Showing posts with label Organisasi. Show all posts
Showing posts with label Organisasi. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

Keputusan PRU13

Assalamualaikum

PRU 13 telah berakhir.Rakyat Malaysia telah memilih dan membuat keputusan bahawa Kerajaan yang akan mentadbir negara Malaysia ini adalah daripada Barisan National (BN) yang diterajui oleh Dato Seri Najib Tun Razak.

Keputusan Pilihanraya Umum ke 13 dan perbandingan dengan PRU12 pada tahun 2008.












Namun demikian, Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim masih enggan menerima keputusan ini dan masih membuat tour untuk membantah keputusan muktamad pada 5 Mei 2013 itu.

Apa yang paling menarik pada PRU13 ini adalah 97% kaum cina telah menyokong Parti DAP. Ini suatu perkarayang amat memeranjatkan BN. Dengan situasi ini Kerajaan yang terbentuk selepas PRU13 ini 90 % adalah bumiputra sebab MCA yang kalah (Komponen BN) enggan menerima sebarang jawatan dalam kabinet baru yang dibentuk.

Dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP adalah parti yang memenangi paling banyak kerusi parlimen iaitu 38 kerusi berbanding 28 kerusi pada tahun 2008.

Bagi Barisan National  (BN), UMNO memenangi 88  kerusi daripada 120 kerusi yang ditandingi berbanding 77 kerusi pada tahun 2008.

Saya sebagai rakyat biasa menerima keputusan yang telah ditetatpka.Tak larat nak berpolitik 24/7. Bila masa lagi nak bangunkan negara?




Thursday, May 2, 2013

PRU 13 : Balik mengundi

Assalamualaikum



Hari pengundian bagi Pilihanraya Umum ke 13 telah ditetapkan pada 05 Mei 2013 (Ahad) bersamaan 24 J.Akhir 1434. Insyallah, saya akan pulang mengundi bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat dalam menentukan pemimpin yang bakal membawa halatuju negara Malaysia untuk tempoh 5 tahun akan datang. Ini merupakan kali kedua saya mengundi, kali pertama ialah pada tahun 2008. Ketika itu saya masih bertugas di  Perpustakaan Awam Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Undi kali pertama ialah undi Pos sebab ketika itu saya telah terpilih untuk menjadi Ketua Tempat mengundi.

PRU 13 ini saya akan berkejar ke dua negeri, saya di Kuala Rompin, Pahang.Manakala isteri pula di Dungun, Terengganu. Insya Allah, rancangannya ialah balik ke Rompin pada hari Jumaat (Lepas waktu kerja). Hari Ahad, siap je saya mengundi, terus ke Terengganu. Mungkin akan berlaku kesesakan lalulintas.

PRU 13 ini saya perhatikan sangatlah hebat dan sengit persaingan yang berlaku. Antara Barisan Nasional (BN) selaku kerajaan yang telah mentadbir selama 55 tahun dan Pakatan Rakyat ( DAP, PAS, PKR). Di  media sosial semua takda perkara lain yang lebih utama melainkan sembang politik. Ada kawan yang terang terang menyatakan sokongan pada parti pilihan mereka. Ada juga yang mengambil pendekatan "cool" dan menterjemahkan sokongan melalui kertas undi.Sindrom putus kawan, bertekak, berdebat, hina menghina, caci mencaci, fitnah menfitnah berleluasa.Inilah fenomena yang terjadi. Nak salahkan siapa?

Say berdoa kepada Allah SWT semoga diberikan taufik dan hidayah bagi membuat pilihan yang betul ketika mengundi. Untuk kali ini, undilah kerana Allah SWT.Kita gunakan hak mengundi kita untuk pergunakan parti yang menang melawan musuh islam. Walaupun sistem demokrasi bukanlah sistem acuan islam, namun  untuk seketika ini, pergunakanlah demokrasi sebelum kedatangan sistem islam yang syumul.

Ikhlas saya katakan,
Saya risau tentang apa yang bakal berlaku selepas keputusan PRU13 diperolehi.
Semoga Allah SWT memelihara kita semua.

memperguna pilihan yg terbaik dari diperguna...

memperkuda pilihan yg terbaik dari diperkuda....

berbeza pilihan, doktrin dan dogma adat manusia sedia ada

membuat pilihan, adalah yg terbaik dari tanpa buat apa-apa...

Thursday, March 21, 2013

Pemerintah dan Rakyat.




Adakah kemakmuran sesebuah negara hanya terletak 100 % diatas bahu pemerintah sahaja.Sedangkan sesebuah negara itu terdiri daripada pelbagai golongan dan semestinya terdiri dariapada golongan pemerintah dan yang diperintah iaitu merujuk kepada kerajaan dan rakyat.

Saya tertarik kepada Kisah dan makna tersirat daripada dua orang khalifah Islam Iaitu Khalifah Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Pada Zaman pemerintahan Sayyidina Ali bin Abi Talib sebagai Amirul Mukminin.Beliau telah ditanya oleh rakyat." Mengapa pada zaman pemerintahan engkau, ummah berbeza pendapat serta berbalah dalam soal engkau ( Soal pemerintahan/Khilafah)? Sedangkan mereka tidak begitu pada (zaman) Abu Bakar dan Umar Al Khattab?  Sayyidina Ali bin Abi Talib dengan tenang dan tegas menjawab. " Ini kerana Abu Bakar dan Umar memerintah orang seperti aku dan aku pula memerintah orang yang seperti kamu."

Adakah Sayyidina Ali bin Abi Talib bukan pemerintah yang bijak dan adil hanya kerana pada zamannya banyak terjadi kekacauan dan perpecahan dikalangan ummah? Tentu sekali tidak! Sayyidina Ali bin Abi Talib mengambil alih pentadbiran ketika keadaan ummah kacau bilau akibat pembunuhan Khalifah Uthman Bin Affan dan juga faktor hasutan musuh islam.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.Rakyat akan mengeluarkan zakat yang banyak kepada Perbendaharaan Negara dan ianya akan diagihkan kepada fakir miskin dan mana-mana golongan yang memerlukan. Namun wang tersebut terpaksa dikembalikan kerana tidak ditemui asnaf yang melayakkan menerima zakat.

Sememangnya Khalifah Umar bin Abdul Azizn adalah khalifah yang alim dan zuhud.Namun bukanlah hanya kerana faktor itu semata.Rakyatnya juga turut sama terkesan dan menyokong usaha membangunkan dan memakmurkan negara.

Semoga kita sama sama mengambil iktibar daripada kisah para sahabat dan pemerintah yang adil dalam usaha memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Wednesday, February 6, 2013

Tarian Tiang di Perpustakaan






Wednesday, February 6, 2013
Perpustakaan buka kelas tarian tiang sebagai usaha menarik pengunjung

Sebuah perpustakaan di bandar Midhlotian, Scotland menemui idea kreatif agar dapat menarik minat orang ramai untuk datang iaitu mereka membuka kelas tarian tiang percuma bagi para pengunjung perpustakaan.

Ide tersebut terbukti berhasil menarik minat orang ramai untuk datang ke perpustakaan. Pihak perpustakaan mengatakan ramai yang datang ke perpustakaan untuk menyertai kelas yang mengajarkan tarian tiang itu.

“Kelas tersebut berlangsung sangat menyenangkan dan juga berhasil menarik orang ramai untuk berkunjung ke perpustakaan kami. Pengunjuing datang bukan hanya untuk belajar menari namun juga untuk meminjam buku,” ujar seorang pegawai bandar, Bob Constable, seperti dilapor STV, Selasa (5/2/2013).

Walaupun lebih dikenali sebagai jenis tarian erotik, tarian tiang juga mulai dikembangkan sebagai salah satu bentuk senaman. Mempelajari tarian tersebut pun sudah tidak terlalu dianggap sebagai hal yang tabu.

Pada tahun 2010, Universiti Cambridge membuka kelas tarian tiang untuk para mahasiswinya. Bahkan di kanada ada studio yang membuka kelas tarian tiang untuk kanak-kanak.

Selain membuka kelas tarian erotik, perpustakaan di Midhlotian juga mencuba idea-idea kreatif lainnya untuk menarik pengunjung. Salah satunya mengadakan perlawanan ping pong dengan menggunakan buku sebagai raketnya.- okezone.com

QT: Mungkin pustakawan UTeM berminat untuk mencuba...:)

Monday, February 4, 2013

My Unit : Unit Koleksi UTeM, Hadiah dan Pertukaran 2013




Unit Koleksi UTeM, Hadiah & Pertukaran (2013)

Bahagian Perolehan,Perpustakaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)




OBJEKTIF
UNIT KOLKESI UTeM, HADIAH & PERTUKARAN

Unit Koleksi UTeM Hadiah dan Pertukaran merupakan unit yang turut sama menyumbang kepada pembangunan koleksi perpustakaan. Menjalankan dua aktiviti utama iaitu memperolehi bahan daripada organisasi luar secara hadiah dan pertukaran serta mengumpul koleksi bahan yang dihasilkan oleh universiti sendiri.

Sehubungan dengan itu, Unit Koleksi UTeM Hadiah menetapkan beberapa objektif yang perlu dicapai seperti berikut :

  • Mengenalpasti dan memperolehi semua jenis koleksi UTeM yang terdiri daripada semua jenis bahan yang telah dihasilkan oleh warga universiti.

  • Mengenalpasti dan memperolehi bahan yang bersesuaian untuk dijadikan koleksi perpustakaan daripada organisasi luar universiti seperti badan kerajaan, swasta, NGO, dan korporat.

  •  Membuat pertukaran bahan penerbitan UTeM dengan perpustakaan dari IPTA / IPTS yang terpilih untuk menyokong usaha perkongsian maklumat.

  • Memastikan pembangunan koleksi perpustakaan secara menyeluruh di samping memastikan pemilihan dan penyediaan bahan lebih efektif dan memenuhi keperluan pengguna di perpustakaan UTeM. 

Thursday, August 9, 2012

Sumbangan Buku "Book For Asia 2012"

Hari ini (9 Ogos 2012) saya, En Arman, Cik Hasliza, Muat dan Halim ke Asia Book Foundation di Leissure Mall Square, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan untuk menerima sumbangan buku.Ini merupakan kali kedua saya ke sana.Delegasi kami bertolak daripada Perpustakaan UTeM pada jam 8.30 pagi dan tiba sekitar jam 10.40 pagi.Ketibaan kami di sambut oleh En Muniandy yang ramah seperti kali pertama kami bertemu.

Untuk tahun 2012, sumbangan yang kami terima meningkat berbanding tahun 2011 iaitu sebanyak 118 naskah buku, 136 naskah bacaan ringan dan 20 CD.Selepas selesai semua urusan pemilihan buku,kami bertolak pulang sekitar jam 11.45 pagi.Terima Kasih diucapkan kepada Asia Book Foundation.

Maklumat lanjut mengenai Asia Book Foundation sila layari:http://asiafoundation.org/program/overview/books-for-asia-in-malaysia














































Thursday, December 16, 2010

Organisasi:Atasan Dan Bawahan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Saling hormat menghormati dan saling menghargai adalah sudah kewajiban kita sebagai manusia, dan tdk memandang gender, usia, pendidikan, jabatan, harta kekayaan dll.

Saya melihat ketua sebagai seorang yang perlu dihormati, dipercayai dan dijadikan sahabat serta mentor. Apa akan jadi sekiranya terdapat kakitangan bawahan sudah hilang hormat dan taat setianya kepada ketua. Jawapannya ialah akan kucar kacirlah organisasi itu.

Ramai yang kurang faham kenapa seseorang ketua itu perlu dihormati, dan saya jangkakan ramai yang melihat menghormati ketua hanya sebagai satu tingkah laku sosial sahaja, silap semata-mata kerana menghormati dan taat setia kepada ketua merupakan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Banyak yang saya lihat staf bawahan cuba mengujudkan kelompok untuk mensabotaj ketua sama ada terangan atau sebaliknya - ramai yang tidak sedar bahawa sikap ini dapat dilihat oleh ke luar kelompok itu dengan sangat jelas.

Habis bagaimana  kalau ketua itu sendiri tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya, bersikap kuku besi dan kurang ilmu. Jawapannya mudah, dalam organisasi tiada orang pun yang akan one man show, jadi begitu juga dengan menegur bos, pegawai kanan bos atau orang kepercayaannya perlu memainkan peranan untuk menyedarkan bos ini. Cara menentangnya bukan cara penyelesaian malahan adalah cara yang memburukkan keadaan.

Sistem Organisasi


Kebanyakan sistem organisasi di negara ini berteraskan kepada sistem chain-of-command bermakna, organisasi dibentuk atas beberapa peringkat hairaki. Setiap peringkat akan diketuai oleh seorang ketua. Tujuan ketua ini adalah bagi menentukan perjalanan bahagian/ jabatan/ unit bagi mencapai objektif organisasi secara holistik. 

Manakala fungsi sistem ini adalah bagi pemantauan dan mentoring. Ketua dan staf di bawah seliaannya memainkan fungsi masing-masing yang telah didefinasi dan dibentuk oleh pihak pengurusan atasan. Jika seseorang ketua atau salah seorang kakitangan di bawah seliaannya gagal, maka akan gagal lah organisasi tersebut. Kegagalan ini biasanya akan dikaji dan jika perlu tindakan hukuman atau ganjaran akan diberikan. Yang sebenarnya ini jugalah yang sedang diimplimentasikan oleh Kerajaan Malaysia.

Oleh yang demikian, ketua perlu memahami segala tindakan yang perlu dilaksanakan olehnya, dalam erti kata yang lain ketua perlua ada banyak ilmu antara yang penting ialah ilmu psikologi, ilmu dalam pentadbiran, pengendalian mesyuarat dan pengendalian krisis. Ketua tidak patut mengujudkan suasana permusuhan, perlu mempunyai perasaan menyayangi staf bawahannya, membela staf, menasihati dan yang utama bukan memarahi, ingat zaman telah berubah dan pengendalian sumber manusia juga berubah. 

Tanggungjawab ketua yang sebenarnya bukan sahaja pada menilai stafnya pada setiap akhir tahun, tetapi membimbing pada awal dan sepanjang tahun. Yang sebenarnya apa yang ditunjukkan/ kegagalan unit di bawahnya/ stafnya melambangkan kegagalan ketua itu sendiri. Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan tetapi menjadikan kesibukan sebagai titian untuk mengeratkan perpaduan dengan cara mengagihkan tanggungjawab dengan bijak.


Adakah perlu ada jarak diantara orang atasan dan orang bawahan?

Saya yakin ramai yang memikirkan soalan ini lebih cenderung kearah keegoan seorang pegawai atau bos.Saya cuba membicarakan persoalan ini dalam kontek yang lebih positif.

Dalam setiap organisasi pasti ada melibatkan hieraki atau tingkat kuasa,dimana setiap pegawai akan ditadbir oleh seorang pegawai atasan masing-masing.Tentulah tidak menjadi satu kesalahan untuk kita suasana kemesraan dalam perhubungan sesama staf.Namun perlu dibawa dengan bijak kerana sering kali terjadi silap bawa kemesraan yang wujud diantara pegawai dan staf.

Janganlah menjadi terlalu mesra hingga hilang hormat.Kedua belah pihak perlu bijak membawa diri.Menjadi terlalu akrab hingga boleh berbicara "Aku,Engkau" dengan orang atasan bukanlah suatu perkara yang positif.Melalui pengalaman saya yang tak sampai setahun jagung,pernah melihat bagaimana pegawai yang terlalu mesra dengan staf bawahan hingga merasa segan untuk memberi arahan kepada staf.



Ada juga dikalangan staf yang merasakan mereka terlalu sempurna dan lebih bijak dari yang lain termasuk ketua mereka sendiri.Ada kebenarannya dan saya setuju dengan hal ini sebab setiap manusia ada kelebihan masing-masing.Namun tetap perlu ada sikap hormat pada ketua.Walaupun ketuanya mungkin seorang wanita atau lebih muda dari mereka.

Suasana atau budaya di sesuatu organisasi juga boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang,jika dari awal mungkin dia akan menjadi pihak berkecuali.Namun pada akhirnya seseorang itu akan memilih kumpulan mereka sendiri.Apabila seseorang itu telah berada pada tahap "tepu" iaitu lebih dari lima tahun dalam keadaan sedia ada kini,maka amatlah sukar untuk mengubah kembali.

Adakah kita merasa segan/hormat pada ketua kita atau takut disebabkan kuasa yang ada padanya?Bagi saya,saya ada keduanya.



Akhir kata

Sekali lagi ini hanyalah pendapat saya pribadi yang tentunya dapat saja salah, tapi ada baiknya jika kita mengkaji dan meneliti kembali. Hanya Allah SWT yang mengetahui Kebenarannya.

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...