Monday, February 15, 2016

Memilih Peti Sejuk aka Refrigerator

Sebelum mulakan cerita, nak ucapkan terima kasih pada peti sejuk jenama Sharp lama kami yang telah setia berkhidmat dengan jayanya pada keluarga ini sejak 2006 hingga tamat tarikh perkhidmatanya Februari 2016.Hampir 10 tahun.Kerosakan pada kompresor dah tak sejuk + kapasiti yang sedia ada dah tak mampu nak tampung segala barangan keperluan famili ini.

Jasa mu dikenang


Peti sejuk adalah antara keperluan rumah yang perlu ada pada zaman sekarang. Namun apabila kita membelinya, kita mengharapkan agar ianya dapat memenuhi keperluan dan tahan lama.Ada setengah famili menggunakan peti sejuk mereka sejak 15 tahun yang lalu tanpa menukar sebab masih beroperasi dengan baik.

Disebabkan ianya Penting. Maka keputusan mestilah segera.Puan isteri pastinya masam muka kalau 2 barang ni rosak.

1-Mesin Basuh
2-Peti Sejuk.

Antara tips yang dapat dikongsikan bersama untuk memilih petisejuk

  1. Kapasiti dan jumlah ahli keluarga.
  2. Harga
  3. Teknologi
  4. Brand

KAPASITI & JUMLAH AHLI KELUARGA

Seeloknya kita memastikan  peti yang kita beli itu mampu untuk menampung barangan sejuk beku seperti sayuran, daging, makanan seiring dengan jumlah ahli keluarga. Jika sebuah rumah ada 4-5 orang dewasa dan kanak-kanak. Lebih elok cari yang 400-450L.Untuk long term, sebab beli peti sejuk ni bukan setiap 3 tahun.


HARGA

Ini bergantung pada masing masing punya selera dan kemampuan.Biasanya peti sejuk sekarang yang elok dan berkualiti range harga dalam 1K-2K sudah memadai. Ada je peti sejuk yang harga 6-7k.Terpulang pada selera dan kemampuan anda.Bagi saya ianya untuk kemudahan kita, style jatuh no 5.

Pergilah 2-3 buah kedai untuk buat perbandingan harga dan servey harga dalam Google. Jangan lorat...take your time and rileks.

TEKNOLOGI+DESIGN

Teknologi berubah setia masa, Namun untuk peti sejuk.Teknologi terkini yang ada ialah Inverter.teknologi ini memfokuskan kepada penjimatan tenaga elektrik. Peti sejuk kita akan on untuk 24 jam.Jadi ianya mengunakan tenaga elektrik yang paling maksimum dalam rumah.Kebanyakaan barangan elektrik yang dijual sekarang pun ada lebel daripada suruhanjaya tenaga untuk panduan pengguna.

I-Bintang

Pilih 5 bintang adalah yang terbaik.Namun, bintang saja tak tepat.Ada lagi perincian dia. Pastikan jika dapat yang 50% penjimatan tenaga.  Peratusan jimat tenaga yang lebih tinggi adalah lebih baik.

 




DESIGN

Ada petisejuk 1 pintu, 2 pintu, 3 pintu dan 4 pintuPilih la yang 2 pintu.Bila kita buka ruang bawah dia takkan efek suhu ruang atas berbanding 1 pintu. Size ikutlah ruang yang ada di rumah.Pastikan peti tidak diletakkan terlalu rapat ke dinding dan tak direct kena sunlight.

Ada ruang beku diatas dan ada yang dibawah.Saya pilih ruang beku diatas.Senang eh,janggal rasa ruang beku kat bawah.Anak asyik main buka tutup peti pastu nak membongkok lagi. 

Pintu biasanya keluli atau glass.Ini lebih kepada style.Pakai keluli boleh tampal-tampal.Pakai glass kena selalu lap.Terpulang.


BRAND/JENAMA

Panasonic, Hitachi, Toshiba,Sharp,LG,Samsung,Elextrolux,Mitsubishi adalah brand yang paling comon pada masa kini.

Tapi saya lebih prefer brand daripada Jepun berbanding Korea dan Europe.Walaupun untuk dapat barang yang betul2 daripad Jepun sangat susah dan harga mahal.Mostly barangan sekarang manufactured adalah daripada Thailand,China dan Vietnam (Faktor kos pengeluaran dan pekerja).

Cerita pasal brand, semua orang ada brand feveret masing2.Ada famili yang dalam rumah dia kalau barangan elektrik 80% adalah satu jenama je.Brand Loyal.Ada yang suka pelbagai dan ada juga dah setkan kalau TV je mesti nak Sony.

Penting untuk kita jelas mengenai warranty.Pastikan kedai yang kita beli itu adalah Authoriz Dealer kepada jenama tersebut.Pastikan juga jika berlaku sebarang kerosakan, service centre adalah berdekatan.Jangan beli barang yang kalau rosak kena tunggu 3 bulan baru siap dan kena hantar ke HQ di  KL.Letih. 

Bagaimana nak tahu kedai elektrik tu  Authoriz Dealer. Boleh tanya terus tokey atau masa Daftar warranty  online, nama kedai tu tersenarai. 

Susah juga untuk memberikan jawaban jika ada yang bertanya brand apa paling terbaik untuk petisejuk ni. Pengalaman setiap orang berbeza. Ada yang guna Toshiba sejak mula kawin tahun 2000 sampai sekarang ok je lagi. Ada yang guna Singer, dari dia kecik sampai dia dah kawen pun peti tu masih ok lagi kat rumah mak ayah.Pakai Hitachi dah 10 tahun ok lagi dan lain-lain.

THIS IS IT

Inilah pilihan akhir kami.Setelah tawaf ke 4 buah kedai.Kami senarai 2 pilihan iaitu:

  1. Toshiba
  2. Sharp
Finally 

Gambar dalam web

5 Bintang
Penggunaan Tenaga purata setahun 423 kwj
43% save than 2 star.


 Gambar kat kedai

Alhamdulilah 

 Sharp 430L i-Kagami Series 2 Door Refrigerator SJE435MSL

Masih setia dengan brand SHARP.



Semoga coretan ini memberikan informasi dan sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam memilih peti sejuk yang terbaik untuk kegunaan famili anda.

20 comments:

milo said...

good info!

jijan said...

saya setuju dgn pndapat ni.. bilangan isi kluarga dgn wrranty mmg penting klu dlm pmilihan brangan rumah..sy tgh cari lg ape yg jnama peti ais ape sesuai utk rumah..tak nak slh beli..isi rumah besar 9org..kalau bole mmg nak cri yg size yg besar dan bole than lama..teknologi hrap yg ok la..kalau ada cdangn bole kongsi?

Fariza said...

Aku pun rasa refrigerator kat post ni agak kecil
Klau besar mmg mahal, ko budget brp?
x gi kedai2 tgok dulu?

Umi A. said...

@ezad azil awk cari brand dari japan.byk pilihan..klu elektrik mmg byk dri ngara diorg.kalau dri eropah suma tu hrga mhal la.mn2 brand pon ada la model yg besar.

christy said...

LG pon elok.pattern pun bnyk yg besar2.sumbat apa pun bule.mesti bule tahan lama tgk iklan pun gempak.tapi harga pun besar la.

christy said...

@Fariza Isma kecik sbb tuan post beli yg kecik.semua jenama pun confirm ada yg besar punya la.

Unknown said...

sebenarnya smua brand pon ok jugak tapi klaw saya akan cdg brand luar negara sbb qulaity dia org ni mmg tinggi ...cuba lar guna brand luar negara punya ..
aq guna brand beko ..bagus tau ..mmg bole tahan lama ..lagi design beko ni pon bole dpt modern

Umi A. said...
This comment has been removed by the author.
epit said...
This comment has been removed by the author.
adah said...

@asha misha brg letrik kbykkannye dri luar negara..sy xpnh try beko tp taw la brand tu ok sbb tknologi terkini punya..gpon org luar ngra yg byk pkai brand ni kan..tgk than lama jgk.design dia mmg elegan pon mybe sbb ikot citarasa luar kan

Ats328gp said...

sebelum ini saya gunakan jenama national.memang cukup puashati dgn jenama national.setelah 15 tahun berkhidmat kepada keluarga kami.semalam adalah hari terakhir National Tanto berkhimat dalam rumah kami.kini nak cuba pula jenama Hitachi.tapi masih tercari cari lagi model apa yang terbaik.

Admin said...

sebelom ni pakai brand panasonic dari tahun 2000. dah 17 tahun. dah jual kat org lain.nak beli peti sejuk lain pulak. aku lebih suka freezer belah bawah sebab freezer jarang2 bukak. yg bukak selalu adalah bahagian tak beku tu. xyah bongkok selalu nak ambik sayur..sos, air dan sebagainya..

Unknown said...

skrg ni mmg plan nak beli peti ais. tp onhold dulu sbb Pakatan Harapan nak hapuskan GST dulu. Lpas GST dihapuskan, bru beli peti ais. dlm survey... net kapasiti paling besar dlm kelas 600-700 liter ialah Samsung RT62K7050BS. 620 liter

MicroHeart said...

Dirumah keluarga saya, peti sejuk Samsung dua pintu 300L jika tak silap, dibeli ketika tahun 1994.saya masih bersekolah lagi..sampai skrg masih berfungsi. Cuma tray dalam ada yang sudah patah. Brand kualiti parts bagi saya menentukan ketahanan. Tahun 1994 Samsung masih baru memasuki pasaran Malaysia, jadi parts yang dibekalkan banyak berasal dari Korea Selatan, terutama kompressor, 'jantung' bagi peti sejuk.
Peti sejuk Samsung ini telah berkhidmat hampir 25 tahun, hanya sekali sahaja 'thermo control heater'rosak 15 tahun lepas. Alhamdulillah. Terfikir untung beli gantian hadiah pada keluarga, tetapi tak yakin jenama mana yang ok dan boleh dapat ketahanan seperti Samsung tahun 1994. Mungkin HITACHI. Kompressor senyap, made in Japan?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

freezer brand HISENSE ok tak?

ibtisam said...

Terima kasih di atas perkongsian.. duk servey peti sejuk jugak ni..

Unknown said...

Boleh katakan semua brand dlm tahun 90an berkualiti dan tahan lama. Brand sekarang perlu banyak study. Tokey sendiri admit barang sekarang ni tak sama dengan dulu. Saya pun tgh survey lagi dan apa yg di kongsikan tentang penjimatan tenaga, authories dealer dan capacity penggunaan di rumah itu adalah tepat untuk membantu kita buat keputusan yang lebih tepat.

Roz said...

Ya. Setuju sgt yg pekedai tu.. Kena pilih betui2. Aku pakai samsung 2pintu inverter beli 2016 dan 2020 dah rosak. Kata waranti 10thn. Tp hampeh. P kedai yg beli tu, dia kata kami juai je. Lu kena call itu samsung service sendiri loo.. Call ler kami tanpa jemu. berzaman nak dtg. Meskipun pkp dah boleh rentas daerah. Dtg pun kena byr rm90 for tengok saja. Repair lain kira. Waranti hanya compresor saja. Last2 bg org tempatan Repair jugak. Korang jgn ler beli peti sejuk samsung. Aku beli peti yg sama brand sharp pada thn yg sama untuk mak ayah kat kg. Elok aja sampai skrang. Kalau ikut penggunaan kat kg tu lg teruk dan lasak. Huhu nasib badan.

Unknown said...

Mujur baca comment psal peti ais samsung ni..baru nk beli samsung jgk..dh baca ni kena pikir2 balik..tq share information

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...