Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Thursday, May 29, 2014

Ibu dan Ayah


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]






Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “IBU kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “IBU kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “IBU kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”


Baginda menjawab: “AYAH kamu.”






Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat



Tuesday, December 11, 2012

Perubahan Perpustakaan..apa yang ada dalam fikiran?



Perpustakaan perlu berubah dan perubahan itu mesti memberikan impak yang besar serta modal yang diperlukan ialah RM0.00.Ok,perubahan adalah perlu sebab perpustakaan sekarang dah makin kurang pengunjung(secara fizikal).Ini fakta.Kalau ramai bermusim terutamanya perpustakaan akademik.Time exam ramai la student.Time cuti?Yela..balik kampung la ,apa hal nak stay kat library?

Berubah atau Rebah?..Macam slogan politik plak..hehe..PRU13 da dekat toqq.

Kalau korang tanya aku,apa yang aku nak cakap jika nak perubahan pada library tanpa modal.Maksudnya perubahan tanpa luakkan satu sen duit pon.Boleh ke?kan ke semuanya perlukan duit.Kita boleh buat perubahan yang gempak,yang hebat..sound good and marbeles!Bos akan suka idea ini.Idea yang out of the box,out of the head,out of the world and so on.

Apa aku nak?or should i say what in my mind.

Bagi aku (otak kecik fikiran sempit dan tak out of the glass),aku lebih fokuskan pada WHAT WE CAN DO AND ABLE TO DO IT.RIGHT NOW RIGHT HERE.(If we want to do it)

Tak Perlu 
1-Paper work
2- Setahun or 99 tahun perancangan
3-Kelulusan peringkat tujuh petala langit.

IS ALL ABOUT IMAGE (and purity..cam tajuk album Cromok la plak)



Kaunter Sirkulasi...for 1st episode ni aku citer pasal unit ni dulu.

Kaunter adalah frontline,orang masuk terus jumpa kaunter sirkulasi.Kat sinilah menentukan hidup mati IMEJ sesebuah perpustakaan.Kalau kantoi kat sini,habis!Tak kiralah secanggih mana dan sehebat mana staf dan koleksi library tu ada.Macam mana first impression user pada kita adalah amat penting.Macam mana cara kita berhadapan dengan mereka,melayan pertanyaan,memenuhi permintaan and so on.This is the MAJOR REQUIREMENT TO ENSURE  kita dapat GRED A.

BERPAKAIAN
So,cara petugas di kaunter berkomunikasi dan berpakaian adalah amat perlu diberikan perhatian.Jadi aku suka mencadangkan (cadang jela) agar staf di kaunter kita mesti look presentable and profesional while dealing with user.Kaunter tidak boleh sesekali KOSONG tanpa petugas.Tak kira la in whatever condition and situation.

Next is staf mesti wear kemeja  long sleve* Male staf (tidak berlipat until 4.30 pm) + Jaket Koporat+senyuman yang menawan:).Aku suka tengok cara staf di information kaunter kat shoping complex coz the way they look.So why dont we take it as an example?

BAHASA
Bahasa jiwa bangsa.Ini negara Malaysia dan Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.Jadi semua orang tahu berbahasa melayu (cakap melayu la senang ayat).Melayu,Cina India,Kadazan,Jawa,Banjar dan lain lain rakyat Malaysia seharusnya tak hadapi masalah dalam perkara ini.Namun........itu citer dengan rakyat Malaysia.Kita kan sekarang dah maju ke persada dunia (Antarabangsa la maksudnya) medium bahasa yang dijadikan perantaraan ialah Bahasa Inggeris (Orang kata English Language).Bila masuk je user international,takkan la kita nak menyorok..kita mesti steady!Ini tempat kita,ini tanah tumpahnya darahku.Jangan jadi asing di bumi sendiri.Buat cool dan dengan penuh keyakinan tanya apa yang user nak.Nak cool pon kena ada ilmu,kalau cool takde ilmu akhirnya kita akan mengagau.Jadi ringkasnya masing-masing kena ada kemahiran bahasa kedua ni.Tapi ingat!..jangan sesekali lari..kalau tak paham,rilek dan cakap "Excuse me...please wait for a minute sir..i ask my officer to deal with you"...hahah..pegawai la yang kena menjawab:)..ala,bukan semua foreigner ni mahir BI...setengah tu lingkup gak.teruk pada kita kadang2.pegawai pon tak mahir bahasa inggeris?..panggil la pegawai yang lebih mahir.

PERATURAN
Staf kena wear kad metrik 8 pagi-10 malam (+Sabtu dan Ahad bila library beroperasi).Nanti tak pasal kena sound dengan user before kita sound dia.Naya je.Ini selalu terjadi.Pengalaman yang bagitau.Benda ni adalah rule yang paling basic.Selain etika berpakaian yang ditetapkan.Tempat yang ramai student international memang ade sentap jugalak dengan hal ni.Yela,cara berpakaian mereka mana sama dengan kita.Oh yes,masuk tempat kita mesti ikut rule.But is that really going on here?u know and i know la kan:)..Wei!..PUSTAKAWAN LA PERLU PAKAI DULU..baru boleh jadikan contoh.hahahaha...

PERATURAN VS PERTIMBANGAN 
Pelajar pompuan (siswi) selalu datang dalam team diaorang (gerup study depa la) tetiba sorang lupa bawa kad metrik,dan kena sekat tak ble masuk library (This is peraturan..so kena patuhi)..maka tersadai la seorang puteri daripada kumpulan mereka.Dan bila yang lain tengok sorang tersangkut..yang lain pun pakat turn back.Habis!..Sambil blah tu mereka akan.so sek..sok sek..pasal staf yang berdedikasi serta taat setia pada peraturan yang telah diperuntukkan.Sampai kat kedai asam pedas pon tak habis lagi.Jadi kat sini perlulah ada perbendaharaan kata TIMBANGRASA/BUDI BICARA.Pesal nak ada?kalau dibiarkan nanti naik lemak bebudak tu.Kita cuma ikut apa yang telah ditetapkan..Yela.Peraturan tu betul...tapi ada GIVE AND TAKE kata geng penjajah.So everybody will happy.WIN-WIN SITUATION...IMEJ pun terjaga beb:)



Okla..setakat ni dulu kisah dan pengkisahan pasal Imej dan Perpustakaan..lepas ni aku masuk bab MPP..Apa tu MPP?!..bukan Majlis Perwakilan Pelajar..tapi MEJA PENASIHAT PENGGUNA...ni bab fokus pegawai/pustakawan plak.....(Aku dulu jaga ini tempat,sekarang sudah tukar..selalu lupa..demmit!)


Thursday, December 6, 2012

Saidina Ali dan Buah Delima




Dikisahkan oleh Ka’ab bin Akhbar.
Ketika Siti Fatimah Az Zahra, Puteri Rasulullah SAW, sekaligus istri kepada Sayidina Ali bin Abi Thalib sakit, ia ditanya oleh Sayidina Ali,  ” Wahai Fatimah, adakah engkau menginginkan sesuatu?”
“Wahai Suamiku, aku ingin buah delima”, Jawabnya.
Sayidina Ali termenung, sebab ia merasa tidak memiliki wang sedikitpun. Namun, ia segera berangkat dan berusaha untuk mencari wang satu dirham. Maka akhirnya Sayidina Ali mendapatkan wang itu dan kemudian ia pergi ke pasar untuk membeli buah delima dan segera kembali pulang.
Namun di tengah perjalanan menuju rumahnya, tiba-tiba ia melihat seseorang yang tengah terbaring sakit di tepi jalan, maka Sayidina Ali pun berhenti dan menghampirinya.
“Wahai orang tua, apa yang diingini oleh hatimu?”, tanya Sayidina Ali.
“Wahai Ali, sudah lima hari aku terbaring sakit di tempat ini, banyak orang berlalu, namun tak ada seorang pun dari mereka yang mahu peduli kepadaku. Aku ingin sekali makan buah delima.” Jawab orang tua tersebut.
Mendengar jawabannya, Sayidina Ali terdiam, sambil berkata dalam hati,
“Buah delima yang hanya satu buah ini, sengaja telah aku beli untuk Isteriku, kalau aku berikan kepada orang ini, pasti Fatimah akan sedih. Namun jika tidak aku berikan ertinya aku tidak menepati firman Allah,
“Terhadap si pengemis, engkau janganlah menghardiknya. ” (QS. Al-Dhuha : 10).
Juga sabda Nabi SAW, ” janganlah sekali-kali engkau menolak pengemis, sekalipun ia di atas kenderaan”.
Maka kemudian Sayidina Ali membelah buah delima itu menjadi dua bahagian, separuh untuk orang tua itu dan separuh lagi untuk Siti Fatimah.
Sesampai di rumah ia menceritakan peristiwa itu kepada Isterinya, dan Siti Fatimah berkata kepadanya,
“Wahai Suamiku, kenapa engkau bersedih, demi Allah yang maha Perkasa dan Maha Agung, ketika engkau memberikan buah delima kepada orang tua itu, maka puaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima itu.”
Mendengar kenyataan Isterinya itu Sayidina Ali merasa sangat gembira.
Tidak lama kemudian datanglah seorang tamu yang mengetuk pintu, lalu Sayidina Ali berkata, “Siapakah tuan?”
“Aku Salman Al Farisi,” Jawab orang yang mengetuk pintu itu.
Setelah pintu dibuka, Sayidina Ali melihat Salman membawa sebuah wadah tertutup, dan diletakkkan di depan Sayidina Ali, lalu Sayidina Ali bertanya,
“Dari manakah wadah ini wahai Salman ?”.
“Aku menghantarkannya untukmu dari Allah SWT melalui perantaraan Rasulullah SAW.” Jawabnya.
Setelah penutup wadah tersebut dibuka, terlihat di dalamnya ada Sembilan buah delima. Sayidina Ali terus berkata,
“Wahai Salman, jika ini memang untukku, pasti jumlahnya Sepuluh”.
Lalu ia membacakan firman Allah SWT,
“Barangsiapa membuat satu amal kebaikan, maka pasti baginya sepuluh kali ganda amalnya ( balasannya )”. ( Al-An’am : 160 )
Salman pun tertawa mendengarnya, sambil mengembalikan sebuah Delima yang ada ditangannya, seraya berkata,
“Wahai Ali, demi Allah, aku hanya sekadar menguji sejauh mana KEYAKINANMU terhadap firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi.”


Wednesday, July 4, 2012

Tuhan Ada Ke?






Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.


Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Antara pengajaran penting:

Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun.
Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. “Aslim, taslam”. Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluq yang menghuni bersama manusia akan selamat.
Peringatan:

Kebijaksanaan dalam menyampaikan dakwah serta belajar bersabar dan tidak mudah melenting ketika berhadapan situasi yang tidak menyenangkan.Keterbukaan dalam menerima dan memberi pendapat akhirnya menguntungkan kedua pihak.

Ini hanyalah perumpamaan untuk dibuka fikiran sahaja. Kisah sebegini baik untuk disampaikan untuk mengajak manusia berfikir dan merenung. Namun, perumpamaan ini tidaklah tepat dengan ALLAH. Kerana ALLAH itu adalah Tuhan yang tiada suatu pun yang sama denganNYA.
Semoga ada manfaat padanya, insyaALLAH.

Wallahu Ta`ala A`lam.

Monday, February 27, 2012

Sufi Master


Sufi masters are those
whose spirits existed before the world.
Before the body, they lived many lifetimes.
Before seeds went into the ground, they harvested wheat.

Before there was an ocean, they strung pearls.
While the great meeting was going on about bringing
human beings into existence, they stood up to their chins
in wisdom water. When some of the angels opposed creation,
the Sufi sheikhs laughed and clapped among themselves.

Before materiality, they knew what it was like
to be trapped inside matter. Before there was a night sky,
they saw Saturn. Before wheat grains, they tasted bread.
With no mind, they thought. Immediate intuition to them
is the simplest act of consciousness, what to others
would be epiphany. Much of our thought is of the past,
or the future. They are free of those.

Before a mine is dug, they judge coins.
before vineyards, they know the excitements to come.
In July, they feel December. In unbroken sunlight,
they find shade. In fana, the state where all objects
dissolve, they recognize objects. The open sky drinks
from their circling cup. The sun wears
the gold of their generosity.

When two of them meet, they are no longer two.
They are one and six hundred thousand.
The ocean waves are their closest likeness,
when wind makes, from unity, the numerous.



Monday, October 31, 2011

Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Azhar Idrus




30 Oktober 2011/03 Zulhijjah 1432


Saya dan isteri menghadiri Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idris (Ustaz Youtube) di Surau It-Tihadiah,Taman Desa Duyong.Difahamkan Ustaz Azhar berada dua hari di Melaka.29 Oktober di Pondok Baitul Quro,Paya Sum,Sg Udang dan 30 Oktober di tepat yang saya tuju.

Kami bertolak dari kediaman sekitar jam 6.35 petang.Apabila tiba disana dalam jam 7.05 malam,kelihatan begitu banyak kenderaan yang berpusu-pusu masuk.Setelah meletakkan kenderaan dalam jarak yang agak jauh barulah kami dapat menuju ke Surau It-Tihadiah.Sebaik tiba,saya terus menunaikan solat maghrib,sebab tiba agak lewat,maka saya terlepas untuk berjemaah bersama jemaah yang lain.

Ustaz Azhar tiba di lokasi sekitar jam 7.50 malam.Selepas memberi salam,Kuliah terus sahaja disampaikan tanpa melengahkan masa.Seperti yang sedia maklum,Ustaz Azhar adalah berasal daripada Terengganu,maka loghat Ganu sememangnya tidak dapat lari,namun tidaklah menyukarkan hadirirn yang ada untuk memahaminya.

Intipati Kuliah 

  • Ustaz memulakan kuliahnya dengan membawa hadirin berfikir tentang keagungan Surah Al Fatihah yang menjadi Ummul Kitab dan erti yang perlu dihayati dalam Surah Al Fatihah.
  • Memberikan pengertian diantara "Taufik" dan "Hidayah" dalam kehidupan kita seharian.Yang mana sering disebut dan didoakan.Menurut Ustaz,Ramai orang memperolehi "Hidayah (Petunjuk)" namun tiada "Taufik (Kekuatan)" untuk melalui Hidayah yang diberikan.
  • Menekankan betapa "Wajibnya" kewajiban Menunaikan Solat keatas umat islam sehingga digambarkan,mereka yang tidak menunaikan solat lebih sombong daripada Iblis! (Iblis dimurkai kerana enggan sujud pada Nabi Adam A.S,namun pada Allah SWT,IBLIS SUJUD) Manusia yang tidak solat pula enggan sujud pada Allah SWT.
  • Betapa umat islam pada hari ini terlalu mengagungkan Sijil,Diploma,Ijazah,Sarjana,Doktor Falsafah yang ada pada mereka.Apabila diminta memberikan makna Surah Al Fatihah,semua terngangga.
  • Anak lelaki adalah paling afdal untuk menjadi imam solat jenazah bagi kaum keluarganya berbanding orang lain.
  • Kewajiban seorang ayah,suami,saudara lelaki untuk menegur kaum wanita dalam tanggungjawab mereka untuk melaksanakan tuntutan menutup aurat.Jangan mimpi nak masuk syurga kalau kita saja buat ibadah,tapi tanggungan kita terabai.
  • Harta,pangkat dan kedudukan tidak akan membawa kita masuk syurga,apabila mati,kain putih saja yang membalut tubuh dan amalan saja yang dibawa.

Kuliah yang diberikan oleh Ustaz berlangsung selama 1 jam, untuk 1 jam seterusnya,Ustaz Azhar akan cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh para hadirin yang disampaikan melalui kertas soalan.Tiada soalan secara terus dibenarkan untuk berlaku adil berikutan terlalu ramai yang hadir.

Antara soalan yang dikemukakan,ada jua soalan yang lucu.Seperti "Bilakah Piliharaya akan diadakan?,Ustaz pangkah yang mana?" Ustaz jawab "Mana aku tau!"......gamat suasana seketika dengan gelak tawa hadirin.


Ustaz juga turut bercerita pasal Trafik light di Melaka ini lama sangat,sampai 199 saat.So,ustaz cadangkan agar sementara tunggu lampu Hijau,kita berzikir ikut kiraan yang ada.Ini juga boleh diamalkan oleh Mat Rempit:)..hahahahahahha..Ustaz memang lucu...

Kuliah berakhir sekitar jam 10.30 malam,para hadirin turut menunaikan solat Isyak bersama Ustaz Azhar.Saya yang menantikan peluang untuk bersalaman dengan ustaz kini mula memasuki barisan yang panjang bersama jemaah yang lain dan berbaloi.Ustaz kelihatan begitu tenang dalam melayani setiap jemaah walaupun mungkin agak keletihan selepas 2 jam memberi kuliah.

Semoga saya diberi kesempatan umur dan tubuh badan yang sihat serta masa yang terluang untuk terus mengikuti majlis ilmu sebegini.Insha Allah.









Nak amik gambar berdua tak sempat,terlalu ramai

















Friday, October 7, 2011

Majlis Ilmu di Baitul Qurro



6 Oktober 2011/08 Zulkaedah 1432

Saya dan isteri menghadiri sebuah majlis ilmu yang diadakan di Baitul Qurro,Paya Sum,Sungai Udang,Melaka.Walaupun ini bukanlah kali pertama saya ke baitul qurro,namun sudah agak lama juga tidak kesana.Terima Kasih diucapkan pada sahabat saya Ali dari Taman Paya Emas kerana memaklumkan tentang majlis Haul ini.

Saya dan isteri bertolak dari kediaman jam 7.45 malam dan tiba di lokasi ketika azan isyak berkumandang.
Majlis ini memang mendapat sambutan kerana kelihatan para jemaah dan jemputan memenuhi madrasah.Saya anggarkan,tidak kurang daripada 400 muslimin dan muslimah yang hadir.

Terdapat juga beberapa gerai kecil dibuka untuk menjual CD,buku-buku,kita karangan ulama-ulama yang terkenal dalam pelbagai cabang ilmu.

Saya berasa amat kesal kerna tidak membawa sebatang pen dan sehelai kertas untuk mencatatkan apa yang disampaikan oleh tuan habib.Betullah kata seorang ilmuan,"pena itu adalah tajam dari pedang".Namun saya cuba untuk mengingati apa yang termampu.Insha Allah,jika ada peluang lagi,saya sesekali akan cuba untuk tidak lalai lagi.

Kali ini yang hadir ialah tuan Habib adalah seorang warga indonesia,maka tiadalah penterjemah diperlukan.Jika tidak silap saya,habib bernama Habib Salleh Al Jufri (mohon maaf dan tolong betulkan jika silap).

Antara intipati ilmu yang dapat saya kongsikan melalui apa yang disampaikan oleh yang mulia Habib ialah kepentingan berguru daripada ulama-ulama pewaris anbia yang tinggi ilmu agamanya bagi memahami jalan kebenaran yang didambakan oleh setiap muslimin.Adalah sukar bagi muslimin untuk memahami Al Quran dan Hadith tanpa panduan daripada para guru yang membimbing mereka.

Habib menegaskan bahawa "sir" ilmu agama adalah terpelihara oleh Allah SWT hingga ke zaman kita,zaman yang juga dikenali sebagai akhir zaman dimana fitnah berleluasa.Kronologi penyampaian ilmu juga adalah daripada sumber yang sahih  semenjak zaman Rasullullah SAW,para sahabat,para tabi'in dan seterusnya turun termurun.

Habib juga menegaskan mereka yang kononya hanya mahu berpegang dengan Al Quran dan Al Hadith semata melalui pemahaman sendiri akan menyangka mereka berada di landasan yang benar,sedangkan pada hakikatnya,mereka itu tersasar jauh dari apa yang mereka sangkan benar itu.

Saya amat terkesan dengan kata-kata Habib yang mengucapkan "Marilah kita menjadi hamba Allah SWT,dengan jalan dan cara Rasullullah SAW".

Habib juga menyatakan bahawa kehadiran Rasullullah SAW adalah untuk membawa seluruh umat ke jalan Allah SWT,tidak mengira batas bangsa,umur,kedudukan dan sebagainya.Bagaimana Rasullulah SAW menangis apabila seorang Yahudi meninggal kerana terlepas darinya nikmat islam dan iman.Begitulah tinggi dan mulianya pimpinan agong kita Rasullullah SAW.Selawat serta salam keatasnya.

Saya berkesempatan untuk membeli sebuah  Kitab bertajuk Terjemahan Buku "Perihal Niat" karangan ulamak Haul Akhbar Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.

Majlis haul berakhir sekitar jam 9.40 malam dengan bacaan doa daripada tuan habib yang memohon keberkataan dan keredhaan Allah SWT untuk setiap muslimin dan muslimat yang hadir dan juga seluruh alam.Seterusnya saya menunaikan solat Isyak berjemaah ebrsama para hadirin yang lain.Para hadirin dijemput untuk menjamu hidangan yang disediakan oleh penganjur.

Pada ketika saya sedang menjamu selera,saya ditegur oleh seorang hamba Allah,seorang sahabat lama zaman persekolahan dulu.Mohd Nizam Moin.Syukur ke Hadrat Allah kerana menemukan kami dalam majlis ilmu yang mulia ini.

Saya berdoa agar Allah SWT memanjang umur,mengurniakan tubuh badan yang sihat,kelapangan kepada diri saya dan isteri untuk terus hadir lagi ke majlis seperti ini.

Dalam kitab Ihya' Ulumuddin , Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa Abu Darda' berkata , Rasulullah bersabda yang bermaksud :

" Hendaklah kamu menjadi orang yang berilmu. Jika tidak jadilah orang yang mempelajari ilmu. Jika tidak jadilah orang yang mendengar ilmu , Jangan kamu jadi golongan keempat ( yang tidak termasuk dalam golongan itu ) . Hendaklah kamu tinggakan perbuatan golongan keempat itu."












Saya nak maklumkan juga,pada tanggal 29 Oktober 2011 (Sabtu) akan datang,Ustaz yang popular di Youtube,Ustaz Azhar Idrus akan berada di Melaka.Saya sangat teruja untuk hadir.Insha Allah.Asyik dengar dalam youtube saja,nak juga lihat dan dengar secara live.





PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...