Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Tarian Tiang di Perpustakaan






Wednesday, February 6, 2013
Perpustakaan buka kelas tarian tiang sebagai usaha menarik pengunjung

Sebuah perpustakaan di bandar Midhlotian, Scotland menemui idea kreatif agar dapat menarik minat orang ramai untuk datang iaitu mereka membuka kelas tarian tiang percuma bagi para pengunjung perpustakaan.

Ide tersebut terbukti berhasil menarik minat orang ramai untuk datang ke perpustakaan. Pihak perpustakaan mengatakan ramai yang datang ke perpustakaan untuk menyertai kelas yang mengajarkan tarian tiang itu.

“Kelas tersebut berlangsung sangat menyenangkan dan juga berhasil menarik orang ramai untuk berkunjung ke perpustakaan kami. Pengunjuing datang bukan hanya untuk belajar menari namun juga untuk meminjam buku,” ujar seorang pegawai bandar, Bob Constable, seperti dilapor STV, Selasa (5/2/2013).

Walaupun lebih dikenali sebagai jenis tarian erotik, tarian tiang juga mulai dikembangkan sebagai salah satu bentuk senaman. Mempelajari tarian tersebut pun sudah tidak terlalu dianggap sebagai hal yang tabu.

Pada tahun 2010, Universiti Cambridge membuka kelas tarian tiang untuk para mahasiswinya. Bahkan di kanada ada studio yang membuka kelas tarian tiang untuk kanak-kanak.

Selain membuka kelas tarian erotik, perpustakaan di Midhlotian juga mencuba idea-idea kreatif lainnya untuk menarik pengunjung. Salah satunya mengadakan perlawanan ping pong dengan menggunakan buku sebagai raketnya.- okezone.com

QT: Mungkin pustakawan UTeM berminat untuk mencuba...:)

Thursday, August 9, 2012

Sumbangan Buku "Book For Asia 2012"

Hari ini (9 Ogos 2012) saya, En Arman, Cik Hasliza, Muat dan Halim ke Asia Book Foundation di Leissure Mall Square, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan untuk menerima sumbangan buku.Ini merupakan kali kedua saya ke sana.Delegasi kami bertolak daripada Perpustakaan UTeM pada jam 8.30 pagi dan tiba sekitar jam 10.40 pagi.Ketibaan kami di sambut oleh En Muniandy yang ramah seperti kali pertama kami bertemu.

Untuk tahun 2012, sumbangan yang kami terima meningkat berbanding tahun 2011 iaitu sebanyak 118 naskah buku, 136 naskah bacaan ringan dan 20 CD.Selepas selesai semua urusan pemilihan buku,kami bertolak pulang sekitar jam 11.45 pagi.Terima Kasih diucapkan kepada Asia Book Foundation.

Maklumat lanjut mengenai Asia Book Foundation sila layari:http://asiafoundation.org/program/overview/books-for-asia-in-malaysia














































Friday, May 4, 2012

Novel Pilihan

Saya juga seorang pembaca dan peminat novel.Mungkin dari segi citarasa genre novel saya berlainan daripada peminat novel yang lain.So,saya nak kongsikan senarai novel-novel yang saya telah khatam dan dicadangkan untuk pengunjung blog Qalam Timur ini.

Novel karya penulis thriller nombor 1 Malaysia.Ramlee Awang Murshid



Siri Bagaikan Puteri,Kisah pengembaraan Saifuddin Bin Jalis yang juga dikenali sebagai Laksamana Sunan dalam memerangi kejahatan di tanah melayu.Novel Bagaikan Puteri ini mempunyai 6 siri.


  1. Bagaikan Puteri (BP)
  2. Cinta Sang Ratu  (CSR)
  3. Hijab Sang Pencinta  (HSP)
  4. Cinta Sufi (CS)
  5. Sutera Bidadari (SB)
  6. Sunan Musafir (Dijangkakan berada di pasaran Mei 2012)





Novel trilogi Tombiruo.Kisah Ejim,seorang manusia dari hutan keningau 

  1. Tombiruo
  2. Semangat Hutan
  3. Tombiruo Terakhir.





Novel karya penulis antarabangsa iaitu Irving Karchmar,seorang warga Amerika yang memeluk islam.Novel ini saya perolehi dalam bentuk online atas bantuan seorang rakan.Bertahun juga pencarian.




Sang Raja Jin/Master of The Jinn,sebuah novel berbentuk sufism.Ulasan novel ini boleh dibaca di link ini :http://qyu.blogspot.com/2008/02/sang-raja-jin.html


Penulis bernama Zehan ur Rakhie,menetap di Jerantut,Pahang Darul makmur.Genre Islamik,Seram,Gelap,dunia jenayah.Memang feveret.Karya utama ialah Rahsia Agenda Alam Hitam & Gapura.



  1. Rahsia Agenda Alam Hitam :Kelahiran Mufrad
  2. Rahsia Agenda Alam Hitam II :Vamprha
  3. Rahsia Agenda Alam Hitam III (Masih menanti dan terus menanti)
  4. Gapura

Kesemua novel dia,saya sangat mencadangkan kepada peminat novel genre gelap.Terbaik!






Penulis bernama Mitch Albom



Inilah satu satunya novel bahasa inggeris yang saya betul -betul baca,faham dan hayati.Cerita ringkas dan bahasa inggeris yang senang faham.Anyway,memang sangat menarik kisah dalam novel ni.try jangan tak try.



Novel yang diadaptasikan dari kisah-kisah epik kini menjadi tumpuan saya terutama epik Ramayana.Sehingga kini terdapat 3 novel yang saya beri ranking 5 bintang.

Kembang Kanigara,karya S.M.Zakir.Ini adalah novel epik terbaik yang saya pilih.Dengan lenggok dan penggunaan bahasa klasik yang sangat WOW!Namun untuk dapatkannya adalah sesuattu yang amat susah.Terbitan tahun 1992.


Saya ada buat sket sinopsis dan review pasal novel Kembang Kanigara di:http://qalamtimur.blogspot.com/2011/12/kembang-kanigara.html



Karya Uthaya Sankar.Hanuman:Potret Diri.Boleh dibaca secara online di Freemalaysiatoday setiap Sabtu dan Ahad. (Hanuman:Suara Hati).Sangat mengesankan.Semestinya akan terus membaca.







Dan yang paling ingin dimiliki ialah Novel Juara Yang Tewas karya Dato Aripin Said.Kisah perjuangan Naga Seri Pahang dari Tasik Chini menentang Seri Kemboja di laut Siam.Sangat epik.Terbitan tahun 1988:)



Setakat ini saja untuk kali ini.Sebenarnya nak tulis pasal isu semasa.Tapi sumber dan idea kurang.So tulislah pasal novel yang pernah dimiliki.Tak Rugi cuba baca cadangan saya.Insya Allah.Anda akan berpuas hati.

SELAMAT MEMBACA.






Wednesday, July 20, 2011

Sutera Bidadari



Sutera Bidadari adalah Novel ke 5 dalam siri Bagaikan Puteri.Karya Ramlee Awang Mushid .Bermula dengan Bagaikan Puteri(BP),Cinta Sang Ratu(CSR),Hijab Sang Pencinta(HSP),Cinta Sufi (CS)  dan terkini Sutera Bidadari(SB).Pengembaraan SAIFUDDIN  BIN JALIS diteruskan lagi.

Flashback
Pada novel terakhir,Cinta Sufi,Saifuddin cedera parah dalam pertempuran di hulu Melaka dengan askar Portugis,ditembak di bahagian dada lantas diselamatkan oleh Laksamana Hang Tuah.Cara yang sama digunakan oleh RAM seperti dalam Hijab Sang pencinta (Ditembak ketika akad nikah).Dan semestinya Saifuddin  akan dipulihkan,dan kali ini melalui rawatan Hang Tuah.

Dalam awal Sutera Bidadari (SB),RAM cuba mengolah kembali segala persoalan dengan menceritakan kisah Raja Roman *(Taghut).Watak jahat yg telah menyesatkan Nyi Burga Kelara,Manggala dan Maharani Pulau Utara.Pada pendapat saya,RAM cuba merungkai persoalan yg ditimbulkan bermula HSP(Terlalu banyak plot tergantung).Pada masa yang sama juga,RAM mewujudkan misteri baru iaitu siapa Saifullah,Pencarian Catatan Maryam dan Keris Nanggroe.

Pengembaraan
Pengembaraan sebenar bermula apabila Saifuddin memunculkan dirinya selepas hampir empat purnama bersembunyi bersama Hang Tuah untuk menghapukan Taghut.Saifuddin  juga turut diperturunkan satu jurus bayangan daripada Hang Tuah.


Di abad 21,Abid Kamal,Sharil dan Saifullah  juga bergabung tenaga menjejak Elizabeth yang melarikan Catatan Maryam dan Keris Nanggroe.

Disini saya amat suka bagaimana RAM masih kekal dengan konsep dua masa yang berbeza namun masih mempunyai kaitan.Setiap jalan ceritak diolah dengan kesinambungan yang jitu.

Misteri,plot pengembaraan
Kali ini Saifuddin sering didatangi mimpi,yang berkaitan dengan Sang Dewi yang senantiasa menyeru dirinya untuk mampir ke negeri bernama Inderipuri.Pada awalnya agak suspen,namun bila dinyatakan oleh Hang Tuah dan Saifuddin yg ianya berkaitan dengan Pulau Utara dan Maharani.Ianya terkesan diawal lagi,semestinya RATNA SANG RATU.Disini saya agak kecewa kerana plot ini Berjaya dirungkai terlalu awal.Namun misteri masih belum terungkap sepenuhnya,sebab secara nyata dalam CSR,Ratna mati dipangkuan Saifuddin selepas ditikam Maharani dan dikuburkan disana serta tenggelam ke dasar lautan Hindi.

Misteri Saifullah adalah yg paling menjadi bagi saya,hingga langsung tak terfikir yang Saifullah itu sebenarnya adalah....warisan LS.Dan pada pengakhiran,LS telah menerima 2 orang murid iaitu Panglima Awang Bagan dan Indera.

Saya merasa agak terkilan sebagaimana yang terjadi ketika membaca Cinta Sufi(Hang Tuah ada naga),dimana kali ini RAM mewujudkan Vlad The Impaler sebagai musuh Saifuddin,agak lucu.Adakah RAM telah kehabisan imaginasi sehingga perlu memasukkan watak vampire Bram stoker kedalam novel beliau.Saya terasa amat lucu sekali.Dalam keseluruhan novel ini.Bahagian inilah yang betul-betul buat saya rasa nak tergelak.Hilang terus suspen!

Klise:Maryam diselamatkan daripada puak pemakan daging manusia (Tinae) ketika lehernya hampir disembelih.Sama dengan Haryani ketika berada di Brunei dalam Bagaikan Puteri.

Sadik turut terkorban..mungkin sudah ditakdirkan,setiap tentera Allah SWT beroleh syahid sebagai anugerah terindah.

Paling akhir dinyatakan bahawa Saifuddin akan  bertemu Sang dewi yang dikatakan Isterinya (Ratna,Ratu Sulaman.)Ini sekaligus akan membawa kepada sambungan seterusnya dalam Novel Epik Bagaikan Puteri.Saya berharap agar sambungan kepada siri ini adalah yang terakhir.

Secara keseluruhannya,hasil tangan RAM tidak pernah mengecewakan saya terutamanya siri feveret peminat novel thriller islamik seantero Malaysia.

Mesti dimilki!

Monday, April 18, 2011

A Doctor In the House:The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad





Saya telah menghabiskan masa lebih kurang seminggu menatap sebuah buku ini.Buku yang saya maksudkan ialah "A Doctor In the House:The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad".Saya kini berada pada chapter 58:Education.Semasa berada di rumah mertua saya khusyuk membaca.Sememangnya buku dan biografi berkenaan pemimipin-pemimpin ulung negara dan dunia menarik minat saya.Sebelum ini saya menghabiskan masa hampir 1 bulan untuk  memahami Buku Lee Kwan Yew:Hard Truths:To keep Singapore Going(masih menelaah).

Saya tidak dapat menidakkan buku ini sememangnya patut dibaca untuk pengetahuan rakyat terutamanya orang melayu.Saya membaca dengan mengenetepikan fahaman politik dan meletakkan diri sebagai rakyat biasa.Membesar dalam era pemerintahan Tun M turut menyaksikan segala perkembangan dan kemajuan yang dicapai sepanjang 22 tahun pentadbiran Tun M.Buku ini juga sekaligus menjawab segala persoalan berkenaan beberapa tindakan yang diambil yang mana ianya sukar difahami oleh orang ramai.

Buku ini setebal 843 mukasurat dan mengandungi 62 bab (chapter).Setiap bab menceritakan tentang sesuatu perkara penting dan pandangan Tun M berkenaan perkara tersebut.Bab pertama/pembukaan adalah Becoming Prime Minister.Diceritakan bagaimana 3 Perdana Menteri sebelumnya (Tunku,Tun Razak dan Tun Hussein) adalah dari golongan elit dan berlatarbelakang pendidikan Undang-undang.Sedangkan Tun M hanyalah seorang rakyat biasa dan berpendidikan Perubatan. 

Dalam bab 22:A Dream Delivered, A Mentor Dies dikisahkan bagaimana Tun M begitu menyanjungi Tun Razak yang dianggap mentornya.Tun M amat mengagumi corak kepimpinan Tun Razak dan berasa sangat dukacita atas pemergian Tun Razak yang telah banyak mencorakan pentadbiran yang kehadapan untuk orang melayu khususnya.Bagaimana persamaan diantara mereka yang sanggup menerima pakai Idea dan buah fikiran daripada negara lain seandainya ianya membawa manafaat kepada Malaysia.

Saya sangat  tersentuh pada bab 3 : I Am Malay.Dalam bab ini diceritakan dengan lengkap tentang sejarah bangsa melayu yang telah berjuang sekian lama menentang penjajahan selama 450 tahun.Bagaiman orang melayu bersatu menghadapi setiap suka duka selama itu.Sehingga pegangan politik masa kini memecahbelahkan mereka dan menjadikan mereka bercakaran sesama sendiri.

Terdapat juga beberapa petikan dalam buku ini dalam bab-bab tertentu yang menarik perhatian saya dan membuatkan saya berfikir dengan lebih mendalam.Contoh bab 27:How The Goverment Works.Bagaimana ketika itu kakitangan awam mempunyai tray KIV yang menebal.Karenah birokrasi.Sejarah pengwujudan Fail Meja Manual Prosedur Kerja agar kakitangan tahu skop tugas dan kemana halatuju sesuatu tugasan terarah.
Bab 28:Bersih, Cekap, Amanah (Clean,Efficient & Trustworthy) yang dijadikan slogan pemerintahan pada tahun 1982.Ketika itu saya berusia 2 tahun.Bagaiman pengenalan tanda nama (NameTag) diperkenalkan dalam sektor awam.

Sekali lagi saya diajak untuk merenung kembali dan berfikir tetang pandangan Tun M pada Bab 36: Islam And Islamization.Saya quote kata-kata yang cukup bermakna ini

"Reason why the muslims had been divided into different sects was because the understanding of these interpreters differed and their teachings differed accordingly."M/S 482.

Dalam Bab 49, 50 dan 51 penerangan berkenaan projek-projek mega seperti MSC,Petronas Twin Tower dan Putrajaya.Bagaiman projek ini dilaksanakan dan matlamat utama projek-projek.

Terlalu panjang ulasan yang ingin saya berikan,namun cukuplah setakat ini dahulu.Lupa nak bagitau,buku ini ditulis dalam Bahasa Inggeris.So,memang take time untuk saya menghayati dan memahami sepenuhnya.Dan ternyata benar,English education tu penting (ucop wilcha HKLBR).

Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku dengan harga RM100.00 Senaskah.

Saya mengharapkan agar buku ini dapat diterbitkan dalam Bahasa Melayu agar lebih ramai masyarakat kita dapat membacanya.

**Bestkan jadi Librarian..dapat baca buku mahal-mahal free:)




Tuesday, December 14, 2010

Ulasan:Melayu Islam Beraja

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


MELAYU ISLAM BERAJA – MENGGALI HAKIKAT LELUHUR
Pengarang: Hj. Muzaffar Hj. Mohamad / Suzana Hj. Othman
ISBN: 983-40566-7-2 (Cetakan Kedua 2007)
Jumlah mukasurat: 136
Harga: RM 20.00


Kemelut yang melanda orang melayu kian meruncing,samada dari segi sejarah mahu pun perpaduan.Orang melayu islam diasak dari segenap penjuru oleh musuh-musuh mereka.Sesungguhnya bangsa melayu pada hari ni sedang diancam dan berada dalam ancaman "Pelupusan Identiti" dan AQIDAH.

"He who holds history,holds the future" (Siapa yang memegang sejarah,memegang masa depan)Maksud disini ialah sejarah yang BENAR,bukan sejarah yang telah DISELEWENG.

Malangnya,warisan murni dan asal usul nenek moyang kita kini langsung tidak dihargai oleh generasi melayu moden yang rela mendakap dan memeluk apa saja bentuk "kemajuan" barat secara membuta tuli.

Saya mendapati buku ini amat menarik sekali untuk dijadikan rujukan bagi mereka yang ingin mengenali dan memahami dengan lebih jitu tentang sejarah dan asal usul sebuah bangsa yang bernama Melayu dan beragama Islam.Setiap kupasan diterangkan dari aspek ADAT dan SYARIAT.

Buku ini terbahagi kepada empat bahagian

  1. Bahagian Pertama  (Melayu Islam Beraja)
  2. Bahagian Kedua    (Hubungan Institusi Bendahara dengan Raja-raja melayu
  3. Bahagian Ketiga    (Agenda Sekularisasi British menghilangkan hakikat Institusi Raja-raja Melayu)
  4. Bahagian Keempat(Kembalikan Institusi Bendahara sebagai tunjang Institusi Raja-raja melayu)

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada dua orang insan yang telah mengambil inisiatif dan daya usaha dalam menyusun buku ini.

(Tun) Suzana (Tun) Hj Othman
Putera Tun Chik binti Tun Tahir ibni
Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Rahman ibni
Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir
Raja Pahang & Bendahara Johor Lama (1863-?)

Hj Muzaffar Dato' Hj Mohamad
cucu Dato' Panglima Dalam
Hj Nawawi Hj Endek
Negeri Sembilan

Qaulu Al Haq Wa Kalimatus Saddiq

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...