaman anda akan dapat dikunjungi dari seluruh dunia. Kemudian gunakan kemudahan share untuk mengumumkan keberadaan page tersebut ke semua kenalan anda.

Ok,Selamat Mencuba ya:)











Monday, November 22, 2010

Perpustakaan I

Adakah kita dikira tidak berilmu jika tidak ke perpustakaan?






Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam Sejahtera,
Pustakawan yang dihormati.

Itu adalah ungkapan live yang saya dengar dari seorang tenaga pengajar.Saya ingin berkongsi pandangan dengan saudara-saudara yang sealiran samada secara langsung atau tidak dalam bidang kepustakawanan.

Mari kita fikir dan rungkaikan beberapa persoalan dibawah:

  1. Apa tujuan/nilai/ diadakan/diwujudkan perpustakaan?
  2. Mengapa orang malas membaca/datang ke perpustakaan?
  3. Apakah tindakan/inisitif perpustakaan untuk menangani cabaran semasa.


Apa tujuan/nilai/ diadakan/diwujudkan perpustakaan?


Bagi saya,kita kena melihat nilai yang perlu ada pada perpustakaan itu sendiri.Nilai perpustakaan dimata masyarakat.

Dalam era informasi, perpustakaan memegang peranan amat penting dan strategis, yaitu sebagai agen perubahan, agen pembangunan, agen budaya dan pengembangan intelek. Perpustakaan dapat mengubah nilai, mencerahkan, mengajarkan sehingga wawasan seseorang lebih luas dan mendalam. Perpustakaan memiliki nilai-nilai yang positif dalam kehidupan umat jika dikelola dengan baik dan profesional. Beberapa nilai perpustakaan adalah: nilai pendidikan, nilai informasi, nilai ekonomi, nilai sejarah dan dokumentasi, nilai demokrasi dan keadilan, nilai perubahan, nilai hiburan atau rekreasi, nilai sosial dan budaya.

Adakah kita nampak semua ini?Atau kita hanya mengharapkan masyarakat untuk nampak apa yang kita sendiri masih kabur.

Mengapa orang malas membaca/datang ke perpustakaan?

Perpustakaan berkaitan erat dengan minat baca. Walaupun ada perpustakaan dengan jumlah buku yang lengkap,kemudahan dan pelbagai prasarana yang canggih dan terkini jika minat baca tidak ada, maka perpustakaan itu akan sepi pengunjung. Oleh karena itu, program perpustakaan mesti diiringi dengan peningkatan minat baca.

Pengunjung merasa kurang motivasi untuk ke perpustakaan dan merasakan ianya hanya tempat yang bermusim (peperiksaan,siapkan projek akhir).Fenomena ini terjadi kerana orang pergi ke perpustakaan adalah orang yang benar-benar (mendesak) untuk mendapatkan informasi serta mindset orang cerdas dan ulat buku saja ke perpustakaan.

Ditambah pula dengan kemajuan teknologi ICT yang memungkin maklumat diperolehi dengan "single click" menambahkan lagi parah kemerosotan pengunjung (secara fizikal) ke perpustakaan.

Saya lihat dari dua aspek berkaitan hal ini.Pertama ialah kemalasan membaca itu sendiri,kedua pula ialah perpustakaan sendiri yang kurang berusaha memacu semangat membaca.Tapi secara umumnya,pasti disebabkan oleh kurangnya promosi dilakukan.Hal ini mungkin juga disebabkan kurangnya SOSIALISASI perpustakaan dengan masyarakat.

Alasan malas ke perpustakaan:

  1. Perpustakaan masih kurang menarik
  2. Lebih suka bersantai dirumah sambil search Google atau Yahoo.
  3. Perpustakaan kurang bermasyarakat (bersosialisasi)
  4. Perpustakaan masih terperangkap dalam era 70-80an

Bersambung.....Perpustakaan II.


 

Monday, October 25, 2010

Pustakawan.


By the way, what do you do in the library? Do you just sit behind a computer and catalog books or do you actively help students (you deal mostly with students right?) find the books that they need?

Sungguh stereotaip soalan yang diberikan.Dan semesti inilah soalan yang sering ditanyakan dan dihadapkan kepada mana-mana individu yang bekerja di perpustakaan.

Stereotip yang mengecilkan hati itu sebenarnya cukup beralasan. Baik orang awam maupun kaum profesional sebenarnya sama-sama menemui kesulitan dalam  dan mengenali apa sebenarnya kegunaan dari membangun gedung penuh koleksi buku yang kita namakan perpustakaan itu? Bagaimana menentukan aspek mana dari perpustakaan itu yang sebenarnya berguna bagi suatu kegiatan tertentu. Apakah koleksinya mempengaruhi prestasi belajar? Apakah kerja pustakawannya meringankan beban pengajar? Apakah tata-ruangnya membantu pengunjung tidur lebih nyenyak?

Saya sendiri adalah salah seorang daripada beribu individu yang mencari rezeki di perpustakaan.Saya memang tidak mencapai penuh taraf  "Pustakawan" walaupun telah mendapat tauliah kepakaran dalam bidang tersebut dari tempat pengajian.Ini kerana masih banyak ilmu serta pengalaman yang perlu dipelajari yang mana ini semua tidak boleh didapati secara teori saja.Buat masa ini saya bertugas di Bahagian Perkhidmatan Pelanggan (Unit Rujukan) Perpustakaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka,UTeM.

Berbalik kepada kenyataan diatas.Walaupun agak kelat untuk diterima,namun inilah persepsi yang difahami oleh kebanyakkan masyarakat.Masih tiada anjakan dan terpahat kemas sejak zaman berzaman.

Pada dasarnya,memang benar.Pustakawan/Perpustakaan dan buku bagai irama dan lagu,mana mungkin terpisah.Setiap inci tugas di perpustakaan adalah berkait rapat dengan buku.Walaupun perubahan arus teknologi yang melanda membawa dunia maya dan digital.Jika "Guru dan Rotan" boleh diubah,mengapa tidak kepustakawanan?

Di sekitar Asia, pustakawan sering dilihat sebagai penjaga kaunter, penyusun buku dan penguatkuasa peraturan perpustakaan yang membosankan.Dengan perkembangan terkini dunia pendidikan dan ekonomi pengetahuan, pustakawan menjadi satu golongan profesional yang mendapat manfaat yang banyak.

Malah ada pustakawan yang mempunyai ijazah kedoktoran tidak kira dalam bidang sains perpustakaan, sains maklumat atau bidang-bidang lain yang tidak berkaitan sama sekali

Beberapa contoh tugasan Pustakawan yang kini berada pada zaman Millennium.

1. Menjadi pengajar kelas celik maklumat untuk pelajar prasiswazah dan siswazah;
2. Menjadi pemudah cara lawatan perpustakaan bagi prasiswazah dan siswazah baru serta pelawat luar;
3. Menguruskan sistem repositori institusi secara usaha sama dengan pihak pentadbir dan fakulti;
4. Mengagih belanjawan yang diperuntukkan oleh pihak pentadbir untuk perpustakaan;
5. Merancang perkembangan perpustakaan berdasarkan belanjawan;
6. Menghadiri seminar mengenai teknologi dan tahap profesionalisme mutakhir dalam bidang mereka;
7. Melakukan kaji selidik untuk mengetahui tahap perkhidmatan perpustakaan;
8. Menulis untuk jurnal-jurnal profesional bidang mereka;
9. Mengadakan pameran berkenaan koleksi dan isu-isu tertentu yang penting;
10. Menyelaras aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan bahan;
11. Menghadiri kursus-kursus bina diri dan kemahiran;
12. Bertemu dengan pihak fakulti atau pentadbiran universiti untuk menyelaraskan keperluan institusi dengan khidmat perpustakaan;
13. Memastikan kemudahan perpustakaan terutama kemudahan IT berada pada tahap terbaik untuk kegunaan pengunjung;
14. Ikut serta dalam audit dalaman dan audit luaran perpustakaan dan universiti;
15. Dihantar oleh pentadbir perpustakaan untuk membuat pemilihan bahan perpustakaan di luar negara mengikut giliran – biasanya di pesta-pesta buku antarabangsa;
16. Melaksanakan aktiviti promosi perpustakaan; dan
17. Terlibat dalam proses rundingan pemerolehan manuskrip atau bahan nadir untuk perpustakaan.

Sangat mengujakan bukan?Interpritasi dan anjakan dalam ruang kepustakawanan telah mengalami satu evolusi yang hebat seiring dengan perkembangan dunia ICT.Kepustakawanan kini dilihat sebagai "Terminal Maklumat" kepada mereka yang benar-benar memahami fungsi sesebuah perpustakaan.Ianya bukan terhad kepada perpustakaan akademik semata,malah mencakupi perpustakaan desa,negeri yang berperanan sebagai agen penghubung masyarakat.

Pustakawan Tidak Glamor
Jika anda inginkan pekerjaan yang menjadikan diri anda sentiasa dihadapan masyarakat,anda boleh pilih kerja sebagai PTD,Fashion Designer,artis dll.Pustakawan memang tidak glamor dan bukan matlamat pustakawan untuk jadi popular atau glamor.

Akhir kata
Menjadi Pustakawan Sejati  memerlukan kecintaan luar biasa kepada bidang ini.Ini juga adalah tempat saya mencari rezeki bagi menangung keluarga serta membayar bil setiap bulan.Segala Pro dan kontra sesuatu pekerjaan adalah terpulang pada kita untuk mengadaptasikan diri sendiri.

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...