Showing posts with label Preve. Show all posts
Showing posts with label Preve. Show all posts

Monday, December 28, 2015

Service Ke - 3 Proton Preve CFE

Assalamualaikum dan Hi 

Akhir tahun adalah musim percutian.Samada balik kampung atau membawa keluarga bercuti ke mana-mana lokasi percutian.Tapi pastikan kenderaan kita dalam kondisi yang terbaik untuk menempuhi perjalanan.

Sudah tiba masa untuk service kali ketiga.Walaupun milleage tak sampai 20,000 KM lagi 
(Dalam 17,561km), tapi ikut masa kena service sebelum 11 Januari 2016. So, amik masa yang ada untuk lakukannya.




Preve CFE servis 20K (3rd servis)

1-Shell Helix Ultra 5w-40 =RM233.02
2-Oil Filter-MMC =RM35.00
3-Gasket plug oil drain =RM3.02
4-Labour =RM0.00
5-GST =RM16.26

TOTAL =RM287.30

Pusat Service GT ONE,Melaka.

Sebelum ini saya gunakan minyak enjin syntium 3000 (5W-40) dan amat berpuas hati.Unutk servive ketiga SC GT One tiada stok untuk minyak enjin yang  sama.Namun rekemen dari pusat service ialah Shell Helix Ultra 5w-40 atau Syntium 7000.Mengenangkan perjalanan jauh dan kos yang terhad,Maka tak dapat la lagi nak merasa Syn 7000.


 Boleh cek originaliti minyak enjin shell




Lebih menarik lagi bila balik singah di Tesco Cheng nampak yang ni:)




SC juga offer untuk buat aligment, tapi RM60.00. Buat kat luar jimat sket:)


Ruang menunggu Customer


Service Assistant dah siapkan next service punya estimate bajet dalam buku service.Very nice.
Assalamualaikum semua

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Assalamualaikum semua

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Monday, July 13, 2015

Service 10K Mileage Preve CFE

Hari Raya Eidulfitri 1436 bakal menjelang beberapa hari saja lagi. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab seorang ketua keluarga untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik untuk mengharungi perjalanan balik kampung.




Service 10K Mileage Preve CFE

Pusat Service: Proton Edar Bachang,Melaka.

ITEM

Engine Oil : Syntium 3000 SN 5W-40 4l (RM 225.00)



Oil Filter : RM11.80

Gasket,Drain Plug : RM3.02

Labour : RM0.00

Free Gift :8liter Cooler Box. (Memang tengah promosi)

TOTAL:RM 253.55 (GST RM14.35) 
                                                                 






Seterusnya adalah alignment dan balancing tayar kereta.

Nak buat di Service Centre takda kemudhan disediakan. So buat kedai tayar di luar 
(Tidak void warranty) 

TOTAL:RM 54.00(+GST) 

Alignment

Alignment ni istilah teknikalnya...car/handling/suspension geometry setting.
dimana dua tayar di depan diselaraskan untuk sama rata masa driving (maksudnya lurus kedepan) dan tayar belakang pula sama lurus dengan tayar depan supaya serentak semasa on the road. Kalau allignment lari,buat lah balik allignment . Cuma allignment ni bergantung pada steering rack. Adalah disarankan setiap 3,000 - 5,000 km buat alignment sekali.

Balancing

Balancing pula imbangan tayar beserta rim. ini nak make sure putaran tayar beserta rim ini adalah seimbang pada paksi putarannya (pada hub tayar).Kalau rim keluar kilang memang ok...cuma tayar ada tolerance pembuatan. so, kena buat balancing. Over the time pun kena buat juga sebab tayar dah lusuh...luar dan dalam tak sama kadar hausnya. Balancing tayar ni disarankan setiap enam bulan.
 



Boleh minta pekerja untuk tembak segala debu dan karat-karat yang ada guna pam angin. Pastikan juga tayar di rotate (tukar posisi,yang dua belakang letak ke hadapan) untuk memanjangkan hayat tayar. rajin-rajinkan diri juga berbual dan bertanya pada pekerja untuk knowledge.

*Sedikit tips, kereta baru (bawah 1 tahun, tidak pernah kemalangan atau terhentak lubang kuat) TIDAK PERLU tukar Nut Chamber.



Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada pengguna Proton Preve dan pembaca semua.Jika ada pembaca mempunya info dan pengalaman lain, amatlah saya alukan untuk kita sama-sama kongsi dan beroleh ilmu.


Friday, April 3, 2015

Memilih Jentera Baru untuk Keluarga 2015

Assalamualaikum

Sudah agak lama saya memikirkan untuk membeli kenderaan baru, memandangkan faktor kereta kesayangan (VIVA SX 1.0) yang bersama sejak 2007 semakin lesu dan pertambahan ahli keluarga dan juga faktor jarak (Balik kg ke Terengganu dan Pahang).Tak masuk lagi travel bila saudara mara buat majlis kawen atau kenduri.

Namun, membeli kereta bukan seperti membeli basikal pixie,ikan di pasar atau Handphone.Segala bentuk pengiraan faktor kewangan perlu diambil kira. Maklumlah, saya bukanlah dari level orang mewah (dan bukan juga orang susah, kalau susah takde langsung kemampuan nak beli kereta)

Nak beli kemudian tangguh, Nak beli kemudian tangguh, Nak beli kemudian tangguh = 25x

Setelah menangguhkan pembelian hinga 25 kali (sampai isteri bosan dah bila ajak bincang pasal kereta baru, belinya tak juga), maka yakinlah saya bahawa keputusan membeli kereta baru ini dah sampai tahap perlu. Kenapa? Bila kita nak beli sesuatu dan ianya  boleh ditangguhkan,maka ianya tidaklah terlalu perlu. Itu antara tips yang saya dapat dalam blog pengurusan kewangan. simple dan senang dipraktikan.

Kawan-kawan : Beli kereta Jepun, second hand pun takpe janji > (Honda, Toyota, Nissa , Mazda)

Saudara mara : Amik MPV, senang nak bawa anak dan barang

Tapi bank balance dan keinginan saya masih jadi faktor utama:)

Akhirnya saya telah buat listing perkara yang perlu saya beri perhatian jika nak beli sebijik lagi kereta.Dan ianya hanyalah pandangan peribadi ikhlas dari saya tanpa niat nak bias atau mempertikaikan pandangan orang lain.

KEMAMPUAN

Saya baca  perbincangan dari beberapa blog yang cerita pasal pro dan cont pembelian kereta. Sekadar untuk menambah  pengetahuan dalam membuat keputusan. Sangat informatif.

Kemampuan disini semestinya yang saya maksudkan ialah aspek kewangan. INI ADALAH ELEMEN PALING UTAMA. Kita boleh sembang apa saja dan jenis/jenama kenderaan yang nak dibeli,tapi kalau kewangan sempit, setakat sembang ajelah.

Perbincangan dengan isteri kami bersetuju untuk kereta sekitar 60K-80K Sahaja. Dan bayaran bulanan mesti tidak melebihi bayaran pinjaman perumahan .Rasa macam tak berbaloi untuk bayar kereta melebihi bayaran rumah sebab rumah lagi utama.So its must be below RM8++.

Nilai interest yang dikenakan oleh bank pun kena tengok gak.

Keputusan : Ambil mesin kira, tekan sana, tekan sini, termenung, solat istikarah.Jawabannya adalah Ukur baju di badan sendiri. Kita yang akan menangung selama 7/9 tahun.

BARU vs TERPAKAI

Dengan range RM60-80k, pilihan samada kereta terpakai atau baru.

Kereta Baru : Honda City, Nissan Almera, Nissan Livina, Proton Exora,Preve Perodua Alza,MyVi, Mitsubishi Attrage antara yang boleh dimiliki.

Kereta terpakai semestinya tiada masalah pilihan, sebab banyak sangat, surf saja dalam Mudah.com.my dan pilih ajela.

Dalam second hand car ni memang banyak  kereta yang jadi idaman, civic FD, Altis, Mazda 3..memang pening nak pilih.Cuma kekurangan dia adalah. Semua yang diidamkan tu dah berusia more than 5 year. Memang ramai kata takpe, tahan sebab imported. Tapi semua tu tak menjamin apa-apa.Saya juga yang kena tanggung jika berlaku sebaliknya.Kan?

Keputusan : Kereta Baru...Baru puas hati. Segala kerosakan adalah bawah diri sendiri dan semestinya dengan adanya warranty beri sedikit senyuman walau tak dapat kereta yang diidamkan.


SEDAN vs MPV

Ok, my Viva adalah kereta kompak. Jadi adalah tidak praktikal untuk saya teruskan dengan kompak. Jika pilih MPV, memang berbaloi sebab ruang yang luas dan selesa. Proton Exora dan Alza serta Livina 2nd adalah dalam range harga.Sedan pulak kira ok, sebab famili saya baru 4 orang (tak fikir lagi long term ke?)

Keputusan : Dalam hal ini saya akui saya lebih cenderung kepada keinginan hati. Maybe ramai yang tak setuju, tapi begitulah, im human . So its Sedan.


IMPORT vs TEMPATAN

Ada orang mengangap kereta ini hanyalah satu jentera yang membawa kita dari Poin A ke poin B. Asalkan selamat dan selesa cukuplah. Tapi bukan semua begitu, kereta bagi setengah orang sebagai simbol kejayaan dalam hidup

Kereta import memang jadi idaman, dengan reputasi dan mentaliti kebanyakan rakyat marhein Malaysia bahawa kereta  import bagus memang tak dapat disangkal lagi. Sebut saja jenama H dan T memang semua punya impian untuk memiliki. Ditambah pula jenama Korea (Kimchi Car) dan kerata Eopah (Conti Car) yang kini menguasai pasaran. Saya sendiri pun teringin.

Kereta tempatan dengan label P1 & P2 (Proton dan Perodua) juga tak kurang hebatnya. Makin banyak improvement berbanding dulu.Walaupun tidak se gah kereta import, tapi tidaklah hina sangat. Dan kebayakkan kereta local ini dalam range harga mampu milik. Kita boleh nampak, walau pengutuk kereta tempatan ni sentiasa ada, tapi kereta local jugalah yang banyak menyusur kat atas jalanraya pada masa kini. Saya tak suka masukkan isu politik bila sembang pasal kereta. sebab bukan semuanya dalam hidup ini politik.


PERBINCANGAN

Inilah faktor lebih penting dari semua faktor diatas.
Beli kereta ni memang dilihat seolah diputuskan oleh lelaki/ ketua keluarga sahaja.Jangan buat macam tu bang, keputusan yang melibatkan kewangan keluarga selama 7-9 tahun berhutang dengan bank ni seeloknya kita bawa berbincang, Beli kereta ni akan bagi kesan jangkamasa panjang. dengan segala kos bahan api, barangan keperluan harian anak, makan minum dan bil utiliti.Panggil isteri dan mintak pendapat saudara mara serta rakan-rakan kita.Lepas tu baru cantik kita buat keputusan.Buat keputusan tu nanti jangan buat berdasarkan pilihan orang lain.Pastikan ianya pilihan kita.Pandangan mereka kita hargai.
.

Keputusan : seperti dibawah sekali:)


.
.
.
.
.
.
.
.

Alhamdulillah,
Jadi, inilah jentera baru yang saya & isteri  pilih untuk kenderaan kami dari point A ke Point B.Selepas menimbangkan faktor-faktor diatas.Inilah yang terbaik buat kami.Insya allah. Memang ada pro dan kontra pasal jentera ini. Kami berdoa semoga denga memiliki  jentera ini ianya dapat memberikan manafaat kepada keluarga kami.


Tahu tak kereta apa ni:)

Saya akan update tentang jentera ini dalam artikel seterusnya.

Terima kasih sudi membaca.


PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...