Tuesday, September 15, 2020

TELEFON KITA : MY SET atau AP SET?

 Assalamualaikum

Akhirnya telah tiba masanya untuk beralih kepada Telefon bimbit yang baru. HP sedia ada sudah TIDAK RELEVAN untuk kegunaan semasa.


Terima kasih OPPO A3 (2017-2020)


Apakah pilihan yang ada? Bajet yang diperuntukkan ialah RM2K. Sebenarnya ini adalah jumlah yang paling mahal saya pernah peruntukkan untuk sebuah HP. HP sebelum ini (seperti diatas) adalah PERCUMA apabila saya langgan line CELCOM. Dan dalam sejarah hidp, HP paling mahal yang pernah saya beli hanyalah RM560 sahaja.

Setelah melakukan segala penelitian, perbandingan, nasihat rakan-rakan serta kemampuan kewangan semasa.Alhamdulillah, Inilah HP pilihan saya.







HP ini saya beli dengan harga RM2299.00. Ya, melebihi bajet yang diperuntukkan. Mengapa itu terjadi? Jika kita lihat dalam Lazada & Shoppe. HP ini boleh didapati dengan harga bawah RM2K.Jadi mengapa saya punya lebih RM 2K?

MY/ORIGINAL  SET vs AP SET 

So apa bendanya perbezaan HP diatas ?

MY/ Original set bermaksud “handphone” dibeli daripada pengedar yang sah di Malaysia. Perbezaan yang menjadikan ianya lebih mahal berbanding AP SET ialah JAMINAN yang diterima oleh kita selama setahun daripada tarikh pembelian. Bermakna, jika berlaku sebarang kerosakan HP dalam tempoh setahun. Kita boleh menghantar ke mana-mana MI Centre di seluruh Malaysia untuk dibaiki.Ya, kita bayar untuk peace of minda jaminan.

AP SET pula tetap HP original seperti MY SET, bukan tiruan. Yang membezakannya juga ialah JAMINAN. AP set boleh juga dikatakan masuk ke Malaysia melalui pengedar yang tidak sah dan tidak diketahui. Ini termasuk melalui pembelian secara borong oleh peniaga daripada ebay, atau pembelian secara terus dari luar negara.Seang cerita tak kolaborasi dengan MI Centre Malaysia. So harganya LEBIH MURAH berbanding MY SET.

Contoh: Beli telefon AP SET di kedai HP kat Johor, jika terdapat sebarang masalah.Anda perlu ke kedai tempat anda beli HP tu untuk sebarang urusan warranty.

Harga AP SET biasanya kurang RM200 daripada harga MY SET.


Macam mana nak tahu HP yang kita beli tu MY SET atau AP SET?

Mula-mula dapatkan no IMEI dulu. *#06# utk cek imei, guna imei yg pertama(tidak perlu /00)




Boleh cek kat sini:

SIRIM








Boleh jugak cek kat sini untuk Produk Xiaomi:https://www.mi.com/global/verify/#/en/tab/imei







Kalau HP yang dibeli tu bukan MY SET, biasanya akan keluar paparan camni.




OK, semoga memberikan manafaat untuk semua. Jom cek HP kita. 


Macam best gak pakai POCONG NI:)





PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...